《Kehidupan Sempurna》Pesan Mak - Jodoh

Advertisement

Disuatu petang, aku meluangkan masa bersama ayah. Duduk sambil menikmati jemput-jemput yang disediakan oleh mak. Selang beberapa minit, mak datang menyertai kami. Lalu aku melafazkan hajatku kepada mereka kerana aku rasa masanya sudah sesuai.

"Mak, abang rasa abang nak kawin tahun depan. Apa pendapat mak?." Soal ku kepada mereka.

"Kau ingat hal kahwin ni main-main ke bang." celah ayahku sambil menyuapkan jemput-jemput ke dalam mulutnya.

Aku menceritakan segalanya kepada mereka tentang perasaan dan pasangan yang aku maksudkan itu. Mak dan ayah mendengarnya dengan begitu tekun sekali. Namun, aku melihat air mata seorang ibu mula mengalir dan aku menjadi kehairanan.

"Mak tak setuju ke dengan kata-kata abang?." tanya aku kehairanan. Dan mak menjawap soalanku itu dan jawapan itu yang membuatkan aku tersentap.

"Mak tidak kisah walau sesiapa pun pilihan hati abang. Hitam ke putih ke semua tu mak tidak kisah. Cuma satu je mak mahukan. Mak nak abang cari pasangan yang boleh menerima adik abang. Sebab mak ayah dah tua dan kami tak tahu bila Allah akan menjemput kami. Mak nak bila mak dan ayah tiada nanti, abang yang kena ambil alih tugas kami untuk menjaga adik abang. Sakit adik sakit juga mak nanti. Abang ingat pesan mak ya."

Mendengar kata-kata itu air mataku terus mengalir.

Pesanan itu yang selalu aku pegang sampai ke hari ini. Keseronokan kita memilih sesuatu sebenarnya membuatkan kita lupa akan tanggungjawap kita. Aku anak dan tugas aku untuk menggembirakan mak dan ayah aku. Aku abang dan tugasku untuk menggembirakan adik-adik aku.

Gambar sekadar hiasan

-Iskandar Hasmi

    people are reading<Kehidupan Sempurna>
      Close message
      Advertisement
      To Be Continued...
      You may like
      You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
      5800Coins for Signup,580 Coins daily.
      Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
      2 Then Click【Add To Home Screen】
      1Click