《Hold On✔️》28
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
"Mama."
Belakang tapak tangan Husna dikucup penuh hormat. Husna tersenyum. Kepala anaknya diusap. "Sihat?" Macam tanya Ayden yang berumur tujuh tahun.
Kepala Ayden mengangguk. "Sihat. Masuklah mama. Bella ada dekat dapur tu." Jemputnya sopan.
Menapak masuk ke dalam banglo yang menjadi mahligai anak tirinya, Husna tersenyum. Syukur kalau Ayden dah bahagia dengan kehidupan sekarang.
Dia duduk di atas sofa. Ayden pula hilangkan diri ke dapur untuk memanggil isteri dia. Khusyuk sangat memasak. "Bella, mama dah sampai."
Bella yang tengah memasak berpaling menghadap Ayden. Dahi dia berkerut. "Mama?" Mak siapa pula. Dia panggil mak dia mum kan?
Melihat muka blur Bella, Ayden tergelak kecil. "Mama Husna, mak tiri aku. Tinggal dapur tu kejap. Salam mama."
Lagak Ayden sungguh macam mak - mak yang menegur anak. Membuatkan Bella tersenyum walaupun baru tadi rasa nak gelak sebab kena panggil Husna 'mama'.
Sampai di ruang tamu, Bella menyapa mak mentuanya itu. "Hai akak." Senyuman diukir. Tak mampu nak panggil mama juga walaupun itu yang Ayden panggil.
Husna ni tua dua belas tahun je dari diorang kut. Beragaklah nak panggil mama?
"Hai Bella. Memasak ke?" Senyuman Bella dibalas. Mereka tak kekok bersama sebab Bella boleh dikatakan rapat juga dengan Husna sebelum ni.
Laju Bella mengangguk sebelum mengambil tempat di sofa bersebelahan dengan Husna. "Kak Husna tak bagitahu pun nak datang sini?"
Dahi Husna berkerut. Dia memandang Ayden yang duduk di sebelah. "Dah bagitahu Ayden semalam. Ayden tak ada bagitahu ke?"
Ayden menggaru belakang kepala. Haah, Husna dah bagitahu dari semalam. Dia yang lupa. "Terlupa pula. Tak apalah mama nak datang sini pun kan?"
"Memanglah tak apa. Tapi kalau tahu Kak Husna nak datang, boleh Bella masak sedap - sedap. Rumah pun tak berkemas ni." Rungut Bella.
"Rumah kau yang bersepah. Salah aku?" Tak mahu kalah. Ayden menjeling Bella dengan hujung mata. Dia yang tak reti kemas rumah, kita juga yang dipersalahkan.
Bella menggigit bawah bibir. Kusyen bantal diangkat. Tak lama lagi berterbangan dekat muka Ayden. "Awak yang tak tolong!"
Husna yang melihat pertelagahan dua manusia itu berdeham. "Dah, tak mau gaduh. Bella, jom akak tolong masak dekat dapur."
Tak sempat Bella nak menjawab, Ayden terlebih dahulu mengangguk setuju. "Nak mama masak! Ayden rindu makan masakan mama."
Senyumannya melebar. Sifat manja Ayden sedikit terserlah bila bersama Husna. Mungkin sebab Husna sama macam ibu dia. Husna yang jaga dia dulu.
Advertisement
"Boleh. Jom Bella, kita masak untuk Ayden yang manja ni." Husna ketawa kecil. Tak sedar muka Bella dah berubah kelat.
Dia bangkit dari duduk. Lalu menggosok kepala Ayden seperti anak kecil sebelum berlalu ke dapur. Ayden hanya tersenyum senang. Bahagia dapat bertemu mak tiri dia lagi.
Sementara Bella dah rasa semacam. Nak kata cemburu, Husna tu mak tiri Ayden. Tapi— entahlah. Rasa ni buat Bella tak senang duduk.
Ayden tak pernah senyum dekat Bella selebar tadi. Tak pernah juga bermanja macam dengan Husna tadi. Sekaligus buat Bella rasa terancam walaupun Husna tu hanya mak tiri Ayden.
"Bella, ambilkan senduk."
Lamunan Bella terhenti.
