《[C] Putera Kayangan》Bab 26 : Official
Advertisement
Aku dan Najla melangkah ke bilik staff kerana rasa nak membuang pula, Najla ni pulak nak makan. Baru saja aku nak buka pintu, Najla menghalang. Jari runcing dia menunjuk ke dalam bilik staff. Di sebabkan pintu ni tak lah tertutup rapat, jadi kami dapat lihat ke dalam.
Uish, ada Aiman dan Aima. Lupa pula tadi mereka berdua tu masuk ke bilik ni. Nampaknya mereka sedang duduk si sofa hitam yang disediakan Aydan untuk staff.
"Dah, tak payahlah nangis, macam beruk dah muka kau,"
"Abang!" Aima merengek.
Aiman tersenyum, diusap kepala adik perempuannya dengan penuh kasih. Aku dengan Najla masing-masing tengah tahan senyum. Hilang terus sakit perut aku tadi.
"Sorry sebab marah kau tadi,"
Aima pusing membelakangkan Aiman. Terguris betul hati dia tu. Aiman pula mengeluh dan bangun untuk beredar.
"Kalau girlfriend, laju je abang pujuk. Kalau Aima, abang buat tak tau. Aima ni tak penting ke?"
Bagus Aima!
Aiman tersentak. Langkahnya terus terhenti. Kepalanya toleh sedikit memandangnya adiknya di belakang.
"Dengan orang lain abang boleh gelak gelak. Dengan Aima abang asyik marah je! Abang tak sayang Aima? Aima menyusahkan abang?"
Uish, go Aima! Go!
"Aima rindu Aiman Danial yang dulu,"
Aiman tersenyum kecil. Sedar dengan perubahan dirinya yang drastik selepas kehilangan ibu dan bapak mereka serentak. Sehingga menganggap adiknya 'beban' pada mulanya. Tapi dia sedar adiknya saja yang dia ada sekarang. Tapi lama lama dia malu nak berlembut macam dulu sebab dah terbiasa marah marah.
Aiman mengeluh, "maaf sebab tak jadi abang yang baik untuk Aima," kali ni nada dia kedengaran lembut macam selalu.
Dia memandang adiknya dengan penuh kasih sayang bukan pandangan tajam.
Aku dan Najla dah terkipas kipas dekat luar ni. Kalau mereka bukan adik beradik memang aku dah ship.
Aima bangun lalu dipukul-pukulnya dada bidang Aiman. Setelah lama, Aiman pegang tangan Aima. Adiknya itu cemberut.
"Nak jadi monster lah ni, huh?"
Aima hanya diam. Pandangan tajam diberikan oleh Aima. Senyuman penuh makna muncul di bibirnya.
"Tak pa. Abang jadi Ultraman ! Iyah, sinaran keinsafan!" Aiman membuat gaya tangan seperti mana Ultraman selalu buat.
Aima tersengih dan berpura-pura mengelak.
"Rasa kan ini!" Aima menghentak-hentak kaki dia ke lantai.
"Woo... Woo..." Aiman seakan hilang keseimbangan. Gempa bumi kononnya.
Aku dan Najla pada sesama sendiri untuk seketika sebelum kembali melihat ke arah adik beradik yang sedang shooting cerita Ultraman tu.
Advertisement
"Ouh! Tak apa! Abang ada lagi hebat," Aiman tersenyum sinis. Dia melangkah mendekati Aima.
Muka Aima pucat, dia cuba untuk lari tapi di tahan oleh Aiman.
"No! Jangan yang tu!!"
"HAHAHA... dah terlambat! Rasakan, BOM PENYESALAN!"
pruiittt
Automatik aku dan Najla tutup hidung. Apakah ini?!
Aiman kentut!
"Eeee! Bau petai!" Aima tutup hidung dan mengaku kalah. Abang dia bukan boleh dijangka. Bila bila masa je dia boleh kentut walaupun tak sakit perut. Dah macam kuasa pula bagi si Aiman tu.
