《Hold On✔️》25
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Habis makan, Ayden terus lari ke bilik. Muka yang dah penuh dengan kesan gincu Bella dibelek. "Gila punya perempuan."
Nak makan pun tak senang sebab Bella tak habis - habis nak cium. Orang tak cium, dia pula yang nak cium kita. Desperate dan pervert.
Ya, Bella macam tu.
Kepala Ayden menggeleng. Mukanya dibasuh menghilangkan semua kesan - kesan yang mencacatkan muka dia. Ergh! Bella memang nak kena!
"Ayden!"
Pintu tandas dibuka luas. Bella tayang senyuman manisnya. "Ayden, jom pergi date!"
Dahi Ayden berkerut. Otak tengah proses dia kahwin dengan Bella ni kenapa sebenarnya. Lepas minah ni desperate cium dia, tetiba ajak orang pergi date pulak.
"Nak kena tampar ke?" Ayden menjeling tajam. Muka yang baru dibasuh tadi dia lap dengan kain tuala. Sementara Bella mencebik meluat.
Tangan Bella silangkan seraya memuncungkan bibir. "Isteri awak ajak date pun awak nak bagi penampar. Awak nak saya report dekat majlis agama ke?"
Ayden putarkan biji mata ke atas. Dia berlalu keluar dari tandas tanpa mempedulikan Bella. Pagi ni je, pening kepala dia layan perangai Bella.
"Ayden! Dengar tak saya cakap ni?!" Mata Bella membesar. Dia melangkah keluar dari tandas kemudian menghentak kaki. Gaya budak kurang kasih sayang je.
Tangan Ayden meramas rambut sendiri. "Dengarlah! Kau tak payah lah menjerit. Sakit telinga aku!" Giliran Ayden pula menjerit.
Bibir Bella dah mencebik. Eh fikir dia kisah ke pasal telinga Ayden? "Jomlah pergi date! Awak dengan saya tak pernah pergi date kan?" Suara sengaja dilirihkan.
Punggung dilabuhkan di sebelah Ayden yang tengah membelek telefon. Acah macam ada orang nak mesej padahal tak ada kawan langsung selain Ijat. Bluek!
Dahi Ayden berkerut. Dahi Bella yang semakin merapat ditolak dengan jari telunjuk. "Aku penatlah! Semalam kan baru majlis. Bagi aku rehat dulu boleh tak?"
Bella pandang suami dia dengan riak tak puas hati. "Penat apanya? Saya pun kahwin jugak! Bukannya semalam awak buat aktiviti apa pun dengan sa-"
Advertisement
"Mulut kau ni!" Ayden cuak. Mulut Bella dia dah tekup dengan tangan. "Aku cuci dengan clorox nanti baru tahu."
Si isteri yang bergelut menyiku perut Ayden sampai tangan lelaki tu terlepas dari mulut Bella. "Apa? Cuci apa? Betulkan apa saya cakap?"
Dahi Ayden berkerut. Sakit woi kena siku dengan isteri sendiri. "Kau nak cakap benda kotor kan? Ingat aku tak tahu?"
"Eeeey bila masa? Haaa otak awak yang kena cuci!" Ketawa Bella terhambur. Lucu bila Ayden kata dia nak kata benda tak elok sedangkan tak pun. Maksudnya Ayden lah yang fikir entah apa - apa.
Malu.
Sampai muka Ayden memerah. Dia elakkan mata dari pandang wajah Bella. "M-mana ada... aku..."
Bella ketawa lagi. Telinga Ayden ditarik melepaskan geram. "Dah, tak payah nak bagi alasan. Jom date."
"Tak nak!" Jerit Ayden. Dia pandang Bella yang dah berdiri nak ke almari tu tajam. Suka hati je paksa orang.
"Kenapa awak tak nak?!" Bella balas dengan jeritan juga. Dia genggam kuat hanger di tangan. Kalau dah tak tahan ni dia cepuk je Ayden pakai hanger.
Jemari Ayden menggaru hujung kening. Tak ada alasan pun nak tolak sebenarnya. Ayden cuma malas nak keluar. Dia tak suka keluar rumah.
"Tak boleh jawab kan? Bersiap cepat!" Arahan dari komander Bella dah keluar. Dibalingnya kemeja putih Ayden ke atas katil. Nak suruh suami dia tukar baju secepat yang mungkin.
