《[C] Putera Kayangan》Bab 49 : Mimpi
Advertisement
Cahaya matahari yang memancar terang dari sebalik langsir membuatkan aku terjaga dari lenaku. Aku menggeliat kecil sebelum duduk bersandar pada kepala katil.
Mataku ditenyeh-tenyeh beberapa kali lalu sekeliling bilik ini menjadi pemerhatian aku. Tubuhku sedikit menggigil kesejukan saat angin dari pendingin hawa menyapa kulit badan aku. Baru aku sedar yang aku tidak mengenakan baju sebaliknya hanya berseluar panjang.
Dalam beberapa minit aku termenung, tekak aku tiba-tiba sahaja terasa loya yang amat sangat. Pantas aku turun dari katil dan berlari ke arah tandas. Segala isi perut aku dikeluarkan sebaik sahaja tiba di situ.
"Haih..." aku mengeluh kecil. Muntah adalah sesuatu yang paling aku benci. Sakit, penat. Semua ada.
Usai berkumur, aku pun keluar dari tandas. Kaki aku melangkah laju keluar dari bilik apabila deria bau ku menangkap bau harum masakan dari dapur. Tak semena-mena, perut aku berkeroncong hebat diminta untuk diisi.
Dalam perjalanan aku ke dapur, aku mengamati setiap sudut yang ada di dalam rumah ini. Rumah ini sudah dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan. Nampaknya aku dah lama tinggal di sini.
Bunyi sudip dan periuk yang jalin berlaga mematikan lamunan ku. Aku berlari anak ke arah dapur. Bibir pucatku automatik tersenyum lebar apabila melihat belakang tubuh seorang gadis yang sedang fokus memasak.
Nampaknya dia langsung tak sedar akan kehadiran aku. Hal ini membuatkan aku mendapat satu idea. Senyuman lebar aku tadi telah bertukar menjadi senyuman nakal.
"Sayang," tangan kekarku menjalar pada pinggang si gadis tanpa amaran. Aku tergelak kecil apabila perut ku menjadi habuannya, sakit juga kena siku.
"Garanglah dia ni," ujarku lembut. Aku semakin mengeratkan pelukanku tadi. Bau haruman bunga rose menusuk masuk ke dalam rongga hidungku. Dengan serta-merta rasa loyaku tadi hilang.
Aku rasa tenang sangat sekarang ni. Bahunya yang sedikit terdedah aku cium dengan lembut. Aku rasa macam tak mahu lepaskan tubuh ni.
Panggilan dari si gadis aku abaikan. Sebaliknya, aku semakin mengeratkan lagi pelukan.
Mata aku jatuh memandang nasi yang sedang digoreng gadis ini. Tapi apa yang lebih menarik perhatianku adalah perut dia yang sedikit membuncit.
Dia mengandung?
Tiba-tiba aku terasa panas. Badan aku mengeluarkan peluh dengan banyak. Tubuh gadis tadi terpaksa aku lepaskan. Tumpuanku sekarang beralih pada badan aku yang terasa panas ni.
Ya Allah. Kenapa ni? Kenapa aku rasa panas? Ajal aku dah tiba ke? Tapi aku tak sempat lagi nak tengok anak aku dilahirkan.
Ya Allah, tolong. Aku panas.
Ya Allah, panasnya.
"AAA PANASNYA!"
Mata aku terbuka luas. Jantung aku berdegup kencang. Eh? Mana pula aku sekarang ni? Bukan tadi aku dekat rumah batu? Kenapa pula ada katil banyak-banyak ni?
Oh lupa, aku bermalam di asrama Madrasah Al-Furqan. Nampaknya, hanya aku seorang yang masih belum bangun. Ya lain semua dah pergi ke kelas mereka. Mungkin. Ah kesah apa aku? Aku bukannya murid kena bangun awal.
Tapi... Ish. Siapa yang tutup kipas ni? Mati-mati aku ingat dah kena azab tadi. Haih.
