《[C] Putera Kayangan》Bab 53 : Lemang
Advertisement
"aku bagi kau masa tiga hari. Fikir nak kawin dengan Anayra atau nak kena sebat 100 kali dengan aku," kata Zafran Althaf kepada Aydin Zayaan dihadapan Encik Zahrain dan Ustaz Farhan.
"Alah! Kenapa tak suruh kawin je?" celah Farah. Punyalah dia berharap lelaki itu akan suruh Aydin mengawini Anayra. Hancur harapan dia.
"Aku tak nak adik aku hidup susah. Yang lagi penting, aku tak mahu dorang kawin sebab terpaksa. Kang tak pasal pasal ada kes dera. Dari dia dera adik aku, baik aku dera dia dulu," kata Zafran Althaf selamba. Jelingan maut Encik Zahrain langsung tidak dipedulikan olehnya.
Farah mencebik. Memang betul apa yang dikatakan Zafran Althaf tu. Tapi dia masih kecewa. Sekarang dia hanya mampu berharap Aydin pilih berkahwin saja.
Aydin cuba untuk bersuara. Dia mahu mengemukakan jawapannya. Tapi Zafran terlebih dahulu memotong.
"Aku tak nak dengar sekarang. Lepas tiga hari, baru kau datang jumpa aku. Buat solat istikharah dulu. Minta petunjuk. Faham?" nada Zafran kedengaran tegas. Aydin hanya mampu mengangguk.
Ustaz Farhan sedikit sebanyak kagum dengan Zafran. Zafran seorang yang tegas. Dari dulu lagi, tak pernah berubah.
"Zafran tido lah sini sementara tunggu jawapan si Aydin ni. Ya?" pelawa Encik Zahrain.
"Tak menyusahkan ke?"
Encik Zahrain menggelengkan kepala. Zahrain cuba menolak tapi nampaknya tiada pilihan kerana Encik Zahrain menyuruhnya tidur disitu juga. Jadi dia setuju saja.
"Adik awak, Anayra ni tidur rumah ustaz lagi tau,"
Zafran mengangguk. Mata dia tak lepas dari memandang Aydin. Banyak benda dia nak buat dekat Aydin ni. Habislah lelaki tu nanti, dinilai oleh manusia cerewet bernama Muhd Zafran Althaf ni.
×××××
Bunyi riuh ayam yang seakan sedang bergelut mengejutkan Zafran dari lenanya. Jam yang berada ditepinya di kerling sekilas.
Pukul 10:30 pagi.
Zafran turun dari katilnya. Ikatan kain pelikat yang longgar diikatkan semula agar kemas. Kalau terlondeh ni nanti, confirm berjela air liur si Farah tu keluar dari mulut.
Semalam pun boleh pula gadis tu intai dia mandi. Tak malu betul! Nasib baru tanggal baju masa tu.
"Aku label minah gatal nanti baru tau langit tu tinggi ke rendah,"
Zafran mengatur langkah ke tingkap biliknya. Apabila tingkap itu dibukanya, benda pertama yang dia nampak ialah
Minah gatal tu!
"Morning abang Zafran!" Farah tersengih. Dia sekarang berada di pokok dimana Zayad terikat. Sudah menjadi rutin hariannya untuk membuli beruk kecil tu.
Zafran merengus. Dibiarkan ucapan selamat pagi Farah tidak berbalas. Kesian? Huh... Buat apa nak kesian? Biar dia terima pengajaran sikit.
Zafran memandang ke tempat lain. Padangannya terhenti pada Aydin. Lelaki itu sedang menyembelih tiga ekor ayam. Patutlah bunyi ayam riuh je dari tadi.
Wow... Pandai sembelih ayam. Not bad. Pujinya dalam hati.
Sedang dia ralit memerhati gerak geri Aydin. Seseorang sebelah Aydin mengalih tumpuannya. Siapa lagi kalau bukan Minah Gatal tu? Terlambai-lambai. Entah bila masa dia berlari ke Aydin tu pun dia tak tahu.
Advertisement
Sekali lagi dia merengus. Jelingan maut dihadiahkan kepada gadis itu sebelum meninggalkan biliknya.
"Morning my baby!"
Tubuh adiknya yang sedang membancuh air kopi dipeluknya dari belakang dengan kuat. Tak cukup itu, digoncangnya tubuh kecil Anayra itu.
"Abang!" teriak Anayra sedikit meleret. Geram dia diperlakukan sebegitu.