"Hoho abang menang,"
Aima cemberut. Aiman pula melangkah pergi ke pintu. Aku dan Najla gelabah tak tahu nak pergi mana.
Pintu terbuka dan Aiman terkejut lihat kami berdua. Aku dan Najla ketakutan. Risau beast Aiman keluar pula. Aiman berdehem dan buat muka beku sebelum beredar. Kami memegang dada masing-masing. Lega tak kena marah dengan Aiman.
Tanpa berlengah kami serbu ke arah Aima yang sedang spray pewangi ke udara.
Uish, Aima tak tipu. Memang bau petai sungguh!
"Eh akak Najla, akak Nayra," Aima tersenyum. Tapi senyuman manisnya mati setelah melihat aku dan Najla yang dah tersenyum kambing.
"Akak berdua dah kenapa?" Aima menelan liur.
"Sweet lah korang adik beradik. Memang selalu macam tu eh?" soal Najla.
Aiman tersenyum kembali, "kecik kecik dulu kiteorang suka tengok Ultraman,"
"Ouh..." serentak aku dan Najla.
Aima tersenyum saja. Aku pula tersenyum bahagia. Mana tidaknya? Nampaknya hubungan adik beradik dia dan Aiman bakal pulih seperti dulu. Aku bangga dengan Aima atas sikap berani luahkan apa dia rasa selama ni pada Aiman.
Good job girl.
Haih, mana lah abang aku ya? Dah lupa aku ke?
×××××
Another sticky note, haih. Macam tau tau je aku ada niat nak main hujan.
Sampai hari ni aku tak tahu siapa yang beri sticky note ni. Hari ni berwarna kuning cair dengan tulisan berangkai.
Cantik je tulisan dia. Kalau aku, cakar ayam jadinya.
Sticky note berwarna kuning tadi aku letak dalam buku nota kecil aku agar tidak keronyok. Balik rumah nanti aku akan terus tampal ke dinding.
Bekal yang aku bawak dari rumah tadi aku capai lalu ke meja yang tersedia untuk pelanggan yang hadir. Aku duduk di satu meja kosong untuk dua orang. Bekal aku di buka lalu semerbak haruman nasi lemak keluar menusuk ke dalam rongga pernafasan aku. Fuh. Sedap ni.
Advertisement
"Dengar cerita ada orang tu dah bahagia," kerusi hadapan aku di tarik lalu di duduk oleh jejaka tampan, Aydan.
Aku yang sedang menikmati makanan terhenti. Bahagia?
"Tak payah nak acah innocent lah Nayra atau lebih tepat, bakal akak iparku," Aydan tersenyum sinis.
Mata aku membulat.
"A... awak tau?" Gagap aku tanya. Mata aku lihat sekeliling dan melihat ke arah Aydan semula.
"Yup, Ayan cerita semua. Well kiteorang akan berkongsi cerita sebelum tidur," terang Aydan.
Muka aku dah membahang. Jadi dia tau yang Aydin confess dekat aku pada malam tu?
"Yes I am," balas Aydin dengan pantas. Aku tergamam seketika. Malik dah tersedak air liur sendiri, tak sangka yang bos dia ni straight forward.
"Why? Kenapa perlu jealous pula?"
Aydin mendiamkan diri. Tumpuannya beralih ke luar tingkap semula.
"Aydin, jawablah,"
Aydin hanya diam. Aku tak mengalah. Aku desak juga dia untuk memberi tau sebab dia cemburu. Sebab kereta atau sebab aku?
"Aydin!"
Aydin merengus dan memusingkan kepala memandang, "because I like you. Love you. Want you," ujar dengan satu nafas. Dia mengetap gigi menahan malu.
Budak suruhan Aydin pula dah membuat meme muka tidak percaya. Aku boleh nampak dari cermin pandang belakang.
Lidah aku kelu lepas dengar sebab sebab Aydin tadi.
"Kau suka aku tak? Kau ada perasaan yang sama dengan aku?"
