《Misteri Tuala Wanita》BAB 3
Advertisement
Dulu kampung tu sangat mengerikan dengan kemunculan orang minyak. Ramai anak dara yang telah diragut nyawa, mereka mati bukan dalam keadaan biasa tetapi terlalu tragis. Dengan tiada seurat benang di badan. Ini angkara orang yang membelanya. Dulu, orang-orang lama selalu gunakan jin untuk selamatkan kampung mereka dari diganggu. Jika seseorang sudah berpaling tadah dengan agama islam, maka sesat lah ia.
Untuk mendatangkan hasil rezeki lebih meluas, seseorang akan lakukan pemujaan dengan jembalang laut dan sedia menerima keinginan makhluk itu. Jika makhluk itu inginkan darah anak dara, maka orang itu mesti akan tunaikan. Kalau tidak menunaikannya, makhluk itu marah dan buat kacau. Jadi, dengan mewujudkan orang minyak dapatlah banyak darah anak dara. Tanggunglah nasib akibat menduakan Allah, jika rezeki secukup itu maka hendaklah bersyukur sebab ianya akan datang rezeki yang lebih meluas. Cuma hendaklah sabar dan redha dengan dugaan-Nya.
Jika perkara ini berlaku, maka Allah murka. Jadi, kita sebagai orang islam hendaklah sabar dan bersyukurlah selalu. Dugaan Allah bagi, mendatangkan hasil yang sangat lumayan tetapi hamba-Nya hendaklah sabar tempuhinya. Kalau tidak sabar, dan menduakan-Nya. Bukannya berkurang rezeki malah hidup di dunia juga tiada keberkatan. Takutlah kamu dengan azab-Nya...
Sejak peperiksaan semakin hampir, pelajar tingkatan lima perlu ada kelas tambahan dan jadual dah disediakan untuk kelas masing-masing. Petang itu subjek untuk kelas 5 Salasah ialah sejarah dan terletak di Makmal Fizik. Lisa, Lena, Qilah, Ain dan Dang bercadang makan di Warung Zaitun sebelum ke kelas. Petang-petang, koperasi dan kantin kekurangan makanan. Kalau ada pun, makanan yang tidak mengenyangkan.
Selepas makan, mereka menunggang motosikal untuk balik semula ke sekolah. Petang itu sangat mendung, langit gelap dan tidak lama kemudian hujan membasahi dunia. Alhamdulillah! hujan rahmat. Kalau hujan, memang best tidur. Mereka berlima duduk di meja belakang sebab datang lambat, Qilah yang suka tidur ambil peluanglah. Jangan sia-siakan begitu itu peluang, nanti rugi. Subjek sejarah dan petang itu hujan. Sumpah! mengantuk nak mampus... Bila tengok mata pelajar-pelajar lain dah kuyu sebab mengantuk, tapi ada yang segar sebab minat dengan subjek sejarah. Ya ampun, ada juga minat subjek tu ye! Lena tersengih seorang diri melihat ke arah Naskiy tidak menampakkan dirinya yang sebenar. Letih agaknya jual kerepek...
Advertisement
Hujan kembali reda, sekejap sahaja hujan. Langit mula semakin cerah menampakkan awan yang berkepul-kepul seperti coklat kapas. Sedap!
"Jom balik dang!" ajak Lena. Dia selalu tumpang dengan Dang selepas habis sekolah. Kalau Dang tidak hadir, dia tumpang Qilah. Alhamdulillah mujur kawan-kawannya pandai membawa motor tapi tiddakkan dia. Penakut! Kebetulan rumah Dang dan Lena boleh tahan dekat jadi dia tumpang sekaki. Nak mengharapkan ibunya, sorrylah ibunya sangat penat selepas seharian di sekolah rendah mengajar anak-anak kecil.
Malam tu, mereka keluar makan bersama. Qilah belanja dan dia membawa kereta dan angkut seorang demi seorang anak buah. Sempena last mereka lepak, jadi Qilah menawarkan diri untuk belanja mereka. Sebelum ni, mereka selalu belanja Qilah. Mereka boleh dikatakan sangat rapat ibarat keluarga, dan pasal duit memang mereka tiada hal. Rezeki pun lebih luas! Alhamdulillah...
Jadi, malam tu mereka bercadang ke Seoul Garden dekat Paya Bunga Square kerana Lena terlalu craving untuk makan steamboat. Malam itu mereka meronda bandar, berkongsi cerita bersama, dan karaoke dengan sepuas hati. Selepas hantar semua kawan-kawannya, Qilah merilexkan diri untuk pulang ke rumah walaupun ada sedikit takut tersemat dalam hati. Malam semakin gelap, bulan dilindungi awan. Malang nasibnya malam ni! balik dalam keadaan terketar-ketar. Dia mulai takut, rumahnya sangat jauh berbanding dengan rumah kawan-kawannya yang lain.
Telefon berdering lalu Qilah angkat call dari panggilan yang tentera 'Lena Busuk'. Sah! ada tinggal barang lahtu, desis hati Qilah.
