《[C] Putera Kayangan》Special Bab : Papa Mama Ibu
Advertisement
"Kenapa awak tiba tiba nak pergi Melaka ni?" soal Encik Zahrain. Pelik betul dia dengan isteri dia ni.
Setahu dia, isteri dia ni tak suka jalan jauh jauh sebab nanti pening. Habis muntah-muntah nanti. Busuk kereta. Tapi, nasib baiklah sayang.
"Saya nak jumpa kawan saya yang datang majlis Aydin dengan Anayra tu. Saya cari awak nak kenalkan, tapi awak entah ke mana,"
"Ouh... Kawan Facebook awak tu? Lah... Tak tau pulak dia ada datang masa majlis tu. Saya sibuk borak dengan kawan-kawan," jujur Encik Zahrain. Ya, dia sibuk betul membawang dengan kawan-kawan lelaki dia tu.
"Ouh... Tak apa lah macam tu. Jom jom kita gerak pergi Melaka. Aydin dengan Mak buyung dia pun ikut. Cucu sulung kita pun ikut. Kita naik dengan dorang," terang Puan Aysha panjang lebar.
Bukan main teruja Encik Zahran mendengar cucu sulung dia akan turut serta. Dia dengan cucu sulung dia kamceng sangat.
Apa saja yang cucu sulungnya itu mahu. Mesti dia tunaikan.
"Jom! Aydan dengan keluarga kecil dia dah sampai tu!"
"Jom!"
×××××
Setibanya di Melaka, mereka terus pergi ke salah satu perkampungan di sana. Encik Zahrain tiba tiba tidak senang duduk. Pandangan dia melihat ke arah luar.
Hari ni, dia duduk dibelakang kerana Aydan yang drive memandangkan kereta yang mereka naiki itu kereta milik anak lelakinya.
Encik Zahrain kenal sangat jalan tu. Tapi dia cuba kekal positif.
Tak apa, tak apa. Tak mungkinlah rumah kawan Aysha ni dekat dengan rumah dia. Tak tak. pujuk hatinya.
"Ha sini sini..." jari Puan Aysha menghala ke rumah yang berwarna kuning cair.
Encik Zahrain dah mengucap panjang dalam hati dia.
Ni rumah isteri kedua aku! Jeritnya dalam hati.
Aira yang sedang tidur dalam dakapannya dipeluk kemas. Macam macam persoalan yang ada dalam fikiran.
"Awak kenapa pucat je muka? Jom jom turun," Puan Aysha pun turun dari kereta di ikuti Aydan dan Lily.
Encik Zahrain pula lambat lambat turun dari kereta. Bila ditanya kenapa lambat. Aira yang dibuai mimpi dalam pangkuannya dijadikan alasan.
Kesian budak kecil yang tak bersalah tu.
Pintu diketuk beberapa kali oleh Puan Aysha. Dengan dua kali ucapan Assalamualaikum. Akhirnya rakan Facebooknya itu membuka pintu.
"Aaa!! Aysha!"
"Faridah!"
Mereka salin berpelukan. Seronok berjumpa kawan baik. Encik Zahrain dah kaku. Nak nangis pun ada apabila isteri keduanya, Faridah memandang dirinya.
"Mama!"
Hampir tersedak Encik Zahrain apabila mendengar anak perempuannya yang berusia 17 tahun memanggil Puan Aysha dengan panggilan 'Mama'. Lily dan Aydan pula hanya senyum mengejek di belakang Encik Zahrain.
"Habislah papa," bisik pasangan suami isteri itu.
Anak perempuan Encik Zahrain dan Puan Faridah itu menghulurkan tangan untuk bersalaman pada bapanya yang dirindui itu. Encik Zahrain memandang anaknya lama. Muka dia kalau ditoreh sekarang ni setitis darah pun mungkin tak keluar.
"Sambutlah salam anak tu. Kesian dia rindu bapak dia,"
Terbeliak mata Encik Zahrain mendengar kata-kata Puan Aysha yang kedengaran selamba itu.
