《[C] Putera Kayangan》Bab 24 : Dynasty Court Hotel
Advertisement
Aku tergamam, tersekima, terkedu. Betul ke apa aku tengok ni?
Presiden baru Dynasty Court Hotel ini berjalan melintasi aku mengikut laluan red carpet untuk ke pentas bersaiz sederhana dalam dewan ini. Presiden tu sempat tersentuh melihat aku.
Mungkin sebab aku seolah-olah macam kene kejutan elektrik sekarang ni.
Tiba sahaja presiden di atas pentas, dia memberikan isyarat tangan untuk duduk. Aku masih kaku. Aku rasa macam seluruh badan aku tak boleh nak gerak. Huda tarik aku untuk duduk.
"terima kasih atas ucapan semua. Terima kasih kerana hadir ke ulang tahun ke 27 tahun saya. seperti yang sedia maklum, saya Amirruddin Hanim bin Yusof selaku presiden baru Dynasty Court Hotel. Panggil saja saya Amir." Amir tersenyum manis di atas pentas.
Dipandang semua tetamu yang datang dan akhirnya sepasang mata kokonya memandang aku. Amir tersenyum penuh makna.
Aku dah macam cacing kepanasan sekarang ni. Kenapa dia senyum macam tu? Dia ada niat nak saman aku ke? Rasanya selama ni aku tak ada kutuk dia setiap kali jumpa kat cafe. Kan?
Amir pandang Aydin, Aydin pandang Amir. Eeee... dorang ni semacam je. Ke dorang ada rancangan nak kena kan aku?
Selesai ucapan dari Amir, kami semua menyambung semula kerja yang tertangguh tadi. Makanan malam.
"Wey Maya... Dengar cerita abang kau beli 10 buah Range Rover. Betul ke?"
Aku hampir tercekik chicken chop bila dengar pertanyaan Huda. Nasib baik tak teruk. Mahunya arwah aku hari ni.
But, Amir beli 10 buah Range Rover? Dia tercabar dengan ayat aku dulu tu ke?
"Haah," jawab Maya ringkas
"Siot! Aku taulah dia kaya! Tapi perlu ke sampai borong 10?" tanya Huda sambil mengunyah steak daging.
"Entahlah dia tu. Hari tu dia cerita, dia try lah mengorat sorang perempuan ni. Tapi perempuan tu tolak. Kau nak tau perempuan tu cakap apa?" Maya memandang ke Huda disebelahnya.
Air liur aku terasa kesat sangat nak telan sekarang ni. Sedaya upaya aku cuba untuk lindung rasa malu dan bersalah aku.
"Apa? apa?" tanya Huda dengan nada teruja.
Advertisement
"Dia cakap..."
"I don't want be in a relationship, I want to be in a Range Rover," pintas Aydin.
Kami bertiga menoleh ke arah Aydin. Muka mereka berdua jelas menunjukkan yang mereka sedang terkejut. Aku pula pandang Aydin dengan perasan yang bercampur baur. Aku rasa nak nangis, nak marah dan nak gigit Aydin dekat sebelah aku ni. Tapi aku cover, acah macam aku terkejut juga.
"Macam mana kau tau, Ayan?"
Aydin hanya tersenyum. Dia memandang aku sekilas. Dia menggeleng kecil lalu tersenyum menahan tawanya dari terhambur.
"Aku ada dekat situ. Perempuan tu serbu masuk kereta aku. Aku pula time tu kebetulan juga berhenti tepi jalan sebab nak angkat panggilan telefon. Terkejut beruk aku tiba-tiba ada 'perempuan gila' naik kereta aku," jelas Aydin
Ouh... Perempuan gila kau kata aku? Eee... Ada yang balik rumah dalam keadaan kepala terpisah dari badan. Jus oren dicapai dan ditenguk. Bagi sejuk sikit hati aku ni.
"Uish, siotlah! Cantik tak perempuan tu?"
Aydin tersenyum sinis, "tak langsung"
Aku yang tengah minum ni hampir tersembur plus hampir tersedak.
Tak langsung kau kata aku Aydin?!
"Kau ni Ayan. Memang tak reti nak tipu sunat kan?" Maya dan Huda gelak sakan dengar kata-kata Aydin.
Aydin hanya senyum. Aku pula menunduk. Sampai hati dia kata aku tak lawa.
"Kau kenapa cemberut tiba-tiba," Aydin, Maya dan Huda pandang ke arah aku. Aku menggelengkan kepala.
"Mood tak okay eh? Mesti tengah bendera merah,"
Aku mengiyakan.
"Bendera merah? Apa tu?" Aydin terkebil-kebil.
"Rahsia perempuan... Bwerk" serentak Huda dan Maya sambil jelirkan lidah.
Aydin cemberut.