Advertisement
"Nak kena tutup kipas dulu baru reti nak bangun ya, Aydin? Best kena azab?" Encik Zahrain atau ayah aku tersenyum sinis kepadaku. Dia beredar setelah mengarahkan aku untuk mandi.
"Cis... Mimpi ke? Aku ingat betul tadi. Tapi, siapa perempuan tu?" Aku termenung sendiri.
"AYDIN ZAYAAN. PERGI MANDI!"
"okay pa! Kejap!" tergopoh-gapah aku pergi mandi. Ini kalau aku teruskan termenung aku tadi, arwah terus beb.
×××××
"Wey, kau nak tahu sesuatu tak?"
"Apa?"
Farah yang sedang mengajar kanak-kanak perempuan menulis tulisan khat itu langsung tidak menoleh ke arah Aydin. Mata dia fokus pada kertas agar tiada kecomotan berlaku.
"Esok birthday dia," kata Aydin. Dia bersandar pada salah satu tiang pondok kayu. Matanya memandang langit yang membiru cantik.
Pantas Farah menoleh kepala. Dia? Siapa dia? Aydin dah ada pengganti ke?
"Siapa dia?"
Aydin berdecit, "Anayra lah," jawabnya malas.
"Ouh, kau tak ada beli hadiah apa-apa ke?" soal Farah. Matanya kembali memandang kertas dia atas meja.
"Aku ada beli sebenarnya. Aku belikan dia teddy bear. Tapi, yelah. Aku kan dah putus dengan dia. So, aku bagi dekat anak sedara aku,"
Farah mendiamkan diri. Dia sibuk melayan telatah pelajar perempuan yang berhimpun di hadapannya. Kagum sungguh mereka melihat hasil tangan gadis 20an itu.
Aydin mengeluh. Dia memandang kanak-kanak perempuan tu semua dengan pandangan tidak berpuas hai. Ingatkan boleh berborak dengan rakan karibnya itu. Tapi nampaknya rakannya itu dirampas pula.
Lihat gadis itu langsung tidak melayannya. Dia pun mula melangkah. Ingin membawa diri.
"Kalau Anayra datang cari kau dan ajak kau untuk jalinkan hubungan semula. Apa kau buat?"
Serta-merta langkah Aydin terhenti. Gadis tu datang mencarinya? Mengarut. Dia dah lukakan hati gadis tu. Mustahil gadia itu akan datang kepadanya semula.
"Mustahil lah Farah,"
"Aku cakap 'kalau'," Farah menekan perkataan 'kalau' itu.
Aydin mengeluh, "kalau dia datang. Aku akan buat macam sebelum ni. Macam tak ada apa yang jadi,"
Farah tersenyum. Dia teruja.
"Kau akan layan dia macam dulu dulu korang bercinta?"
"Aku akan layan dia macam di awal perkenalan. Like stranger."
Aydin melangkah pergi. Panggilan Farah dan kanak kanak perempuan yang membantu Farah memanggil dirinya itu langsung dia tidak ambil peduli.
"Ish! Dia buat salah. Lepas tu dia yang nak hukum orang. Bodoh ke?" desis Farah.
×××××
"Aydin!" Teriak Farah dari jauh.
Aydin yang sedang menikmati pemandangan indah sawah padi itu berdecit. Sibuk je perempuan tu. Dia siap suruh gadis tu berdiri 5 meter jauh dari dia.
"Kau nak bebel lagi ke? Tak puas lagi ceramah aku?" matanya dikerling ke kiri. Melihat gadis itu duduk di kerusi kayu buatan ayah gadia itu, Ustaz Farhan.
"Yes, aku nak bebel. Apa maksud kau yang kau nak layan Nayra macam stranger? Kenapa kau tak perbaiki je hubungan dengan dia?"
