《[C] Putera Kayangan》Bab 43 : Minghao & Najla
Advertisement
Najla berkeliaran di dalam shopping mall sambil menolak kereta bayi. Nampaknya hari ni dia kena jaga anak mak saudaranya yang berusia 6 bulan, Laura Qistina.
"Nasiblah kau ni comel Laura,"
Laura yang terbaring dalam kereta bayi itu tersengih. Tangan dia dari tadi memegang sepasang kaki kecil dia tu. Kadang kala dibawa ke mulut.
"Kau jangan macam macam Laura. Kalau kau dapat adik, aku jugak yang kena jaga tau! Ingat senang nak jaga budak terlebih gula macam kau ni?"
Laura hanya tersengih. Mulut kecilnya tak habis habis membebel dalam bahasa yang hanya bayi memahami maksudnya.
Najla tersenyum dan menggelengkan kepala. Kaki dia mengorak langkah ke arah kiri. Otaknya sekarang sedang memikirkan hadiah yang dia patut berikan kepada Laila yang bakal berkahwin tiga hari lagi.
"Agak agaknya nenek Laila tu suka apa eh?" soal Najla pada si kecil yang tak duduk dia dalam kereta bayi tu setelah lama berjalan.
Laura mengangkat tangannya ke udara sambil tersengih agar si Najla tergoda dan terus mengangkatnya. Tapi usahanya gagal apabila Najla hanya meneruskan langkah.
Laura mencebik, memikirkan idea yang lebih bernas.
Puting susu plastik disumbat oleh Najla ke dalam mulut kecil Laura. Tindakannya itu mengundang jelingan maut dari si kecil Laura yang dah mula kebosanan.
"Alolo comel! Sabar eh? Sikit lagi kita balik. Kesian dia bosan ye?" rambut halus Laura diusap lembut.
Najla berhenti menapak disebuah kedai. Bibirnya mengukir senyuman jahat.
"Aku akan pastikan kau cantik pada malam pertama kau Laila,"
"Aaa!!" laungan si kecil tu langsung tidak mematikan tumpuan Najla yang sedang memilih hadiah itu.
Si kecil montel tu mula mencebik. Puting susu plastik yang disumbat Najla tadi dah lama di ludah keluar.
"Alamak... Laluan dia sempit lah pula. Ermm," pandangannya jatuh pada Laura yang akan membuat sesi jejak kasih tu.
"Akak Najla pergi kejap je. Kejapp je sayang. Kejappppppppp je,"
Laura sengih. Difikirannya menganggap Najla sedang bermain dengannya. Namun hampa, Najla meninggalkannya disitu. Tak jauh pun, dalam lima langkah. Tapi dah mampu buat si kecil Laura sedih.
Advertisement
Melalak terus Laura. Bunyi tangisan dia memenuhi ruang dalam kedai itu. Air matanya turun dengan laju. Habis merah merah muka putih gebunya tu.
Najla dah kelam kabut meletakkan semula barang barang yang berada di tanganya. Kalau boleh nak campak je semua atas lantai.
"Hey, baby girl~ what's wrong with you?"
Laura yang tadi melalak dan meronta-ronta itu berhenti apabila mendengar suara seorang lelaki yang menyapanya. Matanya dibuka melihat gerangan itu, bibirnya mencebik. Sedu sedan si kecil tu.
"mmmmmm..."
"Alolo comelnya dia. Merah merah muka. Don't cry~"
Tubuh kecil Laura diangkat oleh lelaki yang menegurnya tadi lalu dipeluk. Dress merah Laura yang sedikit terangkat itu di betulkan. Mata kuyu Laura memandang lelaki itu seakan mengadu sesuatu. Bibirnya masih mencebik.
"mmmmmm..."
"Alolo cedihnya dia~ mana ibu awak yang comel ni?"
Lelaki itu memandang ke sekeliling. Lalu kepalanya memandang ke arah laluan Najla lalu tadi.
Najla kaku.
Lelaki itu pun kaku.
"Encik Minghao?"
"Najla?"
Mereka memandang satu sama lain. Masing-masing dengan muka terkejut mereka.
