《[C] Putera Kayangan》Bab 39 : Seriuslah ?
Advertisement
Usai mandi, aku duduk di birai katil sambil merenung telefon aku yang tak bercas ni. Kalau lah renungan aku ni boleh tambah bateri telefon ni. Mesti dah full.
Abang aku ni tak ada wayar Android. Maklumlah, orang have have. Menyampah pula aku semalam dengan dia. Boleh dia downgrade aku punya telefon?
Aku curi Iphone dia tu nanti baru tahu!
Tok tok
"Nayra! Dah siap belum? Kata nak keluar beli wayar pengecas,"
Aku toleh ke pintu bilik.
"Kejap!!"
"5 minit... Lambat ... Aku ikat kau dekat pokok!"
Aku mencebik. Hotak dia 5 minit!
Grrr
×××××
Akhirnya pukul 8 malam baru kami sampai rumah. Zafran hantar aku ke kondominium aku. Rupanya, dia yang bayar sewa rumah aku. Dia ni memang intip aku ke? Sampai tuan rumah ni pun dia tau duduk mana.
Masuk je dalam rumah, aku terus lari masuk bilik dan cas telefon aku. Mesti sugar daddy aku banyak hantar mesej. Haih, harap orang tua tu tak merajuk.
Siap mandi, aku duduk di depan cermin. Aku mengenakan skincare pada muka aku sebelum tidur. Well memang rutin aku hari hari sebelum tidur.
Usai itu, aku pun pergi ke meja yang menempatkan telefon aku tadi. Aku cuba untuk buka telefon tu tapi tak terbuka.
Dan cuba teka kenapa?
SUIS TAK BUKA!
Eee... Kenapa aku cuai sangat ni? Buang masa je! Sepatutnya dah penuh sekarang ni. Ya Allah, rindunya aku dekat tunang aku tu. Kenapa nasib aku hari ni macam ni?
Tanpa aku sedar, air mata aku mengalir. Aku pun tak tahu lah. Rasa marah sangat dengan diri ni. Dahlah tengah bendera Jepun. Memang mood swing tu lain macam.
Dari tadi rasa nak makan. Sekarang rasa kenyang. Rasa malas nak buat semua benda. Dengan perutnya sakit. Kali ni, aku pastikan suis betul betul dibuka sebelum aku tidur.
Nak tak nak kena tunggu esoklah baru boleh borak dengan Aydin. Haih.
Sad story betul.
Tak apa Nayra, biar sad story. Jangan sad ending!
Adeh... Tiba-tiba craving burger.
×××××
Tubuh tinggi lampai milik jejaka yang bernama Muhd Zafran Althaf yang mengenakan suit hitam di tubuhnya menjadi tatapan aku. Tubuh sasa milik lelaki itu bersandar pada kereta Audi RS7 hitam yang baru masuk hari ke tujuh keluar dari kilang.
Bak kata Zafran Althaf, baby girl dia tu baru dilahirkan. Sekarang dia menanti panggilan 'daddy' dari kereta tu.
Risau juga kadang dengan abang aku ni. Takut kalau dia ni songsang. Tak rela aku kereta Audi hitam berkilat dia ni jadi akak ipar aku.
Advertisement
Jangan sampai aku berdendam dengan benda tak bernyawa empat roda tu sudah lah.
Patung plastik Hello Kitty yang bertenaga solar bergerak seakan menari apabila panel solarnya terdedah pada sinaran matahari di atas dashboard. Dah macam gelek aku tengok. Hello! Sikit pun aku tak tergoda!
"Macam mana boleh suka sangat dekat Hello Kitty ni?" soalku. Naik menyampah aku tengok Hello Kitty ni gelek depan mata aku. Tak reti hormat orang ke?!
"Dulu aku rindu gila dekat kau. Bila aku tengok Hello Kitty ni, mesti aku teringat kau. Yelah, sama sama gendut pastu pendiam. Putih melepak. Memang samalah," terang Zafran Althaf dengan wajah bekunya. Mata dia fokus dengan pemanduannya menuju ke Ayaan'z Cafe.