Advertisement
"Tak, kau tanya ni macam yang Nayra tu nak datang ke sini ni, kenapa? Aku malu dengan dia. Aku malu dengan diri aku sendiri sebab buat dia macam tu,"
Farah hanya diam. Dia memandang sawah padi dihadapannya. Aydin juga diam. Malas nak bersuara.
"Kalau kau kena tangkap basah dengan dia then kena paksa kawin. Kau terima tak?" seloroh Farah.
Terkejut Aydin. Soalan apa yang gadis tu berikan? Tangkap basah? Mana mungkin dia akan kena tangkap basah dengan Anayra tu.
Tapi, siapa je tak nak kawin free? ehek.
Astagfirullahaladzim...
"Soalan apa kau bagi ni Farah? Ingat Nayra tu perempuan murah ke?"
"Bukan tu yang aku maksudkan. Baiklah, biar aku jujur! Aku dengan Nayra selalu berhubung and dia kata dia nak datang sini. But bila tu aku tak tahu,"
Terbutang mata Aydin. Anayra nak datang sini? Gelabah dibuatnya. Dia mula tak senang duduk.
"Eh kau dah kenapa macam cacing kepanasan ni?" soal Farah. Pening kepala dia tengok Aydin ke hulu hilir sambil menggigit jari.
"A-aku tak sedia lagi nak jumpa dia. Apa patut aku buat kalau aku jumpa dia? Palau dia? Buat macam biasa? Peluk dia? Haih, gila apa nak peluk," Aydin ke hulu hilir bercakap seorang diri.
Farah tersenyum sinis. Tadi bukan main kata nak layan macam stranger. Bila dengar gadis pujaan hati tu betul betul nak datang ke sini terus gelabah tak tentu hala.
"Ha, gelabah! Gelabah!"
"Eee diam lah! Kenapa kau bagitahu aku ada dekat sini? Kenapa kau tak halang dia datang ke sini? Arghh!! Apa aku nak buat ni?" Aydin kusutkan rambutnya.
Patut tak dia lari balik ke Kuala Lumpur? Tapi dia dah janji untuk pimpin kelas mengaji lagi dua minggu. Lepas tu baru balik ke Kuala Lumpur.
OTTOKE?!
"Relax lah, Din. Kau kata nak layan dia macam stranger. Buat jelah," kata Farah selamba.
"No! Aku tak sanggup. Tadi aku gurau je sebab..."
"Sebab kau ingat Nayra tak akan datang sini cari kau? Dude. She loves you so much. Untunglah ada orang kejar kau even kau dah sakitkan hati dia. Kalau aku, memang tak dah aku nak buat U-turn,"
Aydin hanya diam. Tahu sangat dah dengan Farah tu. Mesti Aiman lagi. Kata dah move on tapi acah lah kawan dia tu.
Huh, masing masing tak reti move on.
"Kalau dia datang sini. Dia duduk hotel ke?" soal Aydin.
"Dia duduk rumah aku. Dia kata kalau dia dah gerak dia bagitahu. Ni dia tak bagitahu apa-apa. So tak ada lagi lah tu," Farah cuba menangkan Aydin yang sedang kusut tu.
Aydin mengangguk beberapa kali.
"Ha... Aydin. Mama suruh aku cakap dekat kau yang malam ni ada makan makan dekat rumah kau dengan family aku,"
Aydin menoleh ke Farah dengan wajah pelik. Farah pula hanya terkebil-kebil di situ.
"Kenapa mama tak bagitahu aku terus je?"
"Dah kau off telefon! Nak tanya tu pakai otak sikit! Kau pun duduk asrama tu. Macam takde rumah je. Sian mama kau tu rindu kau separuh mati,"
"Yeke?" bersinar-sinar mata Aydin.
"Haah... Dah. Gi balik! Malam ni make sure kau balik. Kalau tak, bapak aku sunat kau lagi sekali. Aku pun esok datang awal sebab nak tolong mama kau masak,"
Aydin pandang Farah atas bawah dna beredar dari situ. Berbunga-bunga hati dia dengar mama dia rindu dia ehek. Yelah selama ni dia duduk dekat asrama je. Tujuan? Supaya tak memakan masa dia nak pergi ke Madrasah Al-Furqan tu.
