《[C] Putera Kayangan》Bab 35 : Tunang
Advertisement
Hari cafe tutup setelah sebulan beroperasi tanpa henti. Jadi, kami dapat berehat selama 3 hari sebelum cafe di buka semula.
Telefon pintar berjenama Samsung milik aku di buka. Dari gelap, terus cerah skrin alat komunikasi itu. Kata kunci dimasukkan dan terus tersembul barisan aplikasi sedia ada dan yang aku muat turun di skrin telefon ni.
Ibu jari aku meluncur-luncur di atas skrin yang bercahaya ni. Mencari emoticon Google.
Haih, aku sendiri pun lupa dekat mana aku letak Google.
Setelah 5 minit selongkar telefon ni. Akhirnya aku jumpa juga. Fuh! Nak cari aplikasi je pun dah lama.
Tanpa berlengah, aku pun terus tekan logo Google tu. Ruangan search di tekan dan serentak itu papan kekunci juga muncul.
Aku bergumam sendiri sambil ibu jari kiri dan kanan aku menari-nari di atas skrin. Mengeja nama seseorang.
Sambil menunggu Google menjalankan tugasnya. Aku dandan rambut aku yang panjangnya melepasi bahu dengan rapi. Mata aku tak lepas pandang dari telefon yang terbaring di atas katil itu.
Glup...
Terbeliak mata aku lepas baca maklumat yang muncul. Mata aku di tenyeh beberapa kali sebelum kembali melihat maklumat yang terpapar itu. Risau juga kalau mata aku ni tipu otak aku. Kut-kut otak aku salah tafsir ke kan?
Link lain jugak turut ditekan dan masih sama!
Aku bingkas bangun dan menuju ke dinding yang aku tertampal sticky note yang diperolehi oleh aku ketika di cafe. Tiba-tiba aku rasa sebak dan terharu. Mata aku mula merembeskan air maya yang hanya tinggal menunggu masa untuk tumpah.
Sticky note yang tertulis ' I found you ' di pandang lama. Lambat-lambat bibir aku mengukir senyuman.
×××××
Usai menjamu selera. Aku melangkah ke sinki untuk membersihkan segala peralatan yang aku guna dari peralatan memasak sehinggalah yang diguna untuk alas makanan.
Telefon yang berdering aku pandang sekilas. Nasiblah tinggal satu gelas je dah yang perlu di basuh. Siap basuh, aku lap tangan kering kering terlebih dahulu sebelum menjawab panggilan tu.
"Assalamualaikum, buat apa tu..."
Bibir aku tersenyum lebar sebaik saja mendengar suara garau yang keluar dari speaker telefon tu.
"Waalaikumussalam, baru lepas makan tengah hari. Awak?"
"Baru lepas breakfast. Hehehe..."
"Baru lepas lepas breakfast? Are you kidding me? Dah pukul 1 petang!" Aku mencekak pinggang. Kaki aku melangkah menuju ke ruang tamu. Punggung aku dilabuhkan di salah satu sofa yang ada.
"hehehe... Penat sangat semalam nak sempurnakan lagi projek. Lepas tu kemas baju dengan barang barang. Esokkan saya nak bertolak ke Melaka,"
"Eh? Melaka? Buat apa? Berapa lama? Dengan siapa?" tanyaku bertubi tubi. Berkerut-kerut dahi aku. Buat apa pula dia nak pergi Melaka ni?
"haih... Lupa lah tu! Saya nak pergi tempat yang syarikat saya patut handle ni lah. Lepas tu buatlah apa yang sepatutnya, hias hias. Ubah sana sini. Untuk soalan berapa lama tu, maybe dua minggu saja dulu and saya pergi dengan team saya," jawab Aydin satu persatu.
Advertisement
Aku tersenyum malu. Boleh pula aku lupa yang Aydin dah pernah cerita dekat aku pasal ni dulu.
"Sorry,"
"it's okay, Sayang. Sebenarnya saya ada tujuan call awak ni. Boleh tak awak datang rumah mama sekarang? Dia rindu tu,"
"Mama rindu Nayra?" soalku tidak percaya dengan apa yang aku dengar.
"haah... Meh lah sini! Saya pun rindu ni. Tak nak luangkan masa sebelum saya pergi Melaka ke?"
Dari nada dia, aku dapat bayang yang dia sedang cemberut sekarang ni. Mesti comel.
"Okaylah, saya datang sana. Dalam 30 minit saya sampai... Dah pergi mandi! Saya tak nak pandang awak kalau awak tak mandi. Busuk!"
"eh... Tau tau je orang tak mandi lagi. Okaylah, saya mandi. Elok elok tau. Jangan lupa doa naik kenderaan. Bye! Love you!"
