《[C] Putera Kayangan》Bab 46 : Tiga Sekawan
Advertisement
Bunyi tapak kaki menghentam lantai hotel mewah Dynasty Court Hotel kedengaran kuat. Gadis itu mengatur langkahnya dengan tertib ke arah bilik presiden hotel mewah itu diikuti dua orang lagi rakannya dari belakang. Setiap pekerja yang selisih dengan gadis itu akan memberikan tunduk hormat saat berselisih.
"Pergh... Macam tuan puteri siot. Dari awal masuk sampai nak dekat pejabat abang dia, semua orang beri tunduk hormat," bisik Zihan, seorang lelaki berbangsa Cina yang tinggi lampai.
"Yelah... Anak Tan Sri Yusuf kan? Abang dia presiden hotel ni pula tu. Maklumlah Puan Muda," ujar Huda bersahaja.
"Eh... Apa Puan Muda? I tak kawin lagi okay!" bentak Maya sambil menjeling rakannya. Usai itu, dia meneruskan langkah kembali.
"Tengok... Kan princess dah marah,"
Huda menggulingkan mata sebelum ikut langkah Zihan dan Maya yang telah meninggalkan dia dibelakang.
Aku sumbat lolipop dalam mulut korang nanti baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Bisik hatinya geram. Lolipop yang tadinya berada di pipi kanan ditolak ke pipi kiri.
BAM!
Presiden hotel mewah bertaraf antarabangsa itu terkejut tatkala pintu pejabatnya ditendang dari luar. Habis hilang fokusnya pada komputer. Matanya memandang gerangan yang melangkah masuk ke dalam ruang pejabatnya heran.
"Maysarah? Kenapa datang sini? Maya tak kerja- aduh aduh!"
Tergapai-gapai tangan Amir di udara seraya melindungi diri daripada libasan beg Gucci berwarna kuning terang milik adik perempuannya. Beg tangan gadis itu berjaya dirampasnya dan dicampak jauh dari mereka.
"Brother memang nak kenakan?" Nada suara Maya sedikit ditinggikan dan tatapan tajam dihadiahkan pada abangnya. Dia masih tak berputus asa. Walaupun begnya sudah dicampak jauh, dia masih ada sepasang tangan yang cukup sifat dengan 5 jari pada setiap belah. Tangan itu dimanfaatkan dengan menarik telinga dan rambut abangnya yang telah disusun rapi.
Habis serabai lelaki segak tu jadinya.
"Go Maya, Go!"
"Maysarah! Kau dah kenapa? Kena rasuk hantu ke?" panas hati Amir melihat kawan-kawan adiknya bersorak, memberi semangat pada adiknya.
"Brother tu yang kena rasuk! Suka-suka je nak hancurkan rumah tangga orang! Rumah tangga kawan baru sister you yang comel ni pula tu!" Maya mencebik. Muka dia masam mencuka.
"Oh my sister, kawan kau tu baru tunang. Bukan kawin lagi. Siapa suruh dia reject aku? Then, si playboy tu. Semua yang aku nak dia dapat. Huh! Menyampah," ujar Amir bersahaja. Ucapan lelaki itu mengundang rasa marah dalam hati Huda dan Zihan yang turut ada di situ.
Walaupun mereka baru berkenalan dengan Anayra Zaara tu, tapi rasa sayang sebagai kawan sudahpun mula wujud. Lagi satu, siapa je tak marah kalau ada orang merosakkan hubungan orang lain? Nak pula yang dah hampir nak naik pelamin, nak bina masjid mereka.
Nabi Muhammad pun tak mengaku umat tau!
"Tapi dorang dah hampir kahwin! Mesti brother yang hasut Anayra's brother kan? Eee!!" Tangannya kembali memukul-mukul abangnya dengan rasa geram.
"Eee! Sudahlah gila!" Maya tersentak. Gila dia panggil aku?
