《[C] Putera Kayangan》Bab 23 : Event
Advertisement
Aydin menuju ke arah lift. Aku pula hanya mengikutnya dari belakang. Dia punya jalan tu bukan main laju! Aku ni dah macam berlari dekat belakang ni.
Sambil mengikut langkah Aydin, aku tengok sekeliling. Mewah sungguh! Semua boleh dikatakan majoriti berwarna keemasan. Macam istana raja raja je.
Aydin berhenti seketika di reception. Aku hanya setia berdiri dibelakang dia. Dari mula aku turun kereta, aku dan Aydin asyik menjadi tumpuan ramai. Aku cantik sangat ke malam ni?
Tiba-tiba, satu suara lelaki yang garau kuat kedengaran dari tengah lobby ni. Suasana yang tadinya bising, serta merta senyap. Semua orang memandang ke satu arah yang sama.
"WOI! ANGKAT CALL."
Perempuan cantik berambut ikal berwarna kelabu dan bersari hitam itu membeku disaat semua tetamu dan pekerja hotel memandang ke arahnya. Setelah berapa saat dia kejung disitu, dia pun beredar ke satu sudut yang tersembunyi.
Aku yakin, mesti suara tu datang dari telefon bimbit dia. Aku menggelengkan kepala.
ZUP!
Aku terus memandang Aydin dengan tajam. Nampaknya dia tengah berjalan menuju ke arah aku. Kurta merah tu sesuai sangat dengan dia. Baju dia bahagian dada melekat di dada bidang dia. Mata hazel dia, rambut hitam berkilat dia. Ya Allah.
Fokus, Nayra!
"Kenapa pandang saya tajam macam tu? Atas bawah pulak tu! Scan badan saya, ya?" Aydin tersenyum nakal. Tangan dia dibawa ke belakang. Badan dia sedikit membongkok untuk menyamai ketinggian aku.
"Excuse me, saya tak segatal itu. Saya nak tanya, bila masa awak tukar ringtone telefon saya?" aku merenung dia tajam. Muka dibuat segarang mungkin.
Aydin tersengih kekok. Dia kembali menegakkan badannya dari membongkok. Tangan kanan dia menggosok belakang leher. Mata kami masih bertentang.
"Aku... Aku just geram. Kalau aku call, kau langsung tak angkat. Tapi kalau orang lain call laju je kau angkat. So, aku buat macam tu. Sorry," Aydin tersengih.
Aku masih memandangnya tajam. Ya, memang aku tak nafikan yang aku ni jenis susah nak angkat panggilan seseorang sebab telefon aku sentiasa dalam mode silent. Hanya orang yang aku masukkan dalam VIP saja akan berbunyi walaupun aku silent telefon aku. Tapi hakikatnya, dah bertahun-tahun aku tak dapat panggilan dari dia.
Dia dah lupakan aku?
"Tapi perlu ke sampai buat ringtone macam tu? Dahlah saya dekat rumah Aiman masa tu!" tangan aku disilang ke dada. Geram betul. Nasib Aima je ada masa tu. Aiman tu dahlah kaki nganjing. Harap adik dia taklah.
"Rumah Aiman? Buat apa kat rumah dia? Ke korang ada hubungan tersembunyi? Suami isteri?" Aydin mencerlung pandang aku.
Ya Allah, jauhnya otak kau fikir !
"Ala... Aiman tak ada pun. Saya tengok Aima, dia tak sihat,"
"Aima? Siapa dia? Anak korang?"
Advertisement
Astagfirullahaladzim.
Sebelum dia fikir lebih jauh, aku ceritakan segalanya. Dari A sehingga Z. Tak ada satu pun yang tercicir atau tertinggal. Aydin setia mendengar. Dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap aku. Sampai ada orang nak bersalaman dengan dia pun, dia hanya sambut tangan lelaki tu tanpa memandang wajah lelaki tu. Aydin... Aydin... Kesian lelaki tu excited nak salam dengan idola dia tapi kena macam tu pula.
Selesai bercerita, Aydin mengangguk faham. Kami jalan beriringan menuju ke lift. Ramai orang, jadi kami kene tunggu giliran. Patutlah pada kad tu suruh hadir sejam awal, majlis akan mula jam 9.
