《Hold On✔️》1
Advertisement
Muhammad Ayden; the untold stories.
Tubuh yang terbaring di atas sofa itu dikejut. Bahu lelaki itu digoyang kasar. "Bangun, Ayden! Pukul berapa kau nak bangun ni?!"
Diam. Tak bergerak langsung tubuh itu. Ijat merengus geram. Jam dah menunjukkan angka lapan pagi. Lagi setengah jam dia kena masuk pejabat.
Wajah lena Ayden ditampar kuat. "Bangun! Itu lah semalam mabuk lagi!"
Si dia yang tidur, perlahan - lahan mencelikkan mata. Dahi Ayden berkerut. "Hmm... dah pukul berapa?"
Mata Ijat julingkan ke atas. Untung Ayden ni kawan dia je kalau tak dah semalat dia hantar dekat hospital orang sakit jiwa. "Dah pukul lapan! Bangun! Aku dah masak sup ayam untuk kau."
"Hmm." Ayden sekadar menggumam. Matanya kembali dipejamkan. Mana tidaknya, kepala masih lagi rasa sakit sebab dia minum dua tin alkohol semalam.
Heh, baru dua tin dah mabuk macam apa. Tahap ketahanan alkohol Ayden ni rendah betul. "Pergi lah kerja, aku nak tidur." Ditujukan kepada Ijat yang masih berdiri di tepi sofa.
Mengeluh perlahan, Ijat anggukkan kepala. "Bangun, cari kerja. Jangan nak buat perangai tak semenggah pulak." Sejurus memberi pesanan khidmat masyarakat, Ijat pasang langkah keluar dari rumah.
Dalam hati dah mengutuk Ayden. Mukanya kacak tapi perangai boleh tahan minta pelempang. Kasihan perempuan di luar sana. Muka kacak ni banyak dah nak jadi trash.
Tapi Ijat tak salahkan kawan dia. Sesiapa pun yang di tempat Ayden, boleh jadi gila jugak. Tapi itu lah— keadaan seseorang tak menjadikan dia berhak untuk bersikap sedemikian.
Ayden buka mata. Tubuh yang berbaring terus bangun dan duduk. Sakit kepala terpaksa ditahan. Dia dah janji nak jumpa teman wanita dia hari ni.
Kalau lambat sikit mula lah teman wanita dia buat muka. Masuk dalam tandas, Ayden hanya basuh muka dan berus gigi. Kalau mandi memang tak menyempat lah jawabnya.
Tshirt hitam yang di badan dia salin dengan hoodie maroon yang dah tergantung di atas kepala katil. Seluar jeans yang pattern koyak dekat lutut dan peha tu dibiar tak berganti.
Advertisement
Kunci motor Honda yang terletak di atas meja makan dicapai sebelum topi hoodie ditarik menutup kepala. Maklum lah rambut serabai macam apa.
Hidup Ayden memang begini sejak dia berusia lapan belas tahun. Tak ada yag menarik. Duduk dekat pangsapuri bersama kawan dia, Ijat yang tua dua tahun.
Sejak Ijat jumpa dia lapan tahun lalu, Ijat yang jaga Ayden. Maka jadi lah Ayden yang kini. Lahir dari pelbagai kisah yang berlaku sampai dia sendiri jadi versi baru.
Kalau Adrian dan Zahra dapat tengok Ayden sekarang ni, jelas tak ada apa yang membanggakan. Malah kedua orang tuanya akan kecewa tengok keadaan diri Ayden sekarang.
"Ayden, nak pergi kerja ke?" Kak Sah, jiran sebelah rumah dia dan Ijat menyapa. Kedua belah tangan wanita itu memegang plastik.
Baru balik dari kedai agaknya.
"Tak. Nak keluar." Kerja? Heh, Ayden rasa nak gelak dengar perkataan itu. Motornya dihidupkan sebelum berlalu pergi. Tak hirau dengan Kak Sah yang memandang.
Dia bukannya rapat pun dengan jiran tetangga dekat situ. Semuanya toxic, tahu nak sibuk hal orang saja. Elok Ayden buat bodoh dari melayan.
