《Hold On✔️》18
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Sampai di depan wad kecemasan yang menempatkan Bella, Ayden tak mampu nak duduk diam. Situasi begini buat dia jadi gelisah.
"I'm sorry sir, I failed."
Tangisan dan rintihan ketika itu, Ayden tak akan lupa sampai bila - bila. Rasa menyesal sebab tak buat dan hargai masa dengan arwah Zahra dulu hadir ketika itu.
"I cant save him."
Dan kali kedua, ayah dia pula. Berdiri depan kecemasan dua jam sampai lenguh badan— akhirnya Tuhan tarik nyawa ayah dia tanpa dia duga.
Terkejut dan menyesal. Kerana sejak Tuhan ambil nyawa ibu dia, tak pernah sangka Tuhan akan ambil nyawa ayah dia juga.
Kali ni, Bella. Perempuan yang tiba - tiba datang konon nak jadi sebab dia hidup. Mereka tak kenal lama. Kisah mereka juga tak sempat nak berpelangi.
Pada awalnya Ayden yang tak selesa dengan kehadiran Bella. Tapi dia tak dapat tipu kehadiran Bella buat dia nampak sinar baru.
Dah lama dia tak rasa penting dan diperlukan macam yang dia rasa sewaktu bersama Bella. Cuma kejadian semalam sangat mengejutkan.
Tapi apa yang dia dengar tadi lebih mengejutkan. Perempuan yang bergelak tawa serupa dunia ni indah, rupanya terfikir nak tarik nyawa sendiri.
She must be hurting.
Sedang Ayden menunggu, seorang doktor keluar dari wad kecemasan. Dengan muka penat kerana dah berusaha keras di dalam sana tadi.
Tubuh Ayden menegak. "Doktor? Macam mana dengan dia?"
Doktor lelaki yang tertera nama Muiz itu mengeluh. "Boleh saya cakap dengan Encik dalam bilik saya?"
"Keadaan pesakit macam mana?" Itu yang Ayden nak tahu sangat. Sama ada dia masih ada peluang atau tak untuk tengok senyuman wanita itu.
"Pesakit dapat diselamatkan. Saya perlu berbincang dengan Encik sekejap." Tangan Doktor Muiz halakan ke depan.
Ayden hanya mengangguk. Walaupun dia hanya kawan Bella, terpaksa jadi penjaga seketika. Keluarga wanita itu tak ada sebab Ayden yang ditelefon jururawat tadi. Nanti Ayden telefon lah.
Advertisement
Sampai di dalam bilik doktor, Doktor Muiz mengeluh lagi. "Pesakit dimasukkan ke dalam hospital selepas dijumpai pengsan di depan rumah sendiri."
Ayden diam semasa mendengar. Tekun juga nak dengar jalan cerita sebab apa yang dia tahu, Bella ditahan sebab overdose ubat.
"Selain ambil pil dan overdose sehingga hampir meragut nyawa, pesakit juga pengsan disebabkan benda lain. Encik ni suami dia ke?"
Laju Ayden gelengkan kepala. "Bukan, Doktor."
Kening Doktor itu berkerut. Resah dan simpati akan nasib pesakit dia. "Dia ada banyak kesan lebam dan kesan pukulan. Dia mangsa dera."
Serta merta, Ayden teringat kesan lebam yang dia pernah nampak dekat lengan Bella. Tapi dia tak tahu sebab apa. Tak juga terus ingat benda tu sebab Bella kena dera.
Cuma masa tu dia fikir seseorang sakitkan Bella. Tapi Bella tak buka mulut dan Ayden tak mahu memaksa. Masing - masing ada rahsia yang tak mahu diberitahu kepada orang lain.
"Teruk sangat ke doktor?" Tanya Ayden.
Segaris senyuman terukir di bibir Doktor Muiz. "Kalau Encik ni suami dia, saya dah tunjuk gambar luka dia. Kami terpaksa ambil gambar untuk ambil tindakan kerana pesakit memang didera. Kami doktor, kami dapat bezakan luka."