Aku masih kelu. Lama kami perpandangan antara satu sama lain. Mata hazel Aydin seolah olah bersinar di dalam kegelapan malam. Cantik.
"I guess it's no," Aydin pandang ke luar tingkap semula.
"I like you, love you and want you too, Aydin,"
Aydin menoleh kembali dengan riak wajah terkejut.
"Are you kidding me?"
"No. No I'm not,"
"So, I'm dreaming? Tapi bila aku tidur?" Aydin mula bercakap seorang diri.
Tiba tiba kereta break secara mengejut. Aku sempat bersedia dan mujur aku pakai tali pinggang keledar. Aydin yang tak memakai tali pinggang keledar dah terhentuk ke kerusi hadapan.
"Kau dah kenapa Waid?!"
"Terbukti yang tuan tak tidur. Satu lagi, sila pakai tali pinggang keledar," Waid tersenyum penuh makna. Manakala Malik dah tayang muka tak puas hati sambil sapu sapu dahi dia.
"So, official?"
"Yes, official,"
"Yeay!! Sayang Nayra!"
•End Flashback•
"Welcome to my family, Nayra." Aydan tersenyum penuh makna.
Aku tergelak kecil, "kawin pun tak lagi, nak welcome welcome pulak," aku sambung menikmati nasi lemak air tangan aku ni. Sempat pagi tadi aku bagi Aydin satu bekas untuk dia rasa. Alang alang tu upah untuk hantar aku pergi kerja.
Eh kantoi pula Aydin hantar aku pergi kerja.
"Tak boleh dah lah nak gedik gedik dengan Nayra macam sebelum ni," Aydan cemberut sambil main straw minum dia.
Aku tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.
"Btw bakal akak iparku, tolong ambil dokumen atas meja Aydan nanti, boleh?"
Aku mengangguk kepala, "boleh"
"Hello! Borak apa?"
"Eh Laila, ni ha. Ayan dengan Nayra dah official."
"Really?! Are you serious Ayan buat keputusan macam tu?" Laila menutup mulutnya. Muka dia jelas tidak percaya.
"Tahniah!"
Aku tersenyum kelat.
"Why? Mesti kau marah aku tak jujur dengan kau kan? Maaf ya Nayra. Aku tak bermaksud nak malukan kau depan Aydan dan Ayan. Aku just saja nak cari pasal sebab bosan," Laila tersengih.
"Apa hubungan korang bertiga sebenarnya?"
"Kami sepupu dan adik beradik susuan."
Aku melopong.
Seriously?! patutlah selamba je pegang pegang. Tapi Laila ni tahu tak yang adik beradik susuan tak boleh kawin? Selamba badak dia je hari tu kata Aydan tu dia punya.
×××××
Aku melangkah ke dalam bilik Aydan untuk mengambil dokumen yang dia suruh ambilkan tadi. Aku tersekima seketika melihat persekitaran bilik Aydan.
Cantik!
Macam vintage! Karpet berbulu warna putih di letakkan ditengah tengah ruang bilik. Almari file berkaca berwarna hitam terletak elok di belakang meja kerja Aydan. Ada sofa biru gelap dan pokok palsu di sebelahnya. Simple saja.
Oleh kerana terlalu cantik dekat dalam ni, jadi aku buat keputusan untuk tanggal kasut kerja aku sebelum masuk ke dalam. Meja kerja Aydan yang kosong menjadi tatapan aku.
Mana dokumen yang Aydan maksudkan tu?
"Kewangan, mana eh?" Aku meneliti satu persatu nama nama fail di situ. Tapi tiada.
Laci meja kerja Aydan aku buka satu demi satu. Satu jenis dokumen pun aku tak jumpa! Tapi, sebuah frame gambar menarik perhatian aku.
Gambar seorang lelaki berbaju melayu putih yang sedang menyarungkan cincin pada jadi manis perempuan berbaju kurung putih serta berselendang.
Aku masih tak bodoh. Ini gambar nikah!
Di sudut bawah sebelah kanan bawah itu ada tertulis ' 3/10/2015 '. Enam tahun yang lalu.