"Love you too," aku tersenyum dan seterusnya aku mematikan talian.
Tanpa berlengah, aku pun ke bilik dan mandi. Kata Aydin tak mandi. Aku sendiri pun tak mandi lagi. Hohoho
Takpe, dia tak tau.
×××××
"Assalamualaikum," aku melangkah masuk ke dalam rumah Puan Aysha yang terbuka luas tu selepas dibuka oleh bibik di dalam rumah itu.
"Wah, dah sampai! Mari mari duduk," Puan Aysha menarik aku ke ruang tamu. Dipaksanya aku duduk disebelah dia dekat kerusi panjang ni.
Aku rasa segan gila sekarang sebab ada papa Aydin sekali. Ni baru pertama kali aku jumpa dia. Walaupun dah lanjut usia tapi papa dia ni masih kelihatan tampan.
Tak silap aku nama papa dia ni Ahmad Zahrain. Ada mix Arab. Tak heranlah mata si kembar tu hazel. Bapak dia ni pun hazel.
"Nayra, mama nak straight to the point je sekarang ni. Mama nak satukan Nayra dengan Aydin,"
Hampir tersembur aku yang minum air teh panas ni. Mama Aydin ni memang macam ni. Tak ada bengkang bengkok, tak ada selok belok. Lurus je!
"Eh Nayra okay tak?" Puan Aysha menghulurkan tisu kepada aku. Laju tangan aku menyambutnya dan lap mulut aku.
"Haih awak ni. Tak ada angin, tak ada ribut terus cakap macam tu. Nasib tak mati tersedak bakal menantu kita ni," tegur Encik Zahrain kepada isterinya Puan Aysha yang tersengih tu.
"Tak macam tiba-tiba ke mama? Papa?" aku pandang pasangan suami isteri tu bersilih ganti. Suka hati aku je panggil Encik Zahrain ni papa. Dasar tak tahu malu.
"Mana ada tiba-tiba. Cepat mama bagi pilihan. Yes or yes?"
Ya Allah. Terus lagu group Twice tajuk Yes or Yes berkumandang dalam otak aku.
Kata pilihan. Tapi yang diberikan Yes or Yes.
Puan Aysha pandang aku dengan penuh harapan. Aku pula tersenyum dan capai tangannya.
"Nampaknya... Nayra kena pilih yes lah kan? Jawapan Nayra, yes,"
Advertisement
"YES!"
Serentak aku, Puan Aysha dan Encik Zahrain pandang ke atas. Boleh nampak kelibat si Aydin tu menutup mulut sebelum lari masuk ke dalam bilik.
Aku tersenyum dan menggelengkan kepala. Macam-macam Aydin ni.
Tumpuan aku beralih ke Puan Aysha. Dia sedang menyeluk tangannya ke dalam beg kertas. Kotak kecil berwarna merah di keluarkan.
Apa lagi kan kalau bukan cincin? Hiks.
Rasa nak menggelupur. Ya Allah, tahan Nayra! Jangan menggelupur kat sini. Malu!
"Ni mama agak je saiz. Harap-harap muat. Kalau tak muat maknanya jari Nayra yang makin gemok," seloroh Puan Aysha dengan wajah selamba.
Ayat Puan Aysha mengundang tawa kecil dari aku. Tangan kiri aku di tariknya lembut. Cincin berwarna silver itu disarungkan pada jari manis aku.
"Alhamdulillah... Muat muat,"
Aku tersenyum. Cincin yang cantik tersarung pada tangan aku tu ditilik. Tak sangka tangan aku bertambah cantik selepas kehadiran cincin tu.
"Jadi, tarikh kawin bila?" soal Puan Aysha dengan nada teruja. Encik Zahrain menggelengkan kepala beberapa kali melihat wajah teruja Puan Aysha. Dari tadi di bibir dia tu hanya ada segaris senyuman.
"Tarikh kawin. Erm... Bagi Nayra masa dulu untuk cari abang Nayra. Lepas tu, baru kita bincang semula tentang tarikh. Boleh?" Aku membuat mimik muka comel pada Puan Aysha.
Puan Aysha tertawa kecil. Pipi aku dicubit lembut olehnya. "Boleh. Haih, lega mama! Akhirnya tercapai hajat mama ni. Oh, nak mama dan papa tolong cari abang Nayra? Cepat sikit jumpa," pelawa Puan Aysha.
