《Hold On✔️》27
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Ayden pusing ke sebelah. Bibir mengukir senyuman saat melihat isterinya dah pun memejamkan mata. Kdrama entah ke mana, tuan yang nak tengok entah ke mana.
Akhirnya sepanjang dua episod tu, Ayden tengok seorang diri je. Cerita tu jujur kata seronok dan menarik. Kisah seorang perempuan yang tersesat ke Korea Utara lepas tu bertemu dengan hero, tentera Korea Utara.
Tak adalah klise macam cerita Melayu. Ayden yang tak suka tengok drama pun leka menonton selama dua episod. Nampaknya keputusan nak teman Bella tengok kdrama adalah keputusan yang tepat.
Kepala Bella dah terteleng ke tepi. Ni mesti sebab Ayden tolak kepala Bella dari bahu dia tadi. Hahaha. Tangan menyeluk ke bawah lutut dan pinggang Bella.
Tubuh isterinya dibawa ke katil. Lagi sepuluh minit nak azan Subuh. Biarlah isteri dia tidur dulu. Mesti penat mereka berjalan seharian semalam.
Ayden duduk melutut di tepi katil. Rambut yang jatuh di atas dahi Bella diselak dengan jari. "Kau buat aku pening kepala tahu?"
Hidup Ayden yang selama ni tenang, rasa 'hidup' sejak kehadiran Bella. Ada sebab untuk rasa marah, senyum dan ketawa setiap hari.
Bella tak secantik ratu cantik. Tapi senyuman isteri dia boleh hilangkan rasa penat Ayden. Jujur kata, tak penat mana pun layan Bella.
Kerana perangai mereng Bella, Ayden ketawa. Kerana isterinya yang bising, hidup Ayden tak bising. Hari ni genap hari kedua mereka berkahwin, tapi Ayden boleh kata hidup dia dah mula rasa lengkap dengan kehadiran Bella.
"Tapi kau yang jadi ubat aku." Senyuman terukir.
Ayden tak reti menyusun kata, tapi perlakuannya biarlah jelas di mata Bella. Tak guna dia bisik dia sayangkan Bella jika perlakuan tak seiring.
Mereka tahu jika mereka nampak.
Yang membisikkan kata manis pun tak semestinya benar - benar sayang. Banyak pengajaran di luar sana. Ramai lelaki curang dengan isteri sementara mulut mengucap sayang.
Advertisement
Sayangkah jika begitu?
"Tidur pun comel," bisik Ayden lagi. Suka betul bercakap bila Bella tidur ni. Bini dia tak ada nak menyakat dan bising macam selalu. Ayden pun boleh cakap apa sahaja yang dia nak.
Saat Ayden leka merenung wajah Bella, mata Bella terbuka luas. Bibir Bella mengukir senyuman. "Terima kasih puji saya..."
Senyuman Ayden memudar. Dia jarakkan tubuh dari katil. "Kau pura - pura tidur?!" Malu.
Bella ketawa. Memang dia tidur masa dekat sofa tadi. Namun terjaga sewaktu Ayden angkat dia ke katil. Tapi bila dah Ayden tiba - tiba bersuara tu Bella pura - pura je lah. "Saya tak pura - pura, saya memang terdengar."
Mata Ayden membulat. Tangan diangkat acah - acah mahu memukul Bella. "Eh perempuan ni!"
Bella yang ketawa, serta merta berhenti. Membesar matanya memandang Ayden dengan tubuh yang terkebelakang. "J-jangan..."
"Kenapa?" Bingung tengok Bella yang tetiba nampak macam takut dengannya.
Mata Bella berair. Bayangan lelaki yang mengangkat tali pinggang mahu memukulnya menerjah fikiran. "Jangan... p-pukul Bella."
Bahu Ayden jatuh. Baru tersedar, isteri dia adalah mangsa dera. Kaki melangkah mendekati Bella yang di atas katil. "I'm sorry... Aku salah. Aku tak nak pukul kau pun..."
Wajah Bella yang separas bahagian perut Ayden tarik benamkan di situ. "I will never hurt you, Bella. Aku janji. Aku gurau je tadi."