"Oh tapi kan. Mesti perempuan tu mata duitan kan? Boleh dia cakap macam tu dekat abang kau Maya,"
"Itulah tu. Kalau I jumpa dia. I nak pukul dia sampai lunyai. You semua nak tahu Huda, Nayra, Ayan? Ah, nak tak nak kene tahu jugak. Abang I tu menangis nangis tau masa cerita dekat I. Kesian I dengan dia plus menyampah nak layan perangai cengeng dia tu. at last dia beli 10 Range Rover. Biar terkeluar biji mata perempuan tu tengok nanti. Huh! Puas hati ni. Time tu I akan hasut abang I jangan terima perempuan tu kalau dia datang semula," siap membebel, Maya pun meneguk segelas jun oren.
Advertisement
Aku diam je. Malas nak bagi riaksi apa apa.
"Tapikan Maya. Kalau aku jadi perempuan tu pun, aku akan buat macam tu jugak,"
Lantas aku menoleh ke arah Aydin. Kalau awak jadi saya, awak akan buat macam tu jugak?
Muka Maya dan Huda dah berkerut seribu, tak faham. Kenapa nak buat benda yang sama pula? Aydin senyum ke arah aku seketika sebelum menyambung kata-katanya.
"Abang kau main pegang je tangan perempuan tu. Lepas tu memaksa. Abang kau tu dahlah jenis tak faham bahasa. Memang marahlah perempuan tu. So, memang patut perempuan tu buat abang kau macam tu," Aydin menyambung makan chicken chop dia yang tersisa.
Huda dan Maya mengangguk faham dan bersetuju. Akhirnya mereka faham penyebab aku buat begitu. Aku pula tersenyum dalam diam sambil memandang muka bersahaja Aydin.
Terima kasih sebab faham saya.
×××××
"Jom! Kita pergi jumpa owner hotel ni. Kau nak sangat bergambar, tegur , borak dengan dia kan? Cepat alang alang Amir tu duduk jauh dari orang,"
"No, tak nak! Jom lah balik. Ramai dah balik tu,"
Aydin cekak pinggang, "takde, takde.. sini!".
Hujung lengan baju aku ditarik oleh ke suatu tempat yang agak sunyi tiada orang di tingkat bawah ni. Ikutkan, aku nak balik je terus. Budak budak Aydin tadi pun dah menunggu tadi. Termanggu dorang tengok Aydin tiba tiba tarik lengan baju aku bawa ke belakang hotel.
Sampai dibelakang hotel tu. Aku tergamam. Ada tempat lapang yang luas sangat! Di sebelah kiri ada tempat yang agak tertutup dan dalam tu ada kolam renang. Kanan ada futsal dan ada juga gelanggang badminton. Pokok pokok bunga lagi, ada juga taman permainan untuk kanak-kanak. Punyalah luas tempat ni. Walaupun simple dan agak padat. Tapi tetap cantik. Ditambah pula dengan lampu yang menerangi taman ni.
"Eh Ayan. Bila masa kau ada dekat sini?"
Aku pandang pemilik suara yang bertanya tadi. Siapa lagi kalau bukan Amir?
Amir pandang Aydin seterusnya memandang ke arah aku. Dia tersenyum ikhlas. Aku pun membalas senyuman itu.
"Baru lagi. Tadi, ada orang tu kata nak bergambar dengan kau," mata Aydin dikerling ke wajah aku sambil tersenyum sinis sampai nampak gigi dia yang tersusun cantik dan bersinar tu.
"Siapa? Kau ke? Tak naklah aku!"
"Bukan aku lah hanat! Aku pun tak hingin nak bergambar dengan kau,"
"Dah tu? Nayra?"
Aydin mengangguk. Amir tayang muka tak percaya. Aku hanya berdiri tegak dengan senyuman dibibir. Tak kan nak tunjuk yang aku tak rela? Kesian juga dekat Amir ni nanti. Yang paling penting, aku tak mahu kena lunyai dengan Maya kalau dia tau aku tak layan abang dia elok elok.
Tanpa buang masa, Aydin jadi photographer kami. Aku tak sangka Amir ni pandai bergaya. Mesti selalu pergi shooting kan? Anak orang kaya lah katakan.
"Amir, kenapa awak beli 10 Range Rover?"
Amir pandang aku dengan muka terkejut, "mana awak tau?"
"Maya dengan Huda,"
"Cis, budak dua ekor tu. Tak boleh simpan rahsia betul,"
"Alah kau... Stalker ada dekat mana je. Kalau kau tak bagitahu pun. Orang tau jugak! 10 Range Rover. Gila ke apa?"
Amir tersengih.
Usai bergambar, Amir hantar kami berdua ke pintu keluar. Nampaknya semua tetamu tadi dah balik. Tinggal beberapa orang yang sedang lepak di cafe hotel ni. Tidur sini agaknya.
Rancak saja aku dan Amir berbual. Yelah, biasanya dia akan datang ke cafe. Tapi dah dua minggu dia tak datang dan sekarang aku tau puncanya. Mesti banyak benda nak kena buat untuk jayakan event ni.
Sesekali, Aydin batuk-batuk. Aku pelik juga, dia ni tercekik chicken chop tadi ke? Air tak ada pula aku nak bagi dekat Aydin ni. Amir pula akan tersenyum sinis tiap kali Aydin tu batuk.