Puan Aysha yang turut berada di dapur hanya tersenyum melihat telatah dua beradik itu. Comel.
"Alolo... Masamnya muka dia. Sorry baby~" pelukan dilepaskan. Masam mencuka muka Anayra dibuatnya.
Zafran tersenyum melihat adik dia yang dah mula muncungkan bibir. Dah macam itik!
Ciuman ikhlas dihadiahkan pada pipi tembam adiknya itu. Usai itu dia pun duduk berhadapan dengan Puan Aysha.
"Mama nak masak apa? Tengok budak tu banyak sembelih ayam," soal Zafran lembut.
Puan Aysha dan Encik Zahrain yang menyuruh lelaki itu memanggil mereka mama dan papa. Memandangkan adik Zafran juga memanggil mereka dengan gelaran itu. Jadi apa salahnya?
"Mama nak masak rendang. Lepas tu nak buat lemang," jawab Puan Aysha sambil tersenyum. Tangannya sibuk mengupas bawang untuk masak rendang nanti.
"Uish... Zafran nak tolong!" pinta Zafran. Teruja dia. Serta merta dia jadi seperti budak kecil. Anayra kecil besar kecil besar tengok abang dia yang berubah 360 darjah tu.
"Boleh boleh... Nanti tolong Aydin masak lemang ye? Alang alang tu berkenalanlah dengan dia. Mana tau jadi adik ipar nanti,"
Mengenangkan hal itu. Zafran tersenyum kelat. Dia mula teringat zaman dulu. Aydin Zayaan tu bersama dengannya dari bawah lagi. Saat itu, mereka hanya menyewa bilik disalah satu kedai.
Mereka berganding bahu berdua bekerja keras sehinggalah syarikat Azza Interior Co. itu terkenal di mata dunia. Haih... Besar jasa lelaki itu padanya. Setia padanya.
Hal ini juga yang membuatkan air matanya jatuh saat menerima email perletakan jawatan dari lelaki itu. Tapi dia biarkan begitu. Dia sanggup beri lelaki itu cuti bergaji sehingga lelaki itu terbuka hati untuk bekerja semula.
Kalaulah dia lebih percayakan orang lama dari orang luar. Mesti tak jadi macam ni. Mesti lelaki bermata hazel tu dah bahagia dengan adiknya Anayra.
Melihat Anayra pergi ke ruang tamu membawa dulang air bersamanya. Zafran pun menceritakan kesemuanya. Bahawasanya, dia lah penyebab Aydin bertindak memutuskan pertunangannya dengan Anayra.
"Astagfirullahaladzim..." beristighfar panjang mama Aydin dibuatnya.
Zafran menunduk. Dia redha kalau dia dihalau sekarang ni. Dia dah pecah belahkan Aydin dan Anayra.
Kenapalah dia bodoh sangat pergi ugut Aydin untuk putuskan pertunangan dengan Anayra? Tak cukup itu, dia hina pula lelaki tu dan menyuruhnya buat benda pelik pelik agar dapat menyakinkan Anayra yang Aydin tu ada perempuan lain.
Ya, semua di account Instagram milik Aydin semuanya palsu. Tapi dia tertanya-tanya juga, siapa perempuan yang dipeluk Aydin dalam videonya dulu?
"Maaf mama. Zafran jahat. Zafran tak percaya Bidin," kata Zafran.
Advertisement
"Bidin? Siapa Bidin?" berkedut dahi Puan Aysha. Dia ada anak nama Bidin ke?
"Erkk... Hehehe... Saya ni susah sikit nak ingat nama orang. Apa nama anak mama tu?" soal Zafran. Telinga dia mula memerah. Malu.
Puan Aysha hanya tersenyum. "Aydin Zayaan. Alah tak apa, Zafran mesti nak yang terbaik untuk Nayrakan? Tak apa, mama faham. Cubalah baikkan semula mereka berdua tu. Mama nak sangat Nayra jadi menantu mama. Alang alang tu Zafran pun terus masuk dalam keluarga mama sekali,"
"Baik... Erm... Lemang dah siap ke?"
"Dah, tu dalam baldi tu ada 20 batang, tinggal nak bakar je. Tadi Farah hantar dari rumah dia. Lemang Farah buat sedap tau!" puji mama Aydin tu. Suka sangat dia dengan lemang yang Farah buat.
"Farah buat?" soal Zafran sambil memandang wajah putih bersih Puan Aysha. Wanita itu menganggukkan kepala sebagai jawapan.
