《Koleksi Seram》Kuaters

Advertisement

Pernah rasai tinggal di kuaters? Best? Ya, mula-mula memang best. Tapi lama-lama...

Bondaku seorang guru di Sekolah Rendah Taman Melawati, dan kawasan sekolah itu berdekatan dengan kuaters dulunya hutan sekarang mereka bina untuk guru-guru. Jadi, orang memanggilnya Kuaters Guru. Kebetulan rumah kami berdekatan dengan kuaters tersebut. Kami memilih di tingkat satu. Kuaters itu mempunyai Blok A dan B, empat tingkat untuk satu bangunan dan dua rumah berhadapan sesama sendiri. Semakin lama, kuaters itu dipenuhi guru yang lain. Keluarga kawan baikku juga turut pindah di situ. Mereka tinggal di tingkat empat dan berada di Blok B. Sekali aku pandang ke atas, pasti aku akan melihat temanku itu. Sibuk bermain anak patung bersama adiknya, Amirah di beranda tanpa memakai tudung. Tinggal di atas memang best! angin sempoi tapi tak laratlah hari-hari berulang naik turun, naik turun. Fuh! semput sial!

Hari jumaat, hari minggu. Macam biasa, semua ada di rumah. Ayah pun tak bekerja hari ini. Waktu tengahari, sibuk ayah menolong ibu menumbuk belancan menggunakan lesung. Kami terdengar bunyi tumbukan yang sama. Mungkin dari tingkat dua, tapi masalahnya orang yang rumah ditingkat dua tidak berpenghuni. Untuk pengetahuan semua, guru-guru boleh memilih rumah samada nak tinggal disini ataupun di mana-mana.

"Nak berlawan dengan aku ya?" jerit ayah.

Aku masih mentah, tidak tahu apa yang dikatakan ayah. Ayah menumbuk sekali, dia membalas. Ya, berlawan dengan syaitan. Akhirnya, makhluk tu senyap. Belacan sudah lumat ditumbuk ayah. Kalau ditumbuk lesung, mana tak lumatnya kang?

Itu permulaan.

Kemudian, kami makan tengahari bersama. Best, sebab bonda masak ayam masak merah kegemaran aku. Perlahap sekali aku makan macam persis hantu raya yang makan ayam, orang minyak meratah badan anak dara. Sorry kalau perumpaan aku kotor tapi macam tu lah aku. Masa kecil, aku ulang. Masa kecil!

Malam tu, kami tidak boleh tetidur. Aku tidur sekeluarga sebab aku jenis yang penakut. Bunyi dari tingkat dua atasku seperti orang main guli dan tarik kerusi. Kuat sangat bunyi sampaikan teman ibuku menelefon dan bertanya "kau dengar tak?" bondaku membalas "Ya, aku dengar"

Advertisement

Aku tidak tahu apa-apa hanya terkebil-kebil melihat bondaku. Mungkin bagi aku, orang bermain guli dan alih kerusi pada waktu malam. Sekadar kebiasaan tapi sekarang dah tak okay! Satu kuaters kecoh pagi tu dengan bunyi guli dan macam-macam lagi. Aku dan temanku yang lain. Sibuk bermain di taman. Oh, taman? yes, kuaters kami ada teman. Kawan sekuaters ku pernah terkena dek makhluk tu.

Mujahid namanya, tua setahun daripadaku. Dia bersendirian di taman, bermain buaian sampai tidak sedarkan diri. Tiba-tiba seorang melihatnya mengayunkan buaian terlalu tinggi. Kebiasaannya, rendah sahaja. Tapi kali ni tingginya hingga mencecah batang buaian. Mujahid tersedar dan tiba-tiba dia pengsan sampai tidak sedarkan diri. Kata ibunya, yang mengayunkan dia ialah makhluk halus sebab tu tinggi semacam. Ish, naik seriau aku! pundek ah!

Lama kelamaan, makhluk tu selalu mengacau kami. Tempat dia, memang dia marah. Ibu tiada pilihan selain menjemput ustaz untuk memagar kawasan kuaters itu dari dikacau. Tapi, sekali ustaz itu melangkah dia mengundur. Kata ustaz itu, makhluk besar menghalangnya. Jadi, dia pulang tanpa langsung merawat kuaters itu.

Mengeluh juga kami kerana satu kuaters kot kena kacau. Marah betul dia!

***

Aku dahaga, sangat dahaga. Kali ni aku tidur bilik lain bersama dengan adikku. Nak ke dapur, yes memang takut. Aku dahaga gila sampaikan takut aku. Aku buang jauh-jauh!

Dapur tiadalah jauh sangat, cuma laluan ke dapur tu pasti akan terlintas melihat ke bilik hujung. Gelap sial!

Okay, sampai je dapur. Aku teguk air dengan rangkusnya. Nasib dapur sudah terpasang lampu, biasanya ibu tutup. Asyik minum, telinga aku mendengar suara orang mengaji.

"Siapa mengaji dalan pukul tiga pagi weh!" gertak aku dalam hati. Nak kata ibu bangun mengaji tapi tak sebab aku dengar arah sini. Ya, dari bilik hujung! Dah lah gelap! Siot!

Aku tak tahu surah apa, cuma dengar orang mengaji. Dulu nenek aku tidur di bilik hujung, dan mengaji setiap malam dan pagi. Sekarang dia berada di rumah anaknya yang lain. Terketar-ketar aku minum air, dan habis je aku terus mengentuk pintu bilik ibu. Cepat je ibu buka. Alhamdulillah! Tapi bila difikirkan balik... takkan malaikat?

... dan sekali lagi. Aku tidur dengan ibu. Takut babi! Sampai sekarang aku ingat. Gila huh!

    people are reading<Koleksi Seram>
      Close message
      Advertisement
      You may like
      You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
      5800Coins for Signup,580 Coins daily.
      Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
      2 Then Click【Add To Home Screen】
      1Click