Dorang ni kenapa?
bersambung
Update banyak takpekan? :3
Advertisement
- In Serial211 Chapters
Mr. Vampire’s Wife
A succubus who travelled to the human realm in search of a good prey meets a handsome young man with a majestic aura at a bar. She asks him for a night just to feel addicted to his taste! They meet each other again after a month and became partners in bed, only to find out that the man was already married! What will happen to this newly found partnership? Author’s note: This novel is a fantasy story that doesn’t really have that much of a fantasy aspect. It focuses on more of the MC’s life so please keep that in mind!
8 1018 - In Serial72 Chapters
The Wanted Wife: Daddy, Mommy Escapes Again!
The whole life of Li Jingzhi could be concluded with one sentence: His ups and downs in life is all due to Si Luoming. When he was young, he dreamed to be a person like him…Till the end she finds that he hated her, especially when she "murdered" the one in his heart indirectly. Since then, he has never hidden his hatred for her. And then she knows her life has already been messed up all these years… Read all of the latest chapters The Wanted Wife: Daddy, Mommy Escapes Again! on Flying Lines.
8 229 - In Serial45 Chapters
fallacious | k:taehyung
Амьдрал бүхэлдээ л худал хуурмаг.Гол нь чи яг юу нь худал хуурмагийн ард нуугдах үнэн , болон яагаад анхнаасаа худал хуурмаг болсон шалтгааныг л олж мэдэх хэрэгтэй.Тэгсэн цагт л чи хаалгыг нээнэ.[!] Уншихаасаа өмнө мэдэх зүйлс1. Энэ бол миний анхны фэнфик байсан.2. Би энэ үед улаан арми байсан.3. Дахиж засвар хийгээгүй байгаа учраас алдаа их байх болно.4. Бас би энэ фэнфикээ уншихаас ичдэг. Болж өгвөл нэг өдөр устгачихмаар байна. Highest rank in fanfiction #176 Зохиолчийн зөвшөөрөлгүй хуулбарлахыг хориглоно.
8 211 - In Serial65 Chapters
Leather Jacket Girl (girlxgirl)
Finally out and proud in her final year of college, Phoebe Clarke finds herself ready to try to find a girlfriend. She isn't sure where to begin but she is glad to have the support of her best friend Emmy Rose to support her. While Phoebe continues to work hard in her art classes, she soon meets the new girl, Courtney Allen, who she finds herself drawn to.
8 168 - In Serial74 Chapters
A Vampire's Pride
"Kilian Vergio." I whisper his name, almost frightened to say it. The fire flickers as I stare at the summoning spell- would this come to bite me in the ass later on? Maybe. I take a deep breath and run my eyes along the spell one more time before saying it out loud. As soon as the words are out of my mouth, the fire goes out. I feel a cool breeze caress my shoulders and I shiver. Had I done it? Had I summoned him? The fire lights back up- but this time, there's another person in the room with me. "Oh fuck." I curse, the reality spreading of what I had actually done slapping me in the face. He's leaning on the fireplace, red eyes connect with mine as he gives me a wicked smirk. He takes a step forward as my heart sinks, dread piling up in my stomach, and also- butterflies? His fangs gleam in the fire light as he eyes me down. "Happy anniversary, sweetheart." His voice smooth like silk rings out. I go pale. •• Viola is tired of wondering her entire life what it would have been like if she'd been raised by her mother- so she strikes up a deal with Kilian; a demon so powerful, so deadly, and so beautiful. She has no idea what she's getting herself into. Especially when her dad goes missing the next day. She has to solely rely on herself, her new acquaintanceship with a wicked force such as him, and a family that she's never known in order to find him and complete the prophecy. But how difficult will that be, when her ice powers try to take her over- and a devishly handsome demon tries to make grabs for her very own heart. She might find her dad safely, but will she ever come back the same? IMPORTANT:•CAN BE READ AS A STAND ALONE- NO NEED TO READ THE FIRST ONE. •
8 272 - In Serial31 Chapters
Backstage Girl
Ella never expected to steal the spotlight when she joined her famous brother's band on tour - or for Max, her childhood crush, to finally see her as more than just his best friend's sister. *****19-year-old Ella Walker has spent her whole life backstage. While her older brother Rory commands the spotlight as part of a world-famous band, Ella spends her time scribbling lyrics in her notebook where no one can see. And she's okay with that - mostly. But when Ella tags along on the band's next tour, she realizes maybe she doesn't want to just be known as Rory's sister anymore. Especially when it comes to Max Bentley, Rory's hot best friend and bandmate who Ella has had a crush on for years. So when Ella gets the chance to step into the spotlight herself, she takes it, throwing her life (and the band) into unexpected chaos. Ella has never had the courage to tell Max how she feels, but the tension is building on tour, and neither of them are prepared for what will happen when it breaks. [[Word count: 60,000 - 70,000]]Cover designed by Morgan SangsterBook One in the Toronto Girls series (can be read as a standalone)
8 202