"Ouh... Okaylah, Zafran nak bakar. Tak sabar!" ujar Zafran dengan nada teruja. Dia berlari ke aras baldi itu. Dibeleknya lemang lemang yang belum dimasak itu.
Puan Aysha menggelengkan kepala saja melihat telatah Zafran itu. Tak sangka lelaki yang semalam dingin nak mampus tu boleh cair sebegitu bila jumpa lemang.
Kegemaran dia kut?
×××××
Dua baldi yang mengandungi 10 batang buluh lemang itu dibawa dengan berhati-hati oleh Zafran. Dia mendekati Aydin yang sedang menghidupkan api di bawa garaj kereta yang macam dah lama tak digunakan.
Baldi diletakkan lalu dia merenggangkan badan. Boleh tahan jauh juga dapur dengan tempat untuk bakar lemang ni. Nyaris tercabut lengannya tadi.
Aydin hanya membiarkan saja Zafran disitu. Malas dia nak tegur. Bila api dah semakin marak. Dia pun mula menyusun lemang disitu. Disebabkan ruang kecil. Kenalah dia bahagi dua.
10, 10.
Nampaknya, lamalah dia kena bermain dengan api dan asap. Nasib baik bawah atap. Tak lah terlalu panas nanti.
"Aydin,"
Terus terhenti tingkah laju Aydin yang sedang asyik menyusun lemang tadi. Dia mengangkat kepala memandang Zafran yang juga sedang memandangnya.
Dia sebut Aydin ke? soalnya dalam hati. Jakun Aydin dibuatnya. Bukan senang manusia bernama Zafran Althaf ini untuk mengingat nama orang.
"Aku nak mintak maaf sebab aku dah pecah belahkan kau dengan Anayra. Aku bodoh masa tu sebab percayakan makcik tua dekat cafe adik kau tu. Aku sepatutnya percayakan kau lebih dari orang lain. Maafkan aku, Aydin,"
Aydin tersenyum. Dia bahagia kerana Zafran tu dah ingat nama dia. Penat dah dia asyik dipanggil dengan nama Bidin. Haih.
"Kau dah kenapa senyum macam tu? Aku betul betul ni!" Zafran mencebik. Geram dengan Aydin yang hanya tersenyum memandangnya.
"Aku terharu. Boss aku yang pelupa akhirnya ingat jugak nama aku. Setelah 5 tahun!" Aydin mengelap bawah matanya dengan jari telunjuk. Acah acah menangis.
"Ah kau! Cepat... Maafkan aku tak?"
Aydin tersenyum lalu mengangguk. Zafran apa lagi? Terus di peluknya Aydin tu. Rindu betul dengan lelaki yang dia dah anggap macam adik sendiri tu.
"Dah pergi sana! Dasar gay!" bentak Aydin.
Dengar je perkataan gay. Terus ditolaknya badan Aydin tu.
"Eee! Kalau aku gay sekali pun. Aku tak pilih kau lah! Not my taste!" marah Zafran. Geli pulak dia.
Aydin hanya gelak. Lalu dia menyambung kerjanya tadi. Buluh lemang disusun satu per satu.
"Kau... Pilih untuk kawin dengan Rara tau nanti,"
"Aku memang nak terima pun semalam. Tapi kau halang pulak," kata Aydin selamba.
Terbeliak mata Zafran, "sumpahlah? Aku ingat kau pilih untuk kena sebat. So kiranya kau nak kawin dengan adik aku lah ni?"
Aydin mengangguk, "boleh?"
"Mestilah! Boleh! Jumaat minggu depan okay? Khusus kawin tu 2 hari je. Sempat kau nak pergi dengan Rara," kata Zafran.
Aydin hanya gelak. Gila apa Jumaat minggu depan? Cepat betul. Suka sangat bergurau.
"Tapi..." Aydin menoleh ke arah Zafran. Terjungkit kening dia apabila lelaki itu memegang arang yang berada di dalam bwg kertas disebelah.
"ARGH! ZAFRAN! APA NI?!" Aydin meronta apabila wajah kacaknya di sapu arang oleh Zafran.
"Sebab kau berkasar dengan adik aku. Amboi amboi... Apa kau buat sampai kene tangkap basah ha?!" jerkah Zafran. Abu abu arang di ambilnya dan di sapu pada wajah itu lagi. Melihat wajah Aydin yang sepenuhnya hitam membuatkan Zafran gelak besar.
"Orang minyak!"
"ZAFRAN! EEE!"
