《[C] Putera Kayangan》Bab 44 : Aiman & Kak Polis
Advertisement
Usai melaksanakan solat Subuh berjemaah dan mengaji kitab suci Al-Quran bersama adik perempuannya, Aiman pun kembali berbaring di atas katil.
Niatnya untuk melelapkan mata terbantut apabila notifikasi telefonnya berbunyi. Tangannya mencapai telefonnya itu dan punat on di tekan. Serta merta skrin telefon bimbitnya itu memancarkan cahaya.
you have 5 chat from Polis Cantik Bodoh.
"Apalah minah ni rajin betul nak chat aku hari hari. Tak cukup attention ke?" kata Aiman dengan nada menyampah.
Polis Cantik Bodoh
Morning! Dah bangun ke tu?
Maaf ganggu awak.. hehe...
Boleh tak kita jumpa dekat Taman Titiwangsa petang ni? Dalam pukul 2 petang macam tu.
Saya nak bagitahu awak perkara penting. Tak sesuai rasanya untuk bagitahu melalui telefon je.
Saya harap awak datang. Saya tunggu!
Aiman membiarkan saja mesej tu tergantung tidak berbalas. Kalau dibalas nanti, mesti gadis tu akan mesejnya lagi. Mencari peluang untuk berbual dengannya.
Telefonnya itu dicampak ke tepi. Lengannya diletak ke dahi dan memejamkan mata. Lama lama dia terlelap di katil empuknya.
×××××
Prangg!
"Allahuakhbar! Bunyi apa tu? orang pecah masuk ke apa? Aima!! Aima!"
Jantungnya berdegup kencang apabila dia langsung tidak menerima sahutan dari pemilik nama yang dia seru tadi. Pantas dia bangun dari katil dan berlari ke dapur apabila mendengar esakan seseorang.
Kelihatan Aima yang sedang duduk memeluk lutut menangis. Mata gadis itu melihat gelas kaca kegemaran abangnya yang sudah berderai di atas lantai.
"Ya Allah, Aima!"
Aima diam. Dia menunduk. Takut yang dia rasakan sekarang dah tak boleh dibendung. Sudahlah semalam dia pecahkan pinggan kegemaran lelaki tu saat lelaki itu tiada di rumah. Hari ini gelas kaca pula.
Satu set dia pecahkan!
"Haih, Aima ni!"
Aiman menerpa ke arah Aima yang masih duduk memeluk lutut dengan berhati-hati. Risau juga kalau dia terpijak kaca tu.
"Maaf abang ! Aima tak sengaja, hiks,"
"Ya Allah... Cengengnya Aima ni. Okay tak? Kau ada kena kaca ke? Asal duduk sini? Asal tak bla? Kalau kena kaca macam mana?" tanya Aiman bertubi-tubi. Aima diangkat.
Bukan angkat macam pengantin tu. Tapi dipikulnya pada bahu macam guni!
"Abang!!! Angkat elok elok!"
Aiman tak ambil peduli. Dengan berhati hati dia melangkah ke ruang tamu. Mujurlah dia tak terpijak serpihan kaca tu.
Aima di letakkan ke atas kerusi. Terhempas jugalah gadis itu.
"Eee... Tak gentleman langsung dia ni," gumamnya perlahan.
"Apa kau cakap?"
Aima menggelengkan kepala. Aiman duduk dia meja. Berhadapan dengan Aima.
"Now bagitahu aku macam mana gelas tu boleh pecah?"
Aima menarik nafas panjang.
"Aima lapar. Jadi Aima pun masaklah. Lepas tu Aima dah siap masak, Aima pun hidanglah. Lepas tu Aima nak buat air. Lepas tu, dah siap buat air. Aima ambiklah gelas untuk kira berdua. Lepas tu Aima ambik gelas kegemaran abang. Lepas tu tak tahulah apa masalah gelas tu dia nak jatuh. Jadi, gelas tu salah! Bukan Aima."
Advertisement
Aiman memicit dahinya. Matanya terpejam rapat. Ada-ada saja budak ni. Bukan dia tak tahu sikap Aima ni. Selagi dia boleh salahkan benda lain. Memang dia tak akan mengaku salah dia.
"Haih kau ni,"
Aima hanya tersengih. Aiman bangun untuk beredar ke dapur.
"Abang! Jangan lupa pukul 2 jumpa akak Farah,"
Langkah terhenti. Macam mana Aima tau yang Farah a.k.a Polis Cantik Bodoh tu nak berjumpa dengannya?
"Aku malas pergi," jawab Aiman ringkas. Aiman memekakkan telinganya saat Aima membebel.
Malas betul.
