《Hold On✔️》36
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Sejak Bella sedar, Ayden mendiamkan diri. Langsung tak bersuara. Melihat Bella yang tersenyum macam tak ada apa yang jadi buat dia rasa marah.
Sekurang - kurangnya, bercakaplah sikit soal apa yang jadi sebelum ni. Dia tak tahu ke macam mana takutnya Ayden bila Bella buat perangai macam hari tu?
Lepas sedar, buat - buat hilang ingatan. Sumpah Ayden kurang berkenan dengan sikap Bella yang satu ni. Pandai sembunyikan kelukaan sendiri.
Elok sangatlah tu.
"Ayden, awak tak kerja ke hari ni?" Soal Bella lembut. Dia tersenyum manis sambil mencapai potongan buah epal yang disediakan oleh Ayden.
Mata Ayden mengerling sekilas ke arah Bella sebelum kembali tunduk memandang skrin telefon. "Isteri aku baru je stabil lepas kritikal sebab percubaan bunuh diri. Tak akan aku nak kerja?"
Bella terdiam. Tahu yang Ayden sengaja nak memerli. "Salah... saya ke?"
Keluhan dilepaskan. Mata Aydeb merenung wajah tak beriak Bella. "Tak. Kau tak salah untuk rasa apa yang kau rasa sebelum ni. Kau tak salah bila kau jatuh dan tenggelam. Because you just... cant help yourself. Tapi Bella..."
Ayden menelan air liur. Terasa ngeri nak bayangkan detik cemas dia nampak Bella terbaring dengan kesan torehan di tangan. "Salah kau sebab sembunyikan perasaan dari aku dan pretend kau okay while you are not. Macam sekarang."
Dia tahu, paling tak pun Bella rasa nak menangis sebab penat dengan hidup. Tak pun bertanya kenapa masih hidup. Menangis tu lebih baik dari senyum macam tak ada apa yang jadi.
"Saya penat."
Kepala Ayden mengangguk. Faham je kalau emosi Bella masih tak stabil. Isteri dia baru je sedar empat jam yang lepas. "Rehatlah."
Baru Ayden nak bangkit dari duduk, tangan Bella dah menahan. "Saya penat dengan hidup. Setiap hari, saya harap saya mati je. Perasaan tu sakit Ayden. Awak pun tahu macam mana."
Advertisement
Sebab hakikatnya, mereka hanyalah dua orang yang saling mencipta alasan untuk hidup. Sama - sama tahu hidup tu tak mudah untuk mereka yang tak mahu hidup.
Nafas dihela perlahan. Mata Bella mula berkaca. "Sejak saya kecil, saya tak rasa saya dihargai. Orang sekeliling layan saya macam saya tak ada harga diri dan tak ada hak untuk rasa bahagia sendiri. Sejak kecil, saya mencari nilai kasih sayang."
"Tak senang, Ayden. Bukan saya nak bezakan dengan awak yang kehilangan ibu bapa. Tapi awak kena faham, knowing Allah tarik nyawa mak ayah awak lebih bagus dari mak ayah saya yang hidup tapi menyakitkan saya. Rasa tu macam hidup tapi tak bermakna langsung."
Itu. Itu yang Bella nak cakap setiap kali Ayden meraung bila Bella nak tahu apa yang Ayden pendam. Benda yang Bella nak cakap bila Ayden anggap diri sendiri punca orang sekeliling mati. Bella pun sakit juga.
Mungkin, sakitnya mereka tak sama.
Ayden mengetap bibir. Melihat air mata yang mengalir membasahi pipi Bella buat dia tak sanggup. "Shh. Aku tahu, sakit. Sorry sayang."
Kepala Bella ditarik ke dadanya. Kepala diusap lembut. Tak usah dipaksa melepaskan lukanya. Cuba mengimbas kembali pun dah cukup buat Bella sakit.
Bella menangis semahunya di dada Ayden. Melepaskan rasa di hati. Dia sakit, walaupun orang nampak dia tidak.
Sebab orang tak akan pernah dapat lihat apa yang mereka rasa. Baik Bella, Ayden mahupun sesiapa. Perasaan tu hanya kita dan Tuhan yang tahu.
Jadi berbaiklah, kerana barangkali ada yang sedang terluka meskipun senyumannya lebih bersinar dari matahari.
"Kenapa you ambik I?" Naura menyoal dengan kening yang berkerut. Terkejut melihat Jade yang dah menunggu dengan kereta depan rumah dia.
Bibir Jade mengukir senyuman. "I hantar you pergi hospital." Dia menawarkan diri.
Malas nak bercakap lebih, Naura hanya mengangguk. Bahagian penumpang Jade dimasuk. Masuk sahaja ke dalam kereta, Naura menyandarkan badan. Penat. Otak dia pun penat.
Advertisement
Jade yang memandang turut simpati. Tahu Naura sebenarnya risau dengan keadaan Bella. Sekaligus risau dengan syarikat perhotelan mereka kalau Bella tekad nak buat laporan polis dekat Dato' Haiqal.
"Naura, you betul ke nak pergi hospital ni? You tak nak rehat dulu?" Soal Jade lembut. Lagipun Bella dah sedar, tak ada yang perlu mereka risaukan sangat.
Mata Naura mengerling ke arah Jade. Entah kenapa hatinya memainkan rentak mendengar nada keprihatinan Jade. "Hmm tak apa. I nak jumpa Bella."
Kepala dijatuhkan. Jade memulakan pemanduan. Sejak ketemu dengan Naura di majlis ulangtahun perkahwinan Datin Nora dan Dato' Haiqal, mereka selalu bertembung sejak daripada tu.
