《Hold On✔️》12
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories.
Satu minggu.
Bella langsung tak cari Ayden. Tak menganggu dan telefon mengganggu seperti dulu. Kehilangan Bella itu sedikit sebanyak buat Ayden tertanya.
Ke mana gadis itu pergi? Mana janji konon nak jadi asbab Ayden hidup tu? Ke dah luput lepas jumpa lelaki lain?
"Ayden, termenung apa tu?" Kak Wan menyergah. Dah lama perhati Ayden yang termenung memikir masa depan.
Bahu Ayden sedikit terangkat bila disergah Kak Wan, pekerja yang paling rapat dengan dia selama seminggu ini. "Apa akak ni main sergah - sergah?"
Tawa Kak Wan terlepas. "Sorry lah. Kau tu termenung je. Fikir makwe ke?" Kerusi di depan Ayden dia tarik. Mug yang dipegang dia letak atas meja.
Berkerut dahi Ayden jadinya. "Makwe apanya? Saya single lah." Balas Ayden sebelum meneguk air mineral dengan rakus.
Apa ni? Dia cakap yang dia single pun tiba - tiba dia teringatkan perempuan tak reti malu tu.
"Bella tu bukan makwe kau?" Wah, seronok Kak Wan nak mengorek rahsia orang. Dah lama sebenarnya nak tanya soalan itu.
Mata Ayden membulat dengar sebaris nama itu. Laju kepala menggeleng. "Eh bukan lah! Kami memang kenal tapi dia bukan makwe saya! Apa akak ni?"
Tak semena - mena pipi Ayden merona merah. Reaksi tubuh yang Ayden sendiri tak dapat nak kawal. Kalau segan atau panas, muka merah sampai ke telinga sekali.
Kak Wan memincingkan mata pandang jejaka depan dia ni. Muka sikit punya kacak, si Bella tu pun cantik je. "Habis tu kenapa dia bagi kau kerja dekat sini?"
Bella, anak bongsu Dato' Haiqal tu terkenal kut. Orangnya cantik dan mesra alam. Kalau dah bawa lelaki datang masuk kerja tak ada khabar, mana lah Kak Wan tak curiga.
Ayden angkat bahu. "Mana lah saya tahu. Haih, akak ni." Punggung diangkat. Lebih lama dia duduk di situ, lebih banyak soalan yang Kak Wan akan tanya.
Advertisement
Hipotesis diterima, Ayden.
Kak Wan ketawa mengekek. Suka dengan karakter Ayden yang agak dingin tapi comel sebab wajah kacak lelaki itu. "Comel lah kau ni Ayden."
"Marah suami akak nanti." Gurau Ayden senada. Sekali dengar, tak tahu sebenarnya dia tengah bergurau.
"Kalau tak nak laki akak marah, pergi ngurat Bella!" Sempat Kak Wan mengusik sebelum berlalu keluar dari pantry kecil mereka.
Masa rehat dah nak habis. Dia ni kena kerja, tak boleh curi tulang. Berbeza dengan Ayden yang Kak Wan dah diarahkan untuk tak terlalu beri tekanan kepada lelaki itu. Arahan dari Miss Bella sudah tentu.
Ayden yang di depan sinki menggelengkan kepala. Bella Bella Bella. Kak Wan ni sengaja buat Ayden terfikir kan pemilik nama itu lagi. "Haih, apa lah minah semak tu buat sekarang?"
"Awak cakap dengan siapa tu?"
"Ya Allah!" Tubuh Ayden berganjak ke belakang. Air paip di sinki tak sempat nak tutup sebab terkejut sangat dengar suara yang entah dari mana dan bila datang.
Bella tersengih. Dia berpeluk tubuh di tepi dinding sambil memandang Ayden yang dah merenung dia dari atas ke bawah. "Apa pandang - pandang? Rindu saya lah tu."
Tersedar, Ayden julingkan mata ke atas. Air paip ditutup sebelum berlalu ke meja tadi. "Tak ada masa aku nak rindu."
"Tapi ada masa nak keluar dengan saya kan?"
"Ayden, senyum!"
Bila Ayden berpaling ke tepi, kamera telefon Bella sudah menangkap beberapa keping gambar lelaki itu. Bella tersenyum puas. "Hmm kalau orang tu handsome, gambar gegar pyn handsome."
Kening Ayden berkerut. Bila perasan Bella nak tala kamera pada wajahnya lagi, Ayden menekup wajah. "Jangan! Aku tak suka kamera!"
Bahu Bella jatuh. Mulutnya memuncung. "Awak ni tak sporting lah! Benci!" Rungut Bella. Lepas itu kembali memandang telefon dia. Nak tengok gambar yang dia tangkap sejak datang ke situ.
Advertisement
Ayden hanya buat tak tahu dengan rungutan Bella. Dia ikut perempuan tak tahu malu tu pergi zoo negara pun dah cukup sporting dah.
Zoo yang dilawati kanak - kanak dari tadika, kini dikunjungi oleh Ayden dan Bella. Nak membantah Ayden tak ada daya. Buat membazir air liur saja.
Tapi sewaktu Bella membelek telefonnya, tangannya kerap menarik lengan baju sehingga ke atas. Seolah - olah nak tutup tangan sendiri.
Dan Ayden yang memerhati perasan setiap gerak - geri gadis itu. "Kau tak selesa ke?" Soalnya tiba - tiba.
Bella kerut dahi. "Hah? Kenapa?" Kedua belah tangan jatuh ke sisi. Wajah Ayden dipandang dengan renungan polos.
Mata Ayden jatuh pada pergelangan tangan Bella. "Tangan kau. Kau asik tarik baju kau nak tutup sampai ke jari kalau boleh. Kau kenapa?"
Sejak mereka keluar dari hotel, dia perasan akan tingkah laku Bella yang satu itu. Cuma dia sengaja diamkan diri seolah - olah tak perasan. Tapi kali ini Ayden dah tak dapat tahan diri.
Riak wajah Bella berubah. Kedua belah tangan disembunyikan di belakang badan. "A-apa? Saya cuma rasa sejuk."
Hujung bibir Ayden ternaik. Dia tahu gadis itu menipu. "Mampus kau lah." Tapi buat apa dia nak ambil peduli? Dia bukannya sesiapa dengan perempuan tu.
Bella hanya tersenyum. Di dalam hati, kagum dengan Ayden yang mudah perasan dengan tingkah lakunya. Ayden pandang dia ke? Hehehe.
"Jom tengok gajah! Saya tak pernah tengom gajah!" Dia tak pernah pergi zoo. Dato' Haiqal dan Datin Nora tak pernah bawa mereka ke zoo mahupun akuarium.
Sibukkan anak - anak dengan pelajaran sampai terlupa anak mereka juga manusia yang perlu diluangkan masa bersama. Bukan robot untuk belajar sahaja.
Ayden merengus geram. "Kau ni asal dari marikh ke tak pernah pergi zoo? Gedik!" Dia pun pernah pergi zoo dengan ibu dia dulu. Masuk zoo negara ni bukannya mahal pun.
Senyuman Bella terukir. Tak mahu ambil hati dengan Ayden yang sering berkata kasar. Sekurang - kurangnya, lelaki itu menemani Bella sekarang.
Bella berjalan ke depan sambil pegang kamera. Setiap benda dia ambil gambar. Tapi muka Ayden di sebelah yang banyak jadi mangsa.
"Jangan ambik gambar aku! Pekak ke?!"
"Bluek!"
"Kau ni-"
Buk!
"Auch!" Jerit Bella kesakitan. Lengan yang dilanggar seorang kanak - kanak tanpa sengaja disentuh. "S-sakit." Tanpa sengaja merintih.
Ayden kerut dahi. Matanya tunduk memandang pergelangan tangan Bella. Lengan baju gadis itu sedikit terangkat membuatkan Ayden nampak apa yang gadis itu mahu sorokkan sejak tadi.
Bella yang tak tahu apa - apa mengukir senyuman. "Dah. Jom. Kita nak tengok gajah." Kaki melangkah ke depan.
Secara tiba - tiba, pergelangan tangan Bella yang berlapik direntap Ayden. Dahi lelaki itu berkerut. "Bella,"
"Kenapa awak pegang - pegang ni?"
"Siapa buat kau macam ni?" Lengan baju gadis itu ditarik.
semua orang sedang sakit. cuma mereka sakit dari segi berbeza.
—bella.
love,
eyein
Advertisement
- In Serial51 Chapters
ELYSIAN || J.JK & K.TH✔️
-A male omega who despises all alphas from the bottom of his heart due to some past memories is now being betrothed to the trueblood who is the Head Alpha of the Dark Moon Pack.Read to find out how these two different creatures world collides with each other and the pure love that unfolds between them.»𝐄𝐥𝐲𝐬𝐢𝐚𝐧~ 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐦𝐛𝐥𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐨𝐟 𝐩𝐚𝐫𝐚𝐝𝐢𝐬𝐞. Everything in this story is a total creation of my imagination.DO NOT PLAGIARIZE!🚫❌© x_eram_x Started : 4th May 2021Ended : 5th October 2021
8 200 - In Serial41 Chapters
Devils Daughter
(18+)"You know, red." He warned biting my lower lip. "I think we should try again with the spanking. I could make it more alluring. Make you love it." I felt my lower regions throb as his lips caressed my neck.His hands trailed down my body and found its way under my silky black nightdress. Tugging at the hem of my thong he then slipped in a finger and ran it up and down my hot wet slit ❦The daughter of a Russian mob leader seems to catch the eye of his father's enemy.Will the Italian Don use The Russian Don's daughter as his plan to destroy his rival and fall in love with her or the father finds out himself and kills them both?-'The Italian Don and his enemies daughter' [Mature Audience Only]HIGEST RANKINGS # 1 Romance -16/04/2021# 1 Temptation -08/08/2021# 1 Eyesslipfierce - 09/07/2022
8 161 - In Serial9 Chapters
The "Best Friends" (LenxMiku)
Len kagamine has always been happy with his job but while working he meets a girl that will change his life.
8 94 - In Serial29 Chapters
You're MINE now! (Chucky X Reader) [SLOW UPDATES]
You're 18 years old and you live with your Aunt Karen and your cousin Andy Barclay and his doll (Chucky) comes to life... What happens next..?
8 197 - In Serial29 Chapters
Sandton Bay ~ City Of Deadly Sins.
BOOK 1. SECRETS OF THE BAY.Saint Drake was happy, he was poor, begged for food and clothes, but he was happy, even though the wolves who were part of the pack never looked at him or his family with a second glance, he was happy because he had a constant, his family then his mate, the alpha's son.Life takes a turn for the worst when Saint finally realizes he can never have his mate's love and that the same mate wanted him dead. To have peace in chaos one must die and Saint did, ~or so his killers think, the Bay has its secrets.
8 231 - In Serial36 Chapters
In A Heartbeat • Scarlett Johansson x Y/N
A story between Scarlett Johansson and Y/N L/N. Y/N and Scarlett were best friends, they were inseparable until one day, Scarlett suddenly changed. It left Y/N with a broken heart and a confused mind. What will happen between them? Will they make up or be strangers once again? ***Note: Rated 18+ for strong language and sex.
8 179