Tentang Aydin, mujurlah dia tak fikir bukan-bukan. Risau juga dengan Aydin ni kadang. Overthinking dia, kalah perempuan!
"Macam mana saya nak pastikan Aima tu memang betul adik aiman dan bukannya anak awak dengan Aiman yang sebenarnya dah lama kawin?"
Aydin memandang aku dengan muka masam. Macam merajuk pun ada. Boleh nampak yang dia kembungkan pipi dia, tapi tidak terlalu besar, kecil saja.
Aku tepuk dahi.
×××××
"Mesti kacak kan anak owner Destinasi Hotel ni kan?"
Aku teruja sangat! Rupanya hari ni majlis untuk menyambut hari kelahiran pewaris owner hotel ni.
Anak CEO mana je tak kacak?
"Dynasty lah. Bukan destinasi," Aydin menunjukkan tisu yang ada tertulis nama hotel di hujungnya.
"Daitinasi," gigih aku cuba sebut perkataan tu. Tapi apakan daya. Aku pun bukan expert sangat English ni.
Aydin juga gigih ajar aku dengan sebutan yang betul. Luas mulut dia menyebut satu satu suku kata supaya aku boleh ikut gerak mulut tu. Tapi destinasi juga yang keluar dari mulut kecil munggil aku ni.
"Allahuakhbar... Destinasi pun, destinasi lah Nayra," Aydin menjeling aku. Menyampah dah dia ajar aku cara sebut nama hotel ni. Tisu diletakkan kembali di atas meja.
Aku dah terkekeh-kekeh dekat sebelah dia. Comellah Aydin ni bila dia buat muka masam dia. Macam budak budak.
Aku hanya memandang Aydin yang ralit melihat pengacara majlis yang sedang berucap panjang tu. Entah apa yang dia ucap pun aku tak pasti sebab aku tak dengar sangat. Semua orang gelak termasuklah si Aydin ni. Entah apa yang lawak pun aku tak pasti. Mungkin ini yang dikatakan 'lawak orang have have'.
×××××
Chicken chop di hadapan aku ini ditenung. Bertapa lamanya aku tenung sampai hitam hitam dah muka dia sebab malu aku tenung dia. Tiber
Owner hotel ni tak kesian ke dengan aku yang ada sejarah gelap dengan chicken chop? buat apa dia nak tahu pula kan? Kenal pun tidak. Waduh!
Aku menghela nafas panjang. Dengan lafaz bismillah, tangan aku mula melakukan tugas mereka memotong chicken chop ni. Nasiblah dimeja bulat ni hanya aku berdua dengan Aydin, kalau tak mesti masing-masing gelak tengok muka struggle aku ni. Pasangan bercinta dua orang yang duduk bersama kami tadi tak silap aku ke tandas. Tapi dah satu jam. Jatuh dalam tandas ke?
Advertisement
Kadangkala aku pandang chicken chop dalam pinggan Aydin. Senang je tangan dia potong. Elegant betul cara dia pegang garfu dan pisau tu. Tangan dia punya cantik, kalah aku yang perempuan ni! Kuku dia pun cantik. Putih, mulus. Senang cerita, tangan dia ni boleh buat model pegang barang.
Aku menyambung aktiviti pemotongan aku. Kenapa ayam aku ni liat sangat? Siapa cef yang masak makanan ni? Dorang tak mahu aku makan ke?
Pemegang pisau yang kian longgar itu aku tilik. Harap ja kaya. Tapi pisau tak berkualiti!
Aydin menggeleng kepala tengok aku yang dah campak garfu dan pisau atas meja. Biarlah dia nak tengok pun perangai budak budak aku ni. Sakit hati tau. Sekali lagi aku tenung chicken chop tu. Aku nak makan. Tapi ayam ni tak bagi kerja sama. Garfu dan pisau pun macam apa je. Haih, lapar.
Tiba tiba ayam yang aku tenung tu terbang mendekati aku. Ayam ni hidup lagi ke?! Aku segera menutup mata dengan rapat dan sandarkan badan ke belakang. Dalam hati aku dah menjerit kuat kuat. Janganlah serang aku, ayam!