"Keluar sekarang!" Bentak Amir. Beberapa orang guard masuk ke dalam pejabat Amir. Laju saja langkah Huda dan Zihan keluar dari bilik tu. Risau juga nanti kalau tular, mana nak letak muka?
Advertisement
Namun, Maya tidak berganjak dari situ. Muka dia bengis membuatkan beberapa lelaki sado berpakaian hitam tadi takut untuk mendekati gadis itu. Dengan sekali arahan, mereka berpusu-pusu keluar.
Mereka dah kenal sangat dengan sikap anak perempuan Tan Sri Yusuf tu. Dengan itu, menjauhi dia ketika dia sedang marah adalah keputusan yang tepat.
"Dasar... Harap je sado tapi penakut," mata Maya beralih tepat pada abangnya Amir. Lelaki yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek itu terasa gerun tetapi disorok dengan baik.
"Amiruddin Hanim, aku nak kau mintak maaf pada Aydin dan aku nak kau betulkan semula segala penipuan yang kau dah ceritakan kepada abang Anayra," Amir buat endah tak endah. Kaki lelaki itu melangkah untuk pergi dari situ. Tapi dia dihalang oleh adiknya, Maya.
Amir hanya mendiamkan diri. Sedaya upaya dia menenangkan dirinya. Maya ber-kau-aku? Itu bukan pertanda baik.
"Kau tau aku siapa kan? Kau tau aku anak buah siapa?" Maya melangkah mendekati Amir yang semakin menjauhkan diri darinya. Muka lelaki itu menjadi pucat lesi mengenangkan siapa adiknya yang sebenar.
"Aku boleh buat apa je aku nak, Amir." bisik gadis itu menyeringai. Amir dah tak keruan. Dia takut!
"Arahan aku mudah Amir. Betulkan semua keadaan ni dengan berkata jujur. Mintak maaf pada Aydin dan Anayra serta abang dia. Insaf dan mulakan hidup baru kau. Bunga bukan sekuntum wahai Encik Presiden," tali leher pewaris hotel mewah bertaraf antarabangsa itu dibetulkan.
Amir menelan air liur kesan. Maya tersenyum lebar dan beredar. Sampai di pintu keluar, gadis itu memalingkan wajahnya ke arah Amir. Wajah lelaki itu dipandang dengan wajah tiada perasaan.
Amir memberanikan diri untuk bertentang mata dengan adik perempuannya. Kening kanannya dijungkitkan.
"Kalau kau turuti arahan aku. Tahulah nasib kau nanti."
"Kejap!" Huda berselisih dengan Maya yang ingin keluar. Manakala Zihan dah raup kasar wajahnya.
Kenapalah dia ditakdirkan berkawan dengan dua orang perempuan masuk air? Ini baru Maya dan Huda. Belum masuk Farah. Seksa wey...
"You nak buat apa?" soal Maya pelik melihat Huda yang melangkah masuk bersama lolipop yang berada di dalam mulutnya.
Soalan Maya bagaikan angin lalu sahaja pada Huda. Kaki gadis itu masih melangkah menghampiri Amir yang sedang sama pelik dengan adik perempuannya.
"Baik kau mintak maaf dekat Aydin dan Anayra. Atau aku akan pastikan muka kacak kau ni jadi buruk macam hantu!" Terbeliak mata Amir mendengar desakan Huda.
Tak sangka kawan adik dia pun sama-sama naik je dengan dia.
"Tapi-"
"Shh... Aku ada bagi kau izin untuk bercakap ke? Hm? Tak ada kan? Dengar sini Amir, engkau dah besar. Dah tua bangka. Apa yang kau buat ni, kau akan dapat semula. Kalau bukan pada kau sekali pun, tak mustahil akan berlaku pada anak kau nanti atau pun adik kau, Maya,"
"Eh! I pulak!" Maya menjeling. Sesuka hati je petik nama dia.
