《[C] Putera Kayangan》Bab 50 : Aydin Zayaan
Advertisement
"Aydin rindu mama!"
Aydin mengeratkan pelukannya. Dagunya diletakkan di bahu mamanya. Wanita itu hanya kaku tak membuat apa apa. Dia terkejut.
"Miss you~" ujar Aydin dengan nada manjanya.
"Astagfirullahaladzim... AYDIN ZAYAAN!" Teriak Encik Zahrain. Bulat matanya terkejut melihat anak terunanya itu.
Aydin menoleh, "papa. Kenapa?"
"Apa bising bising ni?" Giliran Ustaz Farhan dan Mak Liya serta mamanya, Puan Aysha pula munculkan diri. Terbeliak mata mereka tengok Aydin.
Mata Aydin juga turut terbeliak tengok mama dia Puan Aysha yang berdiri di sebelah papanya, Encik Zahrain.
Serta-merta dada Aydin ditolak kasar. Gadis itu melarikan diri. Dia malu semua orang memandangnya sekarang.
Tak sempat Aydin mahu melihat wajah gadis yang di peluknya tadi tanpa sengaja. Farah ke?
Ustaz Farhan melangkah ke arah Aydin bersama Encik Zahrain. Aydin ketakutan. Dua dua lelaki depan dia sekarang tak ubah seperti monster.
Puan Aysha? Dia berlari mendapatkan gadis yang lari masuk ke dalam bilik.
Ya Allah, ampunkan aku! Aku tak sengaja!
"Apa Aydin buat ni?! Peluk perempuan bukan mahram Aydin?" Ustaz Farhan mencerlung membuatkan lutut lelaki bermata hazel itu longgar.
"M-maaf. Saya tak tahu pulak tu F-farah. Saya ingat tu mama," kata Aydin tergagap-gagap.
Ustaz Farhan dan Encik Zahrain merenung Aydin tajam.
"Aydin kena bertanggungjawab," ujar mereka tegas.
"Ha?! Tapi Aydin tak sengajalah!"
"No excuse."
What the fu--
×××××
Aydin keluar dari tandas setelah selesai membuang hajat. Otak dia asyik teringat pasal tadi. Setiap kali itu, dia akan beristighfar panjang.
Sejak dah insaf ni macam tulah dia.
Dia menaiki tangga kayu yang menghubungkan ruangan dapur dan ruang tamu. Biasalah rumah kampung. Tapi tetap cantik!
Langsir bilik dikuak. Dia melangkah masuk ke dalam bilik. Dia tak selalu tutup pintu sebab ada langsir. Tapi kalau malam nak tidur baru dia tutup pintu.
Dia merebahkan diri ke atas katil bujangnya. Niatnya ingin tidur terbantut apabila terdengar bunyi gelak tawa seorang perempuan yang dia kenal.
Nur Farah Aqilah.
Aydin pun bangun dari katilnya. Dia menuju ke tingkap biliknya yang terbuka luas. Gadis yang sedang meratah sebalang tin milo itu menjadi benda pertama yang dia lihat.
Nampaknya gadis itu sedang membuli anak beruk belaan keluarga Aydin, Muhammad Zayad.
"Macam mana dia boleh gelak gelak macam tu lepas apa yang jadi? Mereng betul!" desis Aydin.
Advertisement
Dia hanya memerhati gadis itu. Kata-kata papa dan ayah gadis itu mula bergema dalam fikirannya.
"Aydin kena bertanggungjawab"
Bertanggungjawab macam mana tu mereka tak fikirkan lagi. Dia lagi rela kena sebat dari kena kawin dengan gadis mereng yang merupakan sahabat karib dia tu.
Kalau gadis tu saja pilihan yang dia ada. Memang dia tak akan terima! Tak akan berlaku!
Big no!
"Bwerk! Zayad tak boleh makan milo. Ni Farah punya!" dia menjelir lidah.
Mentang mentang anak beruk tu terikat pada pokok dan tak boleh dekat dengan dia. Bukan main berani lah gadis tu menyakat.
Aydin keluar dari biliknya. Mamanya yang sedang membancuh air didekatinya. Tapi kali ini dia pastikan bahawa itu benar-benar mamanya sebelum memeluknya.
Walaupun dia tahu Farah ada diluar. Tapi dia masih trauma dengan kejadian tadi. Risau tiba tiba anak jiran pula ke. Mampus nanti dia kena sebat teruk. Seksa wey tak dapat duduk nanti.
Usai melepaskan rindu yang terbantut tadi, dia pun keluar menuju ke arah Farah yang asyik bermain dengan Zayad dari jauh tu. Farah tu nak main dengan Zayad. Tapi penakut!
Aydin berdiri dia belakang bangku yang Farah duduk. Dia mengusap batang lehernya beberapa kali. Fikir apa yang patut dia katakan.
Si kecil Zayad memandang Aydin. Kemudian dia berlari ke arah pokok. Tangannya memegang tali yang terikat pada pokok itu. Minta dilepaskan.