"Ya, kenapa?" jalan di kampung itu tersangat lah sempit, dia perlu berhati-hati apetah lagi sekarang tengah call. Nasib dia membawa earphone, tak ada lah dia nak bersusah payah. Pegang phone lagi, kawal kereta lagi! uih menempah maut kalau camtu!
"Aku tak sedap hati, kau bawa kereta. Sampai rumah baru off!"jelas Lena di talian. Dia merisaukan nasib kawannya yang malam-malam terpaksa balik keseorangan. Qilah angguk. Eh, macamlah Lena nampak! Malam ni dia terpaksa lalu depan rumah Nek Salmah sebab jalan inilah yang paling dekat untuk sampai ke rumahnya. Harap-harap tiada apa berlaku!
Advertisement
Nek Salmah seorang pengubat tradisional yang dapat merawat orang. Dulu, ramai yang mengatakan yang dia lah yang membela orang minyak. Penduduk kampung marah, dan akibat terlalu kesian akan orang tua ini. Mereka meletakkan Nek Salmah di rumah yang terlalu lama ditinggalkan. Pelik! kalau dah lama ditinggalkan, mestilah dah nampak bukan seperti rumah. Tapi, rumah itu cantik seolah-olah ada orang yang menjaganya. Nek Salmah seorang anak tunggal yang ketiadaan ibu bapa malah suaminya juga bertukar menjadi status arwah akibat kemalangan kereta. Nek Salmah seorang yang mandul. Jadi dia hidup sebatang kara cuma dia mempunyai kucing yang bernama menyak.
Menderum laju kereta yang dipandu Qilah bila lalu dihadapan rumah Nek Salmah. Alhamdulillah! dia mengucap syukur kerana tiada apa yang berlaku. Dia kembali tenang untuk memandu kereta. Dia maklumkan ke Lena, yang dia sudah selamat sampai ke rumah. Nasib tiada apa yang berlaku! Setelah sampai, dia meletakkan kereta di bawah bangsar dan dia melihat pelik ke arah rumahnya! kenapa tiada lampu pasang depan rumah ni? mama tak pasang lampu ke? Dia bagi salam, salamnya berjawab. Dia masuk ke dalam rumah setelah bagi salam, dan dia pelik ubah suai rumah itu! bukan! ini bukan rumahnya! dia terus paling kebelakang dan nampak susuk tubuh Nek Salmah tersenyum melihat ke arahnya.
Dia terpampam dan terus pengsan tanpa tidak sedarkan diri!
Advertisement
- In Serial27 Chapters
Tentacles, loot boxes and apocalypse [monster evolution story]
Good news - hell is full! So you are going to have to find something else to do with yourself. How about becoming a tentacle monster, doing small tasks for the gods... and maybe ending the world? Cute medusas included. Slightly interactive. It's a story of a guy who reincarnates as a tentacle monster in fantasy world. He grows stronger by doing tasks, which allows him to get loot boxes. Loot boxes content will be suggested by readers, then rolled on discord. Posting this on RoyalRoad and ScribbleHub Cover 2, full image:https://imgur.com/gallery/Fqi76Ns Art by Yona Saura:Instagram: https://www.instagram.com/__yonax/ (NSFW)ArtStation: https://www.artstation.com/yonasaura (NSFW)
8 114 - In Serial6 Chapters
Hellish
The start of a grand adventure towards heaven, Matt struggles against fate and demons to right the wrongs committed against him. It is a cruel world that Matt finds himself in. (Content Warning) Dropped due to rushed pacing... I read it over and it all seemed too rushed :(
8 65 - In Serial12 Chapters
Kenzie The Queen ♔ mackenzie ziegler
The 'stressful' Life Of Being The Queen.
8 67 - In Serial7 Chapters
thicc izuku
this is my first story i hope you enjoy this story is about izuku and his bitchy classmate and cheater boyfriend bakuhoe and izuku best friend or should I say ex-best friend uraraka turn aginst him that's all I could think of sorry
8 120 - In Serial9 Chapters
I Fall Apart(MattsWorld Tom x reader)
Everthing was differect,now that Tom's gone.I can't stay forever,I have my own army to lead.But I can't let fall deeper down the hole.Not after losing Tom.I'll have to wait a while longer,my two loyal solider's Paul and Patyrk will lead the army till I come back-Oh how rude of me,I didn't tell you my name.I'm (Y/n) Lepon,the red army leader.After Tom left to lead his army,the blue army the guys wouldn't trust anyone new,that's why I have to keep the trust cause I actually care for them.Matt,Edd and Tord are my closest friends,I wasn't able to let my army come in the way of our friendship,not how Tom's did.(This story is taken from MY quotev account)
8 206 - In Serial6 Chapters
"I won't leave you"
Yoongi misunderstood Y/n. Will he listen to her or maybe .. he won't be able to? Will he regret his actions? Will he have to save her?Will he leave her?
8 172

