《Hold On✔️》39
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
"Anak mama sihat?"
Laju Ayden mengangguk. Pipi Husna dikucup sebelum dia mengukir senyuman. "Sihat. Bella jaga Ayden."
Tersenyum Husna bila nama Bella menjadi sebutan. Ayden ni dia nampak je keras depan Bella. Tapi di belakang isteri, nama Bella yang disebut banyak kali.
"Mana menantu mama tu?" Kepala terjenguk ke belakang Ayden. Tadi pagi Ayden kata nak datang dengan Bella. Maklumlah dua ekor ni mood honeymoon lagi. Pergi tandas pun sama - sama agaknya.
Ayden sengih. Dia menuding jari ke arah kereta. Di mana Bella sedang melilit tudung depan cermin. Dah cakap dah nak pergi rumah mama Husna je pun. Dia punya bersiap tu macam nak pergi event negara. Meriah!
Ketawa Husna pecah. Faham - faham je lah dengan perangai Bella tu. "Bella, meh masuk! Ada tetamu dah tunggu dekat dalam."
Bella mengerut dahi. Kaki melangkah ke pintu masuk Husna. "Siapa? Ada orang nak datang rumah akak jugak ke?"
Hujung bibir Husna ternaik. Ada dua sebab sebenarnya. Pertama, sebab Bella masih tak selesa nak panggil dia mama macam Ayden. Kedua, sebab tetamu yang menanti kehadiran Bella dan Ayden di dalam rumah.
"Jom masuk." Tangan Bella ditarik masuk. Senyuman tak pudar dari wajah Husna. Tak sabar nak menemukan dua tetamu kehormat dia.
Tiba di ruang tamu, rahang Bella jatuh. Beg tangan dilempar ke tepi sebelum menjerit nyaring. "Kak Naura!" Tubuh Naura diterpa.
Rindu sungguh. Naura baru - baru ni sibuk menguruskan syarikat. Katanya sebab Dato' Haiqal dah bersiap sedia nak bersara. Tak mahu bekerja lagi.
Seronoklah mum dia. Dapat honeymoon sahaja dengan dad. Maklumlah anak - anak dah besar panjang.
Naura tersenyum lebar melihat adik bongsunya. Kepala Bella diusap penuh kasih. "Alolo, rindunya aku dengan kau ni. Manja!"
Bella ketawa. Namun, tawanya beransur perlahan bila perasan kehadiran seseorang yang tak dijangka yang sedang duduk di atas sofa. "J-Jade?"
Lah, Jade buat apa dekat sini? Bella pusing ke sekeliling. Husna ada buat parti ke? Kenapa ada Jade? Ini pertama kali dia nampak Jade dengan Naura, tu yang hairan.
Lainlah ahli keluarga yang lain. Dah nampak Jade teman Naura ke hulur - hilir sejak Bella masuk wad kecemasan lagi. Bella je tertinggal keretapi, tak tahu apa jadi.
Advertisement
Jade tayang sengihan melihat wajah blur kawan dia. "Hye Bella. How are you? Sihat?" Dia menyapa macam biasa. Buat - buat tak faham dengan pandangan curiga Bella pun ada juga.
Soalan Jade tak dibalas Bella. Malah dia memandang Naura dan Jade silih berganti. "Awak datang dengan Naura ke? Datang sini... dengan... N-Naura?"
Untuk makluman semua, Naura memang peramah. Cuma sikap ramah dia tu bab kerja je. Tak adanya dia nak bawa kawan lelaki dia lepak rumah kawan baik ataupun keluar ke sana sini.
Naura jenis pentingkan kerja dan tak ramai kawan. Jadi pelik sangatlah tengok Jade terpacak dalam rumah Husna bersama Naura. Rasa aneh gitu.
Bahu Bella dipeluk Naura. "He is my boyfriend."
Mata Bella merenung Naura tak percaya. Rahangnya jatuh. "Seriously?! Naura?!"
Kepala Naura mengangguk laju. "Yup!"
Husna dan Ayden hanya tersenyum melihat drama dua beradik tu. Sedia maklumlah apa akan jadi lepas tu.
"Naura!!! I love you!!" Bella menjerit kuat. Dia memeluk tubuh Naura. Gembira tak terkata bila kakak dia dah jumpa pasangan hidup.
Nak - nak lagi yang dipilih kakak dia tu Jade, lelaki yang dia percaya juga. Rasa lega sangat.
Ceritanya, hari Isnin tu dua - dua tak jadi pergi kerja. Bella yang datang haid tiba - tiba senggugut di pagi hari. Tak akanlah Ayden nak biarkan saja isterinya sakit. Dia pun cutilah sekali.
Cuma masalahnya sekarang ni, emosi Nabilla Hannan selalu tak stabil bila dah datang haid. Ditambah pula senggugut, emosi dia macam roller coaster.
