《Hold On✔️》37
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
"Are you crazy?!" Suara Ayden meninggi. Dia dah tak ambil kisah kalau suaranya kedengaran sampai keluar wad sekalipun.
Hatinya rasa sesak dengar permintaan gila Bella. "Aku cakap apa pun kau bukan nak dengar. Suka hati kaulah nak buat apa pun lepas ni."
Beg galas yang menyimpan pakaiannya selama berada di wad itu diangkat. Hari itu hari Bella dapat keluar daripada wad setelah tujuh hari ditahan.
Bella diam bila mendengar suara dingin Ayden. Dia tahu Ayden marah dengan keputusan dia. Tapi... dia ada sebab. "He is my dad, Ayden..."
Mata Ayden memanah tajam ke arah Bella. Bawah bibir digigit. "Step dad." Geram sungguhlah dengan bini dia ni. Dato' Haiqal tu dah buat macam - macam, masih nak lindung lagi.
Tanpa mempedulikan Bella di belakang, Ayden berjalan laju keluar dari wad. Namun niat nak tinggalkan Bella terkubur bila sedar isteri dia baru je keluar daripada hospital.
Langkah dihentikan. Ayden menunggu Bella dengan sebelah tangan yang dimasukkan ke dalam poket. Riak wajahnya beku macam pertama kali Bella nampak Ayden dulu.
Bibir Bella menahan senyuman. Dalam marah Ayden, sifat melindungi lelaki itu tetap terserlah. Marah - marah pun sanggup tunggu Bella.
Berdiri di sebelah Ayden, Bella memeluk lengan Ayden. Pandangan tajam suaminya dibuat tak peduli. "I have my own reason, Ayden. Awak dah janji kan nak sokong saya?"
Ayden mengetap bibir. "Tapi bukan benda macam ni. Dia sepatutnya meringkuk dalam penjara, Bella." Balas Ayden dengan mata yang memandang ke depan.
"Saya yakin dia tak akan sakitkan saya lagi sebab saya ada awak untuk lindungi saya. Mum pun dah sedar silap dia kan?" Jelas Bella. Masih tak berputus asa nak memujuk Ayden.
Tajam Ayden menjeling isterinya. "Kau baik sangat kenapa? Lupa dah apa dia buat dekat kau dulu?"
Sesiapa pun tak akan dapat terima hakikat yang Bella sesuka hati nak lepaskan je Dato' Haiqal serupa lelaki tu tak buat salah. Padahal lelaki tua bangka tu juga antara sebab Bella nak tamatkan riwayat diri.
Advertisement
Sampai di depan kereta, Ayden menarik kasar tangannya. Masuk ke dalam kereta dengan muka ketat. Marah dia tak habis lagi dengan Bella ni.
Bibir Bella memuncung. Tak tahu pula susah sungguh nak memujuk suami dia ni. Keras betul hati. Made from batu kerikil ke?
"Ayden," panggil Bella lembut. Belum sempat Ayden nak pegang stereng, Bella terlebih dulu genggam tangan suaminya.
Sebelah lagi tangan memaut dagu Ayden lalu ditarik menghadap wajahnya. Berkerut kening Ayden jadinya. "Apa kau ni pegang - pegang aku?"
Senyuman diukir. Bella mengangkat sebelah kening. "Dosa ke pegang sikit?"
Ayden menjeling Bella. Tapi tak pula dia tarik muka menjauh. "Dosa lah sebab aku tengah bengang ni." Bella ni menguji kesabaran betullah.
Bella kuatkan genggaman pada tangan Ayden. "Sayang, he is my dad tau? Dia memang baran dan tunjuk dia tak sayangkan saya. Dia selalu pukul saya... tapi..."
Anak mata Ayden direnung sedalamnya. "Dia lelaki yang mum sayang. Dia ayah kandung dua orang kakak saya. Tak akan demi saya, saya nak tengok kakak - kakak saya sedih ayah diorang dalam penjara?"
