《Hold On✔️》13
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories.
Lengannya direntap dari pegangan Ayden. Riak wajah Bella berubah. Tersentak kerana lelaki itu telah mengetahui apa yang dia cuba sembunyikan. "Kenapa awak nak tahu?"
Dahi Ayden berkerut. Tajam renungan dia menikam wajah Bella. "Sebagai masyarakat prihatin. Aku ulang, kenapa dengan tangan kau?"
Bella menjuihkan bibir. Soalan Ayden dibiar tanpa jawapan. Kakinya melangkah pergi meninggalkan Ayden di situ.
"Bella, kalau kau tak jawab aku tak nak keluar dengan kau dah." Wah sejak bila Ayden reti ugut orang ni? Dia pun tak tahu. Yang dia tahu, kesan lebam di pergelangan tangan Bella buat dia rasa nak tahu kenapa.
Ugutan Ayden berjaya membuatkan Bella berhenti melangkah. Tubuhnya berpaling menghadap Ayden. "Awak risau?"
Ayden tak mengangguk mahupun menggeleng. Hanya melihat ekspersi wajah Bella yang dia macam faham. Sedih, kosong dan kecewa.
Gabungan yang meruntuhkan.
Secara tiba - tiba, Bella mencangkuk di tengah laluan itu. Wajahnya menunduk ke bawah. "Ayden..." Bahu tiba - tiba terinjut.
Mata Ayden membulat. Lah apa dia buat sampai anak orang menangis ni? "Kau menangis ni kenapa? Halah!" Perempuan memang mengada kan?
Kaki menapak ke arah Bella. Ayden ikut mencangkung depan gadis itu. "Kalau kau tak nak bagitahu, tak apa. Aku sibuk je nak tahu." Pandangan dilarikan dari memandang wajah Bella.
Takut minah tu tak selesa muka sembab dia diperhati Ayden. Ayden ni ganas pun hati masih lembut juga. Hasil didikan ibu dan ayah tak akan pernah luput begitu sahaja.
Bella angkat muka memandang Ayden. Tangan menyeka air mata yang basahkan pipi. "Ayden... awak orang pertama risau bila tengok tangan saya... tsk tsk."
"Aku minta maaf." Hanya itu yang mampu Ayden katakan. Rasa bersalah menjengah setiap kali matanya menangkap butiran jernih yang mengalir pada pipi Bella.
Anak mata Bella bersinar. "Maaf? Sebab?" Ayden tak ada salah dekat Bella. Meskipun lelaki itu terlampau dingin, Ayden tetap layan dia dengan hormat.
Advertisement
Bibir Ayden mengukir senyuman. "Sebab risaukan kau." Sebelum dia bangun berdiri tegak.
Dahi Bella berkerut. Lidah jadi kelu dengan jawapan Ayden yang tak dijangka. Akhirnya, dia juga bangun dari mencangkung. "Awak masih nak tahu kenapa ke?"
Ayden gelengkan kepala. Sebelah tangan dia masukkan ke dalam poket. Membuatkan Ayden nampak sangat menarik pada mata Bella. "Tak. Keep it to yourself."
Bella tersenyum sampai ke telinga. Jari jemari meramas sesama sendiri sambil mata merenung wajah kacak Ayden. "Jadi, awak terima tak tawaran saya hari tu?"
"Tawaran apa?" Tak ingat pula.
Senyuman Bella mati. Wajah Ayden dia jeling tajam. Pelupa macam umur dah separuh abad lah Ayden ni. "Untuk saya jadi sebab awak hidup?"
Sebelah kening Ayden angkat. Oh, tawaran gila yang buat Ayden rasa nak santau Bella tu. "Hidup kau perfect sangat ke sampai nak jadi reason aku hidup."
Hujung bibir Bella terangkat. "Tak perfect, but at least I can be the reason for you to stay."
Mata mereka berdua bertembung.
Di tengah laluan, sebelum nak bertemu gajah yang tak pernah dilihat Bella secara berdepan— ada memori lebih penting untuk Bella pahatkan dalam kepala.
Iaitu.