Lapar pun sampai menangis tak berlagu. Ayden hampir - hampir je nak maki isteri sendiri. Tapi bila dia pikir isteri yang tak berapa nak sihat tu, Ayden padamkan niat.
Nasib baik Bella banyak tidur sebab senggugut. Perangai luar alam dia tak keluar sangatlah kiranya.
Ayden yang baru sahaja selesai cuci bilik air, keluar dengan baju yang hampir keseluruhannya basah. Entah apa - apa je cuci tandas tengah hari.
Ini semua angkara Bella. Dia punya mood tu yang membuatkan Ayden terpaksa cuci tandas walaupun baru je minggu lepas dia cuci sampai berkilat. Tapi disebabkan ada secalit kesan ubat gigi dekat bawah sinki, isterinya membebel suruh dia cuci tandas dengan segera.
Advertisement
Buat para suami, Ayden nak ingatkan— kahwin bukan hal yang mudah. Ayden hampir nak berhenti jadi laki orang bila melayan perangai Bella hari ni.
Sabar tu sabar. Tapi kalau dah serabut nak mampus, ada yang dia lari rumah hari ni.
Dia menapak ke meja solek. Nak kemaskan rambut yang dah tak serupa rambut ni. Sambil itu, mata Ayden mengintai pada Bella yang terbaring di atas katil.
Tidur pun dengan posisi tangan menekan perut. Nampak sangat sakit tu. Bukan senang nak tahan senggugut ni. Ayden yang tengok pun terasa ngeri. Tapi boleh pula ada lelaki yang kata sunat tu lagi sakit dari perempuan senggugut. Cakap tak pakai otak ke?
Ayden mencapai minyak angin di atas meja sebelum duduk di birai katil. Baju Bella diselak ke atas. Nak sapu minyak di bahagian bawah perut isterinya. Kesian menahan sakit yang teramat.
Tanpa sedar, niat murni Ayden tu buat Bella membuka mata. Tersedar dari lena sebab terasa pergerakan pada perutnya. "Hmm..."
"Oh, sorry. Tidurlah balik." Peha Bella ditepuk macam anak kecil. Bibir Ayden menggaris senyuman.
Dalam dia sibuk complain dalam hati yang Bella ni moody bila senggugut, dia jaga juga isteri dia. Dia ikut juga apa yang Bella suruh tanpa bantahan. Ayden— lelaki idaman yang Bella mahu.
Bella menggelengkan kepala. Kepalanya diangkat dari bantal. "Dah pukul berapa?"
"Dua petang." Jawab Ayden sambil mengurut bahagian bawah perut Bella. Sebab dulu ibu dia kadang - kadang senggugut, dia tahu jugalah macam mana nak jaga perempuan senggugut ni.
Tak ada ribut taufan, tiba - tiba mata Bella bergenang. Bibirnya tercebik. "Ayden... hiks hiks..."
Bahu Ayden jatuh. "Lah ni kenapa pulak ni? Kenapa menangis ni?" Ibu jari Ayden naik menyeka air mata isterinya.
"Tadi... s-saya mimpi buruk. Saya mimpi awak nak tinggalkan saya." Hah sudah. Ini semua salah mimpilah ni.
Lekas tangan Ayden menarik Bella ke dalam dakapannya. Kepala isterinya digosok lembut. "Mimpi je tu kan? Aku mana ada tinggalkan kau. Aku tengah jaga kau ni."
Laju Bella gelengkan kepala. Hingus yang meleleh disedut. "Tak. Awak tinggalkan saya sebab saya nak jumpa ibu ayah awak."
Dahi Ayden berkerut seribu. Apa punya mimpi ni? "Ibu ayah aku kan dah meninggal. Dalam kubur. Kau nak jumpa siapa?"
Dengar perkataan mimpi, Bella kembali menangis. "Hah awak tak bagi saya pergi kubur ibu dengan ayah kan?!"
Tangan Ayden berhenti menggosok kepala Bella. Rasa macam nak baham je isteri dia sekarang ni. Macam - macam je perangai. "Apa pulak? Bila masa aku tak bagi ni? Kau ni kalau period perangai tu aneh - aneh je tau."
"Habis tu kenapa awak tak pernah bawa saya pergi kubur diorang?!" Suara Bella meninggi dengan mata membulat. Ternyata mimpi di siang hari parah juga.
Ayden menahan diri dari ikut emosi. Kena faham isterinya tengah haid. "Ya, nanti aku bawaklah. Dah, tidur je."
Bibir Bella tercebik mendengar jawapan Ayden. Dia sangat emosi sampai dia ingat Ayden tak nak bawa langsung dia ke kubur orang tua Ayden. "Kenapa tak sekarang je?! Kenapa nanti!"
Nafas dihela. Ayden menggelengkan kepala. "Sebab kau sakit perut. Macam mana nak pergi kubur? Kau rehat je boleh?"
Bagaikan tersedar yang emosi sendiri terumbang - ambing, Bella kembali tenang. Namun air matanya masih mengalir. "S-saya tak nak hilang awak..."