Kalau dia expose terlalu banyak diri dia terhadap orang, risau mereka tahu apa yang cuba disembunyikan selama ini.
Perkara yang... Ijat yang dah kenal lapan tahun pun tak tahu.
"Lambatnya datang? Saya ada banyak benda nak buat tau lepas ni dari tunggu awak yang lambat ni," Shila muncungkan bibir.
Dia tengah sambung master sekarang, itu yang sibuk. Lepas tu, Ayden pulak asik buat dia terkejar masa. Sudah lah nak ajak keluar pun susah.
Ayden yang baru duduk mengeluh. Tangan mencapai botol mineral di atas meja lalu diteguk rakus. Rasa arak semalam masih ada. "Sorry, saya tidur lambat semalam. Tu yang bangun lewat."
Mata Shila berputar ke atas. Malas dia nak membebel dekat Ayden. Kekasih dia yang seorang ni panjang akal, tahu je nak balas ayat yang menyakitkan hati balik. "Semalam pergi mana? Saya call tak angkat?"
Advertisement
Dahi Ayden berkerut. Telefon pintar dia keluarkan. "Ya ke? Tak perasan pulak. Busy," busy buat apa tak tahu.
Bila tengok recent calls , betullah. Tiga kali Shila call dia. Memang mereka akan berhubung pada malam hari selalunya sebab Shila sibuk dengan kuliah.
Dia mengeluh. "Study semua macam mana? Okay?" Ayden tegakkan tubuh. Wajah kekasih hati dipandang.
Shila, anak pensyarah dia. Kisah cinta mereka tak ada yang menarik bagi Ayden. Cuma Shila adalah perempuan pertama yang jalinkan hubungan dengan dia.
"Okay je. Biasalah sambung master ni busy sikit. Tapi okay je. Kerja awak macam mana?" Wajah kosong Ayden direnung.
Dia dah biasa dengan riak kosong yang terpamir pada wajah Ayden. Orang lain mungkin akan kata Ayden ni nampak macam baran, tak ada perasaan... tapi Shila rasa perangai Ayden yang tu jugak buat dia jatuh hati.
Dengar perkataan kerja tu buat Ayden rasa rimas. Dia meraup rambut ke belakang. "Dah berhenti. Esok saya kena cari kerja."
Air liur ditelan. Shila nak tanya kenapa, tapi rasa macam sekarang bukan masa yang sesuai pulak. "Nak saya tolong carikan ke?"
Dahi Ayden berkerut dengar tawaran Shila. Laju dia gelengkan kepala. "Tak nak. Nanti kang orang cakap apa pulak."
Yalah, dia ni entah lelaki sesat mana yang jadi kekasih Shila yang pandai. Dah lah selama ni apa pun dia tak pernah bagi pada Shila. Hanya gadis itu yang suka bagi dia macam - macam.
"Kenapa nak kena ambil kisah apa yang orang kata? Asalkan saya tahu awak ikhlas dengan saya," bibir menggaris senyuman. Tangan Ayden yang di atas meja dia genggam.
Wajah Ayden tak beriak. Kata - kata Shila tak membuatkan dia ada rama - rama di dalam perut langsung. Tangan yang digenggam dia pandang. "Macam mana kalau... saya tak ikhlas pun dengan awak?"
Dahi Shila berkerut. Dia kuatkan lagi genggaman pada tangan Ayden. "Tak ikhlas macam mana? Awak tak pernah guna duit saya, tak pernah gunakan saya untuk benda lain. Awak tak ikhlas macam mana?"
Ayden senyum. Dia tarik tangan dari genggaman Shila sebelum masukkan tangan ke dalam poket hoodie. "Lepas ni ada nak pergi mana ke?"
"Nak balik rumah. Ada kerja kena buat," dia terus menjawab walaupun tahu yang Ayden sengaja tukar topik. Dia dah biasa. Itu bukan kali pertama Ayden bersikap macam tu.