Sepanjang makan tengah hari, Bella macam orang luar dekat meja makan tu. Ayden lebih banyak bercakap dengan Husna berbanding diri dia.
Senang cerita, Ayden buat tak nampak je dekat Bella. Terkilan betul Bella rasakan. Emosional sebab Ayden lebih utamakan Husna.
Selesai makan tengah hari, Bella terus minta diri naik ke bilik. Beri alasan nak Solat Zuhur cepat padahal dia yang tengah makan hati dengan Ayden.
Lepas solat Zuhur Bella rebahkan diri ke atas katil. Tak ada daya nak hadap Ayden dan Husna di bawah sebab dia tengah makan hati.
Sudahlah tadi Ayden makan masakan Husna sahaja. Masakan yang Bella masak langsung tak berusik. Benci betullah. Bella tak nak kawan Ayden selama seminggu!
Nanti kalau Ayden naik, Bella nak kata yang dia tengah sakit je. Tak perlu nak turun lagi dah kan?
Tengah Bella mengelamun memikirkan apa nak ditipu nanti, pintu bilik dibuka. Wajah Ayden menyapa pandangan.
Dahi Ayden berkerut sebaik masuk ke dalam bilik. "Kau nak tidur ke?" Mata mengerling ke arah jam di dinding. Baru jam dua petang. Bella nak tidur?
"Haah. Pening kepala." Jawab Bella senada. Dia yang sedang mengiring membalas renungan Ayden.
Riak wajah Ayden berubah. Kaki melangkah mendekati Bella yang di atas katil lalu tangan diletakkan di atas dahi Bella. "Tak demam. Kau pening kenapa? Nak aku ambilkan ubat tak?"
Hati Bella yang tadinya membara sebab kejadian di meja makan tadi, sedikit suam mendengar suara risau Ayden. "Tak apa. Saya cuma nak tidur."
Ayden angguk. Selimut dikemaskan pada tubuh Bella. "Tidurlah."
"Kak Husna dah balik ke?" Tanya Bella. Gaya tak sabar je nak halau Husna keluar.
"Mama tidur sini malam ni. Aku pun dah lama tak luangkan masa dengan dia." Tenang Ayden menjawab. Tak perasan jawapan dia buat Bella kerut dahi.
Advertisement
Bella mengetap bibir. Wajah Ayden ditenung tajam. "Kenapa benarkan dia tidur sini tanpa bagitahu saya?" Suaranya bergetar.
Dia pun penghuni rumah ni. Tak boleh ke Ayden tanya dulu dia setuju ataupun tak tetamu tu nak bermalam di sini?
Ayden berdiri tegak. "Apa salahnya? Dia mak aku kan."
"Mak tiri." Laju Bella membetulkan. Kenyataan Husna tu mak tiri Ayden dan hanya beza dua belas tahun dengan mereka sungguh buat dia tak senang. Padahal bukannya Ayden dan Husna boleh berkahwin. Mereka haram berkahwin sampai bila - bila.
Wajah Ayden keruh. Tak tahu kenapa Bella yang ceria tiba - tiba macam ni. "Apa masalah kau? Kau nak berlagak sebab ni rumah kau ke?"
Mata Bella membesar. Dia bangun dari pembaringan dan duduk memandang Ayden. "Ada saya kata macam tu ke? Saya cuma terkilan awak buat keputusan tanpa bagitahu saya."
"Dan kalau aku bagitahu, kau tak akan izinkan mama bermalam di sini?" Sebelah kening Ayden angkat. Menjerat Bella dengan pertanyaan dia.
Bella terdiam. Matanya menunduk memandang peha. "Okay. Sorry." Tapi tetap suara bergetar. Tahan diri dari menangis depan Ayden. Emosi je padahal hal tadi bukannya apa sangat. Bukan salah Husna juga.
Bahu Ayden jatuh. Perasan yang isterinya macam nak menangis. "Jangan nangis."
Kaki melangkah ke katil. Dia duduk di depan Bella. "Kenapa ni? Aku ada buat salah ke?" Lembut dia menyoal. Yalah kalau dia tak buat silap tak adanya tiba - tiba Bella jadi macam ni.