Aku senyum dan menggeleng kepala perlahan. "Tak pa. Nayra boleh cari sendiri. Tak nak susahkan mama dengan papa,"
Puan Aysha tersenyum kelat, "okaylah macam tu,". Namun, senyumannya kembali terukir dengan lebar, "mama ada buat kek tadi! Boleh kita makan sama-sama," Puan Aysha berdiri dan dengan pantas dia berlari ke dapur.
"Jangan lari Ayshaku sayang," tegur Encik Zahrain. Tergeleng kepada dia melihat telatah Puan Aysha yang tak ubah macam anak kecil.
Aydin yang baru turun dari tangga tu aku pandang sekilas saja. Tiba-tiba rasa malu menyelubungi aku.
Sekarang aku dah tahu mana Aydin dan Aydan dapat perangai kebudak-budakan mereka tu.
Aku meluangkan masa di rumah mama dan papa Aydin sehingga ke petang. Macam-macam kami bualkan. Puan Aysha menunjukkan album gambar-gambar masa bayi Aydin dan Aydan.
Bukan setakat gambar bayi. Gambar waktu kanak-kanak dan remaja pun ada. Terjerit nyaring Aydin bila majalah sekolahnya di buka oleh Puan Aysha.
"Mama! Janganlah," rayu Aydin.
"Tengok ni Nayra. Jeragat penuh satu muka. Masa ni, mama ingat yang mama ni lahirnya manusia kertas pasir dah tau! Seram!" mata Puan Aysha di kerling ke arah Aydin yang sedang cemberut tu.
Aku pula hanya tahan senyum di sisi Puan Aysha. Rakan-rakan kelas Aydin dilihat satu persatu. Mata aku terhenti pada wajah bersih seorang perempuan yang mengukir senyuman kaku. Aku tersenyum kecil.
Waktu remaja pun dah cantik Lily ni. Tak hairanlah Aydin boleh suka pada Lily.
×××××
"Thanks sebab terima saya Nayra. Saya akan tolong awak cari abang awak bila saya dah balik dari Melaka nanti," ujar Aydin.
Sekarang kami berada di parking lot milik kondominium yang aku diami.
Wajah bersih Aydin aku pandang dengan senyuman. Begitu juga Aydin.
"Tak perlu susah-susah. Saya boleh cari sendiri. Insha Allah dalam masa dua minggu ni saya akan pastikan yang saya jumpa dia," ujarku yakin.
Ya, aku akan pastikan aku jumpa dia dan aku akan bawa dia untuk jumpa mama dan papa Aydin. Lagi pun, dia je satu satunya keluarga yang aku ada.
"Goodluck. May Allah bless you, Nayra"
Aku mengangguk.
"Awak jangan gatal-gatal dekat Melaka tau! Kalau saya tau awak buat hal dekat Melaka. Siap awak," ugutku keras sambil menjegil mata.
"Kalau ter?"
"Kalau ter. Saya humban awak dekat sungai Sarawak! Biar buaya-buaya profesional dekat sungai tu ajar awak cukup cukup,"
Aydin tergelak kuat.
"Haih awak ni Nayra. Saya setia pada awak sorang. Jangan risau. Nanti bila saya free, saya call atau mesej awak,"
"Baik. Take care dekat sana esok. Jangan lupa makan tau! Maaf esok saya tak dapat nak jumpa awak. Nanti nak bertolak mesej tau. Sampai pun mesej. Tau!"
Aydin menganggukkan kepalanya.
"Tau?"
"Yee Nayra, nanti saya buat, dah dah gi balik. Kena tangkap basah dalam kereta nanti baru tahu!" seloroh Aydin.
"Baguslah. Kawin terus. Alang alang honeymoon dekat Melaka," jawabku tanpa berfikir panjang.
"Are you serious?" kata Aydin dengan nada separuh berbisik. Dia mendekati aku. Bibir dia terukir senyuman nakal. Aku dah meremang. Laju aku buka pintu kereta dia dan keluar.
Aydin dah terkekeh-kekeh dalam kereta tu. Aku cemberut dan beredar dari situ. Sempat aku toleh ke belakang sebelum melangkah masuk ke tempat lift dan melambai tangan ke arah Aydin. Lelaki itu pula membalas lambaian aku.
Akhirnya, kami pun membuat haluan masing-masing.
Nampaknya kami akan berjauhan untuk kali pertama.
Tak apa Nayra. Dua minggu je bukannya setahun.
Entah kenapa. Hati aku rasa tak sedap.
Kuatkan lah hati kami bagi menempuh dugaan yang kami akan hadapi sepanjang tempoh pertunangan ini dan Kau kuatkanlah jodoh kami sehingga ke akhir hayat kami.
Jika dia bukan yang terbaik bagi aku, Kau jauhkan lah kami daripada perasaan cinta ini bagi mengelakkan berlakunya zina hati.
