《Hold On✔️》19
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Hari kedua Bella ditahan di hospital. Ayden datang melawat lagi lepas habis kerja. Dia masih berkerja dekat hotel milik ayah Bella sementara mencari kerja yang sesuai.
Zaman sekarang cari kerja lagi susah dari cari jodoh. Dia kena bersyukur dan tak menolak tuah. Kerja tu pun dah okay. Cuma hakikat Bella sebagai pengurus hotel je yang buat Ayden fikir seribu kali nak kerja atau tak di situ.
"Ayden, lusa saya dah boleh balik rumah." Bella memberitahu ketika Ayden sedang memotong epal di atas meja sebelah katil.
Kepala Ayden bergerak mengangguk. "Okay. Nak aku hantarkan ke? Naik motor?" Bergurau tapi nada macam tengah cari gaduh.
Mata Bella memincing pandang anak teruna orang yang seorang tu. Sesuka hati je nak ajak Bella membonceng naik motor Honda dia tu. "Nak kena kaki ke? Saya nak naik kereta."
Hujung bibir Ayden terjungkit. Dia tahulah tu kerja gila kalau bawa anak dara orang naik motor dekat belakang. "Aku tak ada lesen kereta. Kau nak bayar saman?"
Boleh je nak pandu kereta. Dah banyak kali dia pandu kereta Ijat kalau jari hujan. Tapi lesen tak ada. Kalau ada roadblock memang Ayden pusing balik sebab takut kena saman.
Bella senyum. "Tapi family saya tak tahu saya kena tahan dekat hospital. Jadi awak kena hantar saya jugak."
"Aku dah kata aku tak ada lesen." Tekan Ayden. Dia letak pinggan yang berisi epal yang dipotong itu atas peha Bella.
Kerusi sebelah katil Bella ditarik. Tubuh disandarkan. Agak letih sebab sejurus habis kerja tadi terus ke situ. Penat kerja tadi pun masih belum habis sebenarnya.
"Lepas tu saya nak drive sendiri?" Sebelah kening Bella angkat saat memandang Ayden. Dia yang masih kondisi lemah ni boleh terbabas semasa memandu akhirnya.
Mengalah. Ayden yang memang takut dengan kemalangan akhirnya mengalah. "Ya, nanti aku hantarkan kau. Bagi kunci kereta kau. Aku ambik dekat rumah kau."
Advertisement
Bibir Bella mengukir senyuman. Bahagia rasa bila Ayden setuju nak hantar dia. Sejak dia ditahan di wad lelaki itu selalu menurut kehendak Bella.
"Apa sengih - sengih? Aku jentik bibir tu nanti." Tajam mata Ayden pandang Bella. Eleh, ingat dia tak tahu ke minah tu sengaja nak suruh dia hantarkan.
Tengah sakit pun masih nak menggatal. Syukur Ayden tak jentik dahi Bella supaya otak perempuan tu betul balik je.
Pantas tangan Bella menekup mulut. Ayden ni bukan diboleh buat main. "Jangan nak sentuh eh. Haram!"
Mata Ayden julingkan ke atas. Tangan menuang air kosong dari botol mineral ke dalam cawan. "Halalkan je lah. Apa susah?"
Bukan perlahan, tapi kuat. Bicara Ayden berjaya buat Bella terdiam seribu bahasa. Keliru dan bingung tapi dalam masa yang sama perut macam ada rama - rama.
"Maksud aku-"
"Ayden." Mata Bella memanah tepat ke arah sepasang mata biru gelap Ayden. Wajah Bella berubah serius.
Sekaligus buat Ayden menelan air liur. "Hmm a-apa?" Lah sejak bila Ayden jadi gagap ni? Jari menggaru hujung kening. Tak dapat nak sorok rasa gelisah yang tiba - tiba datang.
Bella senyum. Tahu yang Ayden dah gelabah. "Tak ada apa. Awak ni tak buang kulit epal dulu sebelum potong."
Riak wajah Ayden berubah. Dia tayang muka serupa nak makan Bella. "Benci lah kau ni."