×××××
Gadis yang mengenakan baju kurung ungu gelap bercorakkan bunga duduk di salah satu bangku di Taman Titiwangsa. Hari ni dia memakai tudung bawal berwarna ungu cair. Kekok juga pada mulanya.
Yelah, dah lama dia tak bertudung. Sebelum cuba nasib jadi polis. Dia merupakan seorang pramugari. Tapi kes kapal terbang terhempas dan hilang membuatkan dia takut. Jadi dia berhenti menjadi seorang pramugari.
Ya... Itu hanyalah alasan semata-mata. Setidaknya, ayahnya tidak mengetahui hal sebenar. Risau juga kalau-kalau lelaki lanjut usia tu mengetahui hal sebenar. Memang dia tak dapat keluar dari Kedah nanti.
Kenapa dia pakai baju kurung? Sebab Aima memberitahunya yang Aiman suka dengan perempuan yang memakai baju kurung. Ungu gelap pula menjadi pilihan kerana semua orang tahu yang lelaki itu obses dengan warna ungu gelap.
Matanya dari tadi meliar ke kiri dan kanan. Dah nak masuk 15 minit dia tunggu. Tapi jangan kata batang hidung. Bayang bayang Aiman pun tiada.
Jalan sesak sangat kut, sebab tu dia lambat sampai. Tak apa. Kita tunggu. pujuk Farah pada dirinya sendiri agar bersabar.
30 minit berlalu.
Jangan kata batang hidung, bayang-bayang lelaki yang ditunggu-tunggunya itu pun tiada!
Keluhan kecik kedengaran dari gadis itu. Mungkin Aiman tak pernah menganggap diri Faeah itu penting dalam kehidupannya.
"Farah!"
Langkah Farah terhenti. Bibirnya menguntum senyuman. Dia kenal dengan suara tu. Suara lelaki yang tipunya tentang kecacatan dia tu.
Farah menoleh ke belakang. Aiman yang mengenakan hoodie ungu gelap itu ditatapnya. Rambutnya di sikat ke tepi. Namin ada beberapa jambul lelaki itu terjuntai ke bawah, menambahkan kekacakan lelaki itu.
"Saya ingat awak tak nak datang," ujar Farah.
Aiman melangkah mendekati Farah. Jarak antara mereka sekarang dalam 50 cm. Mulut lelaki itu bergerak-gerak mengunyah gula-gula getah perisa bawang yang dia beli.
Jangan tanya dekat mana dia beli. Dia tak akan jawab!
Dan jangan tanya rasanya. Asalkan ungu, dia makan dan telan saja.
Dah kata Aiman ni obses dengan ungu. Nasib pewangi Lavender dia tak telan. Kalau tak, memang tak wujud dah dia di depan Farah sekarang ni.
"Lambat datang. Jalan sesak eh?" tanya Farah. Cuba memecah kesunyian dan rasa kekok antara mereka.
"Sejujurnya. Aku malas nak datang. Tapi disebabkan kau ni kawan baik Aima. Aku datanglah juga. Tak larat aku nak dengar dia bebel. Tak sangka pula kau masih tunggu aku walaupun dah 30 minit. Tak rasa membazir ke?" soal Aiman dengan wajah selambanya.
Advertisement
"Untuk awak. 1 jam pun saya sanggup tunggu,"
"Tch. Dah tu? Tadi yang kau nak berambus tu apa? 1 jam konon," kata Aiman dengan lagak sinis.
Farah terdiam. Dia menundukkan kepalanya.
"Ni asal pakai baju kurung? Ungu pulak tu. Kau nak goda aku ke apa?"
Farah diam lagi.
"Oh! Patut lain! Kau pakai tudung. Dah kenapa pula pakai tudung, berbaju kurung bagai ni? Biasa pakai tak cukup kain je. Asal? Ajal nak sampai dah sebab tu insaf?" bibir Aiman mengukir senyuman sinis.
Farah masih menunduk tidak berkutik. Dia sedaya upaya menempis rasa pedih dalam hatinya.
"Kau ni dah kenapa tunduk je dari tadi? Muka aku ada atas lantai tu ke? Haa... Ni kenapa kau nak jumpa aku? Cepat. Jangan buang masa aku,"
"S... Saya nak bagitahu awak yang saya..." kata kata Farah terhenti. Dia gugup sangat sekarang ni.
"Saya..."
"Saya apa?"
Diam.
"Saya apa?!" nada Aiman sedikit meninggi.
Farah kaku. Matanya merenung ke dalam anak mata Aiman yang menahan geram tu. Aiman tak suka orang yang lambat.
"Saya... Cintakan awak,"
Aiman tergelak besar lepas dengar luahan hati Farah. Cinta? Seriously?
"Kau cinta aku? Are you serious?"
