《[C] Putera Kayangan》Bab 40 : Instagram
Advertisement
Langit yang tadinya cerah kini telah berubah gelap. Matahari tidak lagi kelihatan namun cahaya jingganya masih menyinari bumi yang dipenuhi kehidupan ini.
Tanpa aku sedar. Dah tiga jam aku termenung sendiri di Tasik Titiwangsa ni. Tempat yang banyak kenangan aku. Dengan dua lelaki kembar yang memiliki sepasang mata hazel tu.
Kenapa tiba-tiba?
Langsung tak logik dan tak boleh diterima dek akal. Dia bergurau ke? Kalau bergurau. Sumpah tak lawak! Aku tarik tarik jambul panjang dia sampai tercabut nanti.
Lagi satu, aku spam dia pun singletick je. Profile WhatsApp dia yang memang tidak diletak gambar apa-apa itu menyusahkan aku untuk tentukan dia block aku atau off data.
Hanya kerana aku tak buka phone dua hari. Aku dihukum sebegini rupa? Why Aydin? Awak fikir lawak ke semua ni?
Urgh!!
"Eh! you Anayra kan?"
Aku yang tadi menunduk terus mengangkat wajah sebaik sahaja suara lunak seorang perempuan menyapa deria pendengaran aku.
Bibir aku perlahan-lahan mengukir senyuman.
"Maya, Huda,"
Maya dan Huda yang berbaju muslimah itu duduk di sebelah kiri dan kanan aku. Maya di kiri dan Huda pula di kanan.
Tak sangka boleh jumpa di tasik ini. Pertama dan terakhir jumpa mereka ni ketika di majlis yang diadakan di Dynasty Court Hotel.
"You kenapa muram je ni? You ada masalah?" jelas dan nyata wajah Maya kelihatan risau.
"Ada ke orang happy tapi muram?" celah Huda sambil jeling Maya yang dah mula cemberut.
"I dengan Ecah kalau sedih boleh je buat kerja gila macam main ketuk-ketuk periuk mak I sampai kemek. Pakai spender dekat kepala," balas Maya.
"Tch, kau kan memang gila? Kau dengan Ecah dua kali lima, lima kali bodoh je,"
Maya dan Huda bertikam lidah. Aku di tengah diam menikus. Kadang aku tergelak kecil dengar ayat ayat yang dikeluarkan sepanjang pergaduhan mereka ni.
"Eee... Lantak kau lah Maya. Ha kau asal sedih sedih? Putus cinta ke?"
Advertisement
Aku tersentak.
Ya, aku putus cinta. Putus cinta secara mengejut.
"Entahlah. Lebih kurang kut,"
"Siapa boyfriend you tu? Bagitau I cepat. Huda ni dia pandai silat tau!" Maya menggenggam kedua-dua penumbuk. Seakan bersedia untuk melepaskan tumbukan.
"Ayan lah... Siapa lagi," jawabku malas
"Eh, bukan you dengan dia dah putus ke? Baru tiga hari lepas I tengok ig story Ayan. Video dia dengan sorang perempuan cantik ni. Rapat gila you! Perempuan tu pergh mantap kalah you," terang Maya dengan lenggoknya.
"Woi mangkuk! Kau nak pujuk ke nak batu api kan si Nayra ni?! Kau tengok leleh dah hingus dia," Huda mencebik pandang aku dan usap-usap bahu aku.
Aku?
Aku confuse nak nangis sebab Aydin ada perempuan atau nak nangis sebab ada mereka berdua ni sebagai peneman.
"Serius lah? Nayra tak pernah tau pun dia ada account Instagram, dia pun tak pernah cerita," ujar ku. Aku pandang Huda dan Maya bersilih ganti.
"Eh bodoh ape orang zaman sekarang ni takde ig. Menipulah," bahu aku yang tadi diusap lembut kini di tolak kasar.
Saya redha!
"You tak ada ig ke Nayra? You baru keluar dari gua mana ni?" soal Maya dengan mimik muka tidak percaya.