Lelaki yang sedang menyarungkan cincin itu ditenung lama.
Ah, something fishy!
bersambung
Helloo.. hiks UWAAA CITE NI DAH 1K VIEW 😭 THANKYOUUU SUDI BACA ❤️❤️
Advertisement
- In Serial6 Chapters
daphne pink
an artist x fan au.Because who would ever think that the guy Sakura meets in Omegle is the famous singer Ryosuke she oh-so adores?
8 141 - In Serial35 Chapters
Against the Gods
Harper is a typical high school girl with an annoying younger sister that is obsessed with otome games. Unfortunately, she dies as she saves her sister from getting hit by a truck, and gets reincarnated into her sister's favorite cringey romance game, "Fantasy Romance Magic Academy", but as the villainess, Eve Callisto, who DIES in almost every route!However, she is determined to survive... but wait, why is everything so twisted now? What will she do now that the characters and the plot start straying from the original game?*Highest Rankings*#3 villainess: July 4, 2021#1 yanderemalelead: July 18, 2021#3 reverseharem: August 1, 2021#1 capturetargets: September 22, 2022#3 obsessed: April 24, 2021#3 magic: January 29, 2022#2 strongfemalelead: June 21, 2022#2 otomegame: May 25, 2022A/N: I don't own the pics. None of the art used in the story is mine. But, the words and storyline are all my original work.
8 374 - In Serial7 Chapters
A Break
✨""We spend our lives searching for meaning. Take a break. Let it find You.""✨"I'm leaving!" She paused "I need a break." As soon as the words left her lips shocking silence prevails.It's a short story of Manan, married yet strangers...They all have their pasts, dark one, happy one, passionate one.Then suddenly, there comes the break!Will this break, break them apart, or bring them close?How?❤️ Cover credit goes to @AGSR2016Peep in to join the journey of Manik & Nandini...Thanks!💖
8 85 - In Serial41 Chapters
Agreement of Being Gay for 30 Days [協議攪基30天]
F University's two most attractive men, Wang Guangning and Zhang Lingyi, constantly competed with each other regardless in what respect.Whether it was appearance, talent, popularity or even the number of abdominal muscles, they always contested with each other. Even the woman they pursued was the same.Yet, these two xiao cao¹ who had self-proclaimed themselves as peerless in the aspect of love were completely rejected by the same woman.Hence, they decided to retaliate against society by becoming gay.They set an agreement to be gay for thirty days and even especially downloaded the 'Things Couples Must Do Together' guide from the internet, thus preparing themselves to follow these standards in order to become a proper gay couple. For example:Watching a movie together...Hey, shou shou, remember to lean on my shoulder when you see a frightening scene, alright?Warming their hands together in the same pocket...Hey, don't wear that large military jacket outside, it's really embarrassing! ***By learning how to be gay from an unreliable guidebook for couples, two straight guys clash and end up with an unexpected outcome.Their thirty days agreement has finished, yet can they truly return to their former lifestyles as if nothing ever happened?[1] 校草: the male counterpart of 校花. It's used to describe the most attractive guy of the school.[2] 攻 and 受: gong, meaning the attacker or the seme and shou, meaning the receiver or the uke in Japanese terms. _________________________https://ikigainovels.wordpress.com#chinesebltranslationfanmade cover by kiai| please do not repost without permission
8 231 - In Serial22 Chapters
WAGER . {E. JAEGER}
" Boy bye.""So you really not tryna fuck wit me?"~-***-~Most desired boy, Eren Jaegar places a risky bet: getting y/n to fall for him. WARNING THIS STORY CONTAINS MATURE THEMES SUCH AS FOUL LANGUAGE, SEX, DRUGS, ETC. ⚠️this story is also heavily inspired by remingtonma_, read her work!!
8 125 - In Serial54 Chapters
My Rogue Alpha
hey guysThis is NOT my story I love this book very much, I just had to convert it for you zarries. hope you enjoy!
8 209