Mama! Aydin on the way ni!
ehek.
×××××
Habis saja kelas mengaji, Aydin pun bergegas ke asrama. Semua bajunya disumbat ke dalam beg galasnya. Tak ada masa dah nak lipat. Dalam otak dia nak terus balik peluk mama tercintanya tu.
"Daddy Ayan nak pergi mana?"
"Haah... Abang Ayan nak pergi mana? Nak balik KL dah ke?"
Anak-anak soleh itu mula kerumun Aydin Zayaan yang sedang memijak semua bajunya agar masuk ke dalam beg.
"Taklah, nak balik rumah je,"
"Rumah ninda?"
Aydin mengangguk.
"Ouh... Jadi esok Daddy Ayan masih datang sini kan?" Adam yang berusia 8 tahun itu memegang hujung baju Aydin.
Aydin tersenyum kecil.
"Ye... Daddy Ayan datang esok,"
"Yeay!! Okay!"
Aydin hanya tersenyum. Siap kemas semua barangannya. Dia pun bergegas ke garaj.
"Wah... Lama dah girlfriend Ayan ni tak jalan jalan kan? Sian dia dah berbulan-bulan duduk dalam ni," dia membelai keretanya seakan kereta itu seekor kucing.
"Let's go!"
×××××
Aydin melangkah masuk ke dalam rumah. Dia masuk ke dalam bilik terlebih dahulu untuk meletakkan beg dia yang berat nak mati tu.
Usai simpan begnya. Dia pun berlari anak ke dapur dengan nyanyian yang kedengaran samar samar. Senang hatinya melihat mamanya sedang mencuci kuali yang baru saja siap digunakan.
Oleh kerana mereka akan mengadakan makan malam bersama keluarga Ustaz Farhan hari ni, jadi mamanya mengenakan tudung bawak walaupun di dalam rumah sendiri. Yelah, mesti papanya dan Ustaz Farhan akan berlegar-legar dalam rumah ni.
Tapi Mak Liya tak nampak pula dimana keberadaannya. Hurm... Dekat luar kut.
Melihat kehadirannya tidak disedari oleh wanita tua itu. Dia tersenyum nakal setelah mendapat satu akal. Dia menghampiri wanita bertudung itu dengan perlahan-lahan.
Tanpa membuang masa, Aydin memeluk wanita itu dari belakang. Terhinjut bahu mamanya itu akibat terkejut.
"Aydin rindu mama!"
Aydin mengeratkan pelukannya. Dagunya diletakkan di bahu mamanya. Wanita itu hanya kaku tak membuat apa apa. Dia terkejut. Bau wangian rose menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan dia terbuai untuk seketika. Pelukan pada pinggang mamanya semakin dieratkan.
"Miss you~" ujar Aydin dengan nada manjanya.
"Astagfirullahaladzim... AYDIN ZAYAAN!"
Aydin menoleh, "papa?"
bersambung
APA JADI?!
SIAPA PEREMPUAN DALAM MIMPI TU?!
KENAPA ENCIK ZAHRAIN JERIT?!
AYOKKKKKKKK
🥸
maaf kalau ada typo.. ✌️✌️
Advertisement
- In Serial35 Chapters
MC's Viking Warriors- Mouse #2
Since high school, Elle has been in a toxic relationship with a psychologically damaging man, who belittles her every move from her weight to her interests. So even when she finally builds up the strength to leave him, his voice stays prominent in her mind. Every waking moment is spent at the gym, dieting and feeling hopeless. Then Mouse appears, teaching a self defence class at her gym. Immediately, his heart is drawn to the gaunt, quiet girl at the back who refuses to make eye contact. But getting Elle to open up and trust him is going to take every ounce of goodness in his heart.