Aysha tahu ke?!
Encik Zahrain dah menjerit di dalam hati. Air liur yang ditelan terasa pahit. Amat pahit!
"Salina rindu papa!" Tubuh Encik Zahrain dipeluk remaja perempuan itu. Encik Zahrain hanya mematung di situ.
"Ibu... Aydan dengan Lily masuk dulu ya? Kesian Lily berdiri lama-lama. Salina tolong bawakan Aira masuk," kata Aydan.
Puan Faridah memberikan ruang untuk pasangan suami isteri serta cucu tiri dan anak perempuannya masuk.
Makin tak keruan Encik Zahrain. Dah kenapa pula Aydan Zayaan tu panggil Puan Faridah dengan gelaran 'ibu'? Dia ada tertinggal apa apa ke?
Boleh naik gila Encik Zahrain sekarang ni.
Advertisement
"K-korang kenal?" Setelah sekian lama hanya bermonolog dalam hati. Akhirnya dia memberikan diri untuk bersuara.
"Apa pulak tak kenal! Madu sayakan. Awak nilah,"
PAP!
Rasanya seperti ditampar pada muka. Siot, isteri tahu sendiri pasal madu dia. Ini lagi menakutkan dari kena makan dengan buaya.
"H-how?" tergagap-gagap orang tua tu bertanya.
"Macam ni..."
"Mama mama..." Aydan yang masih tersarung baju sekolah menengah dan beg sandangnya itu memanjat dan duduk di atas meja island yang ada di dapur. Nadanya sedikit berbisik.
Puan Aysha yang sedang bermain dengan pisau itu berdehem. Pisau diletak ke sebelah. Tahu sangat dia dengan anak teruna dia sorang tu. Mesti ada gossip hangat ni.
"Apa apa? Cakaplah..." teruja Puan Aysha dibuatnya.
"Tadikan... Kan kan... Masa papa jemput abang dengan adik. Ada orang call Papa! Siap bersayang-sayang muah muah tau!"
Bertambah saiz mata si Puan Aysha mendengarnya.
"Betul ke ni? Adik tak salah dengar?"
Aydan menggelengkan laju.
"Tak mama! Betul! Masa tu abang tido. Aydan pulak pejam mata je nak cuba tido. Tapi tak boleh. Tup tup dengar telefon papa berdering. Aydan pun apa lagi, pasang telinga lah! Tup tup bersayang muah muah. Uish, tercabar perasaan ke'single'lan Aydan ni Mama! Ingatkan dengan mama. Sekali dia sebut 'ibu'." cerita Aydan. Dia menepuk-nepuk dadanya tanda sakitnya apabila perasaan ke'single'lannya tercabar.
Puan Aysha hanya mendiamkan diri.
"Aydan rasakan mama. Apa yang kita fikirkan selama ni betullah. Papa kawin lagi satu!"
Puan Aysha menjeling anak kedua sekaligus anak bongsu dia tu.
"Tapi kita tak ada bukti yang sahih lagi. Mana tau... erm... Nenek ke... Kan kan?" kata Puan Aysha. Cuba menyedapkan hatinya.
"Mama! Nenek baru je meninggal bulan lepas. Tak akan lah nenek boleh call papa dari dalam kubur tu. Kalau betullah dia call tak akanlah dia nak bersayang-sayang! Mesti dia kate 'jaga solat. Sakit wo kena pukul dalam ni!' ha... Aduh sakitlah mama!" Aydan menyapu kepalanya yang diluku oleh ibunya.
"Main main pulak! Haih, tapi kalau betul Papa kawin dua. Kenapa?"
"Sebab mama dah tua! Muka dah kedut kerepot! Aduhh!!!" ternaik kepala Aydan apabila telinganya dipiat oleh Puan Aysha.
"Aku cili mulut kau nanti! Ingat sikit syurga kau bawah tapak kaki siapa!"
"Ampun ma.. ampun!"
