《[C] Putera Kayangan》Bab 37 : Aku Diculik!
Advertisement
7 hari berlalu. Hari ni, aku kena shift malam. Urgh! Dahlah aku kena balik malam. Hati aku dari tadi tak sedap mengenangkan malam ni aku kena balik jalan kaki seorang diri.
Tambahan lagi otak aku asyik overthinking pasal lelaki serba hitam yang ikut aku setiap hari tu. Siang boleh terima lagi. Ini malam wey! Aku harap dia tak tahu aku shift malam.
"Encik Minghao ni. Dah empat hari lepak dekat sini. Tak bosan ke?" tegurku. Tadi aku masuk kerja pukul 4 petang pun dia masih tercongok dekat sini. Aku syak dia dah duduk sini dari pagi.
"Eh Nayra. Hehehe... Tak pun, makanan dekat sini sedap,"
Eleh, acah! Fikir aku tak tahu kau tunggu Najla munculkan diri?
"Alah... Jujur jelah Encik Minghao tengah tunggu Najla. For your information Yana, Najla dan Laila tu stay dekat Sabah 5 hari 4 malam,"
Terbeliak mata Encik Minghao, "kenapa tak bagitahu awal awal? Buat penat je saya tunggu!"
Kan aku dah agak. Confirm tunggu Najla.
"Manalah saya tau. Encik Minghao tak tanya pun. Jadi, esoklah dorang balik Malaysia,"
"Awak buat Sabah tu macam luar negara je,"
Sedar dengan apa yang aku katakan tadi, terus aku termalu sendiri.
"Hehehe... Kiranya, esoklah dorang balik semenanjung ni,"
"Haa... Baru betul. Tapi haih," Encik Minghao mengeluh. Pandangannya jatuh pada macaroni carbonara yang tersisa dalam pinggannya.
"Tapi apa?" soalku setelah tiada sambungan dari Encik Minghao.
"Esok saya dah kena bertolak ke Cameron. Tak sempat lah nak jumpa dengan Najla," muram je muka Encik Minghao. Terbit rasa kesian dalam hati aku.
"Tak pe... Saya kan ada. Encik Minghao ada nak kirim kan pada saya apa apa tak?"
"Cakap dekat dia tahniah atas pertunangan dia. Tu je," Encik Minghao tersenyum kelat. Perkataan 'pertunangan' tu nak tak nak je disebutnya.
"Baik mesej je,"
"Dia block saya. Saya pun tak tahu kenapa. Tiba tiba Yana bagitau saya yang Najla dah tunang. Terkejut saya. Tapi perlu ke sampai block saya? Apa salah saya? Ke tunang dia yang tak kasi dia berhubung dengan saya? Tapi macam tak logik," luah Encik Minghao.
"Apa pula tak logik? Siapa je suka tunang dia borak dengan orang lain? Nak pula kalau si tunang tu tau yang encik dan Najla ada perasaan suka sama suka," kata ku selamba.
Dari tunduk menekur meja, terus terangkat kepala lelaki berbangsa cina ni.
"Suka sama suka? Jadi, saya tak bertepuk sebelah tangan selama ni?" membulat mata Encik Minghao. Tak berkelip mata dia menunggu jawapan yang akan dilontarkan oleh aku.
"Ye, tak kan encik tak sedar? Ketara sangat lah. Wallpaper telefon dia gambar encik tidur dalam office tau. Siap ada tulis lagi tu, 'Don't touch my phone unless you are Xu Ming Hao'. Haa..."
"Really? Such a naughty girl,"
Lega aku lepas tengok senyuman dibibir Encik Minghao tu. Kalau tak dari tadi monyok je. Maaf Najla, aku terpaksa bagitahu. Dia patut tahu yang dia tak bertepuk sebelah tangan.
Advertisement
Tapi itulah, agama jadi pemisah mereka berdua.
Moga dua dua dapat jodoh yang terbaik.
×××××
Aku berjalan kaki seorang diri seperti hari hari sebelum ni. Sekarang aku di jalan belakang bangunan. Sunyi sepi sungguh malam ni. Nasib baik hari ni aku bawak lampu suluh bersama. Boleh juga aku ketuk orang guna lampu suluh ni nanti.
Cuaca malam ni nampaknya baik-baik saja. Angin-angin tu biasa lah. Nasih baik aku pakai hoodie merah kepunyaan Aydin ni. Wangi!
Jangan bagitau dia. Aku ambik ni tanpa izin dia. Aku bukan niat nak curi. Tapi masa tu aku sejuk. Ambik jelah. Dia pulak tak perasan yang hoodie tu dia punya. Jadi dia biarkan saja. Uhuk. Maklumlah masa tu otak dia berselirat dengan projek dia.
