《[C] Putera Kayangan》Bab 51 : error
Advertisement
"Nayra call abang Nayra sekarang. Suruh dia balik Malaysia dalam masa terdekat ni jugak!" arah Encik Zahrain. Mata dia memandang tajam anak terunanya yang sedang menyarung t-shirt hitam ke tubuh sasa dia tu.
Tercengang juga Anayra. Baru 11 bulan tak jumpa lelaki tu, badan dia dah makin sasa. Kata Farah, Aydin banyak exercise dekat sini. Dulu asyik hadap laptop. Sekarang selalu main dengan adik-adik dan anak-anak dia tu.
"Tapi... Dia nak balik bulan depan,"
"Bulan depan? Risau ada yang dah termengan--"
"Ish awak ni," potong Puan Aysha. Dia memberi jelingan maut pada suaminya itu.
Agak agaklah, anak teruna dia tu waras lagi lah!
"Sudah... Pergi telefon abang Anayra sekarang suruh dia balik," arah Encik Zahrain. Anayra pun meminta diri untuk keluar dari rumah. Sepasang mata hazel Aydin memandang tajam gadis itu.
Ustaz Farhan dari tadi menggelengkan kepalanya. Isterinya pula hanya duduk diam. Tidak mahu mencelah.
Farah pula sudah tersenyum kambing. Hatinya asyik bersorak agar Aydin dan Anayra disatukan menjadi pasangan suami isteri.
×××××
Contact '♡︎Abang' dipandang Anayra lama. Ibu jari dia digigit-gigit. Sekarang dia rasa gementar dan takut serta rasa bersalah. Sudahlah dekat Dubai tu dia layan abang dia kasar.
Agak-agak apa riaksi lelaki tu bila Anayra bagitahu bahawa adiknya ini kena tangkap basah? Mesti dia malu kan? Haih! Macam mana ni?
Setelah lama dia merenung telefon pintarnya. Akhirnya, dia pun membuat keputusan untuk menelefon lelaki tu.
"Assalamualaikum abang," ujar Anayra apabila talian sudah disambungkan. Bukan sekali dua dia hubungi abang dia. Ini dah masuk kali kelima, baru lelaki tu angkat.
"Waalaikumussalam... ha baru reti telpon keh ke? Keh ingat aok nok buang keh terus doh... Keh telpon dok pernohnye nok ngangkat," bebel Zafran. Memang dia sengaja tak angkat tadi. Saja nak bagi adik dia tu pengajaran sebab tak pernah nak angkat panggilan telefonnya. Mesej apatah lagi?
( Walaikumusalam... Ha baru reti nak telefon aku ke? Aku ingat kau nak buang aku terus dah... Aku telefon tak pernah kau nak angkat )
Bibir bawahnya digigit lembut. Biasa kalau marah je abang dia gunakan loghat Pahang. Dengan lajunya dia bercakap. Kalau tak dengar betul-betul memang tak dapat tangkap. Mesti abang dia marah sangat ni sebab dia tak angkat panggilan dia.
Hadaplah kau Anayra.
"ni tekde bende lain le ter. Meeesti duit belanje oak habih kan? Kalau dok memang oak dok caranye doh ke keh ni," ujar Zafran dengan pekat dan laju. Personal assistant nya, Ariffin terkebil-kebil memandang si boss.
( Ni tak ada bende lain lah tu. Mesti duit belanja kau habis kan? Kalau tak, memang kau tak kisah dah pasal aku ni )
"Tak... Bukan macam tu," ranting kecil yang ada disebelahnya di ambil dan dipatahkan. Apabila sudah dipatah, dia membalingnya ke tanah. Hal ini menarik perhatian si beruk Zayad. Berlari dia ke arah Anayra dan bermain-main disitu. Dah macam main salji yang turun dari langit dia.
"Doh tu? Eee... Oak ni suke sangat cerita sekerat jalan. Ce cite penoh. Keh maleh beter nak tunggu-tunggu ni. Kerja keh belambok ni tau dok?"