"Tolong eh... Jaga attitude kau Amir. Kau sekarang sedang tinggi melangit. Tapi itu bukan jaminan kau boleh pijak orang yang berada dibawah kau. Apa pun pangkat kau. Sultan ke, pedana menteri ke. Ingat, kau masih seorang hamba. Hamba kepada sang pencipta, Allah SWT. Semua benda kau dapat sekarang semua daripada Dia. Bila-bila masa sahaja kau boleh jatuh tersungkur, Amir. Be careful,"
Advertisement
Amir hanya diam. Dia mati akal untuk melawan das-das tembakan daripada Huda.
"So, be a good boy okay?" Huda tersenyum sinis. Lolipop dikeluarkan dari mulutnya dan dihulurkan kepada Amir.
Lambat-lambat lolipop itu berpindah jangan jua. Amir pelik. Dia cuba menanyakan soalan. Belum sempat soalan itu meluncur keluar dark celahan bibirnya,
CHUP!
"Habiskan okay?" Huda keluar dari pejabat Amir dengan wajah tidak bersalah selepas dah menyumbat lolipop ke dalam mulut lelaki tu. Zihan dan Maya dah terkebil-kebil. Dengan pantas mereka meninggalkan pejabat Amir.
Amir dah menjadi patung di situ. Dia terpaku, terkelu.
×××××
"Eee... Geram je aku tau! Kalau boleh aku nak penyet-penyet je dia tu!"
"Cakap je lebih tapi tak buat pun," terbeliak mata Huda memandang lelaki berbangsa Cina yang sedang asyik menikmati pemandangan di Taman Titiwangsa. Mereka bertiga ke sana untuk berjoging.
"Eh kau! Nak cari gaduh dengan aku ke ha?!" mereka mula saling tampar menampar menggunakan siku masing-masing. Maya yang berada di tengah mereka berasa rimas. Habis ditolaknya dua-dua.
"Uollz ni boleh tak jangan gaduh dekat sini? Dahlah pagi tadi I dah sakit kepala dengan abang I, petang ni dengan you guys berdua pula... Ish!" automatik Zihan dan Huda duduk diam. Masing-masing diam tidak berkutik.
Satu
Dua
Tiga
"Asal diam?!" sergah Maya tiba-tiba mengundang rasa tidak puas hati Zihan dan Huda. Perempuan ni nak apa?!
"Tadi suruh diam!" ujar Huda dan Zihan serentak. Turun naik dada masing-masing menahan amarah.
"Hehe... Sorrylah... Korang ni garang sangatlah," ujar Maya sambil tersipu-sipu saat dirinya menerima renungan maut dari Zihan dan Huda.
"Menyampah aku. Ni, budak ketot sorang tu mana? Bukan joging joging ni kegemaran dia ke? Kalau boleh setiap hari mesti joging sini. Ha mana dia?" soal Zihan dengan suara garaunya.
"Kau maksudkan Farah ke? Hurm... Aku pun tak pasti. Maya, kau kan selalu mesej dengan dia. Mana dia?" soal Huda pula. Tumpuan mereka berada pada Maya.
"Ha ini sorang lagi I lupa nak cerita. Farah, dia dah balik kampung-,"
"Balik kampung?! Kedah? Seorang diri?!"
"Yeee..." jawab Huda dan Zihan serentak.
"Semuanya sebab crush si Farah tu. Apa nama dia? Man man tah lah apa nama dia sakit hati aku. Eee... Farah tu cantik apa? Cuma pendek je! Punyalah dia suka sampai sanggup beli semua benda warna ungu," bebel Huda sambil menyepak batu yang ada di hadapannya.
"Eee... Kedah tu dah lah jauh! Farah mana ada kereta. Lesen kereta pun tak ada. Bahaya tau tak naik bas sorang sorang! Cubalah ajak aku ni halah," Zihan hanya mendiamkan diri. Malas betul dia nak layan dia perempuan tu membawang.
"Itulahtu... Eee tah apalah suka sangat dekat lelaki tu. Kulit putih, rambut sikat tepi, mata elok terletak. Pasti ada misai nipis. Ish... Sempurna tapi tak bagus!" kutuk Huda.
