《Hold On✔️》33

Advertisement

Muhammad Ayden; the untold stories

Husna tersenyum nipis melihat Ayden yang hanyut dalam lamunan sendiri. Konon datang nak luangkan masa dengan mama, tapi teringat dekat isteri sepanjang masa.

Dulang air diletak di atas meja. Mata menjeling Ayden yang masih tak perasab Husna dah keluar daripada dapur. "Ayden, minum."

Diam tak menyahut.

Otak Ayden tengah fikir apa yang Bella buat dekat sana. Satu pun mesej Ayden tak dibalas. Mungkin Bella sibuk berbincang dengan mum dan dad dia dengan cara baik? Atau— urgh! Positi- "Argh!"

Tercabut jantung Ayden bila mata yang dari tadi merenung dinding putih kosong bertembung dengan wajah Husna. "Mama nak apa?!" Terkejut.

Ketawa Husna pecah. "Panggil tak menyahut. Mama nak suruh Ayden minum air ni haa." Haih macam - macamlah Ayden ni.

Akhirnya Ayden hanya mengangguk. Tak rasa macam nak gelak sebab hati dia masih resah memikirkan perihal Bella.

"Ayden ada masalah ke?" Husna menyoal terus. Tak dapat nak sembunyi rasa hairan tengok Ayden yang kelihatan terganggu sejak menjejakkan kaki ke dalam rumahnya.

Mata Ayden memandang mak tirinya. Segaris senyuman diukir menunjukkan dia baik - baik saja. "It's not me, but Bella."

Husna yang dengar suara Ayden seperti mahu menyambung cerita, duduk bersila. "Masalah apa? Sebab tu ke dia tak datang rumah mama hari ni?"

"Mama tahu tak apa yang viral dekat media sosial sekarang ni?" Soal Ayden dengan wajah yang tegang. Menyirap jugalah bila fikir pasal berita yang buat isteri dia sedih baru - baru ni.

Laju Husna mengangguk. Nama pun viral. Haruslah Husna tahu. "Tahu, but I think Dato' Haiqal ada his own reason why he hide about Bella's father kan? Tak semua orang boleh terima kenyataan tu."

Hujung bibir Ayden ternaik. "You trust him?" Soal Ayden dengan nada sinis. Terbayang muka Dato' Haiqal di dalam gambar dan media sosial. Memang nampak suci dan baik. Hakikatnya, binatang.

Advertisement

Dahi Husna berkerut. Dia tahu ada yang tak kena dengan nada yang Ayden gunakan. "Kenapa?"

Bahu Ayden jatuh. Tangannya naik meramas rambutnya dengan kasar. "Dia dera Bella." Perlahan.

"Apa?" Husna pandang Ayden tanpa berkelip mata. Kenyataan itu buat dia tak percaya. Dato' Haiqal... dera anak? Dera Bella yang selalu nampak gembira dan ramah tu? "But she..." selalu nampak okay.

Seketika, Husna mengeluh. Sedar yang walaupun seseorang tu nampak gembira, tak semestinya dia bahagia. Kita tak nampak luka yang dia simpan dan lalui.

"Sejak lahir ke?"

"I think." Ayden angkat bahu. Dia pun tak tahu sangat. Bella bukan suka bercerita soal keluarga dan dia tak mahu memaksa.

Kadang - kala, sisi lemah kita akan terbuka bila kita bercerita tentang apa yang membuatkan kita terluka. Ayden faham. Dia juga melalui perkara yang sama.

Mereka sama - sama perlu bertahan.

"Sakitnya." Mata Husna terpejam. Teringat setiap libasan dan makian yang dia pernah lalui suatu ketika dulu. Sakit yang tak berpenghujung.

Ayden mengerut dahi melihat Husna. "Did... someone abused you?" Dari nada dan riak wajah Husna, dia tahu penderaan adalah sesuatu yang traumatik buat ibu tirinya.

Segaris senyuman diukir. Perlahan - lahan Husna mengangguk. "My second husband... dera mama-"

Tak sempat Husna nak menghabiskan bicara, Ayden turun dari sofa. Tubuh Husna dipeluk erat. "I'm sorry for you. I'm sorry mama sebab Ayden tak ada dengan mama masa tu. Ayden tak boleh buat mama senyum and forget all your pains... I'm not there."