Advertisement
( Dah tu? Eee... Kau ni suka sangat cerita sekerat jalan. Cuba cerita penuh. Aku malas betul nak tunggu-tunggu ni. Kerja aku banyak ni tau tak? )
"Eee... Peninglah dengar abang cakap macam ni! Cakap biasa jelah," rengek Anayra. Pening kepala dia nak tafsir apa abang dia cakap. Sudah berapa tahun dia tak dengar dan bertutur dalam loghat Pahang. Memang lupa dahlah.
"Deras cakak nok bende?"
(Cepat cakap nak apa?)
"Abang balik Malaysia bo—,"
"Memang doklah keh nak balik Malaysia. Oak dah sumpoh keh macam-macam lepastu senang-senang nok suruh keh balik Malaysia. Tek nok keh,"
( Memang taklah aku nak balik Malaysia. Kau dah sumpah aku macam-macam lepas tu senang-senang nak suruh aku balik Malaysia. Tak nak aku )
"Tapi abang—" belum sempat Anayra ingin menghabiskan kata-katanya telefonnya sudah pun rampas oleh seseorang.
"Assalamualaikum... Ini abang Anayra ke?" ketar-ketir Zafran jadinya apabila mendengar suara dalam seorang lelaki. Haih... Siapa pula ni?
"Waalaikumussalam. Ye saya abang Anayra. Siapa yang bercakap ni ya?" hilang terus segala loghat Pahangnya tadi. Dia duduk tegak dan memperbetulkan baju kemejanya sambil berdehem. Macamlah orang dalam panggil tu nampak dia.
"Saya ayah Aydin, Encik Zahrain."
"Ouh... Kenapa ye Encik?"
×××××
"Elok sangatlah pe'el ter? Buat bende dok elok kat tempat orang? Otok oak letok katne? Lutut?"
( Elok sangatlah perangai tu? Buat benda kat elok dekat tempat orang? Otak kau letak dekat mana? Lutut? )
Anayra mencebik. Dia memandang sekilas Encik Zahrain yang sudah pun berlaku pergi masuk ke dalam rumah. Kini tinggal dia seorang diri bersama Zayad dan abang dia yang belum meletakkan panggilan.
"Maaf,"
"Kepala hotok oak maaf. Inilah orang khabo tu, beauty without brain. Ha... oak lah tu. Ade otok keknye dok gune,"
( Kepala otak kau maaf. Inilah orang kata tu, beauty without brain. Ha... Kau lah tu. Ada otak tapi tak guna )
Anayra menahan sebak. Tak pernah-pernah abang dia cakap pada dia macam tu. Sedikit sebanyak hati kecilnya terasa. Tersedu-sedan dia menahan tangisan.
"Haih... Tak payahlah nangis. Yelah... Aku balik esok. Jaga diri, jaga solat, jaga pergaulan tu sekali. Ingat sikit Allah tu maha Melihat. Walaupun kau tak buat benda tu, tapi otak orang tak siasat betul-betul dah. Terus serang je,"
"Baik abang... Abang pun take care,"
"Yelah... Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam..."
×××××
Usai membuat panggilan telefon dengan abangnya. Dia menyimpan semula telefon itu.
"Macam mana?"
"Dia kata dia balik esok," jawab Anayra. Habislah dia esok kena bebel lagi dengan abang dia tu.
Dalam telefon tadi pun dah kena 1/3 bebelan dia tu, haish.
"Lepas makan nanti. Nayra ikut keluarga ustaz balik ya? Kongsi bilik dengan Farah. Kang tidur sini, ada pula yang pecah masuk bilik," Ustaz Farhan pandang Aydin atas bawah.
Aydin mencebik geram. Kenapa semua orang anggap dia ni jahat sangat?
Farah bukan main happy lagi. Dia seorang je dekat rumah tu. Jadi, suka sangatlah kalau ada kawan perempuan dia yang tidur di rumah. Boleh buat hal hal perempuaan bersama.