Setelah beberapa minit, aku masih tak ada rasa apa-apa berlaku pada aku. Mata aku dibuka perlahan-lahan.
Eh?! Ayam ni dah terpotong? Dia potong diri sendiri ke? Ajaib betul
"Tenung ayam tu buat apa? Makan,"
Aku tolehkan kepala ke arah Aydin. Dia sedang fokus potong ayam. Uish, dia tukar pinggan dengan aku? Aww so sweet!
"Jangan pandang aku macam tu. Aku tau aku sweet, handsome, baik, kaya. Uish, full package." ujar Aydin tanpa memandang ke arah aku. Bibirnya tersenyum tipis.
Aku berdecit. Sempat pula tu nak puji diri sendiri. Usai mengucapkan terima kasih. Aku pun makan. Tinggal cucuk dan bawa masuk dalam mulut saja.
"Hello Ayan! Wow, bawak someone special eh dia hari ni?"
Aku lihat ke sebelah tempat duduk Aydin. Ada seorang perempuan yang sedang berdiri. Baju sari kuning terang, tudung kuning terang, makeup kuning, kasut kanvas kuning, nasib lipstick merah, kalau kuning jugak aku tak taulah nak kata apa. Handbag pun kuning. Tambah pula dengan blink-blinknya, fuh bukan boleh buat main blink dia.
ya Allah. Sakitnya mata aku tengok.
"Ya Allah, Maya. Silau mata aku! Kau dengan blink-blink kau tu, tak boleh pisah kan?"
"Itulah! Blink dia boleh buat aku blind!" sampuk seorang lagi perempuan. Yang ni, dia simple. Uish, datang event pakai tudung sarung hitam je?
"Hehehe, ni kau tu sama je Huda. Pakai tudung sarung asal? Makcik cleaner pun reti nak pakai cantik-cantik malam ni,"
"Aku pakai shawl tadi, lepas tu ayah aku tu dia serabaikan shawl aku. Habis rosak! Aku baiki tapi tak jadi jugak, sudahnya aku cabut je. Ada dalam beg ni ha,"
Aku memandang ke arah beg yang berwarna hitam dan ada tulis NCT di atasnya.
NCT tu apa?
Mereka berdua duduk dimeja bersama aku dan Aydin setelah meminta izin. Kami memperkenalkan diri masing masing-masing. Sementara itu, Aydin yang satu satunya lelaki di meja bulat ini hanya membisukan diri.
"I Hanim Maysarah, panggil Maya je. Umur tak perlu tahulah, nanti jadi awkward pula. And I anak owner hotel ni, Tan Sri Yusof." ujar Maya sambil tersenyum.
"So, event hari ni sambut birthday you lah?"
Maya tergelak kecil. Huda buat muka menyampah apabila lihat Maya yang gelak dengan sopan tu.
"Abang I punya birthday lah,"
"Mesti abang you handsome kan? Biasa anak CEO ni good looking. Macam you guys," aku menghadiahkan senyuman manis kepada mereka berdua.
"Eee good looking? Maya ni good looking? Mata kau elok ke tak?" Huda memandang Maya atas bawah setelah itu memandang aku.
"Aku Nur Huda Qaisarah binti Arman Hamid. Panggil Huda je," Huda tersenyum manis.
Aku pula dah melopong, "wait, so you anak saintis terkenal tu lah kan?" Jari aku lurus menunjuk ke arah meja panjang di bahagian hadapan yang kedudukannya menghadap tetamu lain. Di situ ada Tan Sri Yusof, Professor Arman, Dato' Felix dan Sir William. Mereka ni orang ternama. Sampai ke luar negara nama mereka ni pergi.
Oh ya, Sir William saja yang berasal dari Amerika Syarikat. Tak heranlah ramai orang luar negara di sini.
Huda mengangguk sebagai balasan soalan aku tadi.
Siapa je tak kenal Professor Arman? Macam macam dia boleh buat. Ubatan, senjata, bom. Mekanik, medical, bab bab programmer pun. Semualah dia tibai!