Farah menahan rasa. Tak tahulah apa yang dia rasakan sekarang ni. Nak tumbuk lelaki tu pun ada. Luahan hati dipermainkan oleh lelaki yang amat sukai. Siapa tak bengang? Ingat senang ke nak confess?
"Dengar ni. Perkataan 'cinta' tak pernah wujud dalam hidup aku. Aku benci perempuan. Aku straight. Aku tau lagi hukum agama. Tapi, aku tak suka perempuan sebab semua perempuan yang penting dalam hidup aku bawak sial! Mak aku, even Aima tu pun. Semua menyusahkan aku ni. Semua sebab tanggungjawab je kalau tak memang aku buang jauh-jauh. Tu belum lagi cakap pasal perempuan yang tak penting macam kau ni," Aiman memandang Farah atas dan bawah.
Berkaca mata Farah. Perkataan 'tak penting' yang dilemparkan oleh Aiman itu bergema dalam otaknya.
"Jadi, buanglah perasaan kau tu jauh-jauh. Cintakan aku sama macam kau hancurkan hati kau sendiri. Kau ni cantik Farah, mesti kau petik jari je beratur lelaki nak kat kau. Tapi bodoh tu tolong buang sikit," pesan Aiman. Bibirnya tadi tadi hanya dihiasi senyuman sinis.
Farah diam. Dia hanya menundukkan kepala. Dia tak mahu Aiman nampak yang dia sedang menahan tangis. Dia tak mahu nampak lemah di depan lelaki tu.
Farah menarik nafas dalam. Dia mengangkat mukanya memandang Aiman.
"Maaf kalau saya menyusahkan awak selama ni. Saya janji, awak dah tak akan jumpa saya lepas ni. Saya tak tahu apa yang jadi pada masa silam awak. Tapi Aima tu budak yang baik. Cuma dia clumsy. Jaga dia sebab awak sayang dia, bukan sebab tanggungjawab je. Dia ada awak sorang je sekarang ni. Tak ada siapa sudi nak kawan dengan dia sebab sikap cuai dia. Bayangkan betapa hancurnya hati dia kalau tau dia tu beban untuk awak? Untuk abang yang paling dia sayang?"
Aiman membisu. Tak tahu apa yang patut dia balas. Wajah Aima muncul di dalam akal fikirannya.
'kalau kau tahu apa yang jadi sekarang ni Farah. Kau masih akan menyebelahi Aima ke?' monolog Aiman dalam hati.
"Kalau dah tak ada apa-apa. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Farah memalingkan tubuhnya dan beredar dari situ dengan hati yang berkecai.
Aiman menghantar pemergian gadis itu dengan pandangan matanya. Bibirnya bergerak kecil menjawab salam yang diberi oleh gadis itu.
Tanpa pasangan itu sedar, mereka telah pun diperhatikan dari jauh. Diperhatikan oleh manusia berbaju serba hitam dengan penuh dendam. Buku limanya digenggam kuat. Bibirnya terkumat-kamit dengan perkataan kotor yang ditujukan kepada Aiman.
"Kau buat Farah aku sakit. Sial!"
×××××
"Abang! Kenapa gambar profil kak Farah tak ada? Dia block Aima ke? Singletick je sejak 2 hari ni. Majlis kawin kak Laila semalam pun dia tak datang. Padahal kak Laila jemput dia,"
Aiman hanya tulikan telinganya. Tapi otaknya juga memikirkan gadis tu. Sejak hari terakhir dia jumpa, tiada lagi ucapan selamat pagi dan selamat malam dari gadis tu.
Tapi kira baguslah. Itu apa yang dirinya mahu.
Kan?
Saat Aima tidur petang. Aiman curi curi keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan dan dia memandu ke rumah Farah.
"For Rent?!"
terbeliak mata Aiman. Sedarlah Aiman yang kata kata Farah yang gadis itu tak akan berjumpa dengannya itu benar. Jadi, gadis itu dah tinggalkan Kuala Lumpur. Dah tinggalkan kerjayanya. Dah tinggalkan kawan-kawan barunya. Yang paling penting,
gadis tu dah tinggalkan dirinya.
"Maafkan aku Farah. Tapi aku lebih memilih Aima daripada kau. Aku doakan kau jumpa dengan lelaki yang lebih baik dari aku,"
bersambung
Ohyehhhhh!!
Ada syak apa apa tak?
🌚🌚
saya tengah gelabah cerita satu lagi masih tak siap tapi cerita Aydin dah nak ke penghujung.
kebiasaannya saya akan pub bila cerita tu dah tamat sepenuhnya dan akan fokus pada cerita lain yang ada dalam draft.
UWA!! And benda ni sebenarnya salah satu sebab saya buat putera kayangan ni slow update 🤣
Btw... Nak bagi spoiler sikit tentang cerita yang akan datang.