Advertisement
Nak pula ayahnya itu bukan jenis galakkan orang menginap dirumahnya. Tapi disebabkan kejadian ini, nampaknya dia kena juga bawa Anayra ke rumah bersamanya.
"Dah... Jomlah makan," Encik Zahrain berjalan ke dapur. Ustaz Farhan dan isterinya serta Puan Aysha membuntuti lelaki itu.
Bila ibu bapa mereka sudah berada diruangan dapur. Farah mula bersorak.
"Yeay! Aku harap abang Anayra akan buat keputusan supaya korang di satukan,"
"Eh, kenapa pulak dia yang kena buat keputusan?" tanya Aydin. Geram pula rasanya. Sakit hati terhadap Zafran Althaf itu masih ada tersisa.
"Sebab kau yang buat hal. Bukan Nayra,"
Anayra dari tadi membisu malas nak masuk campur. Mood dia tak baik sekarang ni. Mengenangkan abang dia yang bakal pulang esok. Habislah dia kena marah dengan abang dia tu.
Wajah Aydin langsung tidak dipandangnya. Dia malu nak pandang walaupun bukan dia yang buat hal. Tambah pula lelaki tu bersikap dingin dengannya. Membuatkan dia rasa tidak selesa seperti dulu.
Andai saja Farah tidak genggam kemas tangan Anayra sekarang ni. Mesti dah lama gadis itu meluru ke dapur. Tak betah dia nak berdiri lama-lama di situ.
Mungkin dia patut dengar kata-kata abangnya. Datang mencari lelaki itu akan membuatnya susah saja nanti. Macam sekarang ni. Haish.
Melihat Aydin dan Farah yang asyik berlawan mata tu. Anayra mencelah.
"Dahlah Farah. Jom makan,"
Farah menoleh ke arah Anayra. Ikutkan hatinya dia masih ingin bertikam lidah dengan Aydin. Tapi melihat gadis itu seakan tidak selesa dia pun berjalan beriringan ke dapur.
Aydin hanya memerhati anak dara dua orang tu berlalu pergi. Hilang saja kelibat mereka, bibir Aydin mengukir senyuman.
"Kalau Nayra, memang aku pilih kawinlah dari kena sebat,"
Dia tersenyum sendiri.
"AYDIN ZAYAAN! KAU FIKIR KERJA AKU NAK PEKIK NAMA KAU JE KE?!" teriak Encik Zahrain dari dapur. Ini dah kali ketiga dia jerit nama anak teruna dia tu.
"Hehehe... Kejap papa!"
×××××
"Farah... Nayra nak balik KL lah,"
"Eh!! Mana boleh! Baru sampai. Pastu dah nak balik?" Farah yang sedang tepek bedak sejuk dimukanya itu menoleh ke arah Anayra yang sedang duduk bersila di atas katil.
"Nayra malulah. Nak dekat setahun tak jumpa. Tiba tiba jumpa dengan cara kena tangkap basah dengan papa dia dan ayah awak," kesal Anayra. Kalaulah dia balik sini dengan abang dia. Mesti tak jadi macam ni.
"Ehek... Farah rasa jodoh korang kuat ni. Allah nak tolong mempercepatkan," seloroh Farah.
"Eee... Farah ni!" bentak Anayra. Bibirnya mencebik.
"Alah Nayra ni. Tak suka ke kalau dapat kawin cepat cepat dengan Aydin? Bukan memang Nayra nak Aydin ke?"
"Memang lah suka kalau dapat kawin. Tapi takkanlah kawin sebab ni!"
"Alah senang sikit Nayra nak lembutkan hati Aydin kan? Boleh peluk peluk. Cium cium. Lebih lebih pun.. kan?" Farah senyum kambing.
Muka Anayra merona merah. Berdoa moga otak dia tak travel.
"Ha! Fikir ape tu!!"
"Eee... Mana ada fikir apa apa!"