"Hai cik adik,"
Langkah aku terhenti. Terus kaku aku tak tau nak buat apa. Tiga orang lelaki yang berbaju t-shirt hitam berlengan pendek berdiri beberapa meter di hadapan aku.
Mereka menapak ke arah aku selangkah demi selangkah. Wajah pun tidak nampak disebabkan suasana sekarang gelap. Aku boleh nampak gigi mereka yang bersinar dalam gelap tu. Mereka sedang tersenyum sinis.
Selangkah mereka mendekati aku, selangkah aku menjauhi mereka. Jantung aku dah ber dug-dag macam marathon sekarang ni.
Aku berpaling dan terus berlari. Malangnya aku terlanggar seseorang dan jatuh terduduk ke jalan tar. Sakit dia tak boleh bawak bincang. Lampu suluh aku yang terjatuh ke sebelah aku di sepak jauh ke arah lain.
Dalam otak aku sekarang hanya mampu berdoa yang Aydin ada kuasa teleport supaya dia boleh bergerak dari Melaka ke Kuala Lumpur sepantas kilat.
Ya Allah, bantulah aku.
"Sian dia. Cuba nak lari tapi tak dapat,"
Aku bingkas bangun dari duduk tadi. Kepala aku tak henti dari toleh ke belakang dan ke hadapan semula. Sekarang ada lima lelaki yang kepung aku. Tiga di belakang dan dua dia depan.
Aku mengundur perlahan-lahan. Mulut aku tak henti-henti menyuruh mereka agar jangan dekat. Tapi sia-eia saja. Mereka malah tertawa sinis dan mendekat. Aku hanya mampu berdoa agar Allah melindungi aku sekarang ni.
Aku ternampak sekeping papan yang berada tidak jauh dari aku. Mujurlah mata aku ni boleh berfungsi dengan baik walaupun dalam gelap yang hanya disinari cahaya bulan.
Kaki aku berlari untuk mendapatkan kayu itu. tapi malangnya aku ditarik oleh lelaki lelaki jahat tu.
"Lepas!" aku berteriak dna meronta-ronta minta di lepaskan.
"Wo... Wo... Chill... Kau tak nak have fun dengan kiteorang ke?"
Have fun? Huh!
"Lepaskan aku lah!" Kaki aku ditendang ke lelaki tu.
Tendangan aku tepat mengenai tempat sensitif lelaki tu. Menggelupur dia atas jalan tar tu. Rasakan!
"Berani kau buat kawan aku!"
Pak!
Terpaling muka aku sebaik saja menerima tamparan dari lelaki tu"
"Fikir kiteorang hamak sangat kau yang papan ni huh? Kalau bukan sebab tuan aku suruh culik kau. Tak mahu aku,"
Berkerut dahi aku, "siapa Tuan kau?!"
"Tak penting. Goodnight sweetie,"
Advertisement
Mulut aku diterkup dengan kain dari belakang. Aku meronta sekuat hati cuba melepaskan diri. Tapi lama kelamaan tubuh badan aku semakin lemah. Akhirnya dunia aku menjadi gelap sepenuhnya.
×××××
"Tahniah abang! Yeay! Lepas ni boleh lah abang luangkan masa dengan Rara. Seminggu lebih ni asyik dengan buku je," ujar Anayra yang baru saja memasuki alam sekolah menengah.
Abang dia hari ni baru saja habis SPM. Happy dia bukan kepalang. Mana tidaknya? Sebulan lebih ni abang dia banyak fokus pada pembelajaran. Tambahan lagi abang dia bukan jenis yang mengingat. Lagi bertambah struggle lah remaja lelaki tu untuk berusaha.
"Alah aku buat semua ni pun untuk kau. Kau nak duduk meringkuk bawah jambatan tu? Kalau nak aku boleh bawak kau pergi sana. Lagi satu, siapa nak luangkan masa dengan kau huh?" selamba badak je remaja lelaki yang tinggi lampai itu berkata.
"Abang ni!" Anayra memeluk tubuh dan cemberut. Geram dengan sikap abangnya itu.
Jari kelingking remaja lelaki di gunakan untuk mengorek hidungnya tanpa segan silu di situ. Nasiblah dorang ikut Pak Samad selaku jaga Rumah Anak Yatim milik Tengku Afiqah pergi ke dusun. Jadi tiada siapa yang nampak perilaku lelaki tu.
Mereka macam nilah. Pada hari cuti, mana budak budak yang masih ada ibu atau bapa atau penjaga. Mereka akan dibenarkan pulang. Nak pula sekarang ni cuti hujung minggu. Memang ramai diantara mereka pulang ke kampung.
Anayra dan abangnya memang akan ikut Pak Samad balik ke kampung. Pak Samad dah macam bapa kandung kepada mereka berdua ni. Mak Senah, isteri kepada Pak Samad juga tak kurang baiknya. Layan mereka berdua macam anak sendiri.