Pinggang dia menjadi sasaran aku. Lelaki tu mengaduh sakit lepas kena cubit.
Padan muka!
Mata aku ralit memerhati gaya Zafran ini memandu. Tangan kanannya memegang stereng. Tangan kiri pula berehat di penghadang yang berada di celah antara aku dan dia. Bergaya sungguh!
Cincin batu zamrud berwarna hijau yang tersarung elok di jari kelingking kiri dia yang berurat tu. Agak-agak abang aku ni ada anak anak gula tak? Aura bapak gula ada dah dekat dia ni.
Kulit dia yang sawo matang dia tu menambahkan aura lelaki Muhd Zafran Althaf ini.
Saya berbangga kerana mempunyai abang yang handsome.
Tangan aku rasa gatal nak tekan dan buka segala benda yang ada dalam kereta si air batu ni. Tanpa segan silu, aku meneroka segala butang dan akhirnya aku membuka laci dashboard. Terbutang mata aku tengok apa yang ada dalam laci tu.
Sticky note!
Semua warna-warna yang aku pernah dapat. Yang paling aku suka, corak marble! Terpukau aku tengok kesemua sticky note tu.
Ku sangkakan Amir, rupanya abang aku yang bagi.
Tauke sticky note yang selama ni aku cari abang aku rupanya.
"Mana abang dapat sticky note cantik cantik ni? Abang yang bagi Rara ayat ayat quote sebelum ni? Kenapa abang letak dekat gelas Aydin?" tanya aku bertubi-tubi.
"Ya Allah... Bertubi-tubi kau bagi aku soalan? Nak kena geletek?" Zafran memberi jelingan maut.
Aku mencebik. Pandangan aku jatuh pada sticky note yang berada di atas riba aku.
"Ofcouse aku beli sticky note tu. Tak akan aku curi pula kan? Yup, aku yang bagi ayat ayat tu semua. Even kadang macam nak muntah rasanya, tapi nak nampak sweet aku tulis lah juga. Kenapa aku letak kat gelas si Hazel tu pula sebab aku tengok kau selalu kutip gelas lelaki tu. Aku pernah je letak dekat meja yang aku duduk. Tapi ada lelaki yang pakai dari atas sampai bawah biru tu buang kertas aku tu. Geram betul aku. Dasar blue," bebel Zafran Althaf. Geram betul muka dia.
Advertisement
Aku hanya menganggukkan kepala beberapa kali.
"Dah... Tutup dashboard tu... Suka hati je buka,"
Aku mencebik. Ala nak tengok pun tak boleh...
×××××
Masuk ke dalam cafe aku terus bekerja seperti biasa. Aku sempat on telefon aku tadi sebelum memulakan kerja. Senang sikit, tak lah lama sangat aku nak tenung telefon tu tunggu semua mesej sepanjang dua hari aku off tu sampai.
Bibir aku mengukir senyuman bila terbayang wajah Aydin. Tak sabarnya nak call dan mesej dengan dia. Kesian dia lama tunggu.
Masuk saja waktu rehat, langkah aku laju melangkah ke ruangan staff. Tiga serangkai; Laila, Najla dan Yana terkejut dengan tindakan aku merempuh masuk ruangan itu. Teruk tak teruk, tersembur air si Yana kena tepat pada Laila. Saya bersimpati.
"Kau ni! Bagi salamlah. Sian si Lalai ni," Najla memberikan tisu kepada Laila. Yana juga turut lap lap muka sahabat mereka tu.
"Laila gile!" Bentak Laila.
"Uish... Sedar diri sendiri tu gile eh?"
Laila merengus geram dengan kata-kata Najla.
Aku tatap wajah Najla lama. Cuba untuk proses sesuatu.
Oh!