Memahami apa yang Zayad inginkan, Aydin pun melangkah ke arah pokok. Dengan pantas Zayad memanjat tubuh lelaki itu hingga ke kepala. Kepala Aydin tu tempat kegemaran dia. Aydin hanya membiarkan saja.
Tali di buka dan dia berdiri berhampiran bangku yang diduduki Farah. Zayad memandang Farah seakan mengatakan sesuatu;
"Aku bebas! Masanya untuk balas dendam,"
Baru saja Zayad ingin turun dari kepala Aydin, lelaki itu terlebih dahulu memeluk Zayad. Tapi tidak menolak, beruk kecil itu membiarkan saja. Siap pejam mata lagi nak tidur.
"Erm... Farah. Sorry pasal tadi," dia menunduk. Malu untuk pandang gadis itu.
"Sorry? Ouh takpa," jawab Farah sambil tersenyum.
Aydin mengangkat kepalanya laju.
Takpa? Sumpahlah macam tu je dia maafkan aku yang dah terpeluk dia? kata Aydin dalam hatinya.
"Macam tu je kau maafkan aku?" soal Aydin tidak percaya.
"Yup... Alah relax lah. Kena tinggal je pun. Nasib baik aku datang naik motor. Taklah aku kena jalan balik rumah jalan kaki sorang so..." Kata-kata Farah terhenti Aydin memotong.
Advertisement
"Cop cop. Bukan pasal tu!"
"Dah tu?" Farah mengangkat keningnya.
"Erm.. t..tadi tu,"
Farah memandang Aydin lama. Masih tak dapat tangkap apa yang Aydin cuba sampaikan.
"Alah! Sorry sebab aku terpeluk kau tadi! Aku ingat kau mama aku rupanya bukan. Sorry!" kata Aydin dengan pantas. Merah telinga dia saat mengingat semula peristiwa memalukan itu.
"Ha?! Bila masa kau peluk aku do?! Aku baru je sampai 15 minit tadi,"
"Eh,"
Aydin terdiam.
Dah tu aku peluk siapa tadi? Anak makcik Yah sebelah rumah ni ke? Tapi gaya Ustaz Farhan marah tadi macam aku peluk anak dia. Erm... Dia nak buang rasa malu je kut. Monolog Aydin lagi.
"Okaylah kalau macam tu. Oh by the way," Aydin tersenyum sinis.
Farah pula tidak mengerti dengan senyuman sinis lelaki tu. Entah apalah lelaki itu fikirkan.
"time for Zayad's revenge,"
Beruk kecil bersaiz bayi 3 bulan itu terus membuka matanya. Dia memandang Aydin lalu memandang Farah. Gadis itu dah tak senang duduk.
Zayad terus melompat dan mengejar Farah. Gadis itu apa lagi? Terus melarikan diri dengan jeritan nyaring. Jeritan itu menarik perhatian ayahnya dan papa Aydin yang sedang sibuk berbual. Tapi mereka hanya sekadar melihat. Tak ada niat untuk menghulurkan bantuan.
"Zayad! Nanti balik, terus masuk bilik daddy tau!"
"Arghh!!!! Farah benci semua orang!"
"Go Zayad Go! Kejar kak Farah kau tu! Biar kurus!" Ibu Farah memberi semangat kepada Zayad yang asyik mengejar Farah yang berlari mengelilingi rumah kayu milik keluarga Aydin itu.
"Ibuuu!!!"
×××××
Aydin mengambil tualanya lalu diletakkan pada bahu. Memandangkan Farah keluar dengan ibu dan ayahnya untuk beli minuman. Jadi dia di rumah ini hanya memakai seluar paras lutut. Baju dah lama dia tanggal. Panas.
Melihat ada tanda-tanda seseorang berada dalan tandas. Aydin pun menunggu di meja makan. Makanan yang telah terhidang dilihatnya satu per satu. Sebentar lagi keluarganya akan makan bersama keluarga si gadis mereng itu.
Ah, otak dia memutarkan semula memori dia terpeluk gadis itu. Nak menangis rasanya. Bau wangian harum gadis itu masih dapat dia ingati. Wangian Rose.
Aydin beristighfar panjang. Rambutnya diraup kebelakang.
"Sedar Aydin sedar!"
Bunyi pili air ditutup mematikan lamunan Aydin. Lelaki itu tersenyum suka. Dia menyorok di balik dinding. Niatnya ingin mengejutkan mamanya yang comel itu.
Bunyi kunci bilik air membuat bibir Aydin tersenyum lebar. Dia mula mengira dalam hati.
Satu
Dua
Tiga
"Bah!" Aydin melompat dari tempat persembunyiannya.
Terjerit nyaring wanita itu. Aydin pula membulat mata memandang wanita itu.
"A-anayra?!"
Terbutang mata dia. Dia tenyeh mata dia berkali-kali.
Aku nampak hantu ke?
"Awak ni kenapa?! Dahlah tadi peluk orang tiba-tiba!"
Peluk?
"Ha?! Bila aku peluk kau? Aku tadi peluk..." Aydin teringat semula kata-kata Farah.
