《[C] Putera Kayangan》Bab 33 : Cotton Candy

Advertisement

Macaroon berwarna hitam aku bawa masuk ke dalam mulut. Ya Allah, sedapnya!

Punyalah aku tak nak macaroon ni habis. Aku gigit sikit sikit. Serius sayang! Haish, why sedap sangat ni?

Agak agak Aiman pandai buat tak? Aku nak tanya lah esok. Ehek.

"Amboi... Senyum sampai telinga eh dia lepas paw aku... Eee geram, nasib tak halal lagi tau? Kalau dah halal memang aku cubit cubit dah pipi kau tu sampai merah menyala!" Aydin memberikan pandangan tajam pada aku.

Aku hanya tersengih. Marah betul sampai guna kau-aku. Tapi aku tau, dia gurau je tu ehek.

"Awak... nak cotton candy macam budak tu," jari telunjuk aku lurus saja tunjuk ke arah budak lelaki yang berada di atas bahu ayahnya. Dekat tangan dia ada cotton candy warna biru.

"Tak takut kencing manis ke awak ni? Kalau kena potong kaki macam mana?"

"Awak kan ada untuk tolong saya," aku kelip-kelip kan mata beberapa kali.

"Eee... Tak nak saya kawin dengan perempuan kudung. Baik saya cari perempuan lain yang cukup sifat. Uish, rambut panjang ikal mayang. Pakai baju kemeja putih, skirt ketat warna merah. Aumm, aduh! Sakitlah!" Tangan Aydin laju mengusap kepala dia yang kena libas dengan beg pasar aku ni. Berkerut dahi dia pandang aku.

"Dosa, tau tak dosa?"

"Gurau je,"

"Boleh eh awak bergurau dengan dosa?"

"Sorry,"

Aku menghadiahkan Aydin jelingan maut. Eee.. boleh pula dia nak bayang benda pelik pelik.

Aydin berdiri dan ingin melangkah pergi. Aku pulak nak gelabah. Dia merajuk ke?! Laju tangan aku mencapai hujung baju hoodie berwarna hitam yang dia pakai.

Aydin menolehkan kepala dia memandang aku. Keningnya sedikit terangkat.

"Awak nak pergi mana?" muka aku memerah nak nangis. Yelah, dia pandang aku dengan muka takde perasaan. Marah aku ke?

Aydin tertawa kecil selepas melihat aku yang dah mencebik nak nangis ni. Dia membongkokkan sedikit badannya. Wajah dia kini dihiasi dengan senyuman manis.

"Beli cotton candy lah,"

"Bukan tinggal saya kan?"

"Tak.. kejap je,"

"Okay," aku senyum. Tapi Aydin masih terdiri disitu sambil pandang aku.

Advertisement

Sekarang ni, aku pandang dia, dia pandang aku. Aku angkat kening, dia pun angkat kening. Lama lama aku pun suruh dia pergi.

"Pergilah,"

Aydin menjuih bibir ke bawah macam tunjuk sesuatu. Aku pun pandang ke arah dia tunjuk tu.

Oh! Aku lupa lepas baju dia.

"Hehehehe.... Lupa," aku tersengih malu dan melepaskan bajunya. Aydin hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum dan pergi. Aku menghantar pemergian dengan sepasang mata cantik aku ni. Auch.

"Here! Your cotton candy!"

"Yeay!"

Gula-gula kapas kini bertukar tangan. Besar tau! Lagi besar dari kepala si Aydin ni. Warna putih suci.

"Nak si..,"

"No!" Pantas aku balas sebelum Aydin sempat menghabiskan ayatnya.

Aydin mencebik. Aku pula tersengih dan berpaling. Aku gigit cotton candy itu beberapa kali. Dengar nama aku di panggil, aku pun berpaling semula ke Aydin.

Dengan pantas Aydin makan di bahagian yang masih lagi belum disentuh oleh aku. Kaku aku disitu. Muka dia betul betul depan muka aku sekarang. Kami bertentang mata.

Aku dapat rasa pipi aku membahang!

Dengan pantas aku bangun dari duduk. Kau tau tak lagi beberapa sentimeter je hidung kiteorang akan berlaga?! Gila!

"Kenapa bangun?" soal Aydin dengan bibir yang dihiasi senyuman sinis kepada aku. Mesti dia perasan pipi aku yang memerah ni.

"Kalau kita ter.... Macam mana?"

"Ter apa?"

Aku diam. Bibir bawahku digigit perlahan.

"Ter apa sayang?" Aydin menjongket-jongketkan keningnya sambil tersenyum nakal. Makin lama makin keluar perangai nakal dia!

Baru je aku nak cubit lengan dia yang berlapik kain tu. Aku rasa kaki aku dipeluk. Maka terhenti perbuatan aku untuk mencubit tu.

"Ma Ayra! Wah, nak ula apas tu! Pwish, pwish! (Please, please!)" Bersinar-sinar mata Aira lepas tengok cotton candy pada tangan aku. Seluar aku ditarik-tariknya sambil merayu.

Ya Allah, kalau macam ni. Maunya londeh seluar aku!

"Ya Allah, jangan tarik-tarik! Nah," aku mengalah dan memberikan cotton candy itu pada Aira.

