《Hold On✔️》31
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Bahagia tak sentiasa.
Happy ever after? Bodohlah kalau terus percaya bahagia tu selamanya. Pasti ada ujian dan rintangan.
Berita Bella dah berkahwin dah lama tersebar. Namun berita yang baru semalam tersebar sampai warga twitter, tiktok, instagram dan lain - lain jadi heboh ni... hampir buat pasangan tu nak pitam.
Bella menggenggam kuat bahagian tepi blaus. Merah muka dia menahan amarah usai membaca artikel tersebut. Entah siapa tak puas hati, sengaja menyebarkan berita itu.
.
Bella nak keluar dari pejabat pun takut. Dia dah tahu macam mana pandangan semua orang di luar sana. Nafas dihela.
"Panggil Ayden."
"Baik Puan." Tanpa menunggu, Mira berjalan pantas keluar dari bilik Bella. Tahu yang situasi begini membuatkan emosi majikannya tak stabil.
Sampai di meja kerja Ayden, lelaki itu kelihatan sedang meletak kepala di atas meja. Tidur. Heh. "Encik Ayden..." bahu Ayden ditolak dengan pen.
Nasib baik Ayden bukan jenis susah nak bangun. Dia tegakkan tubuh. Terkebil - kebil mata memandang Mira yang berdiri tepi meja dia. "Kau nak apa?" Dingin.
Mira mengetap bibir. Gerun sungguh dengan suami Puan Bella ni. "Puan Bella panggil Encik Ayden ke bilik dia."
Dahi Ayden berkerut. Jam tangan ditilik sekilas. Rasanya diorang baru lunch dua jam yang lepas. Macam biasalah selama dua bulan bekerja bersama ni, mereka lunch bersama.
Melihat Ayden yang seolah - olah keliru, Mira senyum segaris. "Mood dia tak okay. Something happened." Jelas Mira sebelum pergi.
Mata Ayden terus segar. Emosi Bella jangan dibuat main. Dia kena sentiasa tahu kondisi emosi Bella supaya tahu tahap mana Bella nak bertahan.
Tak menunggu lagi, Ayden melangkah masuk ke dalam bilik Bella. Tak ketuk dan terus masuk. Matanya menangkap Bella yang sedang menyebamkan muka di atas meja.
Bahu isterinya terinjut - injut. Dari depan pintu Ayden dah boleh dengar esakan isteri dia. "Bella..." Kaki melangkah ke arah Bella.
Advertisement
Bella angkat wajah. Bibirnya tercebik saat mata bertentang dengan anak mata Ayden. "Ayden... hiks hiks..." sedih.
Bukan menangis yang sengaja ataupun mengada. Dia rasa hidup dia macam hilang sekarang. Orang luar sedang menilai diri Bella. Sesuatu yang dia dah lama sembunyikan akhirnya terungkap.
Ayden menarik isterinya ke dalam pelukan. Walaupun tak tahu perkara apa yang membuatkan Bella menangis macam ni. Dia tetap berusaha tenangkan Bella.
"Tengok ni..." Nampak yang suami dia seolah - olah clueless tengok Bella, dia bagi telefon dekat Ayden. Biar Ayden baca news yang dia baca tadi.
Sambil sebelah tangan menggosok belakang badan Bella, sebelah lagi ligat scroll news. Menyirap juga Ayden baca kenyataan itu. Lagi menyirap bila mata terpandang komen - komen netizen yang tak ada otak.
Dia tersedar bila terasa getaran di dada. Bella masih menangis dalam pelukan Ayden. Mencari secebis kekuatan dari suaminya.
"Shhh. I got you, sunshine. Aku ada ni," tak tahu nak bagi ayat macam mana. Nak bagi kaunseling pun belum tentu dapat hentikan tangisan Bella.
Bella mengetap bibir. Wajah diangkat dari dada Ayden. Sekaligus menyeka air mata sendiri. "D-diorang... panggil saya... anak... h-ha- haram..."
Sakit.
Seumur hidup, kenyataan tu tak pernah berhenti buat Bella sakit. Orang menghukum seolah - olah Bella yang berdosa. Dia tak salah pun walau lelaki yang hamilkan Datin Nora tu jahat. Bukan Bella yang minta diri dia dilahirkan begini.
Ayden mengeluh. Mata mengintai dari dinding cermin pejabat Bella ke bawah. Ramai reporter yang menunggu Bella. "Aku ada, Bella. Kuat demi aku."
Seberapa kali pun Ayden ucapkan perkataan itu, Ayden tahu tak mudah Bella menerima. Pandangan luar tak mudah diabaikan seolah mereka tak ada mata dan telinga.
Mereka tahu, mereka tak kuat mana.
Sampai di rumah, Bella terus naik ke bilik. Telefon dirampas oleh Ayden sebab tak mahu emosi Bella makin terganggu baca komen dan berita tentang diri sendiri.
Advertisement
Televisyen pun Ayden tak bagi buka. Program realiti zaman sekarang dah tak menjaga sensitif orang lain. Hanya tahu bercakap ikut sedap mulut asalkan rating naik tinggi.
Sebab terlalu ramai reporter di lobi hotel, Ayden dan Bella terpaksa pulang lewat daripada biasa. Menunggu di dalam pejabat Bella sampai receptionist di lobi beritahu yang semua langau tu dah pergi.
Lepas Isyak, Bella rebahkan diri ke atas katil. Penat menangis seharian. Belum lagi dia buka media sosial. Mesti dia dihujani makian yang tak berpenghujung.
