《[C] Putera Kayangan》Bab 52 : PSEE 611
Advertisement
Jam menunjukkan pukul 4:30 petang. Anayra masih tak dapat apa-apa mesej dari abangnya. Lelaki tu janji sebaik sahaja dia sampai ke Malaysia, dia akan terus hantar pesanan kepada gadis itu.
Tapi tiada. Ikutkan, dah sejam abang dia sampai ke Malaysia. Apa yang membuatkan Anayra tak boleh duduk diam ialah abang dia tak pernah mungkir janji padanya.
Apa pun janji tu. Mesti lelaki itu akan tunaikan juga. Abang dia memang jenis pelupa. Yelah, nama orang pun bukan main susah dia nak ingat. Tapi kalau bab janji, dia pegang sampai mati.
Nak pergi KLIA, jauh sangat pula. Otak Anayra dah mula overthinking. Dia tak sedap hati. Macam mana kalau kapal terbang tu ada masalah teknikal?
"Woi Anayra. Kau dah kenapa duduk sini? Kau ponteng kelas mengaji eh?"
Anayra hanya membiarkan teguran dari lelaki yang amat dia kenal tu, Aydin Zayaan. Jarinya digigit-gigit dari tadi dah macam tak ada rupa. Habis penuh kesan gigi.
"Ya Allah kau buat apa ni? Kau nak jari kau putus ke apa?" soal Aydin. Berkerut wajah dia. Risau melihat gadis kesayangan dia begitu.
"Kenapa kau resah sangat ni?" suaranya dilembutkan sedikit. Cuba menarik perhatian gadis itu.
Aydin sedikit membongkok untuk melihat wajah Anayra yang sedang menunduk. Dia boleh nampak dari wajah gadis itu yang dia sedang fikirkan sesuatu. Sesuatu yang membuat diri gadis itu sendiri tidak tenang.
"Ish... Cakaplah," kaki Aydin menolak perlahan kaki Anayra yang memakai kasut bertutup tu.
"Abang saya... Dia kata nak mesej kalau dah sampai. Ini ikutkan dah sejam dia sampai sini tau. Tapi, tak ada satu pun mesej dari dia," Anayra berdiri dan menjauhi lelaki bermata hazel tu.
Sejauh yang boleh. Dia tak mahu kena tangkap basah kali ketiga bersama lelaki itu. Buatnya Ustazah Fatma pula yang nampak mereka macam mana? Malu!
"Anayra!"
Aydin dan Anayra menoleh ke belakang. Kelihatan Farah yang sedang mengah. Mungkin dia baru lepas berlari.
"Eh korang ni asal berduaan ni? Nak kena tangkap basah lagi ke apa?" Farah mencerlung memandang Aydin dan Anayra.
"Biarlah... Cepat sikit kawin. Kan sayang?" Aydin tersenyum miang.
Anayra pandang Aydin atas dan bawah. Siot betul laki ni. Cepat betul berubah.
Advertisement
"Uishhh sayang eh... Ego kau dah runtuhlah ni?" Farah tersenyum sinis. Tapi baguslah kalau lelaki tu nak baiki semula kesalahan yang dia sendiri buat.
"Kau kenapa datang ni?" soal Aydin. Kali ni nadanya sedikit dingin.
"Ni! Abang kau naik pesawat PSEE 611 kan Nayra?" Farah mendekati Anayra.
Anayra hanya mengangguk kepala. Dia berharap gadis itu membawanya berita gembira kerana dia langsung tak sedap hati sekarang ni.
"PSEE? Panjang betul. Biasa tiga huruf je," Aydin mula mempertikai.
"Pak Samad Express Enterprise," jawab Farah satu nada.
"Macam nama bas je,"
"Kenapa dengan pesawat PSEE 611 Farah?" Anayra sedaya upaya cuba menepis segala prasangka buruk.
"Pesawat tu hilang dari radar!"
Terbeliak mata Anayra. Hilang dari radar? Macam mana boleh hilang dari radar pula? Abang dia macam mana? Dia akan tinggal sorang? Dia akan jadi sebatang kara selepas ini?
Anayra memegang kepalanya. Dunianya seakan berputar. Dia jadi pening dan pandangannya mula gelap.
Farah dah gelabah. Mujur dia sempat pegang Anayra sebelum kepala gadis itu sempat mencium tanah.
"Anayra! Ya Allah! Aydin apa tercegat dekat situ? Tolonglah angkat dia ni!" nada Farah mula meninggi. Gelabah dia dah tak boleh bawa bincang.
"A-aku?" Aydin menunding jari pada dirinya sendiri.
Angkat Anayra? Kalau bapa dia dan Farah nampak macam mana? Mampus kena tuduh macam-macam.
"Yelah! Takkan aku pula! Aku mana larat. Angkat dia letak dekat surau. Aku nak pergi cari Ustazah Fatma. Dia pandai ubat ubat ni," ujar Farah. Sebaik sahaja tubuh Anayra diangkat oleh Aydin. Farah terus beredar dari situ.