Naura ramah, cuma isi yang dibuat sembang kebanyakan soal kerja sahaja. Workaholic. Tapi Jade kagum dengan wanita itu. Kuat mengendali syarikat.
"Kalau ada apa - apa masalah dengan syarikat, bagitahu I. I'm willing to help." Senyuman mekar di bibir Jade. Memang menawarkan diri untuk membantu.
Hati Naura kembali memainkan rentak tak sekata. Namun dia bijak mengawal riak wajah. "Hmm okay. Thanks." Balas Naura tenang.
Saat Jade memandu, Naura mencuri pandang sisi tepi lelaki itu. Lelaki yang sebaya dengan adik bongsu dia. Usia mereka terlalu jauh kalau nak dibandingkan.
Naura nampak je masih bergaya. Tapi usia dah tiga puluhan. Orang lain diusia dia dah ada tiga orang anak dah. Cuma Naura je yang masih tak berpunya.
Usia dah masuk tiga puluhan, tapi tak pernah bercinta. Mungkin sebab Naura tak jumpa lagi kut lelaki yang boleh jaga dia seadanya.
Kebanyakan lelaki di dunia korporat terlihat mementingkan diri sendiri. Lagipun, sukar nak percaya lelaki menyukai Naura dengan ikhlas. Lelaki yang bukan dari keluarga berharta pula, kebanyakan ada niat nak merasa duitnya sahaja.
Tapi Jade—
"You dah makan ke Naura?"
Mata mereka bertembung. Sekaligus buat Naura hampir tersedak air liur sendiri sebab terkejut. Segan sungguh kalau Jade perasan yang dia dah mengusyar lelaki itu dari tadi. "Hmm b-belum."
Jade menahan bibir dari mengukir senyuman. Bawah bibir digigit. "Oh kita breakfast dulu okay? Nanti perut you kosong pulak?"
Duh. Naura rasa nak selam dalam laut je dengar nada lembut yang Jade gunakan. "It's okay. Breakfast dekat hospital pun okay je."
"Anything for you, Naura."
"Jade," suara Naura kedengaran. Rasa macam... kena cakap juga apa yang dia rasa ni.
Sebab Jade tengah memandu, dia hanya menjeling sekilas. "Yes Naura?" Hairan wanita itu memanggilnya dulu. Kalau tak senyap je macam tadi.
"Please jangan layan I baik - baik." Ujar Naura perlahan. Dia memandang ke luar tingkap kemudiannya. Tak sanggup nak tengok reaksi Jade.
Jade yang sedang memandu hanya mengukir senyuman. "I'm sorry, I tak suka dengar cakap orang."
Ringkas, namun berjaya buat Naura tersenyum sendiri.
sikit lagi nak tamat dah :>>
Advertisement
- In Serial24 Chapters
Words on a Screen
Sanada Masumi struggles at school. He studies hard, and he's not bullied, but he has no friends. One day, he comes up with the idea to start streaming games online to build up his confidence. But not as himself. Little do his parents and peers know, he spends his nights crossdressing as the adorable idol Low-Life! It's been over a year since that decision, and he still has no viewers. Until one day, someone visits. Masumi soon finds himself catching feelings for his viewer, and the lines between Low-Life and Masumi start to blur...
8 208 - In Serial70 Chapters
Psycho
Katie is a psychologist for criminals, and is very good at her job. But what happens when she is faced with a new challenge that is Jason McCann, America's most wanted criminal, who's finally arrested? Can she change him, or will he change her?Cover by @Ma_Raa*Currently Editing*
8 304 - In Serial11 Chapters
Kohaku No Atarashi Sekai (New World Confessions)
Noa Imai is a second year transfer student who is coming to terms with the cultural differences between how love is portrayed and expressed in the States compared to Japan. This is a note set here to inform that I've posted this story on 2 other platforms. WATTPAD AND WEBNOVEL All others are fake unless further updates are made.
8 354 - In Serial45 Chapters
Satin on the Slopes
Penelope is ready to stop living in her ex-fiance's shadow. Sure, he's one of the best players in the NHL, but she's one of the best photographers in the hockey industry. After an ugly break up she finds herself trying to stitch her career back together by taking odd jobs. This time she's keeping one rule in mind: no romantic contact with the talent. Not even when the talent is a pair of handsome snowboarders.
8 190 - In Serial35 Chapters
His Heart's Desire (Book 2 in His Heart's Series)
Luke has sworn off love ever since he found out that his best friend and then girlfriend slept together. He loved Olivia and her betrayal cut him deep.Now two years later he found himself face to face with the one woman he has spent the last two years trying to forget. But seeing her still so beautiful stirred something inside of him. He realized he still desires her. But her betrayal is forever ingrained in his memory and for that he can't want her...There's just one thing...She has a baby... No. Not one, but two babies...His babies...What happens when the past comes back to haunt Luke? Will he face the past so he can embrace the future Or will he allow his pride to get in the way in claiming the woman his heart desires?Find out in His Heart's Desire. Book 2 in the His Heart's Series.
8 165 - In Serial81 Chapters
The Match ✓
When obsession has gotten too farLila is a sweet ballet dancer and the best anyone has seen for years and clearly going places. Her ballet career grows as well as her admires and one of which who will go one step too far.Steel is a ruthless boxer, known for his temper and the rage that he holds. He's not only handsome but masculine and while he's sought out by both gender, he has his eyes on only one woman who he would kill for.
8 121