"Ya, aku ada ni." Bahu Bella ditarik agar isterinya kembali berbaring. Memandangkan emosi isteri dia macam cuaca Malaysia, Ayden baring sekali.
Pinggang Bella dipeluk sambil menepuk peha Bella. Mendodoikan isteri dia macam anak kecil. "Rehat ya? Aku teman kau."
Kepala Bella daratkan di atas dada Ayden. Bibirnya menggaris senyuman dalam diam. "Sayang awak."
"Okay, sunshine."
Okay— I love you too.
Tak perlu beri jawapan, kerana Ayden yakin perilakunya dah cukup buat Bella sedar yang dia sayangkan Bella lebih dari yang Bella jangkakan.
Kalau tak sayang, dia tak akan berada di sisi Bella macam sekarang. Tak akan.
Kerana hanya yang benar - benar setia dan sayang akan selalu bersabar dan tabah mengharungi segalanya.
Dan Ayden lelaki itu.
Lelaki yang Tuhan kirimkan untuk melengkapi kekurangan Bella.
kita dah nak sampai ke alam penamat tau readers :))
Advertisement
- In Serial9 Chapters
princess; jb
she sent a last text to her best friend's new number... what she didn't know: she wrote the wrong number, she texted the wrong person. and he saved a life. [july 16, 2017]
8 107 - In Serial66 Chapters
My Brother's Best Friend
#2 In Romance |May 1,2019|#1 In Teen Fiction |May 18,2019|ONLY AND ORIGINAL BOOK!!!!"What are we going to tell your brother?" He says, his breath on my neck."Who says we have to tell him anything?"- - - Sixteen year old Emma knows better than to get involved with her brother's best friend, Jax. She's been keeping her feelings for him a secret for as long as she can remember. Until, one day she makes the mistake of kissing him. She doesn't know how much longer she can keep those feelings a secret before her brother finds out. Worst all, does Jax feel the same way?Can she manage to stay away from him...or does she go behind her brother's back?
8 282 - In Serial12 Chapters
The Beast's Fate
Where will Fate’s destiny take her when she is thrown into a forced marriage with Waron to save her kingdom? Will she be able to take it and finally become his fate?
8 145 - In Serial45 Chapters
Devil's Affection [Affection Series 5] {Completed}
This beautiful cover is by @Anoniem024Fate, it is a bittersweet thing. No one knows what is there inside the bag of Fate for one; every events you face links you up with something, all it takes is few times and few turns of events for the game to end. And....this is the game of Fate of Adriana and Devilin. The event that links them together is so strong that nothing can stop them to meet at the end. When the miracle enchants the Devil within the man, the devil himself cannot help but show his affection. This is the last installment of Affection series hopefully you will love it as you did others, happy reads :) Affection Series:- 1) Mate's Affection 2) Warrior's Affection 3) Restrained Affection 4) Sweet Affection 5) Devil's Affection
8 186 - In Serial22 Chapters
Runaway (DNF Omegaverse)
Dream is a rich Alpha that can't cope with the stress of owning a multi-millionare business. When SapNap suggested taking a break, Dream packed a few bags and left. George is a rare Omega ( because he is male) who ran away from his mate that got him Pregnant. He didn't know this but what happens when he stumbles upon an Alpha that respects him?-----------------------------------------------------------------Hello. It is me the author. I will write in Bold during the book and it will be in 3rd person in different views. This info will be shown at beginning of the chapter with TWs.All updates for Uploads etc will be on my conversation page so just go there if you need anything. :) Swearing is written like this (idk what you call it). Eg:F*ck. Cover made by my friend. Thank you to them! Start date: 14th October 2021End date: 1st June 2022
8 158 - In Serial39 Chapters
With You |COMPLETED
|#4~ Highest Rank In Teen Fiction| UNDER MAJOR CONSTRUCTION. (I wrote this when I was younger and realized how awful it is lol)Damien Ryan Carter is the schools bad boy, he is blunt with his words and doesn't care if he picks a fight or two. He is a beautiful god and he knew that, everyone did. He was a player that had a amazing way with words and he practically owned the school. he had a way of scaring people, make them wish they never crossed paths with him. The school parted for him like a sea and he liked it like this. No one messed with him, he was to powerful. Or at least he thought he was. Meet Thea Evens, the new girl. She is blunt, sweet, and knows exactly how to push Damien's buttons. She is everything he isn't and maybe that's why the school was starting to love her. She had a way with words and her beautiful eyes captivated everyone in the room. She was precious, the schools very own angel. Thea was mean when needed and occasionally uses a strong vocabulary but her charming commercial smile would make the world melt away.when these two cross paths the whole school is talking. they were polar opposites....or at least they thought.This is the story of how a girl found her place in this world and a boy found his way home...-------⚠️ there is strong language in this book ⚠️ Book cover was made by @igoodbookShe's really amazing. Go check her out.
8 165