"Kau nak aku jadi reason kau hidup tak?" Tawaran gila yang buat Bella tersenyum lebar.
Dan riak wajah kosong Ayden.
Naura mengeluh sebaik menyelak lengan baju adik bongsunya. Meskipun mereka berlainan bapa, Naura tak pernah anggap Bella macam orang luar atau menggelar anak tak sah taraf.
Bukan kesalahan Bella jika dia lahir dari benih yang salah. Semuanya salah lelaki yang merogol mum mereka dulu. Kisah dah jadi kisah, Bella tetap lahir.
Jadi Bella tetap adik Naura, tak kira siapa ayah Bella sebenarnya. Dahi Naura berkerut. "Pakai kain batik. Aku nak sapu ubat dekat badan kau."
Bella tersenyum dengar arahan kakak sulungnya. Naura memang seorang kakak yang tegas. Selalu memaksa Bella untuk dengar kata mum. Tapi Naura sebenarnya baik sangat.
Advertisement
Setiap kali Bella dipukul Dato' Haiqal, Naura akan datang ke rumah adik bongsunya untuk menyapu ubat dan merawat.
"Termenung apa? Pergi pakai baju yang senang aku nak selak." Arah Naura sekali lagi.
Bella mengangguk. Tanpa banyak bicara kaki melangkah ke almari baju untuk menukar pakaian. Sementara Naura membelek telefonnya.
"Akak." Bella tepuk lengan Naura sebelum baring meniarap di atas katil. Memberi Naura lebih mudah untuk menyapu krim dan ubat pada kesan luka di belakang badan.
Sebaik Naura menyelak belakang baju Bella, dia menyeringai. Kesan luka yang panjang dari bahu sampai ke tengah badan. "Aku pun sakit tengok kau macam ni."
"Aku dah biasa." Balas Bella dengan senyuman. Setiap kali jari Naura terkena luka dia, Bella mengemam bibir. Tak mahu menjerit sakit dan menyebabkan Naura risau.
Naura tak dapat tahan air mata dia dari jatuh. Mengetahui siapa yang melukai adik dia, lebih sakit Naura rasakan. "Sampai bila kau nak tahan macam ni? Parut yang lama pun tak hilang, Bella..."
Dia berhenti. Esakan Naura terhambur. Tak sanggup nak melihat kesan luka di belakang badan Bella lagi.
Bella bangun dari meniarap. "Kak, kau sendiri yang kata dekat aku kan? Aku ni kuat. Setakat luka ni, aku boleh hadap lah."
Tangan Naura menekup wajahnya. Kesal kerana tak dapat nak lindungi Bella. "Aku patut biarkan kau lari je. Jangan datang balik dah. Hidup kau terseksa dekat sini."
Bibir Bella menggaris senyuman. Tak menafikan apa yang Naura bilang. "Mum kan mak aku? Lagipun kalau aku lari, aku tak boleh hidup nanti Naura. Mum dan dad ada cara untuk buat aku terseksa..."
Sakit. Hidup Bella memang perit sejak kecil. Kerana dia lahir bukan dari benih Dato' Haiqal, Datin Nora tak melayan dan memanjakan dia seperti anak.
Mereka berdua hanya menjaga Bella kerana terpaksa. Kerana tak mahu orang di luar tahu Bella ni sebenarnya bukan anak Dato' Haiqal.
Kalau ada orang tahu sekalipun, nama mereka akan baik sebab Dato' Haiqal sanggup membesarkan budak yang bukan anaknya.
"Bella, aku minta maaf." Naura menarik adiknya ke dalam pelukan. Rasa kecewa dengan diri sendiri sebab hanya dapat melihat dan menyapu ubat pada luka Bella.
Dia kakak yang tak berguna...
Bella gelengkan kepala. Air mata ditahan. Dia tak mahu Naura tahu yang dia juga sedih. "Kak, tak apa. Bukan salah kau. Memang salah aku sebab tu dad pukul aku."
Dahi Naura berkerut. "Ini bukan salah kau. Kalau kau buat silap, kenapa kena pukul?! Tak ada cara lain ke nak mengajar?!"
