《[C] Putera Kayangan》Bab 21 : TTM
Advertisement
"Nayra, ni Aima adik aku. Aima, ni Nayra kawan aku," Aiman memandang kami bersilih ganti. Aku dan Aima saling bersalaman. Manis sungguh senyuman yang Aima berikan kepada aku.
Aima, Aiman. Beza ada huruf N dengan tiada huruf N saja. Muka mereka pun ada nampak irasnya. Mata Aima sedikit bulat tetapi Aiman sepet, kalau senyum lebar ni mesti hilang terus mata dia.
"Masuklah," pelawa Aiman sambil memberi ruang kepada aku untuk masuk. Aku memandangnya, "tak apa ke? Tak timbul fitnah?" wajah adik beradik di depan aku ni dipandang.
"Aima kan ada," ujarnya dalam sengihan. Boleh nampak lesung pipit persis Aiman tetapi ada dipipi sebelah kanan sahaja. Eloklah tu, abang belah kiri, adik belah kanan.
"Aku nak keluar, korang kenal kenal lah, aku nak beli peti ais," Aiman melangkah menjauhi kami. Aima pula dah mula cemberut, "abang ni," gumamnya sendiri tetapi aku masih dapat dengar dengan jelas.
Setelah dipelawa Aima untuk kali kedua, aku pun melangkah masuk ke dalam rumah Aiman. Tak jauh beza dengan rumah aku pun sebab dia pun tinggal di kondo yang sama dengan aku. Sebab ini jugalah dia ajak aku keluar, senang katanya. Dia tingkat 8, aku pula tingkat 7.
Banyak sungguh barangan yang berwarna dark purple dan diselangi putih. Aku dah kata putih ni masuk dengan semua warna.
By the way, Suka betul dia dengan warna purple. Kereta dia pun warna purple gelap. Patut Afiq gelarkan Aiman ni 'si Bawang'. Lihat saja pada warna bawang itu sendiri.
"Kenapa Aiman nak beli peti ais?"
"Pintu peti ais dia tercabut semalam," jawab Aima dengan sengihan.
"Uish... macam mana boleh tercabut?" ganas betul dua beradik ni sampai boleh tercabut pintu peti tu.
"Abang Aiman tak belikan chocolate kegemaran Aima. Padahal Aima dah pesan awal-awal dah. Pukul dia nanti, tak baik. Jadi lepas kat peti je," Aima tersengih. Aku menggelengkan kepala.
Aima... Aima...
Aku dan Aima pun menghabiskan masa bersama. Macam-macam yang kami bualkan. Sedar tak sedar, aku dah mula selesa dengan Aima ni. Dia pun suka melawak macam abang dia Aiman tu.
Tangan runcing aku mencapai pemegang cawan teh marble yang terhidang di atas meja berhadapan dengan aku. Teh itu dihirup dengan perlahan.
Advertisement
"ANAYRA ZAARA, AYAN CALL! AYAN CALL! ANGKAT CEPAT!"
Hampir tersembur teh yang ada dalam mulut aku bila dengar ringtone telefon sendiri. Suara Ayan pula tu! Ya Allah, bila masa ringtone aku bertukar ni?
Sempat mata aku dikerling ke Aima seketika. Bibir dia dihiasi senyuman mengejek. Mesti dia salah faham ni!
Cawan teh tadi aku kembalikan ke tempat asalnya di atas meja. Zip Handbag kecil berwarna hitam aku dibuka. Taklah berjanama pun, beli kat pasar je. Jimat duit.
"ANAYRA ZAARA, AYAN..."
Logo berwarna hijau segera aku tekan sebelum ringtone aku bersuara Ayan ni menghabiskan dialognya. Aku berdiri dan menjauhi Aima seketika.
"Apa awak nak, huh?" kalau boleh nak je aku maki dia ni. Tapi memikirkan ada Aima, aku padamkan saