《Hold On✔️》8
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories
Puan Suri memandang lelaki yang dibawa anaknya dari atas ke bawah. Berkemeja putih dan dikenakan dengan seluar jeans. Jujur kata, teman lelaki anaknya boleh tahan kacak.
Tapi kacak tu tak semestinya bawa bahagia. Kacak tak membayar makan dan minum anaknya. Siku Puan Suri menyenggol lengan suaminya. "Ini student abang kan? Tak ingat?"
Encik Am kerut dahi. Mana lah dia nak ingat muka satu - satu pelajar dia. "Tak. Hmm mari lah duduk, kita makan." Tenang dia menjemput.
Shila yang setia berdiri di sebelah Ayden mengukir senyuman. Bahagia sebab ibu bapa dia tak nampak macam tidak menyukai Ayden.
Tangan Ayden ditarik Shila untuk duduk. Ayden hanya menurut. Bibir terkunci rapat sebab tak tahu nak cakap apa. Dia bukannya suka bersosial. Itu yang bercakap pun serupa orang tak reti sahaja.
Pinggan steak yang terhidang depan mata dipandang. Terfikir juga, perlu ke mereka berjumpa di hotel sedangkan banyak je restoran lebih murah dekat luar sana? Orang berduit memang suka buang duit ke apa?
"Ayden kerja apa?" Puan Suri terlebih dahulu memulakan peranan. Dia duduk tegak memandang Ayden.
Soalan dari ibu Shila buat Ayden tersenyum kekok. "Hmm saya tak kerja lagi setakat ni. Baru berhenti sebulan yang lepas."
Jawapan Ayden buat Puan Suri dan Encik Am saling berpandangan. Masing - masing membawa maksud yang tersendiri. Kurang senang dengan jawapan teman lelaki anaknya.
"Shila," Mata Puan Suri terarah kepada anaknya. "Steak ni macam tak sedap lah. Jom teman mama report dekat dapur."
Dahi Shila berkerut. Dia yang tak menahu apa - apa pandang ibu dia bingung. "Sedap je?"
Tak mahu melengahkan masa, Puan Suri bangkit dari duduk. Dia pergi ke arah Shila dan tangan anaknya ditarik. "Jom teman mama."
Mata Shila terarah kepada Ayden. Risau nak tinggalkan Ayden berseorangan. "Saya ikut mama eh?"
Advertisement
Ayden sekadar mengangguk. "Okay." Tak akan nak tarik anak dara orang tu duduk balik pula. Sudah lah Encik Am dari tadi memandang dia tak lepas.
Bila Puan Suri dan Shila bergerak jauh dari meja makan mereka, Encik Am berdeham. Renungannya bertukar tajam memandang Ayden. "Kau menganggur lah sekarang?"
"Ya." Hanya itu yang Ayden balas. Kalau ikutkan hati yang malas nak melayan, nak sahaja dia kata pensyarah depan dia ni bodoh. Tak kerja maksudnya menganggur lah.
Dahi Encik Am berkerut. Dia duduk memeluk tubuh. "Kau ada mak ayah tak?"
Selera Ayden mati. Rasa macam tahu perbualan mereka akan ke arah mana nanti. Dah dapat tangkap juga kenapa Puan Suri beria nak tarik Shila pergi. "Ya, saya anak yatim."
Sabar. Ayden tak nak tempiaskan marah dia dekat situ. Masih ada kesedaran yang dekat dalam dewan makan hotel tu ada ramai orang.
Hujung bibir Encik Am ternaik sinis. "Anak yatim, tak ada kerja. Malang betul nasib kau kan? Lepas ni kau nak buat apa? Bagi anak aku makan pasir?"
"Encik sila jaga mulut ya," Ayden mengetap bibir. Perkataan malang yang keluar dari mulut bekas pensyarah dia buat Ayden rasa bengang.
Amaran Ayden dibuat tak endah. Encik Am menyeringai sinis. "Muka je handsome tapi kerja menghabiskan duit anak aku kan? Kau nak kikis duit anak aku sepanjang hidup?"
Ayden menggigit bawah bibir. Nak je dia bagitahu anak dara Encik Am yang seorang tu yang gatal nakkan dia sangat. Ayden pun tak heran lah dengan perempuan tu. "Kalau Encik tak suka saya, okay. Saya pergi dulu."
Punggung diangkat. Tak ada masa nak jadi bakal menantu mithali. Dia pun tak terbayang nak luangkan masa depan dengan Shila. Dia ke situ kerana permintaan Shila, dia dah banyak kali membantah.
"Anak yatim yang malang."
Nafas Ayden rasa sesak. "Kau diam sebelum aku bunuh kau!" Perkataan anak yatim tu memang satu kenyataan, tapi bukan benda yang boleh dibuat main.
Advertisement
Kaki menapak pergi. Entah ke mana arah tuju, Ayden hanya mengikut kata hati. Bersama minda yang dah berat dengan pelbagai memori silam.
Hari dah malam, namun Bella masih berada di hotel kerana terpaksa menerima ajakan VIP untuk makan bersama.
Dalam dunia perniagaan, tak ada perkataan tidak. Kalau Bella menolak pasti orang kenamaan tersebut akan beritahu ayah dia. Kemudian, Dato' Haiqal akan marah.
Jadi Bella ikut sahaja permintaan Dato' Yusri. Bukan lama pun makan. Dia akan makan laju - laju lepas tu terus minta diri untuk pulang.
"Dah siap makan, Bella?" Dato' Yusri menyoal dengan senyuman.
Dahi Bella berkerut. Senyuman Dato' Yusri ni bukan sedekah, tapi termasuk dalam gangguan seksual sebab terlampau gatal. Bella tahu apa yang ada dalam otak lelaki sebaruh abad tu. "Dah, saya nak balik."
"Awalnya nak balik? Malam masih muda."
Urgh, suara langau dah keluar.
Bella putarkan mata ke atas. Bibir diketap supaya tak keluarkan kata - kata yang boleh buat lelaki depan dia ni sakit jantung dengar. "Muda untuk Dato' , bukan untuk saya. Saya perempuan, tak elok pulang lewat."
Mata Dato' Yusri melirik nakal pada wajah anak gadis Dato' Haiqal. Tak dapat nak nafikan, anak bongsu Dato' Haiqal itu yang paling cantik di antara adik - beradiknya. "Apa panggil Dato'? Panggil abang saja."
Kedua belah keninh Bella bertaut. Abang? Eyuw, rasa nak muntah darah bila dengar. "Saya pergi dulu. Dato' nikmati lah makanan Dato' ya?"
Beg tangan disangkut ke bahu. Bella angkat punggung. Sudah lah mereka dalam bilik makan VIP. Hanya ada mereka berdua di dalam bilik itu.
Jadi Bella harus segera keluar dari situ dan jauhi lelaki tua bangka tak sedar diri. Dah tua tapi nafsu binatang. Ingat duit boleh beli maruah perempuan??
Saat Bella melintasi, Dato' Yusri menarik tangan gadis itu. Membuatkan Bella tersentak sekaligus menjerit kecil. "Apa ni?! Lepas!"
Dato' Yusri hanya tersenyum. Makin kuat pegangan dia di pergelangan tangan Bella. "Kau ni sombong kan? Sama macam mak kau."
"Whatever. Kalau jantan tua macam kau ni takkan nak jual murah? Jijik!" Tanpa rasa bersalah, Bella meludah di depan Dato' Yusri.
Tangan dia rentap kasar dari Dato' Yusri sebelum memberi pandangan membunuh. "Jantan binatang!"
"Kau fikir kau siapa?! Kau lupa ke kau tu anak tak sah taraf?! Berlagak suci bila pakai tudung!" Berang. Taraf Bella disebut membuatkan gadis itu membara.
Bella mengetap bibir dan— pang!
"Kau tampar aku?!" Mata Dato' Yusri membulat. Tak sangka anak tak sah taraf macam Bella boleh menampar dia.
Hujung bibir Bella ternaik. "Sebab lelaki macam kau ni lah wujudnya anak tak sah taraf macam aku! Lelaki bodoh!"
Kaki diayun ke luar tanpa memandang ke belakang. Masuk ke dalam lif, Bella tekan tingkat dua puluh. Tingkat paling atas sebab dia nak naik tangga dan pergi rooftop. Tempat Bella luangkan masa bila tertekan.
—crydeep
love,
eyein
Advertisement
- In Serial35 Chapters
When The Stars Alight
Princess Laila Rose is a fallen star given human form, idolised as a guardian to humanity. For years she has catalogued objects of dark magic, sealing it in a magical vault to protect her subjects. One day, she receives a threat far greater than any potion or spellbook—a legendary monster trapped in ice prophesied to bring doom to the world. While detained in her custody, the monster breaks free of the ice and reveals he is not the savage she had been expecting. Instead he is intelligent, articulate and alluringly mysterious; a prince among his kind. Eager to discover his origins, she travels from her idyllic seaside realm into a land of unspeakable horrors, relying on her wits to survive her journey. She soon finds herself up against bloodthirsty beasts, brutal terrain and a tyrannical king who rules without a heart. To spare her country from his warmongering ways, Laila must play the role of charming diplomat aided by the prince and his bastard brother. But soon it is her heart she must keep from being torn between their dangerous rivalry for her affections. This is the first of a trilogy Chapters will be posted weekly on Wednesdays and Fridays.
8 189 - In Serial10 Chapters
Dreadful ability
Sion blaze a high school boy with everything fullfilling in his life with a girlfriend , suddenly found himself dumbstruck when he got the ability to read someone else thought with a bonus ability to get future vision . Story deals how much dark and cold mask people hold on their faces and show themselvese ordinary good and happy than they really are ? What will Sion do when he could see both the inside and outside of anyone who is close to him ? Will he be able to live what others think about him ?
8 346 - In Serial32 Chapters
The Cheerleader Vs The QB **Complete **
Dylan Morris 23 year old who attends the University of Alabama, just got the chance of a lifetime. she was promoted to the captain of the cheerleading team. it's been her dream to run the team since she was a fresh man, and now as a senior her dream is coming true. but with this dream comes an abundance of attention to be drawn to herself . which is something she isn't use to. one of those suiters being the schools it boy the starring QB of the football team. Cooper Davis 23 year old senior at the University of Alabama, or as some people call him the schools IT boy. he's the starting QB for the foot ball team. he gets any girl he wants, all the guys want to be his friend or they hate him, there's no in between. his only goal is to go to the NFL and play pro. that's all he wants until he discovers a new goal. the goal of getting the only girl who has ever turned him down. And Cooper Davis always gets what he wants, no matter the challenge. this book will also contain mature content read at your own risk as this book isn't edited. Start date: January 22nd 2020end date: September 12 2020
8 209 - In Serial6 Chapters
He Was Mine
This takes place in the werewolf universe. At the age of eight, Arthit was forcefully removed from his mate via ritual. "Two men cannot be together." Forced apart not only for being a man but for being of the lowest rank and omega Arthit must hide away his love from Kongpob who seems to have already forgotten who he is. (I do not own these characters simply the plot. 2moons characters belong to ChiffonCake Sotus Characters belong to BitterSweet. Any pictures, art or music shown are not owned by me and are found online)*Happy Ending Story*Arthit x KongpobSlight Forth x Beam & Ming x Kit. Mentions of PhaxYoDisclaimer: If you are reading this story on a site that is not wattpad. Chances are you are seeing my plagiarized work. Please do not support these sites as they harm authors who have worked hard on their craft. You are also at high risk of viruses by using these sites. Please got to my wattpad page where you can read my stories. https://www.wattpad.com/user/boyslovefanfics
8 230 - In Serial21 Chapters
One Bloody Waltz | Vampire!BTS x Reader
❝Every part of you belongs to us now, your blood, your beating heart, your body, and soul, say that you're ours completely.❞They are vampires, hungry for blood and desire. Dangerous. Sinful. Different. But amongst the perfume of beautiful roses, blooming in wild abandon, my eyes found theirs and I learned of my own fate. I met them as though drawn to them. I took a step forward and was immersed into an endless waltz. A waltz that had lead me into their lives, bathing me in blood, sweat, and tears.I learned of their stories with every step I took and everything I've ever believed in, changed. It took one, bloody waltz to change my mind, my soul and heart about everything. Just one bloody waltz.Inspired by Diabolik LoversSpecial thanks to CALI for the amazing cover!Status: Ongoing
8 325 - In Serial22 Chapters
Psychedelic | Vinnie Hacker
"cause I'm fucking your girlfriend, and there's nothing you can do about it."
8 136

