《[C] Putera Kayangan》Bab 28 : Mydin
Advertisement
"kesiannya awak," aku lap air mata aku yang hampir keluar dari tubir mata.
"Kan kan, kesian Aydin Zayaan yang comel ni," Aydin mencebik lalu melentokkan kepala dia di bahu aku. Terus aku tempis.
Dia ni eee aku cubit nanti.
Aydin tersengih comel lepas menerima jelingan maut dari aku. Nasiblah aku sayang kau Aydin. Kalau tak, jadi ikan kau dalam tasik tu ha.
Coat Aydin yang hampir terlucut dari bahu aku dibela. Aydin bagi aku tadi. Lepas kami makan pizza dekat shopping mall. Dia bawa aku ke Tasik Titiwangsa untuk sambung bercerita.
Rindu aku dengan tempat ni. Tempat permulaan hidup aku dapat kerja di cafe milik Aydan.
Suasana malam pula tu. Memang sama dengan waktu aku kehilangan kerja tu. Cuma bezanya dulu Aydan, sekarang Aydin.
"Awak tak nak cerita tentang diri awak pula ke?"
Aku menoleh ke arah Aydin yang sedang duduk menghadap aku. Tangan dia diletakkan atas penyandar bangku ni lalu kepala ditongkat. Kaki dia turut disilang. Angin malam yang bertiup membuatkan rambut hitam berkilat milik Aydin seakan menari-nari.
Aku tersenyum nipis. Cerita tentang diri aku? Apa je yang aku nak cerita? Tak ada apa yang menarik untuk dikongsikan.
Aku menghela nafas panjang, "saya anak yatim piatu. Ibu dan ayah saya dah lama tiada. Ayah saya kena bunuh masa dia handle kes dadah,"
Terbutang luas mata Aydin, "ayah awak polis?"
Aku mengangguk, "dia unit khas,"
"Patutlah... Mesti ramai musuh. Ibu pula?"
"Dia meninggal lepas lahirkan saya," sebak mula terasa di dada ni. Jumpa ayah tak sempat, tengok ibu pun tak sempat. Apa yang aku ada, hanyalah sekeping gambar mereka yang tersenyum kaku.
Gambar tu sajalah kenangan yang aku ada. Kalau gambar tu hilang. Aku mesti akan hilang waras.
"Kematian yang dicemburui... Innalillah, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman," Aydin tersenyum manis.
Aku mengaminkan doanya. Ya, kematian yang dicemburui. Mesti mereka sedang berbahagia di taman Syurga kan?
"Lepas tu? Siapa yang besarkan awak?"
"Saya dibawa ke rumah kebajikan dengan abang saya lepas tu..."
"Cop cop. Awak ada abang?"
Aku mengangguk. Aydin melopong dan dia memberikan ruang untuk aku sambung bercerita.
"Lepas tu, abang saya tak kasi siapa siapa pegang saya tau. Ada keluarga tu nak ambik saya sebagai anak angkat. Mereka nak anak perempuan je, kebetulan saya pun baru lahir. Mereka nak ambik, abang saya marah lepas tu dia gigit tangan makcik yang nak ambik saya sebagai anak angkat tu. Sampai berdarah!"
Aku tersenyum mengingat semula makcik Flora selaku penjaga rumah kebajikan tu menceritakan semula apa yang terjadi masa aku kecil. Sayang betul abang dekat aku.
Aydin tertawa, "garang eh abang awak. Mesti protective gila kan?"
Aku mengangguk laju, "memang! Saya pergi tandas pun, dia teman. Tunggu dekat luar jamban. Tak kisahlah saya membuang ke apa. Busuk ke tak, dia tunggu. Pantang orang ejek saya, terus dia belasah orang tu. Senang cerita, saya ni tak boleh di usik,"
Advertisement
"Saya nak jadi macam abang awak lah! Mana dia sekarang?"
Senyuman aku mula mengendur. Aku mengangkat bahu sebagai jawapan. Aydin memandang aku sayu.
"Saya pun tak ingat bila kali terakhir saya jumpa dia. Dah lama sangat saya tak tengok muka dia, ingat ingat lupa. Tapi yang saya ingat ni pun muka budak. Sekarang mesti muka matang dan handsome macam awak kan," aku tersengih sambil memandang Aydin.
"Eleh, puji puji ni mesti nak bodek kan?" Aydin pandang aku atas bawah. Mana ada aku bodek. Aku ikhlas puji okay! Tapi alang alang nak reward juga.
"Kira kira berapa umur abang awak sekarang?"
"27 tahun,"
Aydin menganggukkan kepala beberapa kali. Mata dia memandang ke atas. Tangan dia pula sibuk bermain dikawasan bawah hidung. Seakan mengurut misai. Padahal misai pun dia tak ada.