Kening Ayden bertaut. "Aku tak nak..."
Mata Bella membesar. Pinggang dicekak. "Cepat!"
Sedarlah Ayden, ini adalah keputusan kau sendiri.
"Ayden tengok tu!"
"Ayden saya lapar!"
"Ayden senyum! Senyuuuum!"
Orang kata, pasangan kita mestilah terbalik dengan kita. Kalau lelaki tu diam, perempuannya bising. Itu barunya melengkapi. Tapi sekilas pandang, Ayden rasa Bella ni jodoh orang lain kut.
"Berapa kali kau nak ambik gambar aku, perempuan?!" Dada Ayden turun naik. Tahu tak dia penat posing macam - macam gaya. Bella ingat dia model tak berbayar?
Advertisement
Ketawa Bella terhambur. Syok sungguh menyakat suami dia ni. "Alaa, sorrylah. Jangan marah - marah nanti tak handsome." Kamera disimpan ke dalam begnya kembali.
Hujung mata Ayden menjeling Bella. "Sorry naik lori. Kau ajak aku datang muzium negara ni apahal?"
Dia fikir Bella nak ajak dia pergi taman sambil berpegangan tangan ke apa. Ngeh, haram! Perempuan ni bawa dia pergi muzium negara pula.
Tangan Bella selamba memeluk lengan Ayden. Muka Ayden yang sedikit tinggi dari dia dipandang. "Sorry. Saya tak pernah masuk muzium."
Dahi Ayden berkerut. Wajah tenang Bella dia renung sedalamnya. "Kenapa tak pernah?"
"Mum tak nak bawa. Dia kata sia - sia je. Saya pun bukannya suka sejarah sangat. Cuma nak merasa masuk... macam orang lain." Walaupun Bella tetap senyum, Ayden tahu betapa sedihnya isteri dia sekarang.
Bahu Bella dipeluk. "Kau nak bawak aku pergi mana lagi? Cepat, aku ready nak pergi semua tempat yang kau tak pernah pergi."
Bella terkedu. Nak kata Ayden ni bagi ayat manis, tak. Cuma Ayden ada caranya tersendiri untuk pujuk hati Bella.
Bibir mengukir senyuman. "Nak pergi ICT boleh? Yang tempat lampu - lampu tu." Lengan Ayden digoncang.
Laju Ayden anggukkan kepala. "Ya, semua boleh untuk kau. Jangan kau kata kau tak pernah pergi kubur sudah."
"Haah lah, saya tak pernah pergi kubur!" Mata Bella membesar dengan mulut yang ditutup dengan tangan. Dramatik macam selalu.
Tanpa sedar, Ayden tersenyum. Tangan Bella ditariknya. "Kau nak aku bawak pergi kubur ke? Kita candle light dinner dekat situ."
Bella ketawa lucu. Bahu Ayden ditumbuk. "Nanti jadi viral macam orang yang buat photoshoot kahwin dekat kubur tu baru tahu."
Lega. Ayden rasa hilang beban dan penat lepas tengok isterinya ketawa. Tangan menggosok kepala Bella. "Nak tangkap gambar aku lagi tak?"
Dia tahu, Bella lebih minat dalam bidang photography. Cuma Datin Nora dan Dato' Haiqal yang tak membenarkan.
Sebagai suami dia kena sentiasa sokong Bella. Sebab Bella perlu tersenyum untuk jadi sebab dia hidup.
"Ayden," Bella menggenggam tangan Ayden dengan senyuman lebar. Bahagia walaupun Ayden tak romantik macam lelaki lain. "Mamak jom? Lapar hehehe."
Senyuman Ayden memudar. Dia tarik tangan dia dari genggaman Bella. "Kau ni! Aku tengah nak jadi manis lah kau nak lapar."
Kaki melangkah ke depan. Merajuk dengan Bella yang tiba - tiba potong mood sweet mereka.
"Ayden! Tunggu!" Bella menjerit. Tak peduli dengan pengungjung lain dalam muzium tu. Alah, mereka pandang sebab Bella dan Ayden comel!
Ayden berhenti menapak. Dia beri pandangan membunuh dekat isteri dia. "Bisinglah. Kau ni memang tak reti malu eh?"