8 270 - In Serial109 Chapters
Unfortunately, I'm an Evil Villainess
I was Lady Valentina Avington, the beautiful, wicked, and narcissistic villainess of a novel. When I recalled memories of my past life, I decided I wanted everything the heroine had. Using my knowledge of the future, I became a fake saint, the successor to my house, the future queen, and won over the male leads. When the novel began, all I had to do was dispose of the female lead. Yet nothing was as it seemed, and before I knew it, my perfect facade fell to pieces. “You’re not who I thought you were.” “I despise you, Sister.” “It’s revolting to even look at you.” Call it ambition or greed, I would get what I wanted, by any means necessary. No matter the cost, I would definitely win. No need to like me, I have no excuses. Will you be cheering for my downfall, like the rest of them? *** Updates every Wednesday and Friday at 10:00 PM EST.Join my discord server to read one chapter ahead: https://discord.gg/WfQAjG3JQxBecome a patron and read a few more chapters ahead: https://ko-fi.com/lyharbour
8 423 - In Serial22 Chapters
Someone to love(student/teacher)
Lisa and Camile never thought that they would fall for teachers but when they do they fall hard. Lisa ends up pregnant with her teacher's twins. Take a journey through there hardships and their relationship. This is book 1. I will have another story that is Camile and Jakes story. Better than the summary.
8 231 - In Serial22 Chapters
I Will Become A Proper Villainess (DROP)
The princess died because of a successful assassination yet she wakes up in one of the recent novel she read before dying.A Cliche story of a Main Character who was forced to remarry a woman he doesn't love. He has a son who was maltreated by his own wife. After he forcefully divorced his wife, he remarried for the third time and this time it is for love. This new wife does her best to win the child's heart and though they face trials and contempt. Their love strenghten and they live a happy life.The Princess reincarnated as the step mom.In short, she is the stepping stone.The ugly selfish woman who will make the Heroine shines brighter in comparison.But as a former princess she can't accept the villainess inelegant ways.She will be as elegant and as beautiful as she always does and then become the best Villainess without any kind of blemish and divorce elegantly.Or so she thinks....●●My original work●●
8 156 - In Serial41 Chapters
His Belleza
Book 1 of the [His Everything] series.Amélie Levine Beaumont is the - first female - heir to the French Mafia (the second largest and most powerful mafia in the world). After her mother's unexpected death, Amélie hasn't been the same, and neither has her father. In hopes of making her parents proud, Amélie has been determined to prove her worth of becoming the next mafia leader, to her father, by becoming the world renowned assassin "La mère de la mort" [The Mother of Death]. However, when she is deemed as an unworthy disappointment by her father, who will she seek comfort and reassurance from? Who will help heal the scars that mark her heart? Romeo Angelo Basilio is the leader of the Italian Mafia (the largest and most powerful mafia there is). He is known as the most incomprehensible, cold-hearted killer, who shows no mercy nor love except to his sisters. When Romeo's mother died (when he was 13) at the hands of his father, Romeo swore that he'd never let anyone love him if love was as tragic as his parents made it seem to be. Without his mother or an acceptable father figure, Romeo had to step-up and become the leading father figure in his four younger sister's lives. But when he feels as though he is a worthless entity, who will he seek comfort and reassurance from? Who will help heal the scars that mark his heart?Will an arranged marriage be the answer to all their problems?Will they find love through this arrangement?Will they help each other heal from their past?Will contain:-Smut-Mentions death-Mentions abuse-Mentions rape Started : 11/07/2022Finished: /#1 in Assassin (8/8/22)#2 in Donna (16/10/22)
8 206 - In Serial26 Chapters
chaotic (Persian translation)
When our dance floor is the earth then i will never leave this devil music.🖤❤️تا وقتي كه زمين رقصمون, جهان باشه من هيچ وقت اين آهنگ شيطاني رو ترك نميكنم.
8 95