"Wahhh..." Sampai juling mata Aira tenung cotton candy yang sekarang berada di sepasang tangan kecil montel dia tu. Selang beberapa saat, dia pun panjat ke atas bangku yang diduduki aku tadi dan terus tangan montel dia tu memeluk leher Aydin.

Advertisement

"Miss cu," ujar Aira dengan nada sedih. Muncung sedepa bibir dia sebut 'cu'.

Aydin menguntumkan senyuman. Tangannya mengusap-usap kepala si kecil. Sesekali dia membaiki kedudukan rambut paras bahu si kecil montel tu.

"I miss cu too~"

Aku hanya berdiri tegak menyaksikan bapa dan anak di hadapan aku ni buat jejak kasih. Rindu betul ni. Dah macam setahun tak jumpa. Tapi baru je kelmarin Aydin video call dengan aku tunjuk dia main dengan Aira di rumah.

"Aira! Ya Allah... Kenapa lari macam tu sayang? You make me scared, baby!"

"I'm corry mum. But, I miss daddy co muchie," Aira mencebik. Lidah dia terjelir ke luar berusaha untuk jilat cotton candy di tangannya.

"Bukan macam tu lah... Macam ni," Aydin cubit cotton candy tu dan suap ke mulut kecil Aira.

Wanita yang berdiri disebelah aku menjadi tumpuan aku sekarang ni. rambut panjang ikal mayang berwarna perang yang dibiar lepas. Pakai baju kemeja putih di sinsing lengan hingga siku. Miniskirt warna merah dan kasut tumit tinggi juga berwarna merah.

Wait, Aydin desc perempuan ni ke tadi?

Wajah dia macam Laila. Tapi, tak akan Laila pula. Laila bertudung. Setelah aku tengok betul betul wajah wanita ni. Baru aku perasan di bawah mata belah kirinya ada taik lalat kecil.

"I'm sorry sebab kacau you dengan Ayan dating. But Aira miss her father so much." Terang wanita itu sambil memandang wajah aku dengan riak muka bersalah.

Her father ? Aydin her father ?

Nampaknya Aydin tak cerita semua benda pada aku lagi ni. Tak semena-mena gambar yang aku jumpa dalam office Aydan muncul dalam otak aku. Aydin ni duda anak satu ke?

"Oh ya Ayan. I dah call you banyak kali tau. But takde satu pun you angkat. Tak sangka pula boleh jumpa dekat sini, and what surprising me is you have a girlfriend! Why you didn't tell me about this?"

Aydin bangun dari duduknya. Aira dipegang erat dalam dukungannya. Si kecil tu khusyuk betul dengan cotton candy dia. Langsung tak terganggu dengan perbualan kami. No, bukan kami. Tapi mereka.

Wajah Aydin sekarang langsung tak ada secalit senyuman. Hanya wajah yang kosong tanpa perasaan.

"Tak penting pun untuk you tahu. And kenapa kena call call I ? Hantar jelah Aira kat rumah mak I. Bukannya I tak balik rumah tu, you pun tahu I duduk dengan mak ayah I, hantar je Aira dekat rumah mak ayah I,"

Okay, kenapa aku rasa macam tak wujud dekat sini?

"Wait, korang pernah ada relationship apa apa ke?" aku mencelah setelah lama senyapkan diri. Aydin pandang aku dan menggelengkan kepala. Aku pandang Aydin lama. Tapi Aydin hanya bersahaja di situ.

"What's your name girl?"

"Ouh, Anayra Zaara. Just call me Nayra," aku menghadiahkan senyuman manis kepada wanita itu. Dia juga membalasnya dengan senyuman.

"I'm Lily Kaisarah. Call me Lily. Nice to meet you,"

Lily?!

Patutlah Aydin suka Nayra. Lurus bendul sangat. Senang nak ngap, macam Lily.

So, ni ke Lily yang Kak Mira maksudkan?

"Aira balik okay? Kita jumpa esok dekat rumah atuk nenek,"

"Okay! Cee you next time!"

Tubuh si kecil itu di letak ke bawah dengan berhati-hati. Ciuman kasih sayang diberikan oleh Aydin kepada Aira. Tersengih-sengih budak tu dapat ciuman dari Aydin.

Usai di gomol Aydin. Dia berlari ke arah aku. Jari telunjuknya mengetuk pipi montel sebelah kanannya beberapa kali. Faham akan isyaratnya, aku pun menghadiahkan ciuman.

"Byebye!"

Lily dan Aira berlalu pergi. Aku dan Aydin memerhati mereka sehingga hilang dari pandangan mata kami.

"Jom," Aydin jalan mendahului aku.

"Kejap!"

Langkah Aydin terhenti. Kepalanya tertoleh ke belakang memandang aku. Aku menguntum senyuman dan berdiri di sebelahnya.

"Ada apa apa yang Aydin tak cerita dekat Nayra lagi ke?"

Aydin seakan terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut aku sebentar tadi. Aku hanya memandangnya lama.

Kedengaran keluhan kecil keluar dari mulut Aydin.

"Sebenarnya..."

bersambung

Helllloooooo🌚

Ehek nak 2k dah 🥺

Yang rajin tu... Meh lah follow T^T

    people are reading<[C] Putera Kayangan>
      Close message
      Advertisement
      You may like
      You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
      5800Coins for Signup,580 Coins daily.
      Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
      2 Then Click【Add To Home Screen】
      1Click