Sengihan ditayang. Tangan Ayden ditarik Bella untuk digenggam. "Nak jalan sambil pegang tangan."
Tiba - tiba Ayden rasa nak senyum. "Hmm mengadalah kau ni."
"Awak tak nak eh? Tak apa lah." Sengaja je Bella nak main tarik tali. Ayden ni acah - acah jual mahal dengan isteri sendiri.
Mata Ayden membulat. Tangan Bella digenggam dengan segera. "Nak. Jom pergi mamak."
Bella senyum.
Tuhan, semoga mereka menjadi apa yang mereka semogakan.
Tuhan,
jangan hilangkan dia.
Advertisement
- In Serial39 Chapters
All I wanted
Tutoring one of the hottest typical fuckboy with daddy issues at my school is easy right? Wrong.I won't catch feeling right?Very wrong. The cliché love story between Theo and Athena.Easy read/ fast paste storyline
8 151 - In Serial13 Chapters
SIN SECRETOS- CYNTHIA RYTLEDGE
Aquella chica gordita y tímida del instituto de Lynwood se había marchado a la gran ciudad después de la graduación... y volvió diez años más tarde convertida en una estilizada y elegante madre soltera. Todo el pueblo se había quedado boquiabierto con la transformación de Trish Bradley, pero a ella sólo le preocupaba la reacción de un hombre...Nunca podría olvidar el baile de graduación en el que había entregado su inocencia al guapísimo y popular Jack Krieger. Poco después había descubierto que él sólo había estado con ella para ganar una apuesta... y, además, la había dejado embarazada. ¿Durante cuánto tiempo podría guardar aquel secreto? Y sobre todo, ¿cuánto tiempo podría mantener su corazón a salvo de aquel encantador traidor cuando sus deseos le decían que no se resistiera más?Esta obra no es mia.
8 150 - In Serial34 Chapters
Alone (Werewolf Story)
At our orphanage, when you turn 16 you 'graduate.' This pretty much means that the leaders think you can take care of yourself enough to go to school. They provide us with a small apartment and enough money for food and water each month. But other than that we are all alone.Today was my 16th birthday. Today I would be leaving this prison forever. I would start school at Montgomery Prep next week and move in tonight. I would leave all of my friends behind in this small crammed cabin and try to survive off of the measly amount of money given to me by the leaders. To say I'm scared is an understatement.
8 196 - In Serial11 Chapters
Life In Pink: Jason Voorhees x Reader
As a teenager, you finally decide to pack up your things and go. After getting a live in babysitting job, you find yourself in the quaint town of Crystal Lake. Your boss, Pamela Voorhees, introduces you to her son that you'll be taking care of. Jason Voorhees is an eleven year old deformed boy that you instantly click with. While taking care of him throughout the summer while his mother is working, she is offered a job at the town's camp. Thinking it would be a great opportunity for Jason, she brings him along to socialise. You and Jason miss each other terribly but unfortunately, that isn't the worst part. When Jason drowns in the lake, you're heartbroken and flee the town in hopes to forget. It's only decades later when you hear that Pamela has been killed by a teen after the woman had been on a killing spree herself. Do you return to Crystal Lake to reminisce? Has Jason truely been dead all this time? Find out now!Jason Voorhees is from Friday the 13th.
8 92 - In Serial10 Chapters
I can't make you love me
Acknowledge the truth of the situation Cover from: Pinterest
8 173 - In Serial65 Chapters
Angel Academy
For years angel academy has taught students of all races and ability's, angels, werewolves, vampires, dragon riders, you name it. The school was created for a purpose, to help students reach their full potential and rise against the demons that vow to destroy the world as we know it.But one girl changes everything.Nobody has seen her powerful kind for thousands of years. Her power could bring about the victory or downfall of every supernatural aspect. To everyone around her she is just an ordinary werewolf with and unordinary appearance but in reality she is much more.She is a Mythica. She always knew she was different. She was told to keep her powers hidden, that people would fear her for who she is. But now. Everything is going to change. -----------------------------There WILL be dragons !!-----------------------------***There may be some colorful language and violence. All rights reserved, this is my own work so please DO NOT copy anything without asking permission. Original images may be subject to copyright***HIGHEST RANK : #1 in fantasy#1 in dragons
8 124

