《Hold On✔️》35
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Jade yang menanti di depan bilik kecemasan, berdiri tegak bila seorang doktor keluar dan menghampiri mereka semua.
Naura yang dah ketiduran di sebelahnya ditepuk perlahan. "Naura, doktor keluar."
"Mana suami pesakit?" Soal Doktor lelaki itu. Dia tak nampak pula lelaki itu di hadapannya. Berita yang ingin disampaikannya perlu didengari oleh suami pesakit terlebih dahulu.
Mata Jade memandang Husna. Bertanya di mana keberadaan suami kawannya. "Mana Ayden? Dari Jade sampai tak nampak."
"Dekat surau. Pergilah panggil." Jawab Husna senada. Tak bermaya sebab tiga jam lebih menanti depan wad kecemasan. Sudahlah dia ternanti - nanti apa yang doktor itu mahu sampaikan.
Tanpa menunggu lagi, Jade berlari ke arah surau. Dalam hati tak usah dikata berdebar semacam. Berharap keajaiban berlaku. Justeru dia tak perlu hilang kawan yang baik macam Bella.
Pintu surau lelaki dibuka. Surau aras bawah tu kosong. Mungkin sebab hari dah lewat malam dan bukan masa melawat.
Bukan juga waktu solat untuk para doktor dan jururawat nak solat. Hanya ada seorang lelaki yang terbaring di atas sejadah. Meringkuk sambil memegang tasbih di tangan.
Jade mengetap bibir. Kesan basah di bahagian pipi Ayden sedikit membuatkan dia kasihan. Suami mana je tak sedih bila isteri nak bunuh diri?
Bahu Ayden digoncang kuat. Tak sampai beberapa saat, Ayden dah buka mata seluasnya. "Kenapa?" Berkerut dahi memandang Jade yang duduk bersimpuh tepi dia.
Ayden bangun dan duduk. Jari menggaru kepala. "Kenapa?" Sekali lagi dia menyoal.
"Doktor dah keluar dia pang-"
Tak sempat Jade nak habiskan ayat, Ayden dah berdiri tegak. Tergesa - gesa keluar dari surau dan berlari ke wad kecemasan. Tak sabar nak tahu keadaan isteri sendiri.
Di depan wad kecemasan, Husna, Datin Nora dan Naura sedang berdiri di depan doktor lelaki yang tadi. Menanti dengan penuh sabar sebab doktor tu tak mahu bercakap selagi Ayden tak ada.
Advertisement
"Encik," Ayden dipanggil. Doktor tersebut mengukir segaris senyuman. Cukup untuk memujuk keluarga pesakit atas apa yang dia akan katakan nanti.
Bahu Ayden ditepuk. "Isteri Encik..." Mata Ayden direnung sedalamnya. Dia nampak suami pesakit itu dah berair mata. Tak kuat nak tunggu doktor habiskan ayat.
"...kuat. Dia kuat." Senyum.
Mata Ayden membulat. "Doktor berjaya?"
Doktor itu senyum lagi. Melihat wajah itu membuatkan dia juga bahagia. Tak sia - sia tiga jam bertarung menyelamatkan nyawa pesakit. "Allah sebaik - baik Perancang. Isteri Encik dapat diselamatkan."
"Ya Allah!" Ayden terduduk dengan air mata yang mengalir. Tangan naik meraup wajah. Bibir tak berhenti mengucap syukur.
Sementara itu, Datin Nora memeluk Naura. Tak terkira bersyukur yang dia rasa bila anaknya selamat. Bella... hidup. Anak dia hidup!
Jade menepuk bahu doktor itu. Senyuman terukir. Bella selamat dan dia gembira. "Thanks doktor."
Husna senyum. Hati yang tadi rasa sesak menanti jawapan, akhirnya terasa lapang bila mengetahui Bella dapat diselamatkan.
Bahu Ayden diusap. "Dia kuat, Ayden. Kuat macam Ayden."
Bahagia yang mereka rasakan, dapat dirasa oleh orang sekeliling. Jururawat yang baru keluar dari wad turut mengalirkan air mata melihat seisi keluarga itu.
Allah sebaik perancang.
Doa mereka diaminkan.
Ayden memejam mata. Syukur. Tuhan beri dia lebih banyak kesempatan untuk bahagiakan Bella. Dia... tak akan buat Bella terdetik nak mati lagi.
He loves her.
Dengan izin Tuhan.
Lepas dapat tahu keadaan Bella stabil dan dapat diselamatkan, Ayden suruh semua orang balik rumah. Hari pun dah malam sangat. Kesian semua terlentok macam tadi.
Cuma Datin Nora je yang berkeras nak tunggu Bella buka mata. Katanya tak sabar nak minta maaf. Puas Ayden menghalau, ibu mertuanya buat pekak telinga sahaja. Akhirnya Ayden hanya membiarkan.
Dia kekal duduk di sebelah katil Bella. Wajah pucat Bella direnung tak lepas. Tak terkira rasa beruntung sebab Tuhan bagi Bella hidup.
Advertisement
Isteri dia tak mati dalam keadaan yang dijanjikan neraka tu, yang pasti. Dia pun tak kehilangan orang yang tersayang buat kesekian kali.
Walaupun bila difikirkan balik, Tuhan ambil semuanya sebab semua orang bukan milik Ayden. Tuhan hanya pinjamkan sementara dekat Ayden je. Bersyukur tu kena adap.
"I'm sorry." Suara Datin Nora kedengaran. Sebak tengok cara Ayden pandang anak dia. Rasa berdosa sungguh sebab tak jaga Bella dengan baik.