×××××
Setelah penat bergaduh, akhirnya mereka duduk terkebil-kebil merenung lemang yang sedang dibakar dengan muka dan tangan yang hampir hitam. Setidaknya Zafran tak sehitam Aydin lagi. Memang hitam legam betul si Aydin tu dikerjakan.
Mereka mendiamkan diri masing-masing untuk beberapa minit sebelum Zafran mula mengajukan soalan yang sudah lama bermain di dalam kotak fikirannya.
"Aku nak tanya kau sesuatu. Perempuan dekat Melaka tu siapa?"
Aydin menoleh, "huh?"
"Alah perempuan yang kau peluk tu. Siapa?" soal Zafran sambil menahan tawa. Mana dia tak terhibur? Kau bayangkan muka Aydin yang hitam legam tu dengan muka tak faham dia.
Aydin terdiam lama. Dia memandang wajah Zafran Althaf lama. Dia pun sedaya upaya menahan tawa. Dua lelaki kacak tu dah jadi hodoh sekarang.
"Dia adik aku," tutur Aydin.
"Adik kau? Lah... Kau ada adik perempuan?"
Aydin mengangguk. "Adik sebapa,"
"Ha?!" terkejut beruk Zafran. Dia menoleh ke kiri dan kanan untuk pastikan tiada orang lain dengan mereka.
"Maksud kau..."
"Papa aku kawin dua,"
Terdiam terus Zafran seribu bahasa.
Papa kawin dua? Berita hot ni!
bersambung
Uuuuuu nak tamat pun ada hal lagi
Papa papa... Haih
🤣🤭
Advertisement
- In Serial12 Chapters
" It all started with the hate "
so if you cannot take some wet gay erotica you can skippppp/ Madara, the head of his own huge company and Hashirama, a total stranger meet each other at a wrong time and place.But... /
8 171 - In Serial10 Chapters
Spirited Away (sasunaru)
Naruto and Sasuke has been banished from the spirit world and into the human world. What will happen? Will they ever be able to get back to their world?I suck at summaries as you all can see from my previous books so... It's better to read to find out what the story is about!Highest ranking: #1 in sasunaru #4 in narutouzumaki#5 in uzumaki#629 in short story#2 in neko #40 in gayromance
8 196 - In Serial6 Chapters
Zoom Proposal || ✔️
The day you came into my lifeI became The Luckiest BoyEvery time I look into your eyesIt's like looking at the blue sky
8 141 - In Serial60 Chapters
TL TD
"You know that I'm dying and you still want this?" I asked confused.She walked slowly to me, never taking her eyes off me. Like two piece of magnet coming together, I couldn't pull away. Resting her forehead on mine, she finally spoke "I love you"
8 113 - In Serial37 Chapters
Sugar & Spice
**AVAILABLE ON AMAZON** https://www.amazon.com/dp/B06X9T331Y Crissy Atwood is on the mend after a disastrous break up with her fiance two years ago. It doesn't help that Valentine's Day is right around the corner and she works at a coffee shop, baking sweet treats for couples and trying desperately to ignore the loneliness in the pit of her stomach. When a gorgeous firefighter walks into her life, Crissy soon finds herself falling headfirst into a steamy romance unlike anything she's ever experienced before. **This work contains sexual content. Please read at your own discretion.* All work is property of Charlotte French, any duplication or reproduction of all or part of the work without explicit permission by the author is illegal. © Copyright 2015. Ranked: #54 in Romance, 3-8-17#1 in Bakery, 3-19-19#2 in Firefighter and Steamyromance, 3-19-19#5 in Cosmoreads, 3-19-19#1 in ContemporaryRomance, 4-5-19
8 257 - In Serial41 Chapters
The Interview | ✔️
Meet Stephanie Lynn Ryder, an almost 21-year-old girl behind on rent, works at a diner for $350 a week and has an oblivious boyfriend who only wants her for the money she makes to buy drugs. Let's just say he gets abusive when she doesn't give him her money. However, what will happen when the diner Stephanie works at closes and her rent is due the next day?Meet Carter Drew Mason, who's 23 years old, and CEO of Mason Enterprises in New York. He's the guy that doesn't give a crap about anyone or anything unless it is his business. He's covered in tattoos and has had his fair share in women. But right now, he's looking for a P.A, one with brains that wants to work and not throw themself at him.When these two collide, both broken in one way or another, a huge mess is made. And it all started, with an interview.----Highest Rankings:#1 in business#1 in happiness#3 in CEO #3 in hidden secrets #4 in love #6 in broken
8 297