Aydin menggelengkan kepala melihat aku yang terlopong luas ni. Ini pertama kali aku dapat berbual dengan keturunan orang ternama. Bangganya rasa!
"Baiklah, nampaknya yang diraikan sudah pun tiba."
Dewan ini serta merta menjadi riuh rendah. Yelah, siapa je tak nak tengok anak owner merangkap new president of Dynasty Court Hotel.
Semua hadirin berdiri bagi menyambut yang diraikan hari ni masuk ke dalam. Aku dah terkinja di samping Aydin.
"Tak sabar nak bergambar! Nak tegur dia, nak borak dengan dia. Omg, jadi wife dia boleh tak?"
Aydin pandang aku dengan muka jengkel. "Gedik,"
Aku mencebik. Whatever lah.
Cepatlah my prince masuk!!
"Di persilakan. The New president of Dynasty Court Hotel, Tuan Amirruddin Hanim!"
Aydin tersenyum sinis. Aku tergamam.
Jangan kata lelaki tu...
bersambung
Tadi lupe nak update...
Sekarang rajin nk update
😭😭
send helppp
Advertisement
- In Serial376 Chapters
Married To The Cruel Crown Prince
Han Sheng Li is the Crown Prince of the Great Han kingdom. Since the age of fourteen, he mostly went to the wars with his father, Han Wenji, the great emperor of the Han Kingdom. He's the most favored child of his father but, is the cruelest and ruthless among all of his seven half brothers.
8 1568 - In Serial12 Chapters
In My Arms
Warning: This is the first draft of this work. After this draft is done editing and a new draft will be loaded. One was just a spark that could cause a wildfire, as his father said. The other was the youngest brother to the king, all the rules and expectations of a royal but the love of no one. Tacitus was a young man in a world where people must hide what they are, anything not human was simply brushed under the rug. As such, he, and on top of being something already hushed, found himself with a rare genetic mutation that didn't make his life any better. Even after his own mother decided to get rid of him instead of facing society's toils with him. Now, sold as a companion to a noble in a different land far away from where he was born.
8 256 - In Serial62 Chapters
Warm Embrace of Her Husband
Pritika, a kind girl, who suddenly got married with one of the richest man of the country. Why did she suddenly get married with a billionaire ? Why the rich family has accepted her, a poor girl as their daughter-in-law?This is a story of Pritika's life... the journey of her marriage. The relationship with her husband. Love story after their marriage.
8 436 - In Serial22 Chapters
Alpha Grayson
When Ayanna moves to the small town of Poulsbo, Washington with her family there is nothing particularly new going through her mind. It's the same old thing everywhere that she goes. New house, new school and new people. But what will happen when she meets the all-powerful, Alpha Grayson who takes an unexpected interest in her. Will it be love at first sight?
8 108 - In Serial9 Chapters
Prelude to Romance
We know how it ended, but how did it begin?Snippets of Seo Woo Jin and Cha Eun Jae during their time in medical school. What kind of relationship did they have back then? How did Woo Jin fell in love? and what did Eun Jae do when Woo Jin crossed that line the first time?
8 95 - In Serial24 Chapters
Dark Protector ✔
★BOOK #7 in the DARK SERIES★River Drakov is a man who protects his pack and will kill anyone that would try to harm it. He is built on focus and he trained himself to be the best fighter to ensure his alpha's safety. However, that has closed off a part of his heart for years. He never looked for a mate and believed he didn't need one either, it would only cause him trouble. Zoya Knightley had everything she ever asked for since birth, except a family to call her own. She raised herself and her own company. Making wedding dresses made her billions of dollars, but it never filled the void in her heart to have someone to call her own. This Christmas she would change that and it seemed that fate was on her side when she was introduced to her mate. It would be a challenge to win his cold heart, but she never lost a challenge yet. While Zoya pursues River, there is another boy who will receive his miracle this Christmas. Ender has been living with the Centauri pack and he never felt so out-of-place. With all the scars he carried on his body and soul, he believed that this wasn't the right place for him. But he didn't have the heart to leave because as much as he fought the demons of his past, he was quickly falling in love with the pack who would die for one another.
8 210