Ayden mengetap bibir. Nak marah, tapi hati rasa sejuk pula dengar suara lembut Bella. Isy payah la gini. "Kau sibuk fikir pasal orang kenapa?"
"Syarikat nanti macam mana? Kalau bankrup? Orang tak percayakan dad? Kesian kak Naura, Kak Nani kena fikir banyak benda. Saya tak nak pentingkan diri, Ayden. Saya tak nak susahkan orang yang sayangkan saya selama ni."
Melihat air mata yang mengalir jatuh ke pipi Bella, Ayden dah malas nak bertelingkah. "Suka hati kau lah. Asalkan kau jangan buat hal macam hari tu, aku okay je." Balas Ayden sambil ibu jarinya menyeka air mata Bella.
Dalam keras seorang Ayden, lemah juga dengan seorang Bella.
"Ayden!"
Baru je Ayden nak lelapkan mata, bahunya digoncang kuat. Bella berdiri tegak di tepi katil dengan kerutan di dahi. "Tolong masak makan tengah hari. Saya lapar."
Advertisement
Hampir - hampir Ayden nak mencarut bila dengar permintaan isterinya. Rambut diramas kasar. "Kau tak ada grab food ke? Order je lah."
Bibir Bella memuncung. Tangan tak lepas dari lengan Ayden. "Tak nak. Nak awak masakkan untuk saya." Pinta Bella menggedik.
Hujung mata Ayden menjeling isterinya. Dia baru nak dapatkan tidur yang lena lepas teman Bella tengok kdrama sampai pukul dua pagi semalam. Isy, kacau!
Selimut ditolak dari tubuh. "Kau ni mengandung ke apa minta yang macam - macam ni?" Perli Ayden.
Seketika, Bella hanya tersengih menampakkan barisan gigi. Tahu yang Ayden hanya bergurau. Kalau dia hamil, tak akan doktor dekat hospital tak bagitahu kan? "Merepek. Pergi masak sekarang."
"Derhaka lah kau ni. Suka hati je suruh suami masak untuk kau." Jari Ayden menjentik dahi Bella. Sampai mengaduh sakit Bella dibuatnya.
Tanpa mempedulikan tatapan tak puas hati Bella, Ayden turun ke tingkat bawah. Bergerak ke dapur untuk masak. Kalau dia tak masak, sampai kiamat lah isteri dia menggeletis serupa kucing betina. Banyak cekadak.
Peti ais dibuka. Ayden keluarkan tomato, kubis dan lobak merah. Rasa macam nak masam tomyam je senang. Sedap tapi mudah.
Sedang Ayden memotong kubis atas kitchen island, pinggang dia dipeluk dari belakang. Tapi Ayden hanya membiarkan. Tahu sendiri siapa yang gedik dan mengada dalam rumah ni.
Bella tersengih. Kepala terjenguk di tepi Ayden sambil tangan tak lepas dari memeluk suami dia. "Nak masak apa tu?"
"Masak tomyam."
Mata Bella bersinar. Kecur air liur dengar. Masakan suami dia dah la sedap sampai menjilat jari. "Wah, tak sabar nak makan."
Hujung mata Ayden menjeling Bella. Bab makan tak sabar je. Tapi spesies pemalas nak masak. Makan suka, masak malas. "Kau tolong aku. Cepat sikit siap."
"Eh tak nak!" Laju Bella menggeleng. Dia suruh Ayden masak sebab dia memang tak ada rasa nak pegang sudip hari ni. Boleh pula Ayden paksa dia tolong.
Ayden tak membalas. Dia terus capai lagi satu apron dan menarik tubuh Bella merapat. Apron dimasukkan dari atas kepala Bella. "Tak dengar cakap suami dosa."
Dahi Bella berkerut. "Kalau suami macam awak ni terkecuali kut." Dia masih cuba nak tolak badan Ayden. Malangnya, apron dah selamat tersarung dekat tubuh Bella.
