《Hold On✔️》34
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Pintu wad kecemasan dipandang lagi. Menggigil tubuh Ayden yang sedang duduk. Masih terbayang wajah pucat Bella dan pergelangan tangan wanita itu yang berdarah teruk.
Kedua belah tangan digenggam. Ayden memejam mata. Tuhan, dia tak sanggup nak lalui satu lagi kehilangan. Dia tak nak rasa diri dia punca semua orang pergi. Dia bukan bala.
Bibir Ayden terketar - ketar. Mujur dia tak balik lewat sangat tadi. Kalau tak, tak pasti Bella masih sempat diselamatkan atau tak. Masa Ayden sampai tadi pun, denyutan nadi Bella dah lemah.
Wad kecemasan menjadi kelam - kabut sejak pesakit masuk. Jururawat dan doktor yang bergegas masuk sebaik sahaja sebaik Bella dibawa datang.
Kebingitan suara mereka membuatkan Ayden sendiri resah. Dapat ke dia tengok Bella senyum macam sebelum ni?
"Ayden,"
Bahu Ayden disentuh. Husna yang baru sahaja sampai selepas menerima mesej Ayden tadi, mengambil tempat duduk di sebelah anak tirinya. "Are you okay?"
Anak mata Ayden melirik ke tepi. Hujung bibirnya terjungkit sinis. "Ayden patut okay ke bila isteri Ayden dekat dalam tu?"
Bahu Husna jatuh. Dia tak ambil hati pun dengan Ayden. Dia faham Ayden sedang mengalami masa sukar itu sekali lagi. "Ayden kuat kan?"
Mata Ayden bergenang dengan air mata. Bibir diketap ke dalam. "Kalau... Ayden tak kuat?" Dia memandang Husna.
Melihat Ayden yang dah mula menangis, Husna menarik anak tirinya ke dalam pelukan. Belakang badan Ayden dia usap lembut. "Shh... anak mama kuat. Ayden kuat, mama tahu."
Bahu Ayden terinjut - injut. Esakannya pecah. Melepaskan rasa takut dan sedih dalam masa yang sama. Alangkah Bella tahu keputusannya membuatkan Ayden sakit begini.
Sedang mereka berpelukan, seorang doktor keluar dari wad kecemasan. Bergegas mendapatkan Ayden. "Suami pesakit ya?"
Laju Ayden mengangguk. Dia berdiri menghadap doktor lelaki itu. "Ya saya. Kenapa?"
Serba salah wajah doktor itu untuk menyatakan perkara sebenarnya. Dia mengeluh. "Pesakit kritikal. Kami hanya boleh beri dua puluh persen kemungkinan dia akan dapat diselamatkan."
Advertisement
Lutut Ayden rasa lemah. Tak kuat nak hadap kemungkinan yang akan datang. Dua puluh persen? Bella betul - betul nak tinggalkan Ayden ke?
"Teruskan berdoa. Doa itu senjata kita." Senyuman diberikan sebelum doktor tadi bergegas masuk ke dalam wad kecemasan.
Tangan Ayden menekup wajah. Esakannya semakin menjadi - jadi. Rasa nak salahkan diri sendiri juga sebab nampak macam pembawa bala.
Dia sentiasa kehilangan manusia di sekelilingnya. Ini semua salah Ayden!
"Dah solat Maghrib?" Husna menyoal.
Perlahan Ayden menggeleng. "Tak sempat."
Segaris senyuman Husna ukir. Bahu Ayden diusap. "Pergilah solat dulu. Lama lagi Bella dekat dalam tu. Pergi mengadu dekat Allah. Hanya Dia tempat kita bergantung."
Hati Ayden rasa terusik sikit. Punyalah sedih sampai tak ada masa nak solat? Sembah Allah yang menghidupkan dan mematikan?
Air liur ditelan. Ayden mengetap bibir. "Kalau ada apa - apa call Ayden eh mama?"
Husna mengangguk sebagai jawapan. Dia hanya memandang Ayden memasang langkah ke surau hospital. Dia tahu Ayden kuat. Dia tahu.
Mereka kena percaya kepada takdir. Apa pun yang Tuhan aturkan, itulah yang sebaiknya buat mereka semua. Tuhan lebih tahu.