Bibir Ayden melepaskan keluhan. Sudah didera, lepas tu Bella ambil pil sampai overdose pula. Bella nak mati ke?
"Boleh tak doktor bincang dengan pesakit lepas dia bangun? Saya tak ada sebarang hak ke atas dia."
Mata Bella terbuka perlahan - lahan. Satu benda yang dia fikir bila dia celikkan mata— why am i alive?
Tak cukup ke cara tu untuk buat dia mati dan hilang dari dunia yang menyakitkan ni. Bella mengeluh. Tuhan masih sayang, tapi Bella dah tak sayang diri sendiri.
"Kau dah sedar."
Teguran dari suara garau itu buat Bella gelabah. Tangan yang lemah membelek kepala. Memastikan jika aurat dah sempurna ditutup.
Advertisement
Ayden tersenyum senget. "Tadi nurse dah pakaikan kau tudung sarung. Jangan risau." Dia pun tak bodoh nak main terjah masuk kalau minah tu tak bertudung.
Sejahil dan jahat Ayden, masih tahu cara nak hormat perempuan. Arwah ibu punya pesanan selalu dipegang. Perempuan bukan mainan. Mereka hadir untuk dilindung.
"Apa awak buat dekat sini?" Lemah Bella menutur kata. Bukan tak suka dengan kehadiran Ayden. Tapi dia malu bila lelaki itu dapat lihat betapa rapuhnya dia sekarang.
Tangan Ayden menyebak rambut ke belakang. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebelah katil Bella. "Entah ada orang call aku suruh datang."
Hati Bella rasa macam dicarik. Ayden tak peduli pun dengan dia walaupun dia tengah sakit. "Awak boleh balik kalau awak nak. Saya okay,"
Ayden tergelak sinis. Nak je dia layangkan penampar sebiji dekat pipi Bella. Okay apanya? "Kau fikir kau superwoman ke?"
Dahi Bella berkerut sikit. Wajah Ayden dia renung lama. "Awak boleh balik. Saya tahu macam mana nak jaga diri saya."
Walaupun hakikatnya, Bella dah putus asa nak hidup. Apatah lagi nak jaga diri sendiri. Tapi dia tak nak Ayden tengok dia terlantar atas katil macam ni. Dia malu sebab dia lemah.
Hujung bibir Ayden terjungkit. Wajah Bella tanpa sebarang solekan itu dia tatap. "Kenapa kau nak bunuh diri?"
"Kenapa awak nak tahu?" Bella membalas tenang. Renungan Ayden dibalas. Untuk apa lelaki itu tahu lepas apa yang Ayden kata tempoh hari?
Hanya Ayden yang sakit dan Bella tak faham Ayden. Itu kan yang Ayden nak sampaikan tempoh hari? Sebab Bella ni lahir dalam keluarga yang berharta dan masih ada ibu ayah.
Mengeluh berat, Ayden memejam mata seketika. "Aku tak boleh tengok kau lemah macam ni. Please be strong and alive." Itu sahaja yang dia minta.
Kedua kening Bella berkerut. "Untuk apa saya hidup? Awak pun faham perasaan nak mati tu macam mana kan Ayden?"
Ya, Ayden faham. Dia mengerti perasaan kosong yang mengharapkan nyawa diambil setiap saat. Setiap kali bangun pagi, dia tak berdoa dan ucap syukur bila dia buka mata sebab dia harap dia mati.
Sakit tu hanya mereka yang tahu.
"Siapa dera kau?" Ayden menyoal terus.
Riak wajah Bella berubah. Dengar perkataan dera tu sikit sebanyak buat dia rasa seriau. "Awak tak perlu tahu. Ada benda yang kita nak sorokkan supaya orang tak tahu. Awak pun macam tu kan?"
Betul. Ayden anggukkan kepala. Dia juga begitu. Menyembunyikan kenyataan di masa lalu. Tapi bila Bella yang sorokkan Ayden rasa tak suka.
"Family kau?" Setahu Ayden, Bella ni masih belum berkahwin. Jadi kemungkinan besar gadis itu didera oleh keluarga sendiri.