"Ha you Zihan, diam je dari tadi!" wajah Zihan yang berkerut seribu itu dipandangnya penuh minat. Lelaki itu sedang memandang ke arah lain.
"Tu ke lelaki yang korang maksudkan tadi?" jari telunjuk tangan Zihan lurus menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang fokus memilih aiskrim pada uncle yang menjual aiskrim dalam tong yang melekat pada motornya.
"Ya! Dia lah! Amboi sedapnya dia boleh makan aiskrim lagi masa-masa macam ni!" belum sempat Maya dan Zihan ingin menghalang, gadis itu terlebih dahulu menapak ke arah Aiman.
"Huda!" ujar Maya separuh berbisik tatkala gadis itu hampir saja memukul Aiman dari belakang. Di tariknya hingga ke belakang pokok untuk menyembunyikan diri.
"You gila ke? Nak cari fasal dekat tempat awam?" membulat maya Maya memandang Huda yang hanya bersahaja dengan lolipopnya di dalam mulut. Ini kalau terodok sedap juga.
Huda menggulingkan matanya. Menyampah.
"Dah... Jomlah jogging. Kata nak jogging tapi membawang je lebih," ujar Zihan yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
Maya dan Huda menuruti sahaja. Tapi apabila Zihan dan Maya sudah pun lepas ke hadapan.
PAP!
"Aduh!" Aiman mengaduh sakit apabila terasa ada sesuatu yang keras menghentam tempurung kepalanya. Nak sapu kepala tak boleh kerana. Kedua-dua tangannya ada aiskrim.
Maya dan Zihan yang mendengar itu toleh kebelakang. Kelibat Huda sudah pun hilang, tetapi ada satu pokok itu bergoyang sederhana kuat.
Huh! Mesti minah tu yang baling! Bisik hati Maya.
"Oh intan payung ku, sudikah dikau menjadi bidadari syurga kekanda?"
Maya terkebil-kebil melihat Zihan yang tiba-tiba melutut dihadapannya. Siap berkanda-kanda lagi. Secara tak langsung, perkara itu menyebabkan ramai orang tertumpu kepada mereka.
Melihat isyarat mata Zihan. Maya faham akan perkara yang ingin disampaikan oleh Zihan. Nampaknya Aiman sedang memandang mereka tajam. Mungkin mengesyaki mereka berdua.
"Oh kekanda, sudah tentulah adinda setuju,"
Sorakan orang ramai mula memenuhi segenap ruang yang ada disitu. Orang mula berkerumun melihat mereka. Aiman tertolak ke belakang tanpa sengaja oleh mereka yang ingin melihat pasangan 'bercinta' tadi.
"Abang!" Belum sempat Aiman ingin mencelah, langkah terhenti tatkala mendengar suara Aima.
"Ye... Aima nak apa?" soal Aiman lembut. Terus dia lupa akan dendamnya tadi setelah melihat wajah penat Aima.
"Aima nak balik. Lapar," Aiman tersenyum kecil. Aiskrim tadi dihulurkan kepada gadis itu. Bukan main seronok Aima apabila mendapat aiskrim. Mereka pun beredar dari situ.
Apabila semua orang mula bersuraidan menyambung aktiviti mereka tadi, Huda keluar dari tempat persembunyiannya.
"Uuu... Kekanda adinda,"
"Eee... Diamlah!" serentak Maya dan Zihan. Muka Maya dan Zihan masing-masing memerah membuatkan Huda tergelak.
"Eh... Oh my god! KORANG DAH TUNANG TANPA SENGAJA!" Huda menjerit teruja. Makin memerah muka Maya. Laju saja kakinya melangkah mengejar Huda yang sedang asyik mengejek dia.
Zihan pula hanya melihat telatah kawannya tu. Dalam diam, dia mengukir senyuman manis. Teringatkan moment kali pertama dia bertemu dengan Maya.