"Najla, Encik Minghao datang kelmarin. Tiga hari berturut-turut tau dia datang sebab nak jumpa kau. Tapi kau kat Sabah. Dia mintak aku ucapkan tahniah bagi pihak dia. Dia kate kau block dia. Kenapa? Tunang kau suruh ke?" soalku ingin tahu. Mengingatkan semula wajah kecewa Encik Minghao tu membuatkan hati aku rasa sebak.
Najla menundukkan kepala sebaik sahaja nama Minghao keluar dari mulut aku. Makanan di dalam pinggan itu dimain dengan sudu. Kejap tolak kiri, kejap tolak kanan.
"Aku sendiri yang buat keputusan untuk block dia. Aku tak pernah pun borak dengan tunang aku. Nombor pun aku tak de. Aku buat semua ni supaya senang nak move on. Ermmm..." Yana mengusap belakang sahabatnya tu. Jelas muka simpati terpapar diwajah putih mulus dia tu.
Aku hanya mendiamkan diri malas nak beri sebarangan riaksi. Aku pun turut bersimpati tapi nak buat macam mana? Ayah Najla tu tegas orangnya.
Sekarang dalam fikiran aku hanya Aydin. Tangan aku di seluk ke dalam handbag kecil tapi dalamnya tak ubah macam supermarket tu.
Telefon samsung itu dibawa keluar dengan selamat. Punat on di tekan dan telefon aku menyala. Tersenyum lebar aku bila banyak panggilan terlepas dan mesej dari lelaki bermata hazel tu.
Icon WhatsApp di buka. Ada 569 dari Aydin. Fuh bukan main banyak! Ternganga luas mulut aku.
(
♡︎
Awak! Buat apa tu?
Dah tido ke? Awalnya.
Saya rindu awak.
Hari ni saya terjatuh dalam jamban tau!
Sakit hiks.
Kalau lah awak ada dekat sini.
Mesti hilang cepat sakit ni.
Aku membaca satu persatu apa yang aydin ceritakan. Tak ada 1 perkataan pun yang terlepas. Namun aku jeda untuk seketika dan menyambung kerja aku. 569 mesej, memang akan memakan masa yang lama untuk dihabiskan.
Habis kerja aku terus berlari balik ke rumah. Zafran dah bagitahu aku sebelum aku turun dari keretanya tadi yang dia tak dapat nak jemput aku balik. Jadi, aku jalan kaki sajalah.
Sampai rumah, aku mandi dan salin pakaian. Usai itu, aku buka telefon aku dan sambung baca kisah comel si Aydin ni. Video dan gambar juga aku buka dan lihat setiap minit dan saat. Tak ada satu pun aku tinggal.
Bibir aku tersenyum lebar.
Tapi, sesuatu meresahkan aku. Makin aku scroll, makin membuatkan aku tak senang duduk.
♡ My Din
Mana awak ni?
Kenapa off?
Awak tak rindu saya?
Saya harap awak on esok.
(semalam)
♡ My Din
Ya Allah, mana tunang saya ni?
Awak sakit ke?
Aydan kata awak tak masuk kerja sehari.
Ada apa apa jadi ke?
Kenapa tak angkat call?
Saya tak penting ke Nayra?
Kadang saya confius. Saya buaya atau awak yang buaya?
♡ My Din
Awak rimas ke saya spam?
Tak apalah. Aku pun dah penat berlakon.
Penat berpura-pura.
Oh by the way,
I found someone better than you, Anayra Zaara.
Segar lagi dalam otak aku saat kau maki Kak Mira masa dia kata buruk pasal aku. It's too funny. Cinta buat kau buta. Poor you Nayra~
Kita putus tunang.
Jangan cari aku lagi lepas ni. Aku dah tak nak tengok muka hodoh kau tu.
Tak larat. Takde selera aku.
Terbeliak mata aku. Ya Allah, aku salah baca ke? Aku... Di tipu olehnya selama ni?