"Ayah tiri saya." Perlahan Bella menjawab. Tubir mata dia bertakung. Sakit hati dan fizikal sama selari. Bella tertanya, tak layak ke dia disayangi?
Jawapan Bella buat Ayden mengeluh. Wajah Bella direnung sedalamnya. "Okay kau nak aku buat apa supaya kau boleh berhenti rasa sakit macam ni?"
Demi Bella.
Demi mereka.
Terus kuat.
usah bicara soal masa depanku
kerana esok
belum tentu puterimu ada
didunia
Advertisement
- In Serial31 Chapters
Over & Over
Luke Thomas has a regular poor life. His girlfriend has just left him and his job has come to an abrupt end. He now has about two months worth of money and nothing to live for in the poorest part of town. He's lost everything so fast he can barely bring himself to care about improving his situation. God knows if you start out poor you end poor in this city, and his end was going to be coming quickly. As quickly as the concrete was rushing towards him.
8 261 - In Serial9 Chapters
Change My Mind (Updates Fridays)
Alex Gartlan has abilities her mother tries to keep secret: abilities to manipulate what other people see, hear, and – when she's in the zone – think. When someone in her class reveals powers of their own and starts exerting them in frightening ways, Alex discovers that her family secret might not be so secret after all. Even weirder, this stranger might know what happened the night her brother disappeared: something that, up until now, only Alex's mother knows. It's a race for Alex to determine the identity of her superpowered peer before she is herself exposed. But once she starts falling for her dangerous classmate, can she protect her own mind?
8 173 - In Serial14 Chapters
Tsukiko-chan & Taiyou-kun
Tsukiko was a happy and cheerful girl, and what she feared the most was to be alone. When her friends left, she found herself like that. But she never thought the kid she decided to talk by chance would change her life.
8 163 - In Serial211 Chapters
Mr. Vampire’s Wife
A succubus who travelled to the human realm in search of a good prey meets a handsome young man with a majestic aura at a bar. She asks him for a night just to feel addicted to his taste! They meet each other again after a month and became partners in bed, only to find out that the man was already married! What will happen to this newly found partnership? Author’s note: This novel is a fantasy story that doesn’t really have that much of a fantasy aspect. It focuses on more of the MC’s life so please keep that in mind!
8 1018 - In Serial37 Chapters
ABDUCTED: HOW THEY MET (bwwm)(completed)(EDITING)
VICTORIA'S POVHe looked at me with hatred and disgust in his eyes. It was so intense; I was forced to look away. But then I turned back to look at him as well. I was the one who was supposed to have that look. They kidnapped me! Not the other way around. I should hate them. No matter how good looking they were. They took me against my will.I will not be bullied.He didn't speak, and neither did I.XERIS' POVShe gaped at me like an idiot. Her mouth hung open and her eyes were wide. She realised what she was doing and stared at me. My mask slipped a little and she noticed. I stared at her, daring her to speak, her eyes turned away.That's right.But then they turned back and held mine. She was challenging me.What will become of them?Highest rank #1 - science fiction (21/05/2018)SOME LEGAL STUFF:Copyright © 2018 by PrEsHiShyAll rights reserved. No part of this book may be reproduced or used in any manner without written permission of the copyright owner except for the use of quotations in a book review.
8 197 - In Serial7 Chapters
The Dark Curse of Tails' Dark Diary|Yandere!Tails x Male!Hedgehog!Reader
Y/n L/n was just a normal F/c hedgehog with a passion for being a professional rapper and he is just as awesome and heroic as Sonic the hedgehog himself, only that he sometimes come in at the wrong place and at the wrong time. He's also great friends with Tails the fox as they both shared a brotherly bond together, unaware of what kind of dark secret that Tails has been keeping in his own diary and started killing anyone that gets in his way of being together with Sonic. Then Y/n finally saw what happened to Tails, he decided not to interact with him and not read his diary, knowing that Tails might try to murder him, even in his sleep.However, Tails actually has some other plans that he has in store for Y/n once they see each other again as the young F/c hedgehog is about face the Dark Curse of Tails' Dark Diary.
8 128