"Eh Farah! Eee kut ya pun teman lah aku dulu. Haish..." pemergian Farah hanya mampu dipandang olehnya.
Anayra yang ada dalam dukungannya dipandang sekilas. Kalau dipandang lama lama nanti lain pula jadi. Dia pun bergegas ke surau. Sepanjang perjalanannya ke surau, dia berdoa agar tiada yang menyedarinya.
Tapi...
"AYDIN ZAYAAN!"
urgh... Papa. Aydin menoleh.
Papanya, Encik Zahrain sedang mencekak pinggang. Ustaz Farhan pula menggeleng kepala beberapa kali.
Memang aku dan Anayra di takdirkan macam ni ke? desis Aydin.
"Apa kau buat dekat Anayra ha?! Kau ada niat tak baik dekat dia ke?! Ni kau nak bawak dia pergi mana?" Pekik Encik Zahrain. Mujurlah sekarang waktu belajar dah habis. Jadi semua pelajar dah balik ke asrama.
Advertisement
Kalau tak, mesti dah riuh rendah suasana disana tu.
"Astagfirullahaladzim Papa! Aydin nak bawa Nayra ke surau. Nak..."
"Nak buat maksiat?! Astagfirullahaladzim! Surau pun jadi eh?" Potong Encik Zahrain.
Mendidih darah Aydin rasanya selepas dituduh sebegitu oleh Papanya sendiri. Apa jahat sangat ke Aydin Zayaan ni?
"Allahuakbar Papa. Please lah.. tangan Aydin dah lenguh ni," sedaya upaya dia cuba bertahan agar Anayra tak jatuh. Boleh tahan berat juga gadis dia tu.
"Eee!!"
"PAPA ZAHRAIN! Jangan apa apa kan Aydin!" teriak Farah dari belakang. Gigih dia berlari bersama Ustazah Fatma.
Encik Zahrain dan Ustaz Farhan menoleh. Aydin dah melepas nafas lega. Tanpa membuang masa, dia terus berlari ke surau. Tak larat dah dia nak dukung Anayra lama lama. Ada nanti dia seret je Anayra tu. Naya!
×××××
"Kenapa tak cerita awal awal? Halah... Manalah papa tau," selamba Encik Zahrain mengatakannya.
"Papa ni suka fitnah Aydin!" Aydin mula cemberut. Dia cukup tak puas hati dengan sikap papanya yang terburu-buru dalam membuat kesimpulan.
"Kenapa tak biar ke Nayra tu terbaring kat situ?" tanya Encik Zahrain. Masih nak menangkan dirinya.
"Haha. Lawaklah Papa. Bayangkan kalau Aydin tinggal. Mesti papa marah sebab tak jaga dia,"
Encik Zahrain diam. Ada betul juga apa yang Aydin katakan tu. Silap silap dirinya sendiri yang arahkan Aydin dukung Anayra masa tu.
Encik Zahrain tersengih malu lalu meminta maaf. Aydin pula hanya menjeling. Geram dia dengan Encik Zahrain masih belum berkurang.
Ustaz Farhan hanya sekadar memerhati dua beranak tu. Macam budak budak pun ada.
×××××
"Pesawat PSEE 611 yang hilang tanpa khabar berita 5 jam tadi telah selamat mendarat di Thailand. Laporan mengatakan pihak Thailand menerima isyarat dari pesawat PSEE 611. Mereka meminta kebenaran untuk mendarat di negara tersebut dan pemintaan mereka diluluskan. Tiada sebarang kecederaan pada semua penumpang kecuali pilot disahkan mati ditempat kejadian,"
"Alhamdulillah... Ya Allah syukur," Anayra dan Farah serta keluarganya memuji-muji Allah. Syukur abangnya, Zafran Althaf nya itu selamat. Mereka juga membacakan Al-Fatihah buat pilot yang terkorban itu.
"Sekumpulan penjenayah telah ditahan oleh polis Thailand. Dipercayai mereka telah membuat percubaan untuk merampas pesawat PSEE 611. Pilot Muhammad Adli ditembak mati oleh salah seorang dari mereka,"
"Penjenayah ini berjaya ditumpaskan oleh seorang penumpang yang dipercayai Tuan Axel, pendakwa raya tersohor. Dia telah mengendalikan pesawat dengan sempurna. Tuan Samad selaku pemilik kepada syarikat penerbangan Pak Samad Express Enterprise itu berjanji akan memberikan anugerah kepada bekas pendakwa raya itu,"
"Aaa!!! Tuan Axel balik Malaysia setelah 5 tahun stay sana?! Auch auchh!!" Farah mula terkinja-kinja depan tv. Ustaz Farhan dah menggelengkan kepala. Tahu sangat dia yang Farah ni suka dengan Tuan Axel. Semua kes yang dikendalikan oleh pendakwa raya tu, semua gadis tu tahu.
