《[C] Putera Kayangan》Bab 54 : Kahwin
Advertisement
"aku terima nikahnya Anayra Zaara binti Mohd Aiden dengan mas kawinnya seutas gelang,"
Sah
Sah
Alhamdulillah...
×××××
"Uuu!! Abang aku dah kawen!" Aydan memukul-mukul bahu Aydin. Dia orang yang paling teruja diantara orang yang paling teruja.
Faham tak?
Anayra tu pun tak seteruja dia. Boleh dia keliling kampung dengan motor lepastu jerit-jerit,
"Abang aku nak kawen!"
Tak perlu dah Aydin dan Anayra buat kad kahwin. Cukup Aydan seorang buat pengumuman dekat kampung ni. Habis mic masjid digunakannya. Ingatkan nak azan, rupanya. Haih...
Lily, isteri Aydan pula hanya duduk di rumah. Tak larat dia nak layan suami dia yang putus wayar tu. Katanya dari malam lagi nyanyi-nyanyi lagu kahwin. Sampai mengingau. Haih.
"Bila due tu?" soal Zafran. Dari semalam lagi dah dia nak tanya. Tapi segan. Bibirnya menjuih ke bawah.
Lily menggariskan senyuman, "erm... Lambat lagi. Dalam 4 bulan ke depan lagi,"
"Uish! Nak dekat dahlah jugak tu. Baby girl atau baby boy?"
"Baby boy,"
"Ouh... Erm... Tak rasa menyusahkan ke ada anak?" soal Zafran selamba.
Lily terdiam. Perut buncitnya diusap perlahan. Menyusahkan? Kenapa pula menyusahkan?
"Maksud Zafran?"
"Budak-budak ni annoying. Ikut otak dorang je. Buat bising sana sini. Nangis, makan, berak, tido. Tu jelah dorang tau,"
"Nama pun budak Zafran. Kalau anak Zafran lahir terus dah pandai urus diri, mesti kau sendiri pun pengsan," ujar Lily.
Zafran terdiam seketika. Betul juga kan? Kalau anak dia lahir dan terus boleh bercakap serta membaca dan mandi sendiri. Mesti dia jadi orang gila masa tu.
Eh... Masalahnya, yakin ke dia ada anak? Huh! Tak hingin dia nak ada anak.
Lily hanya memandang Zafran yang berada dalam dunianya sendiri. Zafran ni mesti tak suka budak. Patutlah tak pernah nampak dia layan Aira. Layan pun kalau tak ada orang yang jaga. Zafran pula sebok melantak lemang dengan rendang ayam.
"Macam mana dengan kerja Zafran? Semua okay?" soal Lily setelah sekian lama mereka mendiamkan diri. Zafran meletakkan pinggan lemangnya di atas meja.
"Okay... Cuma Lily dah berhenti kerja kan. Bosanlah sikit sebab dah tak ada orang lama," Lily hanya mengangguk kepalanya. Dia berhenti pun untuk jaga anak-anak dia. Sekarang pun dah masuk dua orang. Kesian pula Puan Aysha nak jagakan cucu sepanjang hari.
"Uuu! Orang Melaka dah sampai!"
Lily dan Zafran menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Puan Aysha sedang memeluk seseorang yang dalam bayanya itu diluar rumah.
Advertisement
Anayra yang sibuk melayan kerenah Laila, Yana dan Najla mengalihkan tumpuan pada Puan Aysha dan rakannya itu. Darahnya seakan mendidih apabila melihat gadis yang berada di samping mereka berdua tu.
Perempuan yang dipeluk Aydin dalam video di media sosial Aydin tempoh hari. Mendidih rasanya darah Anayra sekarang. Boleh suami dia peluk perempuan lain?
Anayra merengus kasar. Bagaimana dia boleh terlupa tentang video tu?
Anayra menoleh. Aydin yang sedang berbual dengan Aydan dan lain-lain itu dipandang tajam.
"Tunggulah nanti,"
×××××
Habis majlis. Anayra melantak lemang di dapur bersama abangnya Zafran. Lelaki tu dari malam akad nikah hingga pagi majlis bersanding hingga lah habis majlis sekarang ni. Lelaki tu tak habis habis melantak lemang.