"Rara," lelaki itu memandang ke sebelahnya memandang adik perempuannya itu.
Anayra hanya mendiamkan diri. Malas nak menjawab panggilan abangnya itu. Buang masa je.
Remaja lelaki itu tersenyum sinis, "Rara si gendut..."
"Eee apa gendut gendut ni? Apa abang nak?" Anayra memalingkan kepala memandang abangnya. Nada suaranya sedikit meninggi. Muka dia masam mencuka. Tak suka dengan panggilan abangnya tu.
Tersenyum puas remaja lelaki tu kerana berjaya mendapatkan perhatian dari satu satunya harta dia didunia ni. Harta yang tidak ternilai.
"Jom kita memancing dekat kolam Pak Samad nak?"
"Bila?" riak wajah Anayra berubah bila dengar perkataan 'memancing' tu.
"Ermm... Sekarang pukul 3 petang. Pukul 6 petang lah kita pergi. Okay?" jam tangan lusuhnya dikerling beberapa saat sebelum memandang semula wajah adiknya yang dah teruja tu.
"Okay!" tersenyum lebar gadis berusia 13 tu. Asalkan ada abang dia, pasti dia setuju saja. Ke mana saja lelaki itu pergi, mesti dia akan ikut. Walaupun di larang, dia tetap akan ikut. Kadang rimas juga abang dia tu. Lepak pun nak ikut.
"Abang... Abang akan budak ketot yang abang jumpa dekat Madrasah Al-Furqan tu bila dah besar nanti?"
"Aku akan cari. Aku akan jadikan dia milik aku. Aku akan pastikan dia jadi akak ipar kau," nekad lelaki itu. Dia pasti. Dia akan cari gadis bertubuh kecil tu semula.
"Tapi kalau dia dah kawin masa abang jumpa dia macam mana?"
Lelaki itu melepaskan keluhan kecil.
"Bukan jodoh aku lah kalau macam tu,"
"Abang ni kuatlah! Tabah! Gagah! Macam macam! Ehem... Nak biskut" Anayra memuji abangnya.
"Eleh kau kalau bodek nombor satu! Nah," abangnya menghulurkan satu paket biskut Lexus kepada Anayra. Bukan main happy Anayra. Dia pun memang tengah lapar masa ni.
Lelaki itu tersenyum sebelum kembali wajahnya bertukar beku. Abang Anayra ni boleh dikatanya golongan lelaki ais batu juga lah. Muka garang dia memang tak boleh bawak bincang. Berbeza dengan adik perempuannya si Anayra tu, manis je. Dengan pasu bunga pun nak senyum.
"Abang,"
"Ye Rara sayang,"
"Abang akan pergi tinggalkan Rarakan?" berkaca mata Anayra memandang abangnya. Sejak abangnya menginjak 17 tahun ni, otak tak berhenti memikirkan tentang hal ini.
Yelah, dah habis sekolah. Nanti kena bekerja. Kalau ada rezeki, sambung belajar. Bagaimana nasib dia di Rumah Anak Yatim tu?
"Haih, tak akan lah aku nak tinggalkan satu satunya harta yang ibu dan abah tinggalkan pada aku ni,"
"Abang kan pelupa," tembak adik perempuannya itu.
Tergelak abangnya, "aku tak akan lupakan adik perempuan aku ni. Anayra Zaara. Nama kau akan selalu ada dalam hati dan kepala otak aku ni. Kalau kita terpisah sekali pun. Percayalah yang aku sebenarnya ada je dengan kau. Just kau tak nampak,"
"Kalau ada dalam hati je buat apa? Kalau Nayra kena buli? Abang boleh teleport ke tempat tu untuk tolong Nayra,"
"Cakap tu bijak sikit. Kau fikir aku setan ke nak teleport teleport? Kalau kau kena buli lawan jelah balik. Tak payah jadi lembik sangat!"
Anayra cemberut.
"Aku akan selalu ada dengan kau. Aku akan perhatikan kau. Aku akan ikut kau ke mana pun kau pergi. Kecuali kalau kau pergi neraka lah. Memang tak lah aku nak ikut, gila kalau aku ikut. Baik aku masuk syurga tu happy happy dengan bidadari dalam syurga. Aduh.. sakitlah!" Kepalanya disapu beberapa kali. Sakit kena pukul dengan gadis disebelahnya ini.
"Janji dengan Nayra yang abang akan datang cari Nayra," Habis merah satu muka adiknya itu menahan tangis.
"Janji," remaja lelaki itu tersenyum dan menarik adiknya ke dalam pelukan. Setelah itu dia menolak lembut gadis itu. Wajah yang dibanjir air mata itu dilapnya dengan penuh kasih.