"Aydin,"
"Ya, sayang" Aydin memandang ke arah aku. Tangan dia sudah berhenti dari bermain di muka sendiri.
"Lapar," aku menghadiahkan sengihan kepada Aydin.
Terjongket kening Aydin, "seriously? Awak dah tibai 5 jenis pizza tau! Saiz besar pula tu," ujar Aydin dengan nada tidak percaya.
"Hehe... Saya terbau burger. Please awak... Please... Sian saya lapar,"
Aydin pandang aku yang sedang buat muka comel dengan muka jengkel. Akhirnya, dia bersetuju saja dengan permintaan aku. Kami pun pergi ke gerai burger yang berdekatan. Ramai juga orang yang lepak malam malam ni.
×××××
Ikutkan hari ni team Kak Mira yang bertugas. Tapi Aydan panggil team aku sebab apa pun aku tak pasti. Katanya nak bagi reward. Aydin pun cuti hari ni jadi dia ikut aku ke cafe.
"Siapa masuk lambat kena bayar makanan nanti!"
Membulat mata aku tengok Aydin dah lari keluar dari kereta. Dengan pantas aku pun keluar dan mengejar langkah Aydin yang dah mendahului aku.
"Mana aci!" teriak aku. Lantaklah orang keliling pandang pun. Nasib aku pakai mask.
"Aci kat India lah!" Jawab Aydin sambil terkekeh-kekeh.
Aydin meluru masuk ke dalam cafe dan bersorak girang tapi tidak berlebihan. Yelah, ramai wey orang dalam cafe tu.
Aydin membukakan pintu untuk aku. Dengan wajah cemberut, aku melangkah masuk. Tangan aku dimasukkan ke dalam poket hoodie putih yang baru dibeli semalam.
Aydinlah, gedik nak beli baju sama.
"Uyooooo... Baju sama! Korang ada apa apa ke?" tegur Aiman. Dia melangkah ke arah aku dan Aydin yang sedang berlawan renungan mata ni.
Aku dan Aydin memberi Aiman jelingan maut.
"Lah, gaduh laki bini jangan sabitkan aku," seloroh Aiman.
Tanpa membuang masa, kami pergi ke bilik staff. Aku duduk di hujung sofa hitam panjang yang ada di situ. Najla, Yana dan Laila duduk bersebelahan dengan aku. Aiman, Afiq dan Haikal duduk di sofa panjang yang ada di hadapan aku.
Advertisement
Aydin? Dia berdiri di sebelah tempat duduk aku. Tak reti nak duduk ke dia ni?
Aydan pula duduk di sofa yang memuatkan dua orang sahaja. Aydin melangkah ke sebelah adik kembarnya itu dan duduk disebelahnya.
Alhamdulillah, reti duduk. Ingatkan aku nak kena tunjuk tutorial untuk duduk tadi.
Najla berbisik-bisik pada Yana dan Laila. Yelah, dia kan pekerja baru. Dia masuk lepas sebulan aku mula bekerja di sini. Jadi tak heran kalau dia pun tak tahu yang pemilik cafe ini, Aydan ada kembar.
Pandangan mengejek dari mata mata manusia yang ada dalam ini aku endahkan. Mata mereka tak habis dari memandang hoodie aku dan Aydin yang saling tak tumpah.
×××××
Selesai meeting kecil ni, kami mendapat reward dari Aydan. Dia agihkan kepada kami bonus untuk bulan ini.
Siapa je tak happy dapat reward?
Aydin dah tersenyum penuh makna ke pada aku. Mesti nak tuntut hadiah dia sebab menjuarai pertandingan aku dengan dia tadi.
Jangan harap Anayra Zaara ni akan buat apa dia suruh, huh!
"Abang Mydin, lama tak jumpakan" seloroh Aiman.
Aku yang tadi sedang menunduk untuk masukkan sampul duit yang diberi Aydan terus terangkat tatkala Aiman menyeru kekasih hati aku dengan panggilan 'Mydin'.
Aydin merengus kasar. Jelas riak wajah Aydin tidak suka dengan nama panggilan yang diberi Aiman kepadanya.
"Alah tauke Mydin kita marah pula!" sampuk Ikmal yang entah dari mana dia muncul pun aku tak pasti.
"Korang ni serabut lah! Panggil aku Ayan sudahlah, ni aku tak suka orang tahu nama aku Aydin. Macam ee... " bentak Aydin. Sedaya upaya dia tahan dari mengeluarkan kata-kata kesat.
"Alah, ejek Mydin je pun. Tu pun nak mengamuk. Kau ni dari dulu sampai sekarang tak berubah kan? Sensitif sangat," sindir Ikmal.