Ayden mengerling ke arah mak mentua dia. Wajah tak beriak. Rasa marah juga sebab Datin Nora pun punca bini dia nak bunuh diri. Mak tak guna. "Buat apa minta maaf dekat aku?"
Bahu Datin Nora jatuh. "I tahu... semua salah I. I bukan mak yang baik untuk Bella." Mata memandang wajah anaknya.
Rasa marah dan kecewa kerana Bella adalah anak hasil benih lelaki yang merogolnya membuatkan Datin Nora bertindak mengikut perasaan.
Butakan mata bila Dato' Haiqal melayan Bella dengan teruk. Walaupun ada ketika, hati dia rasa serba salah. Tapi bila fikir Bella bukan anak yang dia inginkan, marah menerpa lagi.
"Baguslah kalau kau sedar semua salah kau." Jawab Ayden dingin. Ikutkan hati, dia nak belasah je manusia - manusia yang tak guna.
Tapi Datin Nora perempuan dan hakikat yang tak dapat nak dielakkan, ibu kandung kepada isteri dia. Ibu yang Bella sayang.
"Lepas ni aku nak buat report pasal suami kau. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah." Mata Ayden memandang tajam ke arah Datin Nora. Rahangnya diketap.
Doktor ada beritahu kesan pukulan, sebatan terlalu banyak pada badan Bella. Marahnya tak terkata. Ayden jaga Bella bagaikan puteri, orang lain sesenangnya nak menjadikan Bella macam tempat lepaskan geram.
Bodoh. Manusia macam Dato' Haiqal tu bodoh. Kaya tapi tak ada otak.
"Terpulang... pada Bella." Dia tahu, dia tak ada hak pun nak halang. Kalau Bella sendiri yang nak buat laporan polis, maka dia redha. Tahu yang anaknya dah tanggung macam - macam sebelum ni.
Cukuplah. Datin Nora sayangkan Bella dan kejadian yang terjadi ni buat dia sedar— seburuk mana pun dia layan Bella untuk menidakkan yang Bella ni anak dia, dia sayangkan Bella. Kerana dia ibu yang melahirkan Bella ke dunia ni. Melawan rasa sakit melahirkan, manakan tidak sakit mengetahui anaknya ingin menarik nyawa sendiri?
Ayden mengeluh. Ujian datang untuk menguatkan hambaNya. Ayden sedar, kalau tak diuji— belum tentu dia nak menangis merayu dekat atas sejadah macam tadi.
Allah tahu apa yang terbaik. Allah rindukan hamba Dia untuk bergantung sepenuhnya dekat Dia. Ayden senyum nipis.
Allah tahu.
Allah tahu mana yang terbaik.
Tangan menggenggam jemari Bella di atas katil. Mata Ayden berkaca saat memandang wajah itu. Menyedari betapa bermaknanya seorang Nabilla Hannan di dalam hidup Ayden sekarang ni.
Tiba - tiba, tangan Ayden terasa digenggam sekali. Mata yang terpejam tadi terkerdip - kerdip. "A-Ay...den."
"Bella!"
Allah tahu apa yang terbaik.
he looked at her
the way she needed to be looked
at like the world would crumble
and he wouldnt blink
Advertisement
- In Serial526 Chapters
Eternal Melody
“I will do anything to reach the truth.”
8 539 - In Serial14 Chapters
Loving Violet
He was everything all at once.She made him loose his mind and find himself... When a girl runs into world renowned CEO at his favorite coffee shop, he never thought that his life would change so much. Everything is not always as perfect as it seems and sometimes life has a way of screwing up your plans, I guess life has a funny way of doing the unexpected, maybe that's for the best though... Excerpt: "I wouldn't be much of a gentleman if I let you pay now would I?" What the hell is wrong with me? I'm never this chivalrous... who kidnapped me and replaced me with this idiot?
8 159 - In Serial200 Chapters
She Becomes Glamorous After The Engagement Annulment (1)
The fat and ugly Nora Smith is the laughingstock of the town when her fiancé breaks off their engagement.He says, "The sight of your gigantic face and thunder thighs disgusts me! Don't ever pester me again!""What an idiot." Nora scoffs and turns around, her lips curling up into a smile.Later, when Nora successfully slims down, she returns as an astounding beauty.Her ex-fiancé comes to her bearing flowers and begs, "I was wrong, Nora. I'm willing to do anything as long as you come back to me." Nora rests her chin in her hands and smiles as she replies, "Real men don't dwell on the past." Angered, he says, "You're just a dimwit saddled with baggage that I dumped, Nora. No one will want you except me!"But following that...A young and popular singer tweets: "Nora Smith is my goddess!"An internationally renowned surgeon asks, "Are you free tonight, Nora?"Even the rich and influential hotshot whom everyone is scared of comes forward and says, "I can take care of my wife and children myself, thank you very much."This book is a Chinese novel written by Mr. Yan and he deserves all the credits for it. Link for the original novel will be provided at the end of the book.
8 1141 - In Serial20 Chapters
True Love and Romance
This story is about a girl named Juliet and her boyfriend Ian. Ian is a dentist and Juliet is a writer and they are very much so in love
8 162 - In Serial35 Chapters
The Bad Boy Hates Me
"You know what I hate about you?" His minty breath fanning my face. He placed his hands on the wall right beside my head. His eyes dance a lot of emotions I couldn't decipher as his gaze moved from my eyes down to my lips.Gulp. "W-What?" I breathed nervously."You reminded me of her," he whispered into my ear, "and I fucking hate it." He pushed himself away from me and slammed the door shut.
8 154 - In Serial4 Chapters
My little slut
Dekubaku
8 206