Air mata Husna mengalir. "But at least you're here, sayang..."

Mereka semua sakit.

Terluka.

Dan ceritanya berbeza

Bahagianya tak sama.

Lemah kaki menapak ke dalam rumah dengan linangan air mata. Bella mengetap bibir. Menahan diri daripada meraung serupa orang gila.

Tapi Bella tak kuat.

Tas tangan jatuh menyentuh lantai. Kaki dibawa naik ke tingkat atas dalam keadaan tubuh yang terlampau sakit. Sakitnya bukan sahaja di tubuh badan, tapi meresap sampai ke dalam hati.

Advertisement

Masuk sahaja ke dalam bilik, Bella terduduk lemah di atas lantai bersebelahan katil. Emosinya menguasai diri.

Tak mudah untuk manusia yang tengah berusaha untuk hidup macam dia ni nak hadap kesakitan yang datang lagi dan lagi.

Tak semudah yang orang boleh kata 'kuatkan je lah iman tu'. Jika semudah tu, Bella tak menangis begini. Tak menangis sampai bayang teruk sangat ke hidup dia ni?

Lutut ditarik rapat ke dada. Tangisan Bella pecah sehingga menjadi esakan kuat. Melepaskan semua kesakitan dan lukanya dalam bentuk tangisan.

"Anak haram!"

Tuhan, Bella tak minta pun diri dia dilahirkan. Dia tak minta pun diri dia lahir lalu mengapa diri dia dilayan seperti dia yang merayu dirinya dilahirkan ke dunia?

Matanya terpejam. Tenang, Bella. Fikir satu benda yang membaha— tak mampu. Dalam otak Bella, hanya mati dan bagaimana nak tamatkan kehidupan.

Dia penat. Faham tak?!

"Ayden... I'm s-sorry..." kata - kata itu diucap dalam perih. Tahu yang jika dia buat keputusan yang salah, ianya bakal melukakan perasaan manusia yang dia sayang juga.

"But I'm not strong enough to stay..." usai mengungkap ayat itu, Bella bangkit dari duduk. Tilam diangkat ke atas, lalu mengeluarkan pisau yang selama ni disorok tanpa pengetahuan Ayden.

Dulu, Bella selalu simpan di situ. Mungkin mudah jika dia mahu tamatkan riwayat hidup dia bila - bila masa.

Bahagian tajam pisau digenggam kemas sehingga membuatkan telapak tangannya berdarah. Namun, Bella hanya tersenyum.

Otaknya berkata, 'oh sakit lagi hati aku.' 'Apa rasanya kalau tikam diri sendiri, lagi sakit ke'.

Kau fikir, saat mereka dalam kelukaan yang terdalam begini mereka ada masa ke nak fikir syurga atau neraka?! They need help. Mereka bukan boleh bangun berseorangan.

Bella tak boleh bangun seorang diri. Mereka perlu manusia tahu yang mereka sedang lemas. Mereka bukan baik - baik sahaja.

Dia berdiri tegak. Bahagian hujung pisau dihala ke arah pergelangan tangan kirinya. I cant hold on, Ayden. I'm hurts.

Zap.

One cut.

Senyuman terukir. Oh, tak adalah sakit mana. Tak susah mana pun rupanya nak mati. Mata dah mula kabur dengan air mata.

Zap

Two cut

Tubuh Bella rebah ke bawah. Kepalanya mengiring ke tepi memandang pergelangan tangan yang dah mengeluarkan darah.

Dia tak kuat. Tapi dia juga tak minta untuk jadi lemah. Tuhan—

Ayden.

Darah mengalir laju dari luka torehan tersebut. Bella hanya mampu menangis dan menangis. Menunggu saatnya mata terpejam sendiri.

"God please take me."

Pinta Bella.

Hanya yang pernah melalui sahaja faham. Yang tak melalui tak akan mengerti perjuangan hidup mereka.

but baby dont cut

you can do anything but

baby dont cut

promis me you wont cut

im sorry untuk bab yg agak sensitif ni. but in case u dont understand— life is hard for the one who doesnt want to live anymore.

    people are reading<Hold On✔️>
      Close message
      Advertisement
      You may like
      You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
      5800Coins for Signup,580 Coins daily.
      Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
      2 Then Click【Add To Home Screen】
      1Click