Aydin mula bangun dari duduknya. Tapi tangannya ditarik oleh Aydan agar kembali duduk.
"Relax lah Aydin. Mydin je pun!"
"Kalau dia tak suka, tak sukalah Aiman. Kau fikir semua orang suka kalau nama mereka jadi bahan jenaka?"
Semua memandang ke arah aku. Mata aku memandang sekilas Aydin yang berkerut dahi memandang aku.
"Eleh, back up boyfriend"
Aku tersenyum sinis. Dah agak, mesti mereka akan jawab macam tu.
"Macam ni lah, kalau ada orang ejek nama ayah kau? Kau marah tak? Kalau kau marah, kenapa? Bukan ke tu hanya nama semata-mata? Tipulah Ikmal kalau kau tak pernah marah orang salah eja nama kau dengan menggunakan Q bukannya K," ujar Yana sambil mengilatkan kukunya. Dia langsung tak memandang sesiapa. Matanya fokus kepada kukunya sahaja.
"Kalau orang tu dah tak suka. Jangan dibuat lagi. Ingat kau sorang ke ada beast dalam diri tu, Aiman? Semua orang ada raksasa tersendiri dalam diri dia. Tak mustahil kalau Ayan ada beast yang lebih berbahaya dari kau. Behave." Sambung Aydan.
Ikmal dan Aiman mendiamkan diri sambil memandang ke arah satu sama lain. Serentak mereka meminta maaf kepada Aydin dan Aydin memaafkan mereka. Tapi masih tiada secalit senyuman pun pada wajahnya.
"And about 'Mydin'. Lepas ni, hanya aku saja yang boleh guna panggilan tu pada Aydin. Because he's mine." ujar ku sambil menghadiahkan renungan tajam kepada Ikmal dan Aiman.
Mereka berdua mengangguk faham. Aydin pula dah tersenyum lebar lepas mendengar kata-kata aku. Laila juga turut tersengih macam kerang busuk.
"Maaf. Sebab ejek kau dari sekolah rendah lagi," mereka bersalaman bertiga.
Kami berbual dan bergurau senda untuk seketika. Aku cuba kawal perasaan malu aku lepas claim yang Aydin tu aku punya.
Kawin pun tak, berani betul kau claim, Nayra.
"Ya Allah! Aku lupa aku tak masak apa apa untuk adik aku. Habislah pintu peti ais aku tercabut lagi," Aiman menepuk dahinya berkali kali. Kesal dengan dirinya.
"Aku ada masak macaroni carbonara tu, pergilah bungkus bagi dia. Bagitahu dia chef Ikmal yang handsome masak," Ikmal sengih miang.
"Elehh... Eh, tapi bukan ke kau team pembersihan? Asal tiba tiba jadi chef?" soal Aiman dengan muka kehairan.
Ikmal menggaru keningnya sambil tersenyum kelat, "Hessa cuti hari ni. Mahu tak mahu aku kena cover bahagian dapur,"
Kami semua mengangguk faham.
Aiman meluru keluar membungkus masakan Ikmal tadi. Sempat dia rasa terlebih dahulu makanan itu. Selepas itu lantas dia memanggil Ikmal. Nampaknya, Aiman tak berpuas hati dengan hasil masakan Ikmal. Terus saja dia mengajar lelaki itu sambil menambah bahan bahan yang sepatutnya ada.
"Because of you, saya dah tersuka gelaran Mydin," aku menoleh ke arah kanan aku. Wajah Aydin yang sedang tersenyum miang tu menjadi tatapan aku.
Pipi aku merona merah mengingat semula kata-kata aku tadi. Sedap kau je claim anak teruna orang, Nayra.
Baru saja kami ingin meluangkan masa bersama di meja khas untuk dua orang, Aydan memanggil abang kembarnya, Aydin. Aku mencebik ke arah Aydan. Aydan pula hanya tersengih. Tanpa berlengah, Aydin pun melangkah pergi ke arah adik kembarnya itu.
"Nayra"
aku menoleh.
"Kak Mira," aku tersenyum memandangnya.
Namun, Kak Mira langsung tidak membalas senyuman aku. Matanya tadi yang menatap aku kini beralih ke arah pasangan lelaki kembar yang beredar ke satu bilik yang tertutup.
"I want you to tell you something."
"About what?"
"Aydin Zayaan"
Wajah serius Kak Mira, aku pandang lama. Macam macam persoalan yang muncul di benak fikiran aku sekarang.
Tentang Aydin?
bersambung
Heellooo... Ohyeh dah habis trial 😭
Bile nak habis spm ni? 😭
Hiks... Btw bab kali ni panjang sikit, 1700+👀
enjoy!!