Cinta dia palsu?
Ya Allah, otak aku tak berfungsi!
Rambut aku ditarik-tarik.
Sumpahlah aku kena game dengan lelaki bernama Aydin Zayaan selama ni?
SUMPAHLAH?! ASAL TIBA-TIBA?!
bersambung
hewhew
Btw yeayyy 3k 😭
Thankyou!
Thankyou juga pada yang vote and comment
🥺🥺🌼
Advertisement
- In Serial80 Chapters
I Don’t Want to Become a Villainess, So I Aim at Becoming a Perfect Lady Together with the Prince!
Liz, who came to have a formal marriage meeting with First Prince Alan, unintentionally eavesdropped something. “Be careful, okay? Liz Beltran is arrogant and has a high self-regard, she is a selfish lady. ……Truly, she is a young lady who fits the word 『villainess』 perfectly.” “You, who are disgusted by the wicked deeds of your villainess fiancée, awakens to the true love with the Heroine and finally reaches the happy ending. I highly recommend Brother x Heroine, so I absolutely want you to do your best, Brother!” A bunch of words she didn’t understand came out of the mouth of Second Prince Wilfred who was together with Alan, and Liz was shocked. “What is a 『villainess』? Why would I be scorned? What did he mean by 『true love』!” Due to too much frustration, against her better judgment, Liz got teary eyes. First Prince Alan, who was the partner of the formal marriage interview of such a girl, addressed her thoughts. “It’s fine. I will cooperate so that you won’t become a 『villainess』.” At least, what Prince Wilfred said to be 『villainess』. Liz, who was determined, received Prince Alan’s slightly too sweet cooperation, aiming to avoid becoming a 『villainess』, even though she didn’t know what it means. This is the story of Liz who aims to become a perfect lady, the exact opposite of a villainess.
8 153 - In Serial36 Chapters
HEALED ME
Josie Pyre,a 22 year old virgin,no boyfriend,no job and no dad finds herself drowned in a state of depression. she decides to take a breather out on the streets at midnight and thats when she faces her worst nightmare or lets say blessing in disguise.Matthew Bentley, a 27year old single father of 3,the fiercest businessman,a loner,and one of the hottest bachelors in town finds his life turned upside down when on one fateful night he saves a lady from a gang and finds he cannot get her out of his head.what will happen? will there be romance between Josie and Matthew? read to find out.
8 518 - In Serial45 Chapters
WALIJA (Completed)✔
They were both forced into it... He was a drunkard...She was religious...What will happen when these two were forced to stay under the same roof?Will they be able to survive it?Will this change their lives for good?Will this marriage work out? Let's read and find out! God bless you as you do.
8 166 - In Serial56 Chapters
The Multiple Hero Deku
This is a world where 80% of the population have a power call Quirk,And here a young boy name Izuku Midoriya was bully for being Quirkless But one day found himself inside an abandoned hospital after his friend left him behind he walk In exploring the place as he continue to look around he found a game he read the name of the game "DoReMiFa Beat" as he walk to it he accidentally tip and switch on the game when the game was on a pink hair girl and a boy with black hair see in the screen what will happen if they give Izuku the power of all the gamer rider and help him to be the greatest hero ever
8 171 - In Serial24 Chapters
MANAN: Beautiful Feelings {COMPLETED}
Manan a school life enemies..... meet in college...and a concert changes their fate....to know more..do read the story...my first story.. so I tried my level best....thank u
8 158 - In Serial67 Chapters
Emilia ✔️ NOW PUBLISHED!
⚠️ Published version Available in Paperback & E-Book through Amazon!This WattPad version is a well-loved rough draft, enjoy it! But be warned it's the unedited, raw version of the book. •••Even when it seems that all hope is lost, is it truly lost forever? The continuation of Aiden. ♥️♠️-------**Mature Romance****Mature Audience 18+****Strong Language****Sexual Content**
8 107