"Kenapa? Awak fikir saya nak cakap apa?" Usik Bella dengan senyuman nakal. Kelakar lah Ayden ni. Marah pun comel.
Ayden merengus. Malas nak menjawab nanti makin galak Bella sakat dia. Perempuan tu sakit pun otak mereng juga.
"Betul ke Cik nak design yang ni?"
"Ya betul. Ini keputusan muktamad." Bakal pengantin perempuan bersuara yakin. Bibir mengukir senyuman lebar.
Namun si lelaki pula gelengkan kepala. "I tak nak lah. Apa buruk sangat ni? Warna biru masa majlis nikah? Buruk." Tegas membangkang pilihan bakal isteri dia.
Advertisement
Mata si perempuan membulat. "You nak kahwin dengan I kan? Ikut je lah."
"I nak kahwin dengan you tapi duit kahwin ni pakai duit siapa? I kan."
Si perempuan menghentak kaki. "Sudahlah! Kita putus je macam ni!" Langkah dipasang keluar dari butik pengantin tersebut.
"Perempuan memang menyusahkan." Dan giliran lelaki itu pula meninggalkan pereka fesyen mereka terkulat - kulat di situ.
Husna mengeluh. Macam - macam kerenah pelanggan yang buat dia pening kepala. Isu baju nikah pun sampai nak putuskan perkahwinan.
Majalah koleksi baju yang direkanya ditutup. Husna bangun dari duduknya. "Gee, ada appoiment dengan special customer lagi ke ni?" Soal Husna kepada pembantunya.
Gee yang di kaunter menyelak buku nota. "Ada. Dengan Bff you, Naura Dato' Haiqal." Jawabnya.
"Huh, nasib baik Naura je."
Macam tahu - tahu je nama disebut, wanita bernama Naura menolak pintu kaca butik Husna dengan senyuman. "Hai bestie!"
Husna tersengih. Dia depakan tangan menunggu Naura untuk membalas pelukannya. "Hai. Nak order baju untuk event mana pulak ni?"
"Annivesary mum dan dad I. I kena lah nampak cantik nanti biar semua orang terpesona." Balas Naura dengan muka riak.
Bila lagi nak riak?
Husna menghamburkan tawa. Dia dan Naura bukan lah sebaya. Naura muda enam tahun daripada dia tapi sikap matang dan serupa makcik - mak cik Naura tu berjaya buat Husna selesa berkawan dengan anak sulung Dato' Haiqal itu.
"Setiap kali event nak beli baju. Baik kau sewa je baju aku!" Itu lah dia orang kaya. Ada sahaja cara untuk membazirkan wang sendiri.
Naura hanya tersengih. Macamlah dia tak biasa dengar perlian Husna yang serupa mak - mak tu. "You datang tau majlis tu nanti."
Kaki dibawa ke ruangan duduk. Penat dari mesyuarat terus bergegas nak ke butik kawan baiknya. Lepas ni memang nak balik rumah tidur terus.
Dengar ajakan Naura tu buat Husna gelengkan kepala. "Eyuw, tak nak aku. Benci betul event yang ramai orang kaya macam tu."
Kena pakai baju yang bergaya dan kekal elegan. Sumpah Husna tak boleh nak behave sepanjang majlis. Sudah lah akhirnya dia ditinggalkan seorang diri di majlis. Naura sibuk melayan tetamu yang dari orang berada.
Naura gelak. "Ya lah mak cik Husna. Sekurang - kurangnya dapat pilih lelaki buat suami. You're old enough okay. You're already thirty eight!"
Tapi tak dapat nak nafikan wajah Husna tak nampak macam wanita berusia. Barangkali kerana wanita itu tak mempunyai anak dan kekal bergaya ke sana - sini?
Husna mengerut dahi. "I dont need men in my life." Perkahwinan pertama dan kedua yang gagal buat Husna trauma untuk mengenal lelaki.
Lelaki semua sama.
Yang berbeza hanyalah cara mereka menyakitkan hati kaum wanita.