Puan Aysha mengambil telefon Encik Zahrain senyap-senyap saat suaminya itu tidur. Jangan risau, Encik Zahrain tak akan bangun dalam masa yang terdekat. Sebab apa?
Sebab dia dah ketuk dengan tengkuk laki dia tu sampai pengsan! Untunglah ambik bidang fisiologi.
Maafkan dosa-dosa Aysha, abang~
Mendidih rasanya darah Puan Aysha apabila melihat nama yang Encik Zahrain simpan untuk madunya itu.
Sementara itu, nama dia pula.
Nasib baik nama dia ada emoji bentuk hati dan lebih panjang dari perempuan busuk masam tu.
Nombor telefon itu disalinnya di dalam telefon miliknya. Usai itu, dia meletakkan telefon Encik Zahrain di tempat asalnya.
Encik Zahrain yang masih tak sedarkan diri itu dilihatnya. Jari diletakkan dibawah hidung sang suami.
"Alhamdulillah... Hidup lagi. I'm so sorry abang," pipi sang suami dikucupnya.
Dengan pantas dia berlari ke bawah. Dia terus menerpa anak lelaki kembarnya yang sedang bersantai diruang tamu. Mereka sekarang masing-masing berumur 16 tahun. Tingkatan 4.
"Adik adik! Mama dah dapat nombor telefon dia!"
Aydan dan Aydin menoleh memandang ibunya yang tergopoh-gapah turun tangga.
"Mama! Safety first, please," tegur Aydin. Anak sulungnya itu.
"Yelah mat saleh celup! I'm sorry!" dijelingnya Aydin. Dia pun mengambil ruang di antara kembar itu.
Melantun kecil dua beradik tu tatkala mama kesayangan mereka itu duduk diantara mereka.
Advertisement
"Siapa siapa? Madu mama ke?" soal Aydan. Bersinar-sinar mata dia. Tak sabar dia nak batu apikan mama dia dengan madu dia nanti!
"Madu? Madu apa ni?" soal Aydin kehairanan. Dia ni jarang masuk campur gosip Aydan dan mama dia tu.
Dia bukan apa. Dia busy jadi Playboy berjaya. Satu hari nak kena layan 10 perempuan yang cuba nasib untuk mengorat dia.
"Papa... Dia ada perempuan lain! Kau tau? Masa kau tido hari tu duk kerohhh kerohhh kan. Ada orang call papa duk sayang dayang pastu papa panggil dia 'ibu'!" sempat Aydan meniru dengkuran abangnya Aydin itu.
"Alah... Nenek lah tu," jawab Aydin malas. Geram dia bila Aydan tiru dia berdengkur.
"Ini sorang lagi. Nenek dah meninggal sebulan lepas! Apa kau fikir dalam tanah tu ada line telefon ke? Kalau ada, dah lama dah nenek join kita borak dalam group keluarga tu! Nenek kita tu dahlah Onion Warrior. Silap-silap dia send gambar selfie dia dengan atuk dekat status. #tilljannah,"
"Fine Aydan. Fine! Kau menang,"
Tring Tring
Tring Tring
"Haih... Girlfriend kau ke berapa pulak tu bang?" soal Puan Aysha. Kadang penat dia tengok Aydin ni. Ramai sangat peminat! Hinggakan mereka sekeluarga nak luangkan masa bersama pun terganggu sebab makwe-makwe Aydin yang tak berwibawa tu.
Anak kedua ni pula, si Aydan Zayaan tu tak ada pula peminat. Padahal muka sama-sama handsome. Tapi mungkin akibat mulut puaka dia level ayah pin tu yang membuatkan dia tak diminati. Baru tegur 'Hi' dah kena sembur. Kau ghase?
"Entahlah ma..." jawab Aydin malas. Dia meminta diri untuk beredar.
Maka tinggal lah Aydan dan Puan Aysha sahaja di ruang tamu.
"Mama nak call perempuan tu lah. Nak sahkan betul ke dia wife papa," tekad Puan Aysha. Nombor telefon itu dipandangnya.