Jangan lupe vote ehek.. thankyou
Advertisement
- In Serial6 Chapters
Fairy Godmother Inc. (Apollo's Angel- Book 1)
"All you must do is sign on the dotted line and all your romantic dreams will come true," the Fairy Godmother says with a twinkle in her eye. This is what happens when you do not read the fine print in a very detailed contract, you miss all the things that are immediate deal breakers. Viola Vonsula, a proud resident of New Orleans, lives on the top floor of an old Victorian mansion on a very normal street. But normal is no longer a word she can use to describe her life since signing the official contract of Fairy Godmother Inc. They forgot to tell her that she would be competing against other women in a very dangerous game. A game where she would be thrust into an alien world for the mere hope of catching the dashing Prince's heart. And let me say this, this prince is one hot alpha-male that has a serious attitude problem. We do not get along save for the fact that he can turn my insides to mush with one look. But the silver lining here is that you can have a happily-ever-after if you survive. You can't fall in love if you're dead. It tends to spoil the romance. Just a couple reviews "I just finished reading the book and I'm telling you YOU WILL NOT REGRET READING IT! ITS ONE OF THE BEST BOOKS IVE EVERR READ AND THAT IS SAYING A LOT!" -LoveYouToo200624 "I love you so much much for creating such a masterpiece. It's absolutely awesome. It deserves to be published. Can I advertise it on my board?💞💞💞💕🔥💕💜💙💛🧡💝💝♥️💖❣️❣️" -Bop-Jae "OMGGGGG IM CRYING THIS BOOK IS ONE OF MY FAVORITES" -thisbitchisahoe "Okay so this is my 3 favorite book of all time in my whole short time of existence" -EscurasRain "I loved this story. I cannot wait until the next story gets posted ❤️❤️❤️" -whatsmyusername17 "Oh God, oh god, oh god I can't believe I haven't read your book before!!! U r an amazing writer, DAMN it got me hooked, I finished ur 1st book in like 3 hrs" -Sleepy_headd
8 181 - In Serial60 Chapters
TML? IDWH
credit to og author - i'm only MTLing the storysynposis:I reincarnated as Luna, a supporting character who is accused of ruining the heroine and hero's relationship, and is murdered.I'm not interested in someone else's man, but the heroine's friends bully me every day."Why are you trying to get close to someone who's already taken?""That's right, please stop! Why are doing this?""Stop doing such terrible things!"So Luna decides to announce it in front of everyone."I don't want someone like Fersen even if you beg me to take him so stop bothering me. I'd rather date Anthes Vincent, who's rumored to be insane."And soon she meets someone who she never expected to meet......"I heard you have an interest in me? The truth is, I do too. Is it a coincidence?"
8 96 - In Serial29 Chapters
Criminal in love (Muslim romance)
I am psychiatrist. I have been hired by one of the most dangerous prisons in the country to treat in mates with their trauma. Some of them are sentenced to life time in prison and others are for capital punishment. I come from a sheltered family. My entire life is sheltered and well planed. Then I met him, Steve. Who is he? Why is he here and why does he confess to a crime clearly he hasn't committed? And why does he look at me with hate , desire and very rarely with tenderness? And why does my heart betray me when I am with him?
8 79 - In Serial14 Chapters
Got Married With A Kid / True Story
[ Consecutive #1 on #Islamic ]"Sometimes I wonder if you're really 14 years old or 41 years old? I grabbed her wrist and walked out of the room.Come on, let's go home."
8 137 - In Serial11 Chapters
heartbreak haven
OF ALL THE BOYS & GIRLS I LOVED, LOST, AND LEFT.♡ ranked 1st in #selflove♡ ranked 1st in #prose♡ ranked #5 in POETRY♡ a wattpad feature story: pocketful of posies ♡ featured on wattpad: teen fiction
8 79 - In Serial85 Chapters
[BL] The Emperor's Favorite Concubine is an O [帝王的寵妃是個O]
Author: 顧之君 Gu ZhiJunTotal Chapters: 85In the interstellar era, Wen Mingyu is an Omega who unexpectedly crossed over to the ancient Blue Star and was offered as a sacrifice to the tyrant.Everyone thought he would die soon.But-Smelling the faint tempting scent, the tyrant embraced the person in his arms, and his heart full of anger and restlessness gradually sank to rest.Tyrant: "What kind of incense did this concubine use?Wen Mingyu felt weak all over: "..." This Alpha's pheromone is too oppressive.Afterwards.Wen Mingyu saw the large shadow swaying behind the tyrant's back.Stuttering with fright-"Th-This... this is a dragon tail?!"Beautiful, soft droopy-eared rabbit x paranoid, possessive [sweet] tyrant
8 450