Ayden ni susah nak dijangka. Tak bagi orang selami dan tahu isi hati dia walaupun orang tu rapat macam mana pun. Shila langsung tak tahu apa - apa pasal lelaki di depannya ini.
Yang dia tahu, Ayden ni salah seorang pelajar di universiti yang ayahnya mengajar. Yang lain, dia tak tahu. Tapi dia tak nak memaksa. Ayden ni kalau dipaksa, makin jauh jadinya.
"Saya nak pergi beli barang dapur. Nak ikut tak?" Ayden menyoal Shila. Mana lah tahu perempuan seorang ni nak ikut. Dia ajak pergi mana pun Shila suka.
Bibir Shila mengukir senyuman. "Nak nak!" Mahu tak nak, setahun sekali je Ayden buat perangai luar alam dia nak ajak keluar sama.
Kalau Ayden tak ajak ke mana - mana, Shila yang selalu buat muka tak malu ajak lelaki itu pergi ke sini sana. Ayden ikut je tak membantah selalunya.
"Makan lah dulu. Nanti lapar pulak," sempat Ayden berpesan. Eh perempuan, macam lah dia tak tahu. Nanti dalam pasar raya tu berzikir lapar banyak kali.
Shila senyum. Kepala dianggukkan. "Sayang jugak awak dengan saya kan?" Ujarnya perlahan.
Ayden buat - buat tak dengar.
so macam mana chapter 1 ? nak lagi ke HAHAHA.
love,
eyein
Advertisement
- In Serial44 Chapters
Why Are You So Obsessed With Rejecting Affection?
An extra sacrificed for the main character. That is Shuelina, the princess who was abandoned by her biological father and older brother.
8 764 - In Serial56 Chapters
She Is My Smile ✔
~.His soul was dark. She was the light.His talks were rude. She was sweet.His smiles were evil. Her smiles were angelic.He was careless. She was careful. He was the KING. She was an ANGEL.The first meeting was weird. He was blown off by her guts.How can an ordinary girl scold a MAFIA KING in front of this world?For him life and death really didn't matter but one day one life meant everything to him, not his but HERS.~☆"No no, please don't. I can't let you go", his voice cracked. She let out a silent sob."I'm sorry, I have to go", she whispered back, his world and hopes collapsed when the wind took her away. Will she be gone forever?☆~ IT'S A JOURNEY OF AN ORDINARY GIRL AND A MAFIA BOSS. A ROLLER COASTER RIDE.Stay tuned ♡♡
8 212 - In Serial64 Chapters
Her Hidden Self | ✓
Some people merely adopt darkness, but she was born into it. Hiding every gloomy secret, covering all the lies, she walks through the life devoid of all emotions. They all labeled her, those silly people, if only they had stop for a moment and observed. Looked into her eyes and see the wreckage behind them, see the hurt and the pain behind that anger. Nobody noticed, nobody tried to care... until that someone. • • •They loath each other and there's nothing anyone could do.Winter and Ethan are like fire and ice, like darkness and light, like hurricane and tornado they don't mix at all.But, fate, my friend is one hell of a player. So, what will happen when Fate works it's magic and the two arch enemies are thrown together?Amidst all the chaos, heart breaks and tears, will the truth finally come out and surrender? or will it act just as stubborn as the person, who hid it. Copyright © mysteriouslypoetic 2018. All Rights Reserved.
8 242 - In Serial79 Chapters
Here comes Teddy
Teddy Addams is a bad boy, at least that's what most people think when they hear the name Teddy Addams, for his reputation is an impressive one, the reality is couldn't be more different... *being rewritten (again)Starts in September 2001 (Chapter one)
8 142 - In Serial11 Chapters
Christmas Amóre
After three months of a near silent arranged marriage, Mrs. Stacey Williams is determined to make it work with her husband.With December just around the corner, there's nothing like a warm Christmas to make two people fall in love.
8 163 - In Serial20 Chapters
Fated to Miss Jackson ( GXG )
Everything changes for Katy as she moves to a new school in her final year, her friends, her home, her new English teacher Miss Jackson who smells like vanilla and tastes just as sweet... (gxg)
8 115