"Tapi macam mana? Tak akanlah dia nak mengaku terus macam tu,"
"Mama taulah apa nak buat,"
"Mustahillah sekali cuba terus dia mengaku,"
"Ish... Tengok je!"
Aydan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apalah agaknya akal mamanya tu. Kadang dia sendiri pun tak dapat baca fikiran mamanya.
Puan Aysha dengan berani menghubungi pemilik nombor yang dia salin tadi.
Apa dia?
Babi Bucuk Masyam?
Apa-apalah.
"Hello... Assalamualaikum... Siapa ni?"
Puan Aysha menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum bersuara.
"Awak isteri Zahrain bin Zahran ke? Suami awak terjebak dalam kemalangan jalanraya,"
Ternganga luas mulut Aydan memandang mamanya.
Siot! Guna cara kotor.
"ya Allah! Suami aku Zahrain bin Zahran! Astagfirullahaladzim... Dia dekat mana sekarang?"
"Ah! aku tipu je! Ouh... Betullah kau isteri Zahrain eh? Eh... Ni aku.. aku wife pertama dia! Macam mana kau boleh kenal laki aku ha? Kau tau tak yang dia dah kawin? Amboi kau main masuk line je eh!"
Diam...
"Ha asal diam?!"
"s-sorry Puan... Saya tak tahu apa apa pun. Saya tahu yang dia ada isteri lain pun bila anak perempuan saya cerita dekat saya yang Zahrain ada call perempuan lepas tu panggil 'mama'," jujur Puan Faridah. Sama dengan Puan Aysha, dia pun mengetahui semua ini lewat anaknya.
Terus bibir Puan Aysha mengukir senyuman saat mendengar 'anak perempuan' itu. Dia nak sangat anak perempuan! Tapi tulah, tak ada rezeki dah nak ada anak lagi. Namun nada terujanya di tahan.
"Ouh... Dah berapa tahun anak perempuan awak tu?"
"8 tahun,"
"Ouh... Okay... Nanti saya nak jumpa awak. Bila tu tak tau lagi,"
"b-baik,"
"Dan! Jangan bagitau Zahrain yang saya call awak. Jangan risau, saya tak akan serang awak. Bagi saya reda dulu, baru kita face in face,"
"Face to Face ma," sampuk Aydan.
"Ha.. face to face... Jaga anak tu elok elok... Jangan lupa save nombor saya ni. Assalamualaikum."
Talian diputuskan.
"Papa patut belajar dari Aydin cara cara nak cover line. Ish ish ish..."
×××××
Puan Aysha dan Aydan serta Aydin duduk di salah satu Cafe di dalam mall. Mata Aydan meliar tengok dalam Cafe tu. Pekerja-pekerja yang ulang alik dari tadi pun di pandangnya.
Satu hari nanti aku nak buka Cafe sendiri. Kau kena usaha lebih Aydan! ujarnya dalam hati.
Aydin pula sibuk dengan telefon bimbitnya. Melayan gadis-gadis yang menghantar pesanan padanya lewat aplikasi WhatsApp.
Beberapa minit kemudian, susuk tubuh yang dinanti-nantikan pun tiba. Aydan dan Aydin dah teruja. Mereka teruja hendak melihat pergaduhan antara dua isteri yang dimadukan ibarat drama drama melayu tu!
Dekat publik pula tu. Mantap!
Aydan dah mengeluar telefonnya. Rakaman video sudah dimulakan. Aydin juga turut serta.
"Faridah!" Puan Aysha memeluk madunya. Siap cium-cium, laga-laga pipi lagi!
Jatuh rahang si kembar yang berharap perang dunia ketiga akan berlaku di antara dua orang wanita itu.
Punah harapan.
Anak perempuan madunya dengan suaminya juga turut di cium. Budak itu hanya kaku. Dia takut sebenarnya.
Mana tidaknya? Semua drama melayu menggambarkan mak tiri itu susuk yang jahat.