Selesai. Bibir Ayden mengukir senyuman senang. Puncak kepala Bella digosok. "Kan comel pakai apron tu? Meh tolong basuh tomato ni meh."
"Tak nak!" Bibir Bella memuncung.
Mata Ayden julingkan ke atas. Dia tarik tangan Bella dan letak bakul berisi tomato atas tangan isteri dia. "Basuh!"
Bella mencebik geram. Sempat dia hentak kaki dalam perjalanan nak ke sinki sampai tumit sendiri rasa pedih. "Tolong masak pun paksa orang jugak!"
"Aku dengar eh kau kutuk aku!" Ayden melaung.
memaafkan mudah di bibir,
bukan di hati
Advertisement
- In Serial29 Chapters
Shy One (Completed)
She is shy, no argument there. She is afraid to speak up, afraid of conflict, afraid of everyone around her. She is still special.But no one would see that.Especially her.(Going to be edited)A short story on a shy little wolf named Mable Vennett, and her life being a reject.
8 170 - In Serial131 Chapters
Twice Shy
When your blood calls to eternity, what do you do once bitten?Jack's life was never perfect, but a run-in with the criminal underbelly of Portswain has left him scarred. His memories are a patchwork he'll happily ignore, and his small handful of friends is good enough. He longs for companionship, but people always want what he's unwilling to give. When he meets antiques dealer Kieran, will he be able to ignore his instincts and give him a chance? Or will Jack's need to remain hidden ruin everything? Extra tags: Asexual lead, gay relationship, anxiety, past trauma, partially illustrated April 2022: Some minor edits to all chapters: spelling, dropped words, formatting, etc. A few sentences changed or added here and there for clarity. For the most part, nothing major that changes anything. Except the chapter that apparently had been repeated? Not sure how long it's been like that. 'Knife' now has the correct chapter. Book/part 2 will be uploaded later in 2022.
8 228 - In Serial8 Chapters
Alice/Zero
After failing to wrap her head around a difficult mathematical formula, Alice Liddell finds herself in a re-imagined Wonderland full of familiar faces and new brain teasers. Her explorations thrust her into the thick of bizarre scientific deliberations and the hotly anticipated Wedding of the Century, but through it all, there seems to be no way for her to get back to reality. Can Alice solve the formula and break through her imaginary realm, or is she destined to remain there forever?
8 120 - In Serial23 Chapters
Anuseena - True Love ❤️
Hello guys ❤️I am Muskan .Watch maddam sir on tv at 10 o'clock only on sony sub ✨♥️
8 247 - In Serial7 Chapters
Being His Villain ~ BL [Quick Wear]
Vin wakes up in an empty space with no memories and only a feeling of needing to find someone. That's when 111, a system, shows up.111 stated that Vin needed to go through multiple worlds as a villain and get rid of the protagonists halos with the condition of not going OOC and he'd be able to wish for whatever he wanted.Vin agreeing, goes through the worlds as villains along with a dog that is always trailing close behind him. This is a story where Vin will play as the villain and finds his true love, who will love him forever, unconditionally.**inconsistent updates**no images are mine unless stated otherwise**original story
8 195 - In Serial65 Chapters
Angel Academy
For years angel academy has taught students of all races and ability's, angels, werewolves, vampires, dragon riders, you name it. The school was created for a purpose, to help students reach their full potential and rise against the demons that vow to destroy the world as we know it.But one girl changes everything.Nobody has seen her powerful kind for thousands of years. Her power could bring about the victory or downfall of every supernatural aspect. To everyone around her she is just an ordinary werewolf with and unordinary appearance but in reality she is much more.She is a Mythica. She always knew she was different. She was told to keep her powers hidden, that people would fear her for who she is. But now. Everything is going to change. -----------------------------There WILL be dragons !!-----------------------------***There may be some colorful language and violence. All rights reserved, this is my own work so please DO NOT copy anything without asking permission. Original images may be subject to copyright***HIGHEST RANK : #1 in fantasy#1 in dragons
8 124