Sesungguhnya, Kau Maha Mendengar dan Maha Pengasih.
bersambung
Advertisement
- In Serial316 Chapters
Heavenly Farmer
Accidentally, Ye Xiaochen became new generation of Heavenly Farmer (Shen Nong), the treasure in the eyes of deities of three realms. Moon fairy’s rabbit eats only the carrots grown from his farm. The heavenly troop which was formed from the magical beans, came out from his farm. The ninth level elixir which was just released, he supplied the materials for it. Ye Xiaochen’s goal is to become the overlord of agriculture, not only in earth but also in whole three realms. I want the heavens to use agricultural products that I plant, I want all the sentient beings in three realms to eat food made from my vegetables, I want all the gods to give up the idea of only swallowing air and eat meals three times in a day just like a normal person.
8 1623 - In Serial116 Chapters
Keeping The Balance
After being stabbed accidentally by a neighbor who thought he was their cheating boyfriend Hol soul was taken by a system that told him that if he does enough tasks he could be reborn again. All he has to do is take care of people from different worlds who keep on messing with the balance of the world and destroying the said world. Doing the tasks are easy but there is always this one person who keeps showing up and making him fall in love.Hol: Why are you so in love with me?!ML: I just find your personality so endearing and I want to keep you to myself.Hol : (●///▽///●) Keep me. . .System: Host! You give in so easily!
8 116 - In Serial59 Chapters
Poppin • jb
Boy her dm's poppin.- Book One of the POPPIN series. All Rights Reserved // © MsBiebz .- To read some of my chapters you must be following me.WARNING: Story contains sexual contact verbal language (if you don't like smut or cussing, I advise you not to read this.)
8 127 - In Serial50 Chapters
For Your Eyes Only
He was the boy that no one noticed. He was quiet, bland to the naked eye, a total wallflower who sat on the sidelines and lacked in eye contact with those around him though he had the type of eyes that made you feel like you could drown. He tried his best to blend into the background, but what he didn't know was that he was the only one that caught my eye. He was the most intriguing person I had ever laid eyes on even though he couldn't see me. He couldn't see anything.
8 215 - In Serial57 Chapters
Hidden Riches
Hannah Sky was a average 22-year-old woman with a content life until the day she came home to find her boyfriend, Peyton of 3 years on top of her best friend Julia. That same day, Peyton kicked Hannah out of their home, Julia had now claimed her place.Logan Python was the long-lost son of Reginald and Anne Python; the richest couple in the country. He was sent away as a child due to his abusive father. Logan hated his parents for sending him away to be with his Uncle when he was a child. Even though Logan loathed his parents, he knew he would have to take over his father's company one day. He was awaiting the day they would approach him once again. Logan never thought he'd find a drunk, broken girl in a nearby bar the night he missed the winning for his basketball team. The moment Logan saw Hannah, he was instantly infatuated with this crying beauty. He wanted to save her. He wanted to save his "Bunny".Little did he know, that stubborn girl was heartbroken and was not willing to fall for a ex-player like him. She had her heart broken once and didn't want it to be broken again.Cover by @Infectious_MortalsWarning: This story contains mature language and mature themes. Read at your own risk.
8 123 - In Serial80 Chapters
The Many Dates of Indigo
The Many Dates of Indigo will be published as a Paperback and E-book from W by Wattpad Books on December 6, 2022!As a Wattpad reader, you can access the paid Wattpad Original Edition at this time and the W by Wattpad Books Published Edition here upon release day with purchase. ***** As Indigo Clark nears her 30th birthday, new male suitors vie for her attention. The trick is to pick the right one... ***** Indigo Clark, a successful businesswoman approaching her 30th birthday can't seem to shake the questions, "Where's your ring?", "When will you get married?", "Are you going to have children?" Tired of the nosiness and the pressure, Indigo sets out to experiment in her dating life. What an adventure she's in for! You have Tate, her gorgeous and loyal best friend, who she has a past with...but they don't talk about it. Then there's Nathan. He seems perfect on paper but is hiding a serious part of his life from her. Owen is a dashing gentleman until he isn't. And Diego, oh Diego, he's a hotshot lawyer used to getting what he wants but Indigo also knows what she wants and isn't going to let him off the hook easily. She is fierce and smart, and yes, it's raining men but Indigo isn't afraid to hold an umbrella...[Highest Ranking: #8 in ChickLit] (Featured) [ Winner of the Genre Awards for ChickLit *First Book* ][[word count: 90,000-100,000 words]]Cover designed by Eva I (@evadrawssometimes)
8 378