Entah-entah masa tidur pun mulut mengunyah makan lemang lagi. Meresahkan abang dia ni. Farahlah ni, buat lemang banyak-banyak. Kadang pelik juga, macam mana gadis tu mampu buat lemang banyak-banyak dalam masa 24 jam?
Apalah Farah letak dalam lemang buatan dia ni eh? Dia letak jampi apa sampai abang aku tak boleh berhenti makan lemang dia ni?
"Dah dah lah tu abang makannya!" bentak Anayra. Namun Zafran langsung tidak ambil peduli. Makin dia tambah setiap kali Anayra membebel adalah.
Anayra cemberut. Sudahlah, baik dia makan. Perut dia lapar sangat sekarang. Dahlah petang tadi tak dapat makan. Sibuk layan tetamu sampai tak sempat nak makan. Menyesal dia tak ikut cakap Puan Aysha untuk makan banyak pada pagi tadi sebelum majlis berlangsung.
"Hi Nayra!" Aydin melabuhkan punggungnya di kerusi di sisi Anayra. Dia menongkat dagu. Mata memerhati isterinya yang sedang menikmati makanan itu.
Anayra buat tak tau saja. Siap makan. Dia pun mencuci pinggan dan beredar dari situ. Aydin memandang Zafran dengan wajah kehairanan. Zafran pula hanya mengangkat bahu sebagai jawapan.
Aydin bergegas ke bilik untuk mendapatkan Anayra. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik. Terus dia tutup matanya dengan tangan.
"Awak dah kenapa?" soal Anayra dalam kebingungan.
"Kenapa tanggal tudung?"
Lah... Soalan bodoh apa suami aku ni tanya? Belajar tinggi-tinggi pun boleh tanya lagi soalan macam tu.
"Dah halal kan?" soal Anayra kembali dengan nada menyampah. Bawal hitamnya disangkut pada pintu almari.
Aydin malu sendiri. Tersengih-sengih dia macam kerang busuk. Dia mendekati Anayra yang duduk di katil memuatkan untuk dua orang tu. Secara tak langsung dia memuji-muji kecantikan yang dimiliki oleh Anayra saat tidak bertudung.
Katil bujang dia jual kepada logi besi buruk. Haih. Sayang betul dengan katil tu. Katil baru ni, Aydan yang belikan. Aydin ingat nak beli sendiri. Tapi adik kembar dia tu kata sebagai hadiah. Dia biarkan sajalah.
Advertisement
Tanpa segan silu. Dia merehatkan kepalanya di atas riba Anayra. Tindakannya itu langsung tak mengganggu Anayra.
Rambut Aydin yang hitam berkilat itu dibelainya. Dah lama dia teringin nak main rambut lelaki tu.
"Aydin... Nak tanya,"
"Tanyalah," jawab Aydin. Matanya terpejam. Suka dengan belaian Anayra pada rambutnya.
Tiba-tiba rambutnya terasa ditarik-tarik. Terjerit Aydin dibuatnya. Dia bingkas bangun dan mengusap kepalanya yang keperitan itu. Bibirnya mencebik. Matanya sudah berkaca memandang isterinya yang bermuka masam tu.
"Awak kenapa?" soal Aydin. Ketar-ketar bibir dia menahan tangisan.
"Siapa perempuan Melaka tu? Kenapa dia datang sini? Dan... Kenapa awak peluk dia masa dekat Melaka tu? Jawab cepat!" Anayra mencekak pinggang.
"Dia adik saya. Anak papa dengan wife dia yang lagi satu," jawab Aydin selamba. Dia menyilangkan tangan. Merajuk sebab Anayra tarik rambut dia tadi.
"Ha?! Awak serius ke tak ni?"
"Ada nampak muka orang ni menipu ke? Dahlah main tarik je rambut orang! Sakit tau," mata Aydin berkaca semula. Tiba tiba malam ni dia berhati tisu.
"Awww... Sorry~"
Tubuh suaminya itu dipeluk. Tapi Aydin masih cemberut. Dia pandang ke arah lain. Tak mahu tengok Anayra.
"Mama tahu tak?"
Aydin angkat bahu dia malas nak jawab soalan Anayra. Merajuk huh!