Ayden yang di surau, mengambil wudhuk dengan penuh rasa di dalam hati. Tak dapat nak nafikan hati rasa sejuk lepas ambil wudhuk.
Kemudian, bermulalah solat Maghrib yang paling syahdu buat Ayden.
"Mana anak I?!" Suara Datin Nora meninggi. Bergetar suaranya sambil mencari anaknya.
Naura yang datang sekali dengan maknya, menggosok bahu Datin Nora. Cuba menenangkan maknya yang dah gelisah.
Husna kekal duduk bersahaja. Lepas tahu apa yang terjadi, dia tak rasa macam nak tengok pun muka mak Bella tu.
Mak sejenis apa yang biar anak kena dera begitu? Sudahnya, sepanjang Bella hidup dibiar je Bella dilayan macam sampah.
Mata Naura dan Husna bertembung. Saling membawa maksud yang sama. Sedih dan takut dengan keadaan Bella yang kritikal dalam wad kecemasan.
Advertisement
"Siapa bunuh anak aku?!" Lutut Datin Nora terasa lemah. Berita Bella kritikal dan hanya mempunyai sedikit peratus untuk hidup sungguh menyayat hatinya.
Dia yang melahirkan Bella. Tipulah kalau... hati tak terusik dengan berita itu.
Hujung mata Husna menjeling Datin Nora. "Siapa anak kau? Yang tengah kritikal dekat dalam tu bukan anak kau!"
Geram.
Mata Datin Nora berkaca. Dia mengetap bibir. "Kenapa Bella dekat dalam? Kenapa anak I dekat dalam-"
"Percubaan bunuh diri!" Jerit Husna di depan muka isteri pemilik hotel itu. Mukanya bengis. Kerana pemergian Bella bukan sahaja menyakitkan Ayden tapi bakal menyakitkan Husna juga.
Dia dah kenal lama adik Naura tu. Ceria dan periang. Tak pernah gagal buat Husna tergelak layan keletah Bella. Sungguh, jiwanya bagai ditikam saat mengetahui keadaan sebenar Bella.
Bahu Datin Nora jatuh. Tubuh melorot jatuh ke lantai sejurus mendengar kenyataan itu. "Kenapa Bella..."
Naura yang baru mendengar, turut tersentak. Selama ni setiap kali Bella dipukul, Bella tak pernah tunjuk pun emosinya terganggu.
Bella selalu tunjuk yang dia okay dan boleh jalani hidup dengan baik. Tapi rupanya— Bella simpan luka sampai sanggup nak tarik nyawa sendiri.
"Ini semua salah mum!" Jerit Naura. Melepaskan rasa yang selama ni dia tahan. Datin Nora yang terduduk di atas lantai dipandang tajam.
Diam. Datin Nora tak mampu mengeluarkan sebarang suara. Tahu yang memang dia salah dan menjadi sebab Bella nak bunuh diri.
Melihat Naura yang dah dikuasai emosi, Husna mendekati kawannya. Bahu Naura dipeluk. "Sabar, Naura. Kita doa banyak - banyak. Allah dengar doa kita."
Tangisan Naura pecah. Adik bongsu yang selalu buat dia terhibur sedang di dalam, tak tahu sama ada mampu bertarung atau tak untuk hidup.
"Aku sayang dia, Husna... dia kena tahu aku sayang dia..." kepala Naura jatuh di atas bahu Husna. Melepaskan rasa sakit tak terhingga.
Knowing someone you loves gave up, sangat menyakitkan.
Kerana mereka yang memilih untuk putus asa dalam kehidupan— merasakan tak ada gunanya mereka berada di sini.
Sedangkan masih ada, walau seorang sekali menyayangi keberadaan mereka di dunia ini. Jangan pernah rasa tak punya sesiapa, ada yang akan menangis di saat kamu pergi.
Husna mengetap bibir. Memandang Datin Nora yang meraung di atas lantai dan Naura yang menangis di bahunya. Nani pula sedang dalam perjalanan dari Singapore. Anak kedua Dato' Haiqal tu tengah bekerja di sana semasa mendapat pengkhabaran tentang Bella.