Sejak bergaduh sikit tadi, dia tahu Bella hanya menipu yang Bella pening kepala.
Bella yang sememangnya tadi nak menangis, akhirnya dah mengalirkan air mata bila mata dia bertembung dengan mata Ayden. "S-saya terkilan..."
"Saya cemburu dengan kak Husna..."
"Aku dengan dia kan tak boleh kahwin?" Dahi Ayden berkerut. Bungkam juga sebab Bella cemburukan dia dengan Husna, iaitu mak tiri dia.
Bibir Bella tercebik. "Tahu. Tapi sebab awak manja dengan dia. Awak tak pernah manja dengan saya. Awak cakap banyak dengan dia tapi awak cakap sikit je dengan saya. A-awak... hiks hiks."
Dan Bella mula menangis teresak - esak. Macam berat sangat masalah mereka sekarang ni. Kalau Ayden ada perempuan lain, mahu dia meraung tepi jalan raya agaknya.
Membayangkan je dah berjaya buat Bella menangis lebih dahsyat. Ayden tarik isterinya ke dalam pelukan. Belakang tubuh Bella diusap dari tepi. "Lagi? Apa lagi kau tak puas hati?"
Bila Ayden dah bagi peluang Bella sambung, hingus disedut. Bella angkat kepala dan sambung bicara dia. "Lepas tu tadi awak makan masakan Kak Husna je... masakan saya awak tak usik pun."
Dalam diam Ayden tersenyum senget. Haih bila kahwin ni, perlakuan sekecil itu pun boleh tumpahkan air mata anak orang.
Dia memagut dagu Bella. "Sorry. Aku rindu sangat dengan masakan mama." Ibu jari menyeka air mata di pipi Bella. Haih...
Bella terkebil - kebil. Eh sedih dia hilang sekelip mata je dengar kata maaf Ayden. "Nanti awak makan tau saya masak?"
Laju Ayden mengangguk. Dia tersengih. "Baik sunshine. Dah tak mau nangis."
Bibir Bella memuncung. Dada Ayden ditolak menjauh. "Ini semua salah awak!"
"Ya, salah aku." Akui Ayden. Malas nak panjangkan cerita. "Jangan nak buat mulut macam tu. Aku cium kang,"
"Buat bibir macam..." Bella sengaja muncungkan bibir sekali lagi. Kali ni dengan mata yang disepetkan. "...awak nak cium?"
Ya Allah, isteri siapa gatal sangat ni?
Ayden lekas bangun dari katil. Tak jamin akan turun bawah kalau dia terus berlama di situ. "Mengada. Kau tak sakit kan? Jom turun bawah." Tangan dihulur.
Bella memuncung lagi. "Tak ciuma saya pu-"
Cup!
Mata Bella terbeliak. Ayden dah pun tersenyum senget. "Jom turun bawah, sunshine. Penatlah kena ulang banyak kali ni."
Bella melompat turun dari katil. Tanpa rasa bersalah, tangan dia merangkul leher Ayden kemudian kaki memanjat memeluk pinggang suaminya. "Cium lagi! Cium lagi!"
Ketawa Ayden pecah. Dalam menggeleng, tangan dia menahan di bawah punggung Bella. Tak mahu isteri dia jatuh. "Gedik."
Tapi... cup!
Bella tersengih suka. Muka disorok di bahu Ayden. "Nak... lagi."
Ayden mengeluh. "Mama dekat bawah tu."
"Tak apa."
Cup!
"Lagi!"
Geram betul. Ayden menjeling Bella. "Dah. Turun dari badan aku. Gedik."
Bella hanya buat tak dengar. "Kalau awak tak nak, biar saya cium—" cup! "awak!"
Dahi Ayden berkerut bila setiap inci wajahnya dikucup Bella. Rimas dan geli hati dalam masa yang sama. "Bella!"
Dan akhirnya kedua manusia tu terjatuh ke atas katil. Bella masih tak berhenti menggedik dan Ayden yang menjerit nyaring.
"Bella! Stoooooop!"
Ya Tuhan, selamatkan Ayden.
ada yang tersenyum - senyum ke depan phone ? jangan salahkan sis kalau mak tuduh korang chat dengan boyfren eh ! dah tahu lately ni manis, sape suruh tak baca dalam gelap ?!!!