Farah senyum mengejek. Dia mengatur langkah arah katil dia yang memuatkan dua orang itu.
"Eh Nayra. Kau tahu tak pasal kes jenayah baru baru ni?" soal Farah sebaik sahaja dia melabuhkan punggung disebelah Anayra. Tangan runcingnya mencapai telefon bimbit.
"Kes jenayah? Tak tau. Kan Nayra baru balik sini,"
"Ermm... Betul jugak. Tapi cerita ni dah heboh tau! Maybe tak sampai lagi ke Dubai,"
Anayra tiba tiba rasa teruja untuk tahu. Yelah, sampai ke luar negara dah berita ni. Mesti gempak!
"Kes apa tu? Ceritalah," ujar Anayra.
"Pemerdagangan manusia. Ada yang jadi pelacur. Ada yang kena ambik organ. Dorang kena culik dan hilang terus! Lepas tu kan. Ada satu kumpulan ni dia banyak bagi hint dekat pihak polis,"
"Kumpulan? Kumpulan apa? Gangster? Ah long?" tanya Anayra.
"Bukan! Kumpulan ni. Tiada siapa tahu pun tau walaupun pihak polis tu tersendiri," ujar Farah dengan nadanya.
"Eh... Dah tu macam mana dorang berhubung? Kata bagi hint," soal Anayra. Dai dah mula rasa Farah cuba untuk kelentong dirinya.
"Dorang tu tak kira masa dan tempat tau! Laptop, komputer. Kadang speaker dekat dinding tu pun boleh tau! Farah syak hacker dorang ni power bin terbaik," terang Farah. Dia tabik betul dengan hacker kumpulan tu.
"Sedap tak suara dorang?"
"Anayra Zaara. Agak agaklah dorang nak reveal suara betul. Mestilah dorang pakai apa apa aplikasi untuk ubah suara. Halah bodohnya," tergeleng-geleng kepala Farah.
Anayra tersengih malu. Betul juga kan?
"Apa nama kumpulan tu?"
"Pihak polis gelarkan mereka ERROR. Sebab, tiap kali polis cuba jejak dorang. Apa yang mereka jumpa hanyalah 'error',"
"Dorang selalu hack komputer inspektor polis tanpa sebab. Mungkin mereka cuba nak ambik data penting,"
"Inspektor tu tak cegah ke?"
Farah mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
Berdiri bulu roma Anayra. ERROR ni memburu pihak polis ke apa?
"Masa ni. Pihak polis cuba endahkan mereka tau. Sebab pihak polis fikir mereka ni budak budak mentah yang nak bermain. Pihak polis try tukar sistem mereka, but still. Mereka dapat cari. Telefon aku pula tu!" Terang Farah bersungguh-sungguh.
"Wait... Phone ni ke?" soal Anayra. Jarinya menunding telefon yang berada dalam genggamannya.
Farah mengangguk.
Membulat mata Anayra. Dengan pantas tangannya melempar telefon itu jauh-jauh darinya. Terketar-ketar tangan dia.
"Nape ni Nayra?" Nada Farha sedikit meninggi. Geram dibuangnya. Boleh pulak main lempar-lempar.
"Jangan! M-macam kalau hacker tu masih hack telefon Farah? Lepas tu dia tengok kita dari camera telefon Farah tu?"
Farah mengucapkan. Ada betul juga apa yang katakan. Sekejap, dia dahlah selalu korek hidung lepas tu picit jerawat depan telefon dia. Argh!! Encik Hacker awak nampak ke?
"Eee... Farah. Jomlah kita tido. Tapi... Kena sorok dulu telefon tu."
Farah lambat-lambat mengangguk. Di balutnya telefon kecik dia tu dengan kain dan diletakkan dalam laci meja belajar dan terus dikunci dengan kemas.
Farah dan Anayra pun akhirnya melelapkan mata mereka.
bersambung
Hehehe sorry lambat!!
Kalau ada tersalah loghat tu atau translatenya yang salah tolong tegur ya?