"Kesemua penumpang pesawat PSEE 611 akan pulang ke tanah air pada keesokan harinya. Kerajaan Thailand berjanji akan memastikan kesemua mereka akan pulang ke tanah air dengan menaiki bas yang disediakan oleh kerajaan itu sendiri."
"Sekian berita malam ini. Assalamualaikum,"
Anayra dan Farah menjerit keriangan. Nampaknya dia boleh tidur dengan tenang malam ni.
×××××
"Yeay! Abang!" dengan segara Anayra berlari ke arah abangnya. Tubuh abangnya itu dipeluk kemas.
Sekarang mereka sempadan antara Thailand dan Malaysia. Disebabkan Anayra berada di Kedah, jadi Zafran meminta pemandu itu berhenti di situ saja. Beberapa orang yang turut ingin ke Kedah dan Perlis turun terus dari bas.
Setelah itu, bas itu pun memulakan perjalanan semula menuju ke Kuala Lumpur.
"Rara ingat kita dah tak dapat berjumpa dah," nada Anayra kedengaran perlahan saja menyapa deria pendengaran Zafran.
Zafran tersenyum kecil. Kepala Anayra diusapnya seraya memujuk gadis itu.
"Haih... Tulah kau. Sumpah aku macam-macam lagi. Kalau tak hiduplah kau sorang-sorang,"
Anayra mencebik seraya meminta maaf. Tak boleh dia bayangkan kalau abang dia benar-benar pergi meninggalkan dia seorang diri di dunia ni.
Farah pula tercengang disebelah Aydin. Mata dia tertumpu pada abang Anayra, Muhd Zafran Althaf.
"Lagi handsome dari kau wey! Fuh... Patutlah Anayra cantik gila,"
Aydin memandang Farah dengan pandangan jengkel. Pantang nampak lelaki kacak kawan dia tu. Aydin memandang kembali ke arah pasangan adik beradik itu.
Aydin kaku. Anak mata coklat gelap Muhd Zafran Althaf memandang Aydin tajam.
Habislah dia nanti sebaik sahaja tiba di rumah.
Haih, apalah nasib dia.
bersambung
Happy 6k Aydin dan Anayra (≧▽≦)
Advertisement
- In Serial60 Chapters
Love is in the Air
Paige Evans is a senior at UCLA and is looking for a job. She's a sweet girl who can barley make ends meet.She has a troubled past that she can't seem to get away from. One fateful day she gets hired to be a nanny to one of the richest man in the world. Ethan Anderson is one of the richest man in the world. Not only did he have to take over his family's company when his parents died, but he also had to take care of his 7 year old sister Sara. This caused him to be a cold and distant man to everyone around him. Paige and Ethan not only heal each other but they also show each other that love still exists.
8 290 - In Serial6 Chapters
Mark of a Witch (Black Butler/Kuroshitsuji Fanfic)
Revenge drove her to make a bargain with a demon, to change and save herself. For better or worse, she didn't know. However, now her fate was entwined with that of an alluring demon, Sebastian Michaelis. He held claim to her soul and perhaps in time... her body. Note: This is set prior to the events in Black Butler/Kuroshitsuji. I hope you enjoy.
8 160 - In Serial28 Chapters
Wealthy Family’s Sweet Beloved Reborn
In her last life, Song Qinghuan's sister disfigured her and poisoned her throat, all her successes were heisted by her sister and she was burned to death by her sister. With a blink, she is reborn in the times before all the misfortune takes place, strong and fierce, she guards what belongs to her. And a handsome boy who possesses all the fortune in the world, he is willing to step back and protects her wholeheartedly. "I think the misunderstanding between us is pretty deep, mind getting to know me?" "Don't bother, I only like boy toys." "I can be one for you." "The nerves you've got!"
8 163 - In Serial6 Chapters
Like Oil and Water - Love and Hate at the Same Time
A man and a woman of opposite character and values fall in passionate love badly. In their head, they know it's not going to be easy but they just can't resist.
8 197 - In Serial15 Chapters
Delightful
𝐒𝐡𝐨𝐫𝐭 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐭𝐢𝐜 𝐨𝐧𝐞-𝐬𝐡𝐨𝐭𝐬All are one parts unless stated in the title otherwise. Cute, rom com, cliche, romantic one shots of stories and ideas that run through my mind all the time. All rights reserved. This means no part of this book can be copied, reproduced or taken in any way shape or form. I don't want to see these anywhere else.Pictures used inside are NOT MINE!Credits to their rightful owners
8 189 - In Serial12 Chapters
SAINT VALS 2021 [Closed]
Welcome to the 4th edition of the Saint Vals Contest!2021 is here and we are bringing all the love! Can you feel it? So can we! That's why we're bringing to you a contest that has everything the community has grown to know and love, with a little extra... It's all about you, and what loves means to you. Express it as only writers, poets and graphic artists can! Write about love, for love, with love in the language you adore. Be it English, Spanish , Italian, Arabic, French, Portuguese, Mandarin, Danish, Turkish, Romanian or Sinhala!
8 94