Ya Allah, macam mana pula boleh terserempak dengan dia dekat kedai lingerie ni?! Dia buat apa siak kat sini? soal Najla dalam hatinya sendiri.
Rindunya saya dengan awak Najla. Tak sangka boleh jumpa awak dekat kedai bikini ni. Nyah, tak sweet langsung. monolog Minghao.
Pandangan Minghao jatuh pada pakaian dalam yang dipegang oleh Najla. Muka dia terasa berbahang dan terus mengalihkan pandangannya pada Laura yang sedang bermain dengan hidung mancungnya dari tadi.
Najla pandang ke arah Minghao lihat tadi. Membahang muka dia. Dia sedang pegang bra bertali halus. Warna kuning terang pula tu!
Ya Allah. Mesti dia fikir aku beli untuk diri sendiri. Argh tak de, ni semua salah Laila. Monolog Najla.
Minghao membawa Laura keluar dari kedai tu. Tak betah dia nak berdiri lama lama dalam kedai tu. Ditambah pula mata mata yang memandangnya macam seorang pencuri.
Dia masuk tadi hanya kerana terdengar tangisan bayi yang kuat. Ditambah pula tiada siapa yang hiraukan. Jadi dia masuk jelah kedai ni.
Advertisement
"Eh.. tu-tunggu!"
Najla berlari sambil menolak kereta tolak bayi milik Laura. Minghao tak ambil peduli. Dalam otaknya sekarang mahu keluar dengan segera. Laura pula gelak suka dalam dukungan Minghao. Suka sangat dia bila tengok Najla berlari mengejar dirinya dan Minghao.
Keluar saja dari kedai tu, Minghao melepaskan nafas lega. Najla pula tercungap-cungap menarik nafas. Bukan main laju apek cina tu jalan. Dah macam berlari.
"En-encik Minghao buat apa dekat kedai ni?" soal Najla sedikit gugup. Gila tak gugup! Dah berbulan tak jumpa, tiba tiba boleh pula terjumpa dekat kedai pakaian wanita ni?!
"Saya dengar anak awak ni nangis. Pastu tak ada siapa layan dia. Jadi saya masuklah," jujur Minghao. Langsung dia tak pandang Najla. Posisi dia sekarang sedang membelakangi gadis berdarah kacukan Melayu dan Cina tu.
Najla mengangguk.
"Eh... Tapi dia bukan anak saya,"
Terus Minghao memalingkan tubuhnya memandang Najla. Muka dia seakan tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi.
"Bukan? Saya ingat anak awak dengan suami awak,"
"Ish, saya tak kawin lagi dengan tunang saya tu. Tu anak mak saudara saya. Kiranya, cousin saya lah," terang Najla panjang lebar.
Minghao mengangguk faham. Bibirnya mengukir senyuman. Laura pula terpegun lihat wajah Minghao. Sampai juling mata dia. Mulut dia ternganga sampai terkeluar-terkluar air liur.
"Apa nama dia?"
"Laura. Laura Qistina,"
"Comelnya nama! Macam tuan dia,"
"Heeee..." Laura tersengih malu. Kepalanya dilengkokkan pada bahu Minghao.
"Sini kat akak," Najla menghulurkan tangannya.
"Hump!" Laura memandang ke arah lain. Najla pergi ke arah yang Laura pandang. Dengan pantas si kecil itu menoleh ke arah lain. Leher Minghao dipeluk kemas oleh tangan montel dia tu.
"Alaa Laura. Janganlah merajuk,"
Minghao hanya tersenyum melihat gelagat Laura dan Najla.
"Jom kita minum minum dulu nak? Lama dah kita tak berbual kan? Alang alang awak pujuk lah Laura time tu," pelawa Minghao.
Najla serba salah. Bukan apa. Dia risau makin susah dia nak move on nanti. Mengenangkan Laura yang merajuk dengan dia tu. Dia turuti sajalah.
×××××
"So, macam mana?"
"Macam mana apa?" soal Najla pelik. Matanya memandang Minghao yang sedang dodoi Laura yang hampir terlelap dalam dukungannya.
