《Misteri Tuala Wanita》BAB 7

Advertisement

Ayam berkokok membingitkan telinga orang islam kerana liat bangun untuk solat subuh. Lisa terus bersiap-siap untuk mandi. Dia bencikan bau mulut pada waktu pagi. Terus dia bangun, tiba-tiba dia ternampak cecair merah atas cadar. Uzurkah? Ya, mungkin. Selepas siap membersihkan diri, dia ingin menolong bonda Fatin sediakan makanan. Mood dia pagi ni spoil disebabkan first datang bulan tapi dia kuatkan tenaga untuk menolong. menumpang rumah orang, mestilah kena buat baik. Kan? Kawan-kawannya masih lagi dibuai mimpi, dia malas kejutkan terus dia ke dapur.

"Selamat pagi makcik!" dia menyapa bonda Fatin, terus bersalaman. Emm, nasi goreng tom yam! wow! Tanpa disuruh, terus dia sediakan pinggan untuk sarapan pagi-pagi ini. Dia sudah biasa menolong emaknya di rumah dan terbawa-bawa sikap rajinnya di mana-mana. Calon menantu idaman para ibu yang mempunyai anak teruna. Ops!

"Rajin kamu, biar bonda sediakan. Pergi kejut kawan kamu, nanti lewat pula nak ke destinasi!" perkataan 'bonda' dia tekankan sedikit. Dia kurang suka orang panggilnya dengan panggilan mak cik, nampak terlalu tua! dia still young okay!

Tanpa membuang masa, Lisa terus kejutkan teman-temannya. Mereka geliat serentak, dan mulai ketawa bersama. Geliat pun bising! ish! Pagi itu sangat nyaman, nak kata cerah pun tak tapi boleh lah kalau nak ke taman tu, exercisekan badan. Selesai sarapan, mereka ke destinasi yang dituju. Fatin terikut sama, bondanya mempercayai yang mereka akan menjaga anaknya ke tempat itu. Demi kawannya, Fatin juga terpaksa menipu bonda. Terpaksa!

Angin pagi mula menerpa mereka, kesejukan pada pagi itu memang lain seperti duduk di Amerika. Lebih kurang 13'c, sejuk sampai ke tulang. Mereka bersemangat untuk mencari temannya yang hilang, harap dapat jumpa hari ini. Macam biasa, Fatin mestilah kena tukar nama. Mereka namakan dia, Doddy! Tanpa melengahkan masa, mereka terus masuk ke hutan tanpa membaca doa. Lupa kot!

Mereka terus mencari dan hari semakin lama semakin berginjak gelap, mereka berhenti di tepi sungai yang dijumpai oleh Lena. Eh ada sungai? wow! Semua teruja kerana dapat merasakan air yang jernih. Lisa meminta untuk membuang air kecil sementara kawan-kawannya bermain air. Dia lupa yang dia uzur, sepatutnya dia tinggal sahaja dengan bonda di rumah. Dia membuang pad itu, disebalik pokok besar. Dengan cara ini, kawan dia tak jumpa benda ni. Dia tambungkan pad itu dengan tanah. Setelah selesai, dia membuat tiada apa-apa yang berlaku di depan kawannya. Jika basuh pad itu, pasti darah akan mengalir. Baik dia tanam! Bijak!

Advertisement

Akibat terlalu taksub mencari Ain, sampaikan mereka tidak sedar mereka sudah berada di pendalaman hutan, maka susah untuk mereka mencari jalan keluar. Sekali lagi!

Mereka teruskan perjalanan, diketuai Dang dan seterusnya Qilah, Lena, Fatin dan belakang sekali Lisa. Dia penat, badannya tiba-tiba panas. Dia menjerit sekuat hati! Mereka berpandangan, tersentak melihat Lisa dalam keadaan meracau macam cacing dalam kepanasan. Setelah beberapa minit, dia duduk dan tunduk ke bawah. Senyap...

"Kenapa dengan kau?" soal Dang terketar-ketar sambil merapati Lisa.

"Kenapa kacau tempat aku?!" jerit Lisa. Bukan! Itu bukan Lisa! Lisa kena rasuk! Matanya berubah hitam keseluruhan, mukanya terkeluar urat seperti menahan kesakitan yang amat. Dia meronta bagaikan marah dengan mereka yang menggangu tempatnya.

Mereka tahu yang temannya sudah kena rasuk tapi kenapa tiba-tiba? bagaimana mahu memegang temannya itu? Dia kuat, seperti bukan diri Lisa yang sebenar... mereka tidak tahu bagaimana caranya. Buntu bercampur takut. Lena menyuruh mereka semua membaca ayat kursi, sampai benda itu keluar dri badan Lisa. Mereka membacanya sekuat hati, tidak langsung menghiraukan keadaan di sekeliling. Fatin seorang sixth sense, boleh nampak benda halus sejak kecil. Dia ternampak makhluk itu melayang terbang dari tubuh Lisa sambil mengilai halus dan Lisa jatuh pengsan, kepenatan...

"Lisa, kau okay? Alhamdulillah!" soal Lena lembut. Nasib tiada kesan luka!

"Sakit, badan aku lemah" balas Lisa perlahan. Entah dengar entah tidak. Jadi, Lena merapatkan telinganya ke mulut Lisa. Apa yang terjadi? Kenapa benda ni tiba-tiba serang Lisa?

'Kenapa kacau tempat aku?!'

Jeritan itu terngiang-ngiang di kepala mereka. Mereka menyoal kepada temannya yang dirasuk, kenapa dia lemah sebegitu rupa. Akhirnya, ketahuai lah mereka yang temannya sudah menyebabkan datangnya musibah. Mereka mengeluh panjang. Hari sudah malam, mahu ke tempat tadi tapi malangnya sungai itu sudah jauh dari mereka. Perkara tu tak patut berlaku dalam hutan ni. Apetah lagi hutan atau bukit ni ialah tempat yang keras. Bagaimana mahu pulihkan Lisa? dia nampak lemah sangat.. macam sudah uzur.

    people are reading<Misteri Tuala Wanita>
      Close message
      Advertisement
      You may like
      You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
      5800Coins for Signup,580 Coins daily.
      Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
      2 Then Click【Add To Home Screen】
      1Click