"Ada. Tapi, tak active. Tak reti nak guna jadi Nayra buang je,"
Ya, aku ni buta benda benda macam ni. Aku tak reti nak guna. Tiktok pun aku tak reti. Senang cerita aku ni macam katak bawah tempurung.
"Mesti username ig you yang macam user_3639379383,"
Aku hanya sengih kelat, tak fahamlah katakan.
"Takpa... Biar I tunjuk. Ha ni. Siap buat highlight lagi tulis '
Terus berkerut dahi aku, "highlight? Yang biasa guna dekat buku tu ke,"
"Bukan! Bukan! Eh risau betul aku ngan kau ni. Kau baru keluar dari guna mana ni?"
Aku tersengih malu. Telefon yang Maya hulur diambil dengan tangan kanan. Video dan gambar yang ada aku lihat satu per satu.
Advertisement
Sedih aku rasa. Lelaki yang aku puja tak pernah sentuh perempuan tu. Haih. Entahlah. Aku benci nak cakap. Kenapa kau buat aku macam ni Aydin?
Hiks, hiks.
"Sabar Nayra. Nanti kalau Aydin dah balik sini. Kau try face to face dengan dia,"
"T-tapi. Nayra tak mampu Huda. Kalau Nayra nangis depan dia macam mana?" aku mencapai tisu yang dihulur oleh Maya. Lantas tisu itu di tekap tekap ke muka aku yang dibanjiri air mata.
"Kau kuat. Jangan risau, okaylah dah. Tak elok perempuaan keluar malam malam ni. Jomlah balik,"
Aku mengangguk.
"Nanti. Kalau dia mengaku. You hembus hingus-hingus you sapu dekat Ayan tu!"
"Bongok ajar bukan bukan! Eh Nayra. Bawak kuali. Kalau betul dia buat macam tu. Kau libat je kuali tu kat kepala dia! Taubat nasuha terus dia nanti, tengoklah!"
"Eleh you pun sama je Huda!"
"Eh idea aku tak kotor macam kau!"
Mereka berdua bergaduh lagi. Tapi aku endahkan. Gambar dan video tadi bermain main di dalam kotak fikiran aku.
×××××
Hari ni aku minta cuti. Bukan sehari, tapi seminggu. Nasib baik Aydan bagi. Aku hanya minta secara dalam talian je. Tak mampu nak hadap muka dia yang sebijik macam Aydin tu.
Memandangkan Aima pun part-time di cafe tu dan sama kumpulan dengan aku. Jadi, mudah sikit aku nak cuti. Nasib baik aku dah ajar cara buat air-air dekat dia.
Aku menatap pantulan diri aku di dalam cermin satah almari solek aku yang berwarna coklat ni.
Mata aku kelihatan sedikit sembab kerana menangis sepanjang malam. Bantal aku saja yang tahu betapa teruknya tangisan aku pada malam itu. Agaknya kalau dia boleh bercakap. Mesti aku kena marah sebab aku buat dia basah dengan air mata aku ni.
Cincin dijari manis aku dipandang lama. Agak agak Puan Aysha dan Encik Zahrain tau tak pasal ni?
Tak hancur ke hati mereka berdua?
Atau mereka dah rancang?
Yelah, takkan semudah itu dia nak lamar aku kan? Haih, Nayra! Jangan bersangka buruk! Tak baik. Tapi, mereka tahu atau tidak?
Kalendar di dinding dikerling.
Esok Aydin akan pulang semula ke Kuala Lumpur. Aku tekad. Aku akan jumpa dia lusa. Esok mesti dia penat dan stress. Haih, dia nak buat kau nak naik gila pun kau masih kesah tentang kesihatan fizikal dan mental dia Nayra?
Ting!
Telefon yang berbunyi itu terus aku capai. Senyuman lebar yang menghiasi bibir pucatku mula pudar.
Apa kau harap dari dia Nayra?
Kau fikir dia akan mesej kau lepas dah jumpa perempuan lagi cantik dari kau?
Haih...
Mesej Zafran dibuka.
♡ Abang
Rara! Yeay! Baby girl aku dah
bertukar warna tau!