Kalau ada typo maaf hiks.. kelam kabut tulis 😭🤣
P/s: ejaan tu ada yang tu ada yang betul dan ada yang saya eja ikut cara sebutan.
Advertisement
- In Serial18 Chapters
Clove baby
Clove is a college student who moves across the world to go to her dream school. Little does she know that the men that await her will change her life forever. --------When I wake up I realize that i'm in the lap of someone. And we're moving. I stir and sit up to realize I'm in a car with Jax, Four, and Tyson. Tyson is driving Jax is in the front seat and I'm in Fours lap. His hand on my head playing with my hair gently. "Well hello there our sleepy one how did you rest" Four asks as he pulls me into him and I flinch then realize I feel safe. For the first time in years I actually feel safe and secure. His large arms and presence fill me with peace. I close my eyes and eventually give in and lean into his chest. ----WARNING!! there is rape. Strong language. Bondage. And kink, if you are young or any of this is a trigger please do not read-------#1 softgirl 4/6/21#1 daddyslut 4/9/21
8 177 - In Serial48 Chapters
The House Keeper
Montana Kelly had no where to go. She needed a job, a place to live.Oliver Black was the billionaire that needed a housekeeper.What would happen when they get to know each other? How would they deal with each other?Especially when a child appears?Follow the emotional spiral of Miss Kelly and Mr Black.
8 551 - In Serial39 Chapters
The Girl Next Door
Iris Donnelly, at the golden age of seventeen, hasn't opened her heart up to anybody. Her philosophy is to get through her last year of high school with straight-A's and her head down. She believes that her heart belongs in her ribcage, not in anybody else's hands. Not only is the pressure of school on her though, but she has severe anxiety after her mother's death.So what happens when she bumps into Pierce Wright, also known as the school's "bad boy"? What happens when she's supposed to be his tutor? What happens when they start to tear down their masks and really get to know all parts of each other - both the good and the bad?And when happens when they become next door neighbors?✾DISCLAIMER: While the story has been 100% written by me, this was made to be cliché (strangely enough, it was my attempt to write a good cliché). The pictures weren't taken by me for the face claims!WARNING: This story also contains some heavy topics like anxiety, death, and self-harm. Cursing has been censored with astericks but it does have mature content (nothing sexual though).
8 186 - In Serial24 Chapters
Downfall High
"I'll give you the world if you want it.""You can't give me that, we don't need it"A group of teens, some popular some not. Two in particular, a boy, dead inside, and a girl, who ended up the same."This is the story of my love, and how he went on without me."Based off of 'Downfall High' by Machine Gun Kelly.‼️SEQUEL COMING‼️
8 162 - In Serial57 Chapters
My Dark Knight
In the era where swords rule, where women consider their modesty their greatest virtue. Where a man would kill to find his wife warming another mans bed, a time when women would consider it the greatest of adultery or fornication to warm a bed other than her husbands. A time when an honorable man guards his gaze, for his gaze is solely for his wife alone, as well as his heart. He's feared, ruthless, cold, heartless, manipulative, cunning, a rake. Or so they assume... She's beautiful yet silent, not by a defect, she simply dislikes to mingle with gossip.Yet she has emotional scars that no one sees behind her smile, but a few.Cover by @forcade
8 223 - In Serial38 Chapters
Corrupt
Highest Rank: #1 in Dark Romance It's hard to remember what life was like before the green-eyed devil waltzed into my life and set my soul on fire...He's good with his hands, even better with his mouth, and the best at making me forget my own name. He's everything I want, all rolled into a glorious body of a greek god, and strength. He was off limits to me for obvious reasons but there was never a question of wether or not I would be his. I am a woman who had sinned. I am a woman who knows they come at a cost. And one day, I will have to pay for my sins.I am his to use. His to corrupt.He's my savior and my downfall.This is our story. ~Corrupt is a steamy dark romance. It contains highly intense sex scenes. Reader discretion is advised.
8 141