Advertisement
- In Serial57 Chapters
Saved By a Gangleader ✔️
19 year old Ray gets abused by her foster parents that don't want anything to do with her. She's in her fourth year of university planning to become a doctor. Ray is extremely smart, known for her kindness and most of all, she's very shy.21 year old Ace is a quiet and dangerous gangleader. He's never been seen with friends, smiling, or even talking. He's majoring in business, but everyone knows about his most known gang in the country, therefor he is feared by everyone.What happens when Ray bumps into a walking wall named Ace King in her vulnerable state? What causes Ace to start questioning this 19 year old?
8 208 - In Serial10 Chapters
I can't make you love me
Acknowledge the truth of the situation Cover from: Pinterest
8 173 - In Serial5 Chapters
Drew Storm, 21, is a school dropout who thinks she's a good for nothing. She joined work in a famous hospital of Minneapolis, Minnesota, USA, where she meets a pretty and talented, but flopped actress, Gina Crowe. Gina hasn't been able to produce a hit ever since her debut in the Hollywood industry, so she gave up, and ran away from her villa in Los Angeles, California, and returned to her parents in Minneapolis. Soon after, her mother is admitted to the hospital with appendicitis, in the very hospital where Drew worked as a nurse. In Gina, Drew finds something which motivates her to change herself, and Gina herself finds something interesting in Drew. They fall in love with each other, and their lives take an amazing turn.#1 - motivation
8 167 - In Serial18 Chapters
Reckless Love
You want the kind of love that takes over, engulfs you. That's what I had with Julie Molina but what happens when your faced with real life? Could reckless love change into the real deal. Asking her out was a dare, but was falling in love a mistake?
8 116 - In Serial11 Chapters
I'm Just a Guy. Trans Peter Parker
Peter is just like them, he's one of the guys. Except he's not. He was born in some other girl's body. The mirror never showed his reflection.Trigger WarningThis book includes Transphobia, Homophobia, Domestic Violence, Angst, and Slurs. I tag each chapter with which applies. ranks »2/23/2020 #1 ftmpeterparker 3/14/2020 #1 transpeter3/19/2020 #1 supremefamily (im sobbing)3/29/2020 #2 transspiderman
8 173 - In Serial39 Chapters
ᴛʜᴇ ᴏɴʟʏ ᴡᴀʏ ᴛᴏ ꜱᴜʀᴠɪᴠᴇ ɪɴ ᴛʜɪꜱ ᴡᴏʀʟᴅ ɪꜱ-"ᴛʀᴜꜱᴛ ɴᴏ ᴏɴᴇ"Surround me like the air, not every love is fair♡"𝐓𝐡𝐞 𝐀𝐈𝐑 " ~ 𝐂𝐫𝐮𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐨𝐥𝐥𝐮𝐭𝐞𝐝."Dying is easy, I lived for you- "**********************Love and Hate, two intense feelings, two opposite emotions, two base factors that decide the fate of everything around us, but there is a thin line between love and hate.When hatred turns into love, everything becomes beautiful, the world becomes cheerful, and everything appears to become brighter and happier. However, when love turns into hatred, something much more intense occurs. Every single ray of light turns into complete darkness, each and every happiness in your life seems to be engulfed by a black hole, your body feels like it is trapped in a whirlpool of emotions, and every single breath seems to be so difficult to take, you just want to die, but your autonomic nervous system won't set you free from the storm of emotions.**********************************"Isn't she adorable? You find her beautiful right? Don't you just love when she is all cute and submissive?""Yes-?" She answered in all honesty. "Disgusting.. stay away from her, I don't want you near that two faced leech ."She smirked and pushed her against the wall and took out the 'thing' from pocket."D-Did y-you just leashed me?""You were being a bitch" she leaned and bit her earlobe-"Now you are looking like one-"***********************The feeling when someone you know stabbed you on the back,You want to reverse the time and mourn over the lack...The feeling when you thought your friendship was like Potter, Weasley, and Granger,The lonely feeling when someone you care about became a stranger.They have started, but I will end it.It has begun. The game of death♡**************Cover by- @thecloudedpages***********,****
8 179

