《Hold On✔️》14
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories.
"Kak Wan!"
Terkejut Kak Wan jadinya. Dia berpaling ke sisi melihat gerangan yang memanggil. "Lah, Bella? Ingatkan siapa tadi, akak baru nak mencarut."
Bella tersengih. Kerusi di depan Kak Wan dia tarik. "Sekarang waktu rehat kan?" Soalnya sambil selamba mencapai pisang di atas meja.
Laju Kak Wan mengangguk. "Haah. Kenapa?"
"Ayden mana? Dah makan?" Itu lah tujuan sebenar - benarnya dia datang ke situ. Kalau tak baik Bella goyang kaki dekat pejabat dia.
Bibir Kak Wan terus mengukir senyuman nakal bila dengar nama pekerja baru itu disebut Bella. "Amboi cari pakwe rupanya."
Menjegil mata Bella pandang Kak Wan. "Dia bukan pakwe Bella lah. Kawan je... tapi aaamiiiin." Dia siap buat gaya baru selesai berdoa.
Terhambur tawa Kak Wan tengok kerenah anak bongsu Dato' Haiqal yang satu ni. "Ayden tadi dia kata nak lunch dekat luar. Ada kawan perempuan dia ajak tadi."
"Kawan perempuan?" Bella menyoal sambil mengerut kening. Tak tahu pula lelaki keras macam Ayden ada kawan perempuan selain dia?
"Ya, Kak Wan nampak kawan perempuan dia datang cari Ayden tadi." Jawab Kak Wan bersungguh. Memang dia nampak Ayden keluar dengan seorang perempuan tadi.
Seketika, Bella terdiam. Macam mana kalau kawan perempuan yang Kak Wan sebut tu sebenarnya kekasih Ayden? Ya lah, Ayden tak pernah cakap pula dia single kan?
Huwaaaa, sedihnya!
Bahu Bella jatuh. Emosi terus merundum jatuh. "Tak apa lah, Kak Wan. Bella nak pergi sambung kerja dulu." Punggung diangkat.
Kak Wan yang tak tahu apa - apa hanya mengangguk dan sambung makan. Mana lah dia tahu hal orang muda ni. Dia dah tua, fikir soal anak suami je.
Takdir ternyata menyebelahi Bella bila dia ternampak Ayden baru masuk ke dalam lobi hotel. Seperti yang Kak Wan kata, Ayden bersama dengan seorang perempuan.
Advertisement
Perempuan tu cantik berbaju kurung dengan rambut yang tak berikat beralun cantik sampai ke pinggang. Sedang tersenyum manis pada Ayden.
Bella mengetap bibir. Ah, bodoh! Rupanya selama ni dia tengah mengorat boyfriend orang ke? Entah - entah tunang orang? Suami orang?
"Bella!"
Langkah Bella terhenti. Tapi dia tak berpusing ke belakang untuk menyambut. Jari menggaru hujung kening. God, kenapa dia panggil aku ni?
Ayden berjalan laju menghampiri Bella. Hairan pula gadis itu tak menyapa dia macam biasa. "Kau nak pergi mana?"
Sedar Ayden dah berdiri tepi dia, Bella paksa diri untuk senyum. "Hah? Saya nak naik office." Jawab Bella.
"Kau dah lunch?" Soal Ayden. Memang dah keluar dengan Shila tadi, tapi entah kenapa perut masih belum kenyang.
Selalunya Bella akan ajak dia makan tengah hari bersama. Itu yang Ayden makan sikit je masa dengan Shila tadi. Takut Bella bakal mengajak dia lunch sekali.
"Dah. Saya nak naik atas dulu, bye." Senyuman diukir sebelum pasang langkah ke arah lif. Dia tak rasa macam nak beramah mesra dengan Ayden macam selalu.
Bengang juga sebab tak pernah terdetik nak tanya lelaki yang dia selamatkan tempoh hari masih single atau dah berpunya. Kalau suami orang, tak ke naya?
Perkara yang paling buat Bella rasa nak hantuk kepala dekat dinding sekarang ni— cemburu. Ya, cemburu lepas tengok Ayden senyum dekat perempuan tadi.
Ayden tak tahu ke senyuman dia tu boleh buat para gadis luruh jantung? Argh! Bella nak menangis!
Telefon diperiksa buat ke sekian kalinya. Kosong. Tak ada notifikasi dari orang itu malam ni. Ayden mengeluh. Otak cuba mencerna kalau dia ada buat salah pada Bella hari ini.
Sebelum lunch dengan Shila sebab Shila nak berjumpa, rasanya tak ada apa yang berlaku di antara mereka. Hari sebelum tu pun sama, Bella elok je tegur dia macam biasa.
Rambut diramas kasar. Pening - pening je fikir. Mereka bukannya ada apa pun. Nak kata kawan, tak pernah pun mengaku kawan. Lebih apatah lagi.
Advertisement
Ayden bergerak ke tingkap. Dia berdiri dan buka tingkap seluas mungkin untuk melihat langit yang luas di atas. Satu perkara yang dia sering lakukan sejak kecil.
"Ayden, look at the sky." Tubuh Ayden didukung untuk melihat langit bersama. Pipi anaknya dikucup penuh kasih. "Warna apa tu?"
Dahi si kecil yang baru berusia empat tahun itu berkerut. "It is black, ibu." Jawab Ayden lancar. Dia tak pelat macam kanak - kanak lain. Sejak dia dua tahun setengah, dia dah mula bercakap dengan lancar.