Bella mengetap bibir. Terketar - ketar tangan mencengkam bahagian belakang badan Ayden. "J-jangan gurau macam tu..."
Takut. Dia takut diri dia disakiti. Dia takut kerana dia tak sanggup nak lalui benda tu lagi. Berharap yang bersama Ayden kini, dia dapat larikan diri daripada menjadi mangsa dera Dato' Haiqal lagi.
Ayden mengeluh. Bahu Bella diusap lembut. "I'm sorry, sunshine. I'm really sorry."
Lepas sesi menangis tadi, azan Subuh dan mereka terus solat berjemaah. Sepanjang waktu tu Bella hanya diamkan diri.
Advertisement
Bukan dia marahkan Ayden. Dia marahkan diri sendiri sebab takut dengan benda yang tak berlaku. Ayden tak memukul, tapi trauma dia sendiri yang buat Ayden nampak nak memukul.
Geram dengan diri sendiri yang nampak lemah di mata Ayden. Bella tarik selimut dan pejamkan mata. Entah Ayden di mana, Bella malas nak fikir.
Saat Bella memejamkan mata, terasa lengan berat. Ada sesuatu yang menghempap lengan dia ke? "Siapa ni?" Macamlah duduk satu kampung dalam rumah tu.
Ayden tersenyum senget. Rambut Bella yang dah serabai dirapikan. "Wake up. Aku dah masak untuk kita berdua." Kepala diangkat.
Bella buka mata. Tubuh dipusingkan menghadap Ayden dengan dahi yang berkerut. "Kenapa awak kejut saya? Saya tengah merajuk ni!"
Drama macam selalu.
Ketawa Ayden terhambur. Tak kuat dan barai macam Bella, perlahan tapi cukup merdu juga. "Bangun. Aku tak nak masa kau merajuk, perut kau masuk angin."
Bibir Bella mencebik. "Macamlah awak kisah pasal saya."
Giliran Ayden kerutkan dahi. Dia yang tengah melutut atas tilam mencekak pinggang. "Aku tak kisah pasal kau? Habis tu sekarang ni aku buat apa? Pagi tadi aku buat apa? Aku masak sarapan ni apa? Aku teman kau tengok kdrama, date semua tu apa?"
Mulut Bella terbuka. Tak percaya Ayden cakap banyak macam ni. "Awak tengah membebel ke sekarang ni?"
"Whatever. Kau bangun kalau kau tak nak aku seret kau turun bawah." Mata diputar ke atas. Sekali pandang gaya Ayden macam mak - mak yang marah anak dramatik. Anak tu Bella.
Bibir Bella melakar senyuman. Dia bangkit dari katil lalu menghulurkan tangan kepada Ayden. Membuatkan suami dia mengerut dahi. "Apa?"
Bella buat muka menyampah. "Hold my hand. Kita nak lovey-dovey ke meja makan."
Senyuman Ayden terukir. Huluran Bella disambut dan mereka sama - sama melangkah turun ke bawah. Bila dah turun ke bawah, Bella tolong tarikkan kerusi untuk Ayden duduk.
"Sweet lah kau ni." Puji Ayden sebelum duduk. Dia tersengih. Kelakar pun ada sebab selalunya lelaki yang buat begitu. "Kau nak aku buatkan untuk kau?"
Laju Bella gelengkan kepala. "Nope. Do it when you feel you want to. Saya tak nak awak buat benda sebab saya."
Dahi Ayden berkerut. "You are my wife. Kalau kau nak, aku buatkan untuk kau. Bukannya hal besar pun."
Bibir Bella mengukir senyuman. Sudu dan garfu yang dipegang dia letakkan di tepi meja. "Bila awak penat, awak takkan buat dah untuk saya? Bila saya tak minta, awak tak akan buat untuk saya?"
Keluhan dilepaskan saat mata mereka bertembung. "Banyak pasangan macam tu. Tapi semua kekal ke sampai ke penghujung? Bila awak dah penat ikut apa yang saya nak, masa tu awak akan bagi alasan dan terfikir... 'oh saya penat buat semua ni'. Lepastu?"