Takutlah si kecil Salina tu.
Mereka berdua melabuhkan punggung dihadapan Puan Aysha dan anak kembarnya setelah mendapatkan izin dari isteri pertama suaminya, Encik Zahrain itu.
Mata hazel Aydan dan Aydin memandang tajam Puan Faridah. Tanpa mereka sedari, pandangan tajam mereka itu mengundang ketidakselesaan dan ketakutan dalam diri Salina.
"Aydin, Aydan. Mata tu elok sikit eh. Kesian adik korang tu,"
Pandangan tajam mereka beralih kepada Salina yang berusia 8 tahun itu. Terus Salina menyorok di belakang kerusi ibu dia.
"Aww... Sorry," kata Aydin dan Aydan serentak.
Mereka berdua membawa Salina keluar dari Cafe. Bukan senang nak dapat perhatian Salina tu. Mereka keluar ni pun sebab Puan Aysha yang halau. Nak bincang sesuatu katanya.
Puan Aysha dan Puan Faridah dua dua mendiamkan diri.
Setelah sekian lama...
"Jom kita bodoh kan Zahrain."
Puan Aysha tersenyum sinis. Puan Faridah memandang madunya dengan riak terkejut. Lambat-lambat dia juga mengukir senyuman sinis.
"Onz"
×××××
"Saya merajuk dengan awak! Keluar dari rumah ni!" bentak Puan Aysha.
"Alah awak! Saya termakan sekeping kerepek pun awak nak marah saya?" soal Encik Zahrain dengan nada sedih. Cuba meminta simpati.
"Ah takda! Pergi!"
Tak berjaya dipujuk, Encik Zahrain pun pergi dari rumahnya itu membawa diri. Nasiblah kena halau hanya sebab makan sekeping kerepek pisang kesukaan isteri dia tu.
Melihat kereta Encik Zahrain sudah keluar dari pekarangan rumah. Puan Aysha pun mendapatkan telefon bimbitnya.
Akak dah halau dia tadi.
Nanti dia dah sampai
sana bagitahu!
Baik kak!
Terima kasih!
A few hour later
Dia dah sampai kak!
Bagus!
Spend time elok elok!
Cakap kat Salina Mama rindu dia
Baik kak!
Kirim salam dekat anak
akak yang mata cantik tu.
Bereh boh!
×××××
"Kau bla dari rumah aku! Aku tak ada anak nama Aydin Zayaan!"
Faridah, nak tahu tak?
Zahrain halau Aydin dari rumah
sebab video Aydin peluk Salina.
Mesti dia nak cover line tu
supaya saya tak pelik kenapa
dia tak marah Aydin peluk perempuan
bukan mahram.
Padahal adik sebapa.
Amboi...
Pandai berlakon eh suami kita ni.
Layak dapat anugerah dah ni.
Haih.
Cakap dekat Aydin,
Pintu rumah ibu
sentiasa terbuka untuk dia.
Rehat dekat Melaka ni.
Kesian dia.
"Macam itulah kisahnya," ujar kedua isterinya itu. Mereka gelak sakan tengok muka Encik Zahrain sepanjang penceritaan mereka tadi.
"Aduh... Nak demam."
tamat
Sorry kalau ada typo hiks 🥲😭
h
eheheh nak bagitau yang saya dah pub cerita Zafran. Tunggu saya siap sampai bab 45, saya pub prolog pulak.. bolehlah singgah~
Advertisement
- In Serial35 Chapters
MC's Viking Warriors- Rogue #5
When Liam's little sister bests him at being named heir of their biker club, Liam is jealous, bitter and vengeful. He expected the presidency to fall into his lap, as is his birth right, one small problem. He forgot about his ice queen little sister, Eira. Now Liam feels displaced in the world, like he doesn't have a home. He goes rogue and travels around Canada looking for a new place to call home.Katie is the daughter to a dangerous president, leader to the most feared and powerful club of eastern Canada, the Black Wolves. After he lost Katie's mother in childbirth, he became so protective of his daughter that she has yet to really live.Innocent and naive, Katie is all too vulnerable to the real world until she meets Liam. The very thing her father swore to keep her safe from, boys.To make matters worse, he's a biker too, but a biker from a rival club. But Liam knows as soon as he lays eyes on the doe eyed girl that he has finally found a home.The risk of death at the hands of her father seems a fair price to pay to earn the love of the sweet girl.