Bukan sahaja risau soal diri sendiri. Bella risau juga bagaimana keadaan Dato' Haiqal dan Datin Nora. Mereka berdua juga akan terkesan bila berita ini keluar.
Semuanya salah Bella.
Kalaulah dia tak cari pasal dengan tetamu VIP tempoh hari, berita tu tak akan tersebar. Diri dia juga tak akan menghadapi kekacauan begini.
Sedang dia tenggelam dalam dunia sendiri, bahu Bella terasa berat. Menoleh ke sisi, Ayden sedang merehatkan kepala di situ. "Bantal kan ada? Kenapa landing atas bahu saya?"
Ayden menyengih. "Bahu kau lah bantal aku."
Jawapan Ayden berjaya membuatkan Bella tersenyum segaris. Syukurlah ada Ayden yang sentiasa memberi semangat dan kekuatan. Tanpa Ayden, Bella tak tahu di mana dia kini.
Tangan Bella meramas lembut rambut Ayden. "Thank you. Awak kurangkan rasa sakit saya." Ucap Bella ikhlas.
Bibir Ayden ketap. Kepalanya diangkat dari bahu Bella. "Aku akan buat apa je asalkan kau terus kuat. Kau nak jadi reason aku hidup kan?"
Kepala Bella mengangguk dengan tubir mata yang berair. "Semua orang tengah hukum asal - usul saya, Ayden... Saya takut..."
Tanpa menunggu, Ayden menarik Bella ke dalam pelukan. Dahi Bella dikucup berkali - kali. "Aku ada, Bella. Aku ada. Aku akan buat apa sahaja untuk kau."
Kata - kata yang tak pernah penat untuk Ayden luahkan. Dia mahu Bella terus kuat. Dia mahu Bella bertahan bersama dia.
"Ayden, ceritalah pasal hidup awak."
Ayden terdiam. Air liur ditelan. Payah nak membongkar rahsia yang selama ni dia simpan kemas. Tapi tak sanggup juga hampakan permintaan Bella.
Tangan Ayden memeluk kemas bahu Bella. "Kalau aku cerita, kau janji kau akan terus sayang aku?"
"Saya akan sayang awak sampai akhir nafas saya okay?" Senyuman diukir. Mahu memujuk Ayden untuk ceritakan soal diri sendiri.
Mungkin dengan dengar luka yang Ayden sorok, dapat kurangkan luka yang dia tengah lalui. Sekurang - kurangnya dia tahu, Ayden pun sakit macam Bella.
Malam itu, Ayden menceritakan lukanya buat kali pertama sejak lapan tahun lamanya.
Bermula dari arwah ibu yang meninggal depan ayah sebab penyakit yang disembunyikan, sehinggalah atuk, nenek dan ayah yang meninggal masa hari lahir Ayden.
happy ever after?
i dont think so.
Advertisement
- In Serial23 Chapters
HIS •COMPLETED•
Ziara Ale, a normal teenage girl, well as normal as Ziara could get. She's short, clever, and curvy. If there is one thing to know about Ziara it's that she knows of the existence of werewolves. Little did she know that her acknowledgement of werewolves would change her life forever.Theodulus Isbrand, The Alpha King, the one and only. He's mean, ruthless, and handsome. He's lived been living for 2315 years without a mate. He gave up on finding a mate a long time ago. That caused his heart to grow hard, cold, and ruthless.What happens when he finds out that Ziara is his long awaited mate?
8 160 - In Serial42 Chapters
Dear Heart... Why Me?
Eva Hernandez fell for her English teacher. Life didn't really treat her that good. She lost her parents in an airplane crash and she missed them like any normal kid who lost their parents would. And to top that off she was bullied for no reason.What happen when she falls in love with her English teacher 'Miss' Nicole Isaacs? Or shall we say 'Mrs'Will love blossom or will her heart be completely shattered once and for all?And secrets be revealed.
8 193 - In Serial38 Chapters
TOXIC LOVE┃Chucky x Reader
You're a fan of the movies. You're a fan of horror. Deciding on getting the replica of Chucky from the well known sequels, you get the best version of him, when he had stitches. (Seed of Chucky)'Movies are movies' you thought. Fiction turned for the worst as it became a reality. Nothing was as it seems. Was "worst" a good word for it? ----------Hey guys, thanks if you clicked on this book! I don't know if I've completely lost my mind with writing this, but quarantine got me doing new things and binge watching old movies that I almost forgot about- ---------- BEFORE READING_ (YOU ARE 18). This story will contain: Strong language, Gore, Mild and Heavy Intimacy, Graphic Sex, Doll touching (obviously), Doll sex, Name Calling, Murder/Homicide, Use of Drugs, Slight Depression, Arguing, Trust Issues, Conflict, Tension, Surprise, Alter in Behavior, Mystery, Suspense, Controversy. DC- Chucky will NOT turn human in this book and you will not turn into a doll, If you're not into that, don't report, click off. Thanks!---------- Language: English ----------BOOK COVER MADE BY @certifiedgoodguy OLD USERNAME: dontboreme
8 215 - In Serial16 Chapters
i loved you .
that's the point, i loved you.
8 171 - In Serial10 Chapters
Ten Envelopes
One note, two note, three note and more notes from anonymous.*A/N: This story is pretty cheesy! Be warned lol* Amazing cover by @mara_cleia
8 64 - In Serial35 Chapters
Story of Us
This is a collection of short stories featuring characters from my Eastview series.Book description is in the introduction part inside. ----I will be updating this description every time I add a new story. Meanwhile, the description for each story will be written inside the book.----1. If She Knew ✔️2. Are They Dating ✔️3. One More Kiss ✍️
8 156