"Alaa janganlah merajuk. Aydin,"
Aydin tetap sama. Tiba-tiba dia dapat rasakan aura yang pelik dari Anayra. Dia toleh ke arah Anayra yang tersenyum nakal tu. Terbutang mata dia.
"Awak kenapa? Jangan macam macam eh," warning Aydin. Seram dia tengok Anayra yang comel tiba-tiba macam tu.
"Hehehe..."
GOOD NIGHT!
××××××
"Daddy! Nape mummy Nayra alan cam tu?" soal Aira. Budak tu dari tadi makan suap dengan ayahnya Aydan.
"Kaki mummy terseliuh," balas Aydin yang memimpin Anayra turun tangga.
Macam manalah tak montel budak tu. Ayah dia asyik sumbat makanan je dalam mulut dia. Lily si isterinya yang berada disebelah itu pun disuapnya sekali.
Risau betul dia kalau permaisuri dan puterinya itu tak cukup makan.
Anayra yang mendengar soalan si kecil itu menahan malu. Menyesal dia kenakan Aydin semalam. Terimalah padahnya.
Zafran hanya makan. Farah yang ada didepannya langsung tidak dipandangnya. Seolah-olah gadis itu tidak wujud.
"Papa dengan mama mana?" soal Aydin. Tangan dia sibuk mengambil makanan untuk Anayra. Ditepuknya tangan isterinya itu bila Anayra ingin membuat semuanya sendiri.
"Dorang pergi sawah,"
Aydin dan Anayra mengangguk kepala. Mereka semua makan sambil berbual. Tapi Zafran hanya diam. Tak ada topik yang menarik perhatiannya untuk turut berbual sama.
"Eee Nayra suap sendirilah,"
"Biarlah Aydin nak suapkan,"
"Malulah," Anayra mencebik. Meminta simpati Aydin. Tapi aydin buat tak tahu. Menunggu Anayra makan makanan yang ingin disuapnya ini.
Nak tak nak Anayra turutkan saja. Zafran pandang saja telatah pasangan pengantin baru tu.
Cemburu?
Cemburu lah juga. Lepas ni tugas dia untuk suap Anayra akan diambil alih oleh Aydin yang merupakan suami sah adik perempuan kesayangannya itu.
"Aydan nak jalan keluarlah kejap. Nak bawak Aira dengan Lily tengok sawah padi. Kesian asyik terperap dekat rumah je,"
"Okay! Jalan elok elok tau,"
"Baik!"
×××××
Anayra yang sedang berbual dengan Zayad si beruk kecil itu dipandang lama oleh Zafran dari jauh. Dia menghela nafas. Langkah diatur mendekati adiknya itu. Punggungnya dilabuhkan disebelah Anayra.
Anayra yang sedar dengan kehadiran lelaki itu menoleh dan menghadiahkan senyuman manis buat lelaki itu.
"Besar dah adik aku Rara ni. Jadi bini orang dah," bahu Anayra dirangkulnya.
Anayra pula tersenyum memandang abangnya.
"Lepas ni tak boleh nak lepak selalu dah. Nanti dah balik KL, jaga Aydin elok elok tau. Jaga makan minum dia. Kemas rumah. Dengar cakap suami. Taat perintah suami,"
"Baik abang. Haih, tak sempat nak manja-manja dengan abang lama lama," Anayra mencebik.
"Eh kau... Kat Dubai tu pun penat dah aku layan gedik kau tu tau! Nasib sayang je. Kalau tak aku campak je kau kat club mana mana. Padan muka," kata Zafran selamba.
Makin bertambah panjang muncung si Anayra. Mata dia berkaca nak menangis.
"Tapi nanti mesti aku rindu perangai gedik kau ni. Haih. Jaga diri tau. Lepas ni tah bila lagi dapat jumpa,"
"Abang ni cakap macam abang nak mati! Tulah makan lagi lemang tu banyak banyak. Sampai otak pun dah tak betul,"
Zafran Althaf melepaskan tawanya.
"Kau ni... Haih,"
Mereka diam. Dua dua memandang Zayad yang sedang asyik bermain dengan seekor ayam jantan. Terlompat sana sini dia kejar ayam jantan yang lari lintang pukang tu.
"Rara sayang abang,"
Zafran memandang adiknya. Anayra masih memandang ke arah Zayad dan ayam jantan yang asyik bermain dihadapan mereka.