8 152 - In Serial8 Chapters
Dear Stranger: Letters to Her
"I am a writer. I should have been able to come up with witty ways to express myself to you. And yet. Here I am, rambling on about everything and nothing. Perhaps it's the nervousness, the possibility, the fear of the unknown holding me back? What if you say no??" It started with a blind date. A date she didn't show up in. They do meet later. He sucks at expressing himself. So he pours out his feelings the only way he knows how. Emotions given words. This is my series of letters written to her. Posted with her consent. I hope you bless me with your support.
8 195 - In Serial54 Chapters
Once Upon A Mr. Goody Two Shoes
Aashi Singhania. Stubborn, strong and obsessed with winning is dejected when she doesn't earn her coveted promotion at work, and angry at the guy who stole it from under her nose. She's determined to hate the new transfer from Kolkata, but is surprised to meet the polite brown-head possessing the most tantalizing hazel eyes she had ever laid her eyes on.In the battle that follows between the head-strong sassy Marwari lady and the charming Bengali gentleman, laughter and friendship is bound to bloom. But will it also lead to blooming of roses in a sea of sarcastic thorns? What will happen when hidden motives and poignant past unfolds? Set in the capital city of India, Delhi, this story will bring out a myriad dimensions of humor, passion, attraction and realizations.---------------------Co-authored by @Irockdude and @Tanayatge
8 194 - In Serial20 Chapters
The Besotted
When Imani has her back against the wall, she takes a pity handout from one of her over privileged college friends to make ends meet but she could never have expected her life to take the turn it does.
8 292 - In Serial33 Chapters
A Silent Lover
Jung TaekWoon, otherwise known as Leo of Vixx, is famous for his chic silence in the world of loud and attention seeking idols. Never the most out-spoken person, being around cameras sends his shy personality into overdrive. It's been almost four years since his debut and he's finally beginning to come out of his shell in public, but it's still something he struggles with in his personal life. So when he sees a beautiful foreign girl in his favorite coffee shop, all he can do is look.Imani Taylor is a woman on a mission and she has a well thought out plan for how her life will go. Step one is expanding her tutoring business into a full scale teaching center. Step two is adopting the little Korean boy who has stolen her heart. And Step three is living happily ever after. Imani is determined to make life work for them in Seoul, and she can't let anything get in her way, even if a darkly handsome man is vying for her attention. With TaekWoon just starting to open up to the world, will a love between himself and a woman dedicated to fighting for what she wants be able to succeed? Or will the past come back to haunt them both?Highest ranking:#1 in Jung TaekWoon🌟🌟🌟🌟 #1 in Vixx🌟🌟🌟 #3 in ambw🔥🔥🔥🔥 #9 in interracial#2 Blackwoman#40 in Kpop#1 blackfemale🔥#1 in bwam#1 in blasian🔥🔥🔥#2 in Asian🔥🔥🔥🔥#2 in African American🔥🔥🔥
8 217 - In Serial32 Chapters
Blood Alpha (Chosen Mate Series 1) [Complete]
Now available on Amazon (paperback & kindle) as well as the three sequels.Every year, each Male Werewolf can choose a mate - and the She Wolf they chooses has no say in the matter. So when the innocent, seemingly young, Gemini Burn turns eighteen she instantly catches the eye of the most infamous Alpha of all - Alpha Layton Vetteriano. Or, as he is better know; the Blood Alpha. The Blood Alpha is cruel, merciless and unforgiving; but can Gemini soften him up with her kind heart and compassionate ways, or will he just ruin her spirit?
8 289