"Ha?! Bila masa kau peluk aku do?! Aku baru je sampai 15 minit tadi,"
shit.
Aydin mendekati Anayra. Dia memandang Anayra tajam. Gadis itu mengundur. Dia menutup separuh wajahnya. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak pandang ke bawah.
Roti lelaki tu nanti boleh buat dia tak tentu hala.
"A... Awak kenapa?" Terketar-ketar suara perempuan tu. Sekarang dia dah tersandar di dinding. Aydin pula masih bertindak menghapuskan jarak antara mereka.
Lelaki dia memejam mata. Dia dapat hidu bau yang dia kenal. Ya, rose! Sama macam dalam mimpinya dan gadis yang dia peluk tadi. Sah, memang dia peluk Anayra!
Melihat Aydin yang seakan berada di dalam dunianya sendiri, Anayra cuba untuk lari. Tapi pantas Aydin menghalang dengan tangannya. Hampir menangis Anayra dibuatnya.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini? Bukan sepatutnya kau duduk rumah Farah ke kalau kau datang sini sekali pun?" soal Aydin. Suaranya tegas, langsung tak berlembut. Matanya masih merenung tajam anak mata Anayra.
"M-mama awak ter-terjumpa saya dekat kedai makan. P-Pastu dia paksa saya ikut dia," tergagap-gagap gadis itu. Tak pernah dia serapat ini dengan lelaki melainkan abang dia.
Dah macam babak dalam drama pula.
Belum sempat dia membuka mulut. Suara yang amat lantang menyeru namanya menyapa telinganya.
Anayra turut terpaku di situ.
"AYDIN ZAYAAN!"
"Sekali lagi?"
Encik Zahrain dan Ustaz Farhan.
Matilah mereka.
bersambung
ehek ehek
Sorry internet slow tadi 😭
Btw, selamat berpuasa !!
Patut tak aku pub prolog cerita baru? 🤔
Tapi macam malas tapi macam tak.. haih
Hikssssss
Advertisement
- In Serial15 Chapters
Baby Princess Through The Status Window
I was condemned as a villainess when I died, but I somehow returned to the past as a five-year-old.
8 303 - In Serial31 Chapters
I Played The Role Of The Adopted Daughter Too Well
When I first came into the book, my goal was just to survive.
8 498 - In Serial55 Chapters
CALLA
My name is Calla Lind. For 20 years, I have lived within the shadow of my beautiful older sister - chasing and holding onto an illusion of love. A love that will never belong to me... Now with this second chance of life, I won't chase after illusion. I won't rely on someone else for happiness. I will do what I want, enjoy what I do, and learn to let go.NOTE from the writer: I'm an amateur writer so please overlook plot holes, grammar issues, or anything else a story is supposed to have. This is my original story so... as the saying goes "if you have nothing nice to say, don't say anything at all".
8 514 - In Serial31 Chapters
Please Don't Eat Me (Hannibal Lecter x Reader)
When (y/n) is introduced to Dr. Hannibal Lecter. She unravels an emotional side to Hannibal no one has seen before. He grows very close to her. Some might even say obsessively. What happens when (y/n) discovers a darker side to Hannibal? What happens when Hannibal's infatuation with (y/n) crosses a line?
8 216 - In Serial36 Chapters
Learn to Love » Draco Malfoy x Reader
"You'll learn to love him."❧Y/n Vitelli, of a wealthy Italian pureblood family, is forced into a marriage of social advancement with none other than the pompous, haughty Draco Malfoy. Unhappy with this arrangement made by their parents, y/n will go to great lengths to keep her newlywed husband at bay. When they return to Hogwarts for their final year of school, unbeknownst to their classmates as a married couple, y/n is faced with the challenge of falling in love with the man she is already married to.❧Slow-burn Draco Malfoy fanfiction + Cedric Diggory love triangle❧Highest tags: 1 in #dracomalfoy1 in #harrypotter1 in #draco1 in #malfoy1 in #enemiestolovers3 in #romance1 in #dracomalfoyxreader1 in #slytherin1 in #readerxcharacter1 in #xreader1 in #pureblood
8 151 - In Serial85 Chapters
[BL] The Emperor's Favorite Concubine is an O [帝王的寵妃是個O]
Author: 顧之君 Gu ZhiJunTotal Chapters: 85In the interstellar era, Wen Mingyu is an Omega who unexpectedly crossed over to the ancient Blue Star and was offered as a sacrifice to the tyrant.Everyone thought he would die soon.But-Smelling the faint tempting scent, the tyrant embraced the person in his arms, and his heart full of anger and restlessness gradually sank to rest.Tyrant: "What kind of incense did this concubine use?Wen Mingyu felt weak all over: "..." This Alpha's pheromone is too oppressive.Afterwards.Wen Mingyu saw the large shadow swaying behind the tyrant's back.Stuttering with fright-"Th-This... this is a dragon tail?!"Beautiful, soft droopy-eared rabbit x paranoid, possessive [sweet] tyrant
8 450