Tak kisah lah Dato' Haiqal tu ayah dia sekalipun. Yang salah tetap salah. Tak guna Dato' Haiqal layan dia dan Nani dengan baik tapi layan Bella macam binatang.
"Kak, aku okay. Look? I still can smile and laugh kan? Your little sister is okay, dont worry." Senyuman diukir. Naura memang begitu, tegas tapi hati lembut.
Setiap kali Bella kena pukul, Naura yang menangis lebih. Tapi Bella bersyukur ada kakak seperti Naura yang masih mahu mengambil berat. Sekurang - kurangnya dia tahu ada orang yang masih peduli.
Naura mengesat air mata. "Kau ni kuat, Bella. Aku sayang kau."
i'm sorry that i'm too broken.
—ayden.
love,
eyein
Advertisement
- In Serial1274 Chapters
Flash Marriage with a CEO Husband
The night before their wedding, her fiancé ran off with his mistress.Out of frustration, she grabbed the man standing in front of the Civil Affairs Office, "President Mo, your bride has not arrived an...
8 2036 - In Serial39 Chapters
The Lonely King
He began walking over to me. This is it. I'm dead. I saw his shoes come into my view as I was looking down, hair covering my face. "Look at me." He growled out. I started to cry, too afraid to look. He grasped my chin and lifted my face to meet his. I mentally gasped. It's the guy from last night. His eyes held surprise too, before anger erupted in them. I cowered back in fear of what he might do."Who did this to your face?" He growled. I started to cry again and shake."Him." I whispered and gave a small nod toward the guy who hit me.
8 375 - In Serial61 Chapters
The Golden Girl
*WATTPAD FEATURED**UNEDITED*"You can't erase the pain, nor can I. You can't erase the reasons behind my fake smiles, you can't change the past, nor can I. We can't turn each other's faith, we can't vanish each other's mistakes, but I promise, I promise you that through all your regrets, pain and heartbreaks, I will be there for you, I will be there for you to love you, to support you, to be your pillar. I will always be there with you, in the same road. Yah, I can't promise to make the pain go away but, but I promise that you will not face it alone, you're never going to face it alone. We are going to do that together, for each other." - The Golden Girl ****************************************©iiqueenbee_ | 2018Featured by : @talentscoutsCompleted.
8 111 - In Serial54 Chapters
STILL WITH YOU -- a Taekook Story (✓)
[COMPLETED]What will happen to him when someone whom he dearly love will leave him forever.... will he be able to move on in his life or will he be stuck there, forever???Jeon Jungkook, CEO of JEON INCORPORATION, is a lovely and sweet husband of his wife HYO JO and father of a boy named HANEUL. He gets married at 22 and became a father at 23. Everything was going smoothly in their life until a sudden car accident broke and scattered everything in his life...Kim Taehyung, a beautiful and lovely boy, works at JEON INCORPORATION as the secretary of the CEO. He happens to live with his brother and brothers-in-law... but life took a turn and everything happened..#1 in M-Preg#1 in angstwithhappyending#1 in taekook**This is a fan fiction about taekook and don't have any intention to hurt anyone. **If you are reading this story at any other platform other than Wattpad , you are very likely to be risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe form, please go to (Wattpad User Link). Thank you.**Start- 09/06/2020End- 03/02/2021
8 299 - In Serial18 Chapters
Reckless Love
You want the kind of love that takes over, engulfs you. That's what I had with Julie Molina but what happens when your faced with real life? Could reckless love change into the real deal. Asking her out was a dare, but was falling in love a mistake?
8 116 - In Serial70 Chapters
[BL] Big Boss Got Pregnant
English Translation!Chinese Title: 大佬帶球跑You can read it more on NovelCat China!When an overbearing loving guy met a dashing flirtatious guy, what would happen between them?Herman had spent 5 years living with Jared. He devoted himself to taking care or Jared and pleasing him. However, he never got Jared's attention.Fine. Cheer up. With the little one in his belly, he would start a new life, without that idiot as well as his annoying lover. Jared thought to himself. Yeah, without that annoying couple, he would be happier.Gently touching his belly, Herman put on a cunning smile, "Well, guess what, little one, we need a new plan of our future."
8 204