"Yang pelik pelik je."
Bersambung
ehek akhirnya siap jugak 🤌
Enjoy ehek
Advertisement
- In Serial40 Chapters
A Challenge To An Arranged Marriage
"Ian? Please. Why are you not answering me?" Lisa shouted raising her voice to probably gain his attention."You want to know the truth?" Ian replied shifting his head away from the painting to look directly at her, staring into her eyes. While he started taking small steps in her direction."You really want to know why we are here." He asked again still moving forward. His voice was deep and hoarse and the way he was looking at her, made her take some steps back that was until her back hit the wall. Without saying anything he leaned forward placing both of his arms around her so that she was now trapped between him and the wall. He moved his face forward directly in front of her.Lisa could feel his hot breathe on her neck as he bent forward to place his mouth on her neck, placing a tender kiss there. Lisa took a large gulp of air trying to control the tingles, she was feeling down there."I was jealous, Lisa," He breathed out in her ears placing yet another kiss just below her earlobe. "I was jealous when you took hold of Cole's hand. I was jealous when you let that piece of shit place his hands on you. I was jealous when you danced with him. I was jealous, Lisa, very jealous." He continued as he removed his mouth from her neck, leaning forward to stare directly into her eyes."So let me tell you the truth. I am a very possessive man, Lisa and I don't share what's mine. And when it comes to you I certainly can't control myself." He concluded as he closed the gap and placed his lips on her.
8 288 - In Serial24 Chapters
STITCHES
"Why are you doing this?" Azrael questions, making me sigh as I look at the door, where I see Serena gesturing me to run."Because bad girls don't get stitches." I answer, glancing at him before I begin to run to the door, hoping to not get caught. ~Vivian, a twenty year old, is forced to work with Azrael, a man she despises with her whole heart.She has always been told to think with her head, and to never follow what her heart says. Cause it will be end of her if she does.Azrael is a mafia leader. He is a bit cocky, and a little more ruthless.
8 74 - In Serial54 Chapters
Once Upon A Mr. Goody Two Shoes
Aashi Singhania. Stubborn, strong and obsessed with winning is dejected when she doesn't earn her coveted promotion at work, and angry at the guy who stole it from under her nose. She's determined to hate the new transfer from Kolkata, but is surprised to meet the polite brown-head possessing the most tantalizing hazel eyes she had ever laid her eyes on.In the battle that follows between the head-strong sassy Marwari lady and the charming Bengali gentleman, laughter and friendship is bound to bloom. But will it also lead to blooming of roses in a sea of sarcastic thorns? What will happen when hidden motives and poignant past unfolds? Set in the capital city of India, Delhi, this story will bring out a myriad dimensions of humor, passion, attraction and realizations.---------------------Co-authored by @Irockdude and @Tanayatge
8 194 - In Serial30 Chapters
Keeping His Secret
"We're just two people thrown together through the bond of knowing one another's secrets."Mia and Noah couldn't be any more different. When a change in circumstances has Mia transferring from her private school to a public one, she couldn't fit in any less even if she tried. The kids at Bell View know that money is an invisible line that separates two worlds, so it's not surprising that Noah called her a spoilt little brat on her first day. But what happens when she accidentally finds out his biggest secret, will she tell everybody just to get back at him or are there bigger things at stake other than his rude personality?
8 126 - In Serial47 Chapters
Allure.
Savannah had everything she had ever wanted.She had just graduated law school, been offered an associates position and had the most amazing friends she could wish for. Her life was perfect.... Until she meet Ryker King.Ryker was not Savannah's type at all. He was a rough bad boy biker with a shady past but she couldn't help but be drawn to him.Will his allure keep Savannah's attention and will something grow from their intense attraction?
8 181 - In Serial38 Chapters
Secrets Kept
Arthit has a few secrets that he has been keeping for his whole college life. He is now a 3rd year and one of his secrets are about to appear to cause chaos. Or will they all come out? mpreg.
8 231