"Awak patut jadi diri awak semasa bersama saya. Awak sweet jadi diri awak. Come on, Ayden. Even romantic guy boleh curang dengan isteri sendiri."
Mata Ayden tak lepas dari memandang wajah Bella. Dalam mereng isteri dia pun, pemikiran Bella matang. Bella fikir sesuatu yang Ayden tak pernah fikir. "Aku sayang kau."
"Tetiba?"
Sambil senyum, Ayden menyuap makanan ke dalam mulut. "In case kau nak dengar."
"Thanks."
Sebab Bella memang nak dengar.
Tak perlu melakukan sesuatu
kerana aku,
lakukan sesuatu,
kerana kamu mahu
lakukan untukku.
bukan kerana itu
ekspetasiku.
Advertisement
- In Serial74 Chapters
Known Stranger
In which Taehyung contacts a wrong number. 'One day, out the blue, a message popped up on my phone from an unknown source."Just because you don't see someone doesn't mean they aren't there. Some of the world's most wonderful things are invisible. And trusting invisible things makes them more powerful and wondrous."I know everything about that unknown source except for who he is.'This story is in chats format but not entirely.A Kim Taehyung FanfictionBest Rankings:#1 in fanfiction#1 in bts#1 in chatting#1 in Taehyung#1 in unknown#3 in romance#5 in romcom#1 in Jimin#1 in Jungkook
8 185 - In Serial32 Chapters
Fall in Love with Me
Alessandro Moretti is a ruthless billionaire, who happens to be the leader of an Italian Mafia. He's never been in love and doesn't plan on falling in love.Aubrey Emerson is a pediatrician and loves her job. When she's at work she's passionate about what she does. She's never been in Love and doesn't plan on falling in love anytime soon. That is until they met each other. Alessandro fell in Love with Aubrey the moment he laid eyes on her. She saved his brother's life and didn't see her again. He's done everything in his power to find her but hasn't had any luck. One fateful day he finds her and he has no plans on letting her go.
8 446 - In Serial12 Chapters
How To Write A Book
Do you want to write a book but you don't know how? Well, I will help you. I will give you tips on how to write a book.
8 204 - In Serial64 Chapters
ALL MINE |VKOOK|
Kim taehyung, the definition of arrogant, never thought that the dumb country boy a.k.a his bestfriend's brother will change his life forever. ~VKOOK~DO NOT PLAGIARISE🚫
8 95 - In Serial79 Chapters
Christmas Wish (Completed)
Holly Calista is in the final stages of her internship to becoming a Doctor. With three months left until her boards and Christmas right there at her too, Holly struggles to find a field that calls to her the most. Holly wonders over working in a primary care office or should she find a field within the hospital? Holly makes her choice but not before saving the life of a young boy who has cancer. Jack Winters is a single father trying to be with his son through treatments and manage his photography business. He has only one wish for Christmas and that is for his son to get the help he needs. What will he do when he gets an added bonus to his Christmas Wish? #1 in miraclesindecember 08/21/22#1 in sexualcontent 09/14/22#1 in miracle 09/15/22#7 in wish 09/28/22#1 in cancersurvivor 10/22/22#1 in christmas-romance 11/04/22#7 in holiday 11/05/22#1 in christmas 11/05/22#9 in romance 11/11/22#1 in chicklit 11/13/22#5 in photography 11/13/22#1 in lovestory 11/21/22#2 in doctor 11/21/22Beautiful cover photo made by Lissasysnop!The story is my own so please do not steal my work!!!!!Copyrighted 2022©All Rights Reserved
8 95 - In Serial21 Chapters
Regretting Rejection #HMS2
Hard Mate Series Book 2.(This series does not have to be read in order.)*****"I, Chace Winchester, reject you, Alyssa Jackson, as my mate and Luna of the Blue Moon pack" His words crushed my wolf, and her whimpers were loud inside of me. However my human self couldn't care less. He was a womaniser, a man whore, who slept with anything and everything in his way. I forced a smile on my face despite my wolf's protests and nodded slowly."Okay" and with that one simple word, I was out of there. *****They say rejection is a bitch.But then again, so is karma.
8 232