"Sorry. I lupa you ada trauma dengan lelaki." Kisah Husna tak pernah dia lupakan. Mana mungkin Naura lupa. Dia lah penyelamat Husna ketika wanita itu didera suami.
Dia masih ingat waktu keluarga mentua Husna membuang Husna kerana tuduh Husna fitnah anak mereka mendera.
Tak ke otak letak dekat lutut? Mak ayah yang tak reti menjaga anak lelaki mereka sampai dera isteri tanpa belas kasihan.
Naura yang kebetulan lalu di jalan sewaktu Husna mencari tempat berteduh menolong Husna. Akhirnya, jadilah mereka yang sekarang ni.
Husna pun dah berjaya jadi pereka fesyen yang popular. Naura sentiasa menolong kawannya dari segi kewangan. Maklumlah sama - sama single kan.
Kena support.
siapa lupa husna tu siapa aku tibai dia. oh ya about age, kalau korang perasan dekat YANG TERAKHIR tu dah beritahu masa Husna kena cerai, dia 19. and ayden masa tu baru 7 tahun. jadi jarak mereka mcm akak dan adik sebenarnya. ok tu je nak bagitahu. nanti kang ada yg tanya tak terjawab aku.
Advertisement
- In Serial326 Chapters
Married to his secret crush
She was a princess; rich, spoiled, and beautiful, she had a life that one could only dream of.
8 4350 - In Serial100 Chapters
Contract Marriage || J. Jk [Completed]✔ [Editing]
HR #40 in bts fanficHR #313 in fanfic(If you are thinking that this is just another cliché story with a helpless female and a 'come to me' male lead then yes you are right or maybe you are not!)〖 Warning: This book is not edited. I wrote back then in 2017 when I was new to wp. No hate comments. 〗❝One day someone will walk into your life and make you see why it never worked out with anyone else.❞__ _ __ _ __Her life changes when she is married to the hottest guy of the century, their marriage is nothing but a written contract. They decide to fulfil their wills in the name of 'contract marriage' but then fate has something else to say... and when fate interferes... everything connects or even worse.. breaks...Story of a written contract and unwritten love... Story of a glass girl with no class and a badass playboy..〖 Point 5: 'Husband and wife to the world but nothing to each other under the roof' 〗_________________❝You don't choose LOVE... LOVE chooses you...!!!❞You will love this if you love philosophies, angst and quotes.100k on 25 May 2018🎉1M on 08 Nov 2019Drafted- 15 AUG 2017Published- 18 AUG 2017Ended- 26 April 2018Highest Ranking so far:13 DEC 2017Ranked #313 in Fanfiction.Ranked #40 in btsfanfic
8 337 - In Serial66 Chapters
the billionaire's kid | ✔️
after a one night stand, the billionaire, Alexander Wilson, never knew that he had a 6- year old daughter.What happens when they meet again, and Alexander finds out that, Becca Anderson, his ex- co worker and ex-friend, lied to him and kept his daughter a secret Check the story out to find out what happens next with the little familycover made by the amazing @m_rainberry
8 272 - In Serial52 Chapters
My Cat Boy | ^ -ᆺ- ^
[ completed ]She found an abandon cat and took it in and then it magically turned into a human! Can you believe that?! - Yoongi x OC
8 214 - In Serial16 Chapters
What The Heck I Gotta Do To Be With You (Lin-Manuel Miranda x Reader)
You met Lin at "Hamilton" auditions, and since then, you've had a huge crush at him. Then, you're introduced to your best friend's new boyfriend... a.k.a., Lin. Life only gets more complicated from there.
8 169 - In Serial23 Chapters
The Guest
" Do you enjoy reading porn?" Ray asked,not turning around to look at her.She shrugged and held tightly to her blanket. " Do you enjoy stalking girls while they're reading porn?"Ava was a beautiful charismatic girl. She loved having fun and spending time with her brother. Everything in her life could not get any better but it so happens that things do get better but at what cost.Warning ⚠️: this book contains assault, abuse, domestic abuse, mental health abuse, and RAPE.
8 194