Tengok lah gambar ni... Jap aku snap
🖼️ photo
Jari aku pun segera muat turun gambar yang di hantar Zafran. Terbeliak mata aku!
Pink?! Cantik
Tapi..
Dia lelaki kut! Lelaki!
Macam tak kena je!
♡ Abang
Cantik kan baby girl aku?
Ehek
Patut tak aku letak sticker
Hello Kitty?
Tak payah setan!
Sedsr diri kau tu laki!
Malu lah!!
Abang letak stixker Hello Kitty
Nayra tak nak kawan absng!
♡ Abang
HAHAHAHAHA... Sedap kau setan-setankan aku ya?
typo merata siot!
Ok ok aku tak tampal
Btw, buat senaman jari.
Dah makin gemok jari ketot kau tu.
Queen of Typo
Mana ada jari Nayra gemok!
Skrin telefon ni yang kecik
♡ Abang
Hm... Yelah... Perempuan selalu betul.
Jomlah lepak. Aku tau mood
kau tengah tak okaykan?
Aku tersentak. Macam mana dia tau ni?
♡ Abang
jom jom.. aku tunggu dekat bawah.
kalau kau tolak
aku tak akan teragak agak
tampal sticker Hello Kitty!
Aku merengus geram. Suka ugut orang! Nak tak nak aku kene terima juga. Bibir yang sedikit pucat aku lindung dengan lipstick. Mata pula aku pakai spek hitam untuk cover.
Haih, moga moga aku keluar dengan abang aku ni. Aku dapat lah tenangkan diri.
bersambung
Terlupa nak update nyah 😭
sorry words hari ni sikit sangat...
Jumpe next week!
Advertisement
- In Serial37 Chapters
You Are My Sunshine
Satyadev, our male protagonist, is one of the leading businessmen in Chennai city in the southern part of India. He owns a renowned chain of star hotels, which spread across all over the world. Dev is a cold-hearted, arrogant, self-centred man and also a Casanova type. There is no such word called sympathy or empathy in his dictionary. Anuradha, our female protagonist, is the eldest daughter in her family working as a clerical staff in Dev's office. Though she came from a struggling family background, she is not a naive girl, but a polished person with confidence and knows how to articulate her emotions.But in desperate straits, she became indebted towards Dev's family. When she was determined to repay her debt, will Dev accept her kindness or just ignore her like a piece of trash. Peep into the book to join the journey of Dev and Anu.If you're looking for a different reading experience, which can transport you through south-Indian culture and customs, you can try this book.
8 188 - In Serial17 Chapters
Our Love From The Moon
After graduating high school the goddess Luna chooses your mate, but what if that mate is forbidden by ancient laws?
8 116 - In Serial63 Chapters
Muddy Green Waters || Draco Malfoy
She is a Slytherin. But she is also a Muggle-born. Rosie Carter finds herself in a world where she's not wanted. Especially not by the Slytherin Prince himself.----A Draco Malfoy love storyFrom enemies to lovers*****TRIGGER WARNINGS:Contains mature language and sexual scenes throughout Mentions of alcohol misuse Violence, death and grief*****Translations in Spanish, Italian and German can be found in my reading lists on my profile.
8 218 - In Serial10 Chapters
The Pastor, The Confessions of A Blind Girl
18 and Older. Sexual content and scenes. Smut. Absolutely no educational value.Why is the confessions of an innocent blind girl giving Pastor Phillips a hard on? A story of a confession... or a fantasy?
8 203 - In Serial16 Chapters
Her Happy Place
Her Happy Place is an ink-dripped space.I had no one but my words.These are the thoughts I told no one.How to deal with losing your parents.Becoming an orphan.Talking through the pain.
8 195 - In Serial114 Chapters
Kuch Ankahi Baatein
Another story of our beloved AnuSeena, their relation starts from School with lots of twists and turns.Hope you all will like it.Do give your comments for bettermentThe credit of the story goes to @KRV2020 (thought to recreate the idea with the characters of maddam sir)CC: @Barbie08123
8 70