"Ya Allah, hodohnya muka kau masa nangis. Sian laki kau nanti Rara. Malu dia nak ngaku isteri,"
"Abang!!"
Remaja lelaki itu tersenyum melihat adiknya itu.
Maafkan aku Rara. Aku sendiri pun tak pasti sama ada aku akan selamat atau tidak di dunia luar tu. Kau selamat di kampung ni. Bila tiba masanya, aku akan bawa kau bersama aku. Dan juga budak ketot tu. Bisik hati lelakinya.
bersambung
Advertisement
- In Serial70 Chapters
Her Name Is Havoc
Loss. Inexplicable loss. A loss you can't even grieve because no one else admits to it. After all, how can you grieve over something that was never really there? Or was it? Richard never had a high school sweetheart, not even a prom date. He never took dating, romance, or whatsoever seriously. To be honest, he didn't even believe in love before he met her. And "Her"? Oh, she's trouble. And he's beyond saving. Caroline, on the other hand, has always believed in love. Her life was a shipwreck until she found it. And she would do anything to finally marry the love of her life. Even if she has to hide her deepest, darkest secrets from everyone. The secrets that she thinks can blow up her wedding day, if not her entire life. In a knitted web of love and lies, which one prevails.#3 in disappearance ( Jan -15 -2021)#12 in hallucinations ( Jan - 19- 2021)
8 101 - In Serial4 Chapters
His Drunk Girl
He smells like alcohol and that's my favorite.
8 174 - In Serial27 Chapters
The Gang Leader
"What are you doing on my territory?!" He snarled in my face in anger."I don't see your name anywhere" I say looking around.------------------------------------------- Cecilia Adams Was walking down the dark streets of London, after that long, hard shift at Sainsbury's, meeting Reece Dennings was the last thing on her mind. All she wanted was to go home, and sleep. But nooooooo she had to run into the gang leader of one of London's biggest gang. One encounter leads to another.9th in teen fiction (highest rank)BE WARNED THIS BOOK IS REALLY CHEESY!!!!Cover By : LUCIJA1409
8 211 - In Serial39 Chapters
How to Love Fame
This job turned Nicole's life around. What happens when she falls in love with one of the best actresses in Hollywood? Will she be able to learn how to love her and the fame?
8 214 - In Serial61 Chapters
CEO Daddy, let's get mommy.
Tired of the loveless marriage. Esther Benjamin decides to divorce her devilish husband Arthur Garcia. But before she tried to leave him, he realizes he needs her because he needs to feed his ego. So, he will not let her leave. But Esther is stubborn. She decides, to leave for real. She left her adopted son also. So, that she can get away from his clutches. Two years later....Esther took her one-year-old child in her arms and started making her way to her home country. After all, it's been two years and due to work, she has to go there. She decided to go away after she finishes her work. But God has other plans for her. She will find her ex-husband there. What happens then? Her adopted son saw his mother returned but she will not meet. So, he asks his father, "CEO Daddy, Let's Get Mommy". Join the journey of a kid where he and his father tries to get back their mother and wife.
8 387 - In Serial49 Chapters
Highborn (Season One)
[High School Paranormal Romance] "If you ask me, life sucks ass, and according to my mother, my future is the reason she never gives me the time of day." Dude, don't ask me why my bitch of a mom sent me away. I mean, I know she has an important career or whatever, but she shipped me thousands of miles away to my aunt's house in Colorado. What the hell's up with that? Don't even get me started on the people in this weird ass town. I hate admitting this since I'm in a committed relationship, but there's these three guys. I'm not sure how to explain it, but they're freaking hot, and since I started at my new school, at least one of them is everywhere I go. I guess they're like the school Royalty or whatever, which is a huge turnoff. I told them to leave me alone, but they don't listen and it's pissing me off.Tyler is a total player and a selfish prick. Lucas is a sweetheart, but he's my cousin's boyfriend. That leaves, Justin, the golden boy. Not only does he literally have gold eyes, but I know he has a secret.The migraines have been getting worse and I've been having some weird ass reactions to people. The only thing that used to help were my pills, but they're not working anymore, and things are starting to get wacky as hell. Like, I'm seeing shit and losing my damn mind!REVERSE HAREM HIGH SCHOOL PARANORMAL ROMANCE (FOR TEENS AND NEW ADULTS)NEW EPISODES: Follow me for update announcements.(Episodes: 1200 to 3500 words)STARTED: August 30, 2019Cover Created by Me [WARNING: THIS BOOK MAY INCLUDE EXPLICIT LANGUAGE, VIOLENCE, GORE, ABUSE, INTENSE SEXUAL SITUATIONS, ALCOHOL USE, AND DRUG USE.]
8 302