Ayden lebih bijak dari kanak - kanak yang sebaya dengan dia. Lebih pandai dalam berkata - kata dan berfikir. Sekaligus buat Zahra lupa sikit betapa sakitnya diri dia.
Kepala Ayden diusap. Zahra senyum. "Cuba tengok betul - betul. Tu warna dark blue. Warna mata Ayden."
"Mata Ayden?"
"Ya." Zahra mengangguk laju. Kening si anak dikucup sebelum dia kembali merenung langit di atas. "Sama macam warna mata ayah."
My dark sky.
Entah ke mana lelaki yang membahagiakan Zahra itu. Entah ke mana lelaki itu pergi membawa separuh dari diri Zahra juga?
Ayden yang hanya memandang ibunya mengerut dahi bila perasan ada mutiara jernih yang mengalir ke pipi Zahra. "Why are you crying?"
Zahra tak dapat menahan rasa. Dahi Ayden dikucup lama. "Sebab ibu sakit..."
Tangan kecil Ayden menepuk bahu ibunya lembut. Berharap perlakuan dia berjaya memadamkan rasa sakit yang ibu dia sebutkan. "I'm here, ibu."
"Kenapa ibu yang buat Ayden sakit?" Soal Ayden perlahan. Langit yang luas itu direnung lama. Kini dia tahu apa yang ibu dia rasakan setiap kali melihat langit.
Rasa rindu.
Tapi rasa rindu yang Ayden rasa macam lebih berat dari apa yang ibu dia pernah tanggung. Huh, sakitnya mereka— kerana ditinggalkan.
Bibir diketap. Ayden menarik langsir bilik menutup tingkap. Dah malas nak berfikir tentang nasib diri yang menyedihkan.
Ting!
Bunyi notifikasi dari telefon itu buat Ayden mengeluh. Lupa pula nak mute tadi. Dia capai telefon untuk melihat siapa yang mesej.
.
Ayden jadi panasaran. Kesan lebam yang dia nampak tempoh hari buat Ayden jadi gelisah. Laju jari menaip membalas mesej si dia.
.
Bella ni dah kenapa nak main tarik tali dengan Ayden? Ayden menggigit bawah bibir. Tak mahu membuang masa, nombor Bella didail segera.
"Kenapa awak call saya?"
"Kau kata kau sakit." Laju Ayden menjawab sambil tangan mencapai dompet dan masukkan ke dalam poket seluar.
Kaki melangkah keluar dari pintu bilik dengan telefon yang masih melekap di telinga. "Kau dekat mana? Jawablah!"
"Dekat rooftop hotel."
Ayden menghela nafas. "Stay there."
Takut.
should i just let you go?
.
Advertisement
- In Serial304 Chapters
The Satan CEO’s Woman: He Unexpectedly Fell In Love With Her
She was the daughter of the leader of the League of Mercenaries. She was an S-Class Level Assassin and was on a league of her own.
8 1697 - In Serial7 Chapters
I Dream of Spiders
The move to the remote town of Quarry Hill, Pennsylvania was supposed to help Griffin McGuire start over and forget the two people who betrayed him. As a paramedic at the local hospital, he would still have to interact with people, but the rest of the time he could hole himself away in the secluded cabin he was renting. It was perfect. For the first time in over a year, he felt like he could finally breathe. That was until he met her. A woman who doesn’t know her own name or why she was covered in blood and standing in the middle of the road when he found her. Griffin knows he should contact the police, but something is preventing him from going to the authorities. It doesn’t take long for him to realize that he was correct in trusting his instincts. Every time she falls asleep, she dreams and another memory is unlocked. Memories that are horrific and make him want to protect and hide her from the world.
8 176 - In Serial12 Chapters
How To Write A Book
Do you want to write a book but you don't know how? Well, I will help you. I will give you tips on how to write a book.
8 204 - In Serial75 Chapters
Fated Love (BWWM)
"Wherever your soul was before, mine was there too." - HiraHe's Jackson. But he's also:Daniel.Theodore.Nathan.Nicholas.Zachary.She's Aaliyah. But she's also:Grace.Kathryn.Jessica.Amaya.Eve.It's the same story every time. They meet, they fall in love, they get ripped apart. Will Jackson and Aaliyah be the ones to end up together? Or will the cycle of love, death and reincarnation continue?
8 130 - In Serial42 Chapters
The Duke's Wife {Wallflower #1}
When the Hemmingway's go into debt, their only hope out of their dilemma is their daughter, Rhea. Rhea realizes the situation and immediately agrees to help her parents. But marriage? Not what she hoped for, especially when she had become known to the ton as a Wallflower. When it comes time for Rhea to meet her future beloved, she's shocked at how intense their bond is.Although Hadrian Vale abruptly refuses to marry the girl, he immediately has a change of heart when he meets her. But somebody has held a grudge against the Vale's, and soon Hadrian finds that his wife is being victimized for it. Can he protect the woman that he promised to cherish, in sickness and health? And maybe even the woman he's come to love?
8 299 - In Serial20 Chapters
The Unknown Girl! (Tittle might change)
This is a Rocky centered story where he falls for a girl who mysteriously has amnesia and been wondering around grandpas cabin! Where did she come from? Who is she really and will they be able to find out about her family and her past?Read more to find out their adventure together along with Colt and Tum Tum! (I might make more side characters for them later!)
8 115