Insyaallah, cerita tu tentang abang Anayra dan heroin dia. 🤭
And heroin dia pun korang akan jumpa dalam cerita ni. Dun wurii!
korang akan fall dengan pasangan sejoli tu nanti. Maybelah...
🌚
Okay byebye!
Advertisement
- In Serial11 Chapters
Beatrice Santello
An adult imagining of Beatrice Santello's life prior to the events of Night in the Woods. There are no explicit depictions of sex here, though there are obviously adult themes and situations involving it. I wasn't going to post it to Royalroad as I didn't think Fanfiction was okay here - but now I see it is and I am quite convinced it is the best work I've ever done yet, I've got to see what any fans of NitW think about it! The first chapter was originally written as a short vignette and wasn't intended to be continued into a full blown story. It was just intended to be moody and evocative. Even though anyone that has played Night in the Woods has a good idea how this must end, I hope it will still be worth the read. Also, since I've finished writing it, I'm going to post it as one big chapter dump all at once. Cover drawing by GreasyMojo and colored by me (with permission!). I don't think it should be too risque on it's own but I suppose I'll soon find out.
8 118 - In Serial21 Chapters
Wasted Times☯︎︎.
𝐼 𝑑𝑜𝑛'𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑤𝑎𝑘𝑒 𝑢𝑝... 𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑙𝑦𝑖𝑛𝑔 𝑛𝑒𝑥𝑡 𝑡𝑜 𝑚𝑒 ♲︎.
8 217 - In Serial32 Chapters
Something About Alice Murphy: BOOK 2
"Revenge is best served cold."____________{The second book in the SAAM Series}After having survived another close encounter with death, something about Alice Murphy has changed. Although not much of her exterior is different to the naked eye, inside something much darker has taken over... or has it just decided to finally reveal itself? Now further than ever into the secret life of the social elite, there is no turning back. As her relationship with the town's secret psychopath develops, so will her own demons.Will Alice be able to walk out of this scratch free? Maybe. But either way, she will have a lot of blood on her hands. Find out what happens... in Something about Alice Murphy; Book 2.
8 214 - In Serial54 Chapters
Broken Mates | ✓
Everest Salone was known for being the easy target to get in bed. She had heads turning as she walked because of her barbie hourglass figure. She was beautiful and everyone knew it so she used it to her best ability to get what she wanted. With her looks and badass personality, the last thing Everest thought would happen to her was her parents trying to kill her and leaving her in the forest for dead.William Covet was secretly in love with another when he found his mate dying in the middle of the forest. He couldn't believe when people told him that his mate was a walking one night stand because she couldn't speak and would cower away from anyone who tried to touch her. With the new position as king of the werewolf community and with a broken mate, things were about to take a turn for both of them. They both were thrown into a new life with each other by their side. Everest didn't know how to trust and William didn't know how to love. Everest had to find herself again, William had to learn how to stop loving his childhood crush and figure out who was the real Everest.
8 202 - In Serial293 Chapters
BECOMING THE BUSINESS MAGNATE'S SPOILED WIFE
Qu Xiao unexpectedly transmigrated as the spoiled wife of a business magnate. Despite her good fortune, the original owner of her body failed to see that, and helped her maiden family to conspire against the magnate, even trying to divorce him and elope with a scumbag ex-boyfriend!Rolling her eyes in frustration with one hand on the divorce papers, Qu Xiao simply leaped into the magnate's arms while crying, "I would not divorce you!"Shang Liyan was stunned. "A-Are you still Qu Xiao?"Qu Xiao nodded fervently, and having the full script in hand, she wielded her omniscience as she wiped out all scumbags.Her ex was trying to seduce her? She sent him some hookers and secured compromising photographs of him, and sent him directly to the precinct!Her maiden family wanted the Shang family's stocks? She took their company instead!"Darling, you seem different from before!"Qu Xiao stared at the man before her, and swore to pamper him and love him in the place of the original owner of her body! She would protect the stoic magnate!
8 328 - In Serial22 Chapters
Just One Night (MC Romance)
Cover made by wecouldbefreeHighest Ranking #13 in General Fiction 9/14COMPLETEDUNEDITEDWhen Nineteen year old Madelyn Jones goes to a club for her birthday with her best friend Katie, she doesn't expect to meet anyone. She is just there because her friend forced her to go. She planned on going to the club for a couple hours, having a few drinks and maybe dancing a little, and then heading home to finish off her night by watching 'The Vampire Diaries' on Netflix, that was her idea of a perfect night.That isn't how her night ended though. She actually ended up going home with Jude, a hot, bad boy biker, not just any biker, the president of Mesa Highway MC, one of the biggest, most feared motorcycle clubs in Southern California.What happens when Maddie finds out that she is pregnant?Read to find out.
8 82

