《Koleksi Seram》Bayangan

Advertisement

Aku, Safura. Nama penuh aku, sorry rahsia. Aku seorang gadis yang lincah, sebab ayah aku tak ajar diri aku menjadi lembik, gedik dan manja. Kalau aku nak sesuatu, aku kena usaha. Masa kecil, aku selalu dipukul oleh ayah aku dengan batang besi. Sakit? teramat. Nak buat macam mana, gadis macam aku layak dapat pukulan dari benda tu. Aku ganas, tapi tidaklah dilabelkan tomboy.

Pukul tiga pagi, mata aku buat hal. Dia nak terbuka sahaja malam ni. Tak pernah kenal erti tutup agaknya. Bosan pula merenung bilik. Baik aku layan korea. Walaupun aku jenis ganas, aku sangat suka korea. BTS? Twice? Blackpink? Lee Min Ho? EXO? huh! semua aku bantai masuk dalam kepala. Malam ni aku layan drama, mood merayu suruh aku layan jadi aku layankan jelah. Drama Lets Fight Ghost! memang menarik minat aku.

Drama ni drama hantu, tapi ada sikit romance. Wow! Daebak!

Tiba-tiba, bulu roma aku mencacak naik.

'Pehal naik?' bisik aku dalam hati. Aku lihat sekeliling bilikku. Gelap! nak kata sejuk. Aku punyai kipas syiling je. Itu pun leherku merembeskan sedikit peluh. Ergh!

Suara sesuatu yang mengilai menyentakkan jantungku. Babi!

Makhluk itu mengilai seperti berdekatan sahaja denganku. Aku memandang ke arah tingkap. Wowowowo benda apa putih tu?

Seriously, tingkap aku gelap. Bila terpancar cahaya. Sumpah aku nampak bayang orang luar!

'Ada orang nak masuk mencuri kah?!'

'Dia nak mencuri apa eh?'

Keesokan pagi, aku dengar penduduk kampung yang mengatakan... Hantu raya merayau di kampungku! Sejak dua menjak ni, ada perempuan mengandung telah dibunuh. Ayam yang dirobek seperti ada yang memelihnya termasuklah ayam yang ayahku bela. Kami tidak keruan, masing-masing takut.

Setahu kami, hantu raya itu telah dilepaskan oleh tuannya untuk mencari mangsa tapi malangnya dia mengingkar arahan tuannya dan membuat dajal di kampungku.

Serik dengan gangguan, aku tidak lagi tidur sewaktu pertengahan malam. Maksud aku, tengah pagi buta. Selepas apa yang berlaku ke atas ku, aku sering tidur awal. Takut? babi mana tak takut tu? Gila!

Lama kelamaan, makhluk itu telah lenyapkan diri dan tidak lagi mengilai di corong telinga aku. Hiks!

Kadang-kadang bodoh juga ya manusia yang menyekutukan Allah. Tiada benda lain ke nak buat selain menghitamkan hati? Bangang!

    people are reading<Koleksi Seram>
      Close message
      Advertisement
      You may like
      You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
      5800Coins for Signup,580 Coins daily.
      Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
      2 Then Click【Add To Home Screen】
      1Click