"Aku sayang kau jugak,"
bersambung
esok last dah guys 😙🌚🥲
Advertisement
- In Serial42 Chapters
Match Made in Valley View (Valley View Book #2)
Holly Moran wanted to be a baker her entire life, so when the chance came to purchase a cute little bakery in Harlington, North Dakota, she emptied her life savings into it. Little did she know that the choice to uproot her life would lead to many more changes than her job and location. A grumpy, grunty, hard-ass of a cowboy with a heart of gold was ready for a piece of her cake.Wes Brown was a ladies' man and a bit of a wild child until his life was forever changed by a former fling dropping off their daughter one day before driving off into the sunset. Being a single dad wasn't easy at all, but he was dedicated to being the best dad he could and always putting Annabelle first. When a sexy little baker cooks her way into his heart, he struggles the balance of being a dad and a lover.
8 245 - In Serial59 Chapters
Angel | ✓
She's a psychologist for criminals. He's a top wanted criminal. She is an innocent girl who believes in good. He is a cold hearted man who wants revenge. Valentina is human. Francis is a monster. -"Miss me my love?" he said softly but with a twisted smile. "Get away from me!" I yell and he instantly stops, regret filling his eyes. "Don't come any closer." I snap but he didn't listen and steps closer making me cower even further back. Finally my back hit the wall and he stopped inches away from me. I stare him in the eyes and see hurt, pain. I wanted to be strong, not be afraid of him, but I was. Because I knew that I still in love with him. "I'm not letting you go." - This girl believes she can face a criminal to the bright side but is distracted with his personality and looses hope when the building she works in goes up in flames and wakes up in a secret hideout. -This story used to be named 'Cursed with Wings' but has changed-
8 163 - In Serial31 Chapters
Eternal Fire
Academy of The Gods, a school unlike any other. Students are chosen by one of the four gods to attend. Once chosen you are given a gift and assigned to one of the four houses. When Cleo Norse is chosen to be the first-ever female warrior, how will the world respond? Was it just dumb luck she was picked, or is there more than the Gods are telling them?
8 241 - In Serial23 Chapters
Without Jaxton (Loving Jaxton Book #2)
BOOK TWO TO LOVING JAXTON! WILL SPOIL LOVING JAXTON!Five Years after losing the only man Rylee Jane has fully loved she is still completely heartbroken. She'd lost him after losing herself. The only thing that makes it worse is that their three children keep them tied together. Five Years apart, without an official divorce and she's ready to move on. She's ready to find a stepfather for her children, and a new man that loves her the way Jax didn't after leaving her alone with postpartum depression. And then he comes back and fucks her all up.
8 210 - In Serial118 Chapters
Gladiator✔️
His chest glistened with water droplets dribbling down the glowing bronze skin. Resting, his strong muscular back against the rocks on the lake side, head lulled backwards, onyx eyes closed in utter salvation."Your spying on me is utterly useless young tulip." Ink eyes opened, resting upon my little frame making me freeze."What are you thinking? You have got this one chance....run away." He offered his eyes watching my each and every movement like a hawk."I am a prisoner sire, I have heard stories....tales of how war prisoners are mercilessly butchered if they are caught and I can't afford to die....not yet...I have someone to feed and I will do anything for them.""Anything?" He asked in eerily calm voice. I nodded slowly a lump forming in my throat as my eyes glistened with tears with the scenes of men using my eighteen year body flashed infront of me making me tremble.Water splashed around as he rose to his full height inside the lagoon, his eyes solely focused on me, his feet moving forward, closing our distance altogether."Azarios" I stiffened, my eyes snapping to his in utter surprise as I heard the name leaving his plump lips.His identity, the name which echoed throughout the dynasty making every living soul shudder.KillerCommanderBeastHe was the commander of Gladiators.Azarios, the Gladiator of Ambrose."You will be the bride of mine." "You are my enemy, my contender, the person I hate with everything....every fibre in my soul." she fumed."Too bad then... you are the person I love with every cell in my body."*No toxic relationship*
8 276 - In Serial23 Chapters
Why her? Donnie x reader
Donnie loves April but, you love him. Can you get him to forget April and, fall for you(Short Chapters)
8 368