"Awak dengan tunang awak lah," matanya merenung Laura yang terlelap. Bibirnya mengukir senyuman.
Situasi itu membuatkan hati Najla terasa tenang. Senang hati dia lihat Minghao dengan Laura begitu. Alangkah indahnya kalau Laura tu anak mereka?
Ya Allah Najla. Sedarlah kau tu tunang orang. Astagfirullahaladzim.
"Saya dengan dia macam tu jelah. Lagi beberapa bulan saya akan berjumpa dengan dia. Ayah saya kata masa tu dia nak buat kenduri makan makan sikit,"
Minghao mengangguk.
"Erm... Saya dijemput tak? Saya pun teringin nak pergi kenduri kenduri orang Melayu ni. Macam seronok je,"
"Ermm... Kalau nak, nanti Najla bagi location dekat ig Minghao,"
Minghao menganggukkan kepala.
Mereka diam. Suasana disitu tiba tiba menjadi kekok. Masing masing tidak mengeluarkan kata.
"Okaylah, kejap lagi mesti banyak kereta sebab orang nak pergi solat Jumaat,"
"Ha... Betul jugak," Minghao meletakkan Laura dalam kereta bayinya. Lena si kecil tu langsung tidak terganggu. Nyenyak sungguh.
"Elok elok drive,"
Najla senyum dan menganggukkan kepala. Langsung dia tak pandang wajah Minghao yang sedang tersenyum untuknya tu. Dia terus beredar dari situ.
Sayu mata Minghao menghantar pemergian gadis yang disukainya itu.
Beberapa saat selepas kelibat gadis itu hilang dari pandangannya, dia tersenyum sinis.
Aku akan pastikan kau jadi milik aku Najla. desis Minghao.
Jam tanganya di kerling.
"Alamak! Dah lewat ni!"
Dia mula beredar. Risau kalau dia terlewat. Rugi pahala Jumaatnya nanti.
bersambung
lepas ni nak tambah bab and maybe cite ni makin panjang uhuk
Sekarang 55 bab (dah completed)
Tapi maybe saya nak tambah dalam 3 bab lagi. Mungkin. (Kalau rajin) 🤣
Doa-doakan saya rajin
Advertisement
- In Serial41 Chapters
Transient Time Traveller
After years of being a slave to her stepmother and stepsisters, Aida has just been accepted into her dream school across the sea in Roma, an ancient country with a bloody history most Romans tend to forget. Here, she plans on becoming one of the first Visatorre—a time traveller who can only go backwards in time—historian to prove that Queen Eve, a queen who lived and died 1,200 years ago, was not responsible for a royal murder that threw Roma into chaos for generations. Despite being a time traveller and bearing many of the physical and psychological pains brought on by time travelling, Aida will not let anything keep her from learning the truth Roma wishes to hide. Lorian was destined to marry Prince Zaahir, a soon-to-be king who would've united Roma in prosperity and power. The night of her wedding, she ran away and became who she always wanted to be: an officer who protects Roma City. With forged documents signed by her father the king, Lorian is stationed at Durante Academy and tasked to watch over the academy students and uphold Roman integrity. Not knowing each other's pasts, Aida and Lorian become unlikely friends, forging a bond neither of them are familiar with. Just when they think they're becoming close, their worlds shatter when two mysterious figures fall on top of them: their future selves, wild, chaotic beings who can jump to and fro across time with ease. After kidnapping the city's Constable and wreaking havoc across the continent, Future Aida and Future Lorian task their younger selves an impossible mission: Change the future.
8 86 - In Serial54 Chapters
Wife Turned Mistress (completed)
He was reported dead, his car was burnt to ashes on the very day his child was born. Two years later Clara discovers her husband was not dead but in fact healthy and alive apparently he is the number one bachelor in the city. Can she have him back? Are they even the same persons?Kelvin knight woke up from a year long coma with no idea where he spent his last three years. He only remember a pair of Green eyes that stares at him in his sleep.Who was she and where did he meet her?
8 181 - In Serial62 Chapters
Thorn | Neville Longbottom
Briar watched him with curiosity as he shuffled closer. He stumbled when he neared her but managed to steady himself before he fell. He slightly blushed and stuck out his hand with the dandelion in it. He murmured, "For you."She felt something odd happen in her chest. It felt like fluttering, she thought, but she tried to push these feelings away. She didn't want to acknowledge them. She didn't want them to be real. //Briar was just trying to survive her schooling at Hogwarts with the constant trouble her fellow students seemed to start, but the Ministry of Magic was determined to help each student find their soulmate through a series of letters and hints over their years at Hogwarts. Only problem? Briar didn't believe in love.SOULMATE AU // HP FANFICHighest Rankings:#1 in NevilleLongbottom#1 in Neville #1 in Soulmate#1 in SoulmateAU#1 in Slytherin#1 in Hogwarts#1 in DeathEaters#2 in HarryPotter#2 in Forbidden Love #3 in Gryffindor#6 in FanFiction/disclaimer: I don't own the Harry Potter characters or that universe. I only own Lorelei Jones and Briar Davies./[started - november 2020; finished - february 2021]
8 258 - In Serial18 Chapters
Today, tomorrow and the day after ||Completed||
This is about a high schooler who unconditionally fell in love with his homeroom teacher.Wang Yi Bo 💙 Xiao ZhanThe original doujinshi: Today, tomorrow and the day after (Gintama dj)Mangaka: PLUG (Nagisa)
8 224 - In Serial27 Chapters
A forbidden love
For nine long, torturous years, her father has beaten her and her mother hasn't cared for her. Jessica Smith has felt unloved for a long time.Jess is close to giving up until handsome Matthew Reeves shows up. He's kind and gentle towards Jess just when she needs someone to be there for her. Matt doesn't seem to want Jess out of sight at all.When Matt shows up in the most unexpected place, secrets are revealed. Secrets that could change your life forever. Secrets that make you question your own identity.Is Jess' father who he makes out to be?
8 218 - In Serial40 Chapters
can you love me most ✓
| COMPLETE |𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒊𝒔 𝒐𝒏𝒆 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝒐𝒏𝒍𝒚 𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈𝒔 𝒘𝒆 𝒅𝒐𝒏'𝒕 𝒉𝒂𝒗𝒆 𝒂𝒏𝒚 𝒌𝒊𝒏𝒅 𝒐𝒇 𝒊𝒏𝒇𝒍𝒖𝒆𝒏𝒄𝒆 𝒐𝒏 𝒊𝒏 𝒐𝒖𝒓 𝒍𝒊𝒇𝒆. 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒊𝒔𝒏'𝒕 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈 𝒚𝒐𝒖 𝒇𝒊𝒏𝒅 𝒘𝒉𝒆𝒏 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒐𝒐𝒌 𝒇𝒐𝒓 𝒊𝒕. 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒊𝒔 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒕𝒉𝒊𝒏𝒈 𝒖𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅. 𝑬𝒗𝒆𝒏 𝒔𝒖𝒓𝒑𝒓𝒊𝒔𝒊𝒏𝒈 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒕𝒊𝒎𝒆𝒔. 𝑻𝒉𝒂𝒕'𝒔 𝒘𝒉𝒂𝒕 𝒎𝒂𝒌𝒆𝒔 𝒊𝒕 𝒔𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍. 𝑻𝒉𝒂𝒕'𝒔 𝒘𝒉𝒂𝒕 𝒎𝒂𝒌𝒆𝒔 𝒆𝒗𝒆𝒓𝒚𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒂𝒏𝒕 𝒊𝒕. 𝑩𝒖𝒕 𝒏𝒐𝒕 𝒆𝒗𝒆𝒓𝒚𝒐𝒏𝒆 𝒈𝒆𝒕𝒔 𝒊𝒕...It should've been a normal night out on my birthday. Just me, my sister and some friends. But the night took an unexpected turn when an unknown, good looking man caught attention of my presence in the club...I thought I would never see him again. I was sure about it...Well... turns out life once again didn't go the way I thought it would and I saw him sooner than I would have thought.
8 153