Di saat yang sama, seorang lelaki sedang bersujud pada Tuhannya. Meletakkan sebaik - baik pengharapan dan menyerah dengan kuasa Tuhan.
Kerana Tuhan tahu mana yang terbaik.
Cuma Ayden juga tak mahu Bella mati dalam keadaan begitu. Dia mahu isterinya diberi peluang untuk buka mata. Cukup kali ni sahaja.
Di dalam wad kecemasan, saat yang sama—
"Doktor! Jantung dia berhenti!"
"Defibrillator please!!"
Mereka juga hanya hamba. Berusaha menyelamatkan Bella.
Yang tahu, Maha tahu— Tuhan sahaja.
they took you away on a table
i pace back and forth as you lay still
they pull you in to feel your heartbeat
can you hear me screaming?
please dont leave me
kamu disayangi.
Advertisement
- In Serial19 Chapters
When I met you in the summer
Ken a high school student who is kind of an introvert meets Hana a bright girl with a troubled present. They decide to be friends after Ken makes his move and slowly but surely they get to know each other.
8 316 - In Serial17 Chapters
A degree of Fancy
I was born into the perfect family. Were wealth, glory, and power were handed to me on a golden platter. Were pretend could become reality. After my mother disappeared my perfect 8-year old life start deteriorating. My father remarried this uncanny woman with a strange daughter. Just as I thought this could get weirder, I have a quirk.
8 195 - In Serial53 Chapters
Falsely Yours, Arthur
Arthur Fucking walker would someday ruin me.•Ever since the day Marnie set her eyes on Arthur she knew she was done for.With dark eyes and dark hair, the girl in the band was someone she wanted to know everything about.Secrets would come out and blood would be bound to spill but in the green lights or the golden sun rays, Arthur would burn every soul to grant Marnie warmth.•Arthur's hand came up to my hips as she grabbed it tightly, staining my skirt with her bloody hands. My whole body was trembling.The knife.I turned around abruptly taking out my knife and pressing it to her neck, but she was quicker as she pressed her knife to my bare thigh. One of her hands was still on my hips as she pushed close to me.I flinched at the cold metal pressed on my upper thigh. But my hand didn't falter. I pressed the knife against her neck harder. A drop of blood dripped down her neck and trailed to her collarbone. Slowly trailing down and travelling down the curve of her and inside her shirt."What did you see my angel?" She asked, her voice mocking as she stepped closer. I took a step back my back meeting the cold metal and her knife sliding higher."Nothing," I whispered, panting.Fucking hell."Nothing, I saw nothing." I breathed out and she grinned."Shit liar baby." She shook her head kissing my temple and my collarbone. Her lips lingered for more than a second."Get your knife away from me." I grit my teeth."And here I thought you liked a knife between your legs." She whispered grinning, I swallowed as I could feel the blood drip down from the cut.
8 136 - In Serial40 Chapters
Friends Don't
Ellie Knight has her whole future planned out for her, but instead, she chooses to go away to college to get away from that future; the one her parents created in their minds.When her best friend, Lana, drags her to a party she runs into Grayson Pierce. Just by looking at him it is obvious why girls throw themselves at him.Ellie shrugs Grayson off thinking she will never see him again, but when Lana begins dating Derek she finds out him and Grayson are best friends, and never seeing him again isn't an option.As Ellie and Grayson begin to spend more time together a friendship builds, and even though others think it's more, or should be more, Ellie is adamant they're just friends.WARNING: This story contains language and sexual content.Cover artist: @anna_arturovna_*TOP RANKINGS*#1 (youngadultromance)•07-02-20 •07-07-20#1 (relationship)•07-07-20
8 313 - In Serial264 Chapters
Indelible Affairs
JAMES , ENOS and BETTY never claimed to be good.
8 120 - In Serial117 Chapters
mine and his - mattheo riddle
It all started with a name.A psychopath girl &A sociopath guy.Description;Mattheo Riddle enters hogwarts school of witch craft and wizardry, for a specific reason. Thinking he will not like it there but something, someone changes his mind. Changes his whole perspective.How will their story end, pain, love maybe even death? Let's find out.18+{this story was written in 2021, I am currently just getting back into it, meaning there will be chapters that are quite "lazy writing"}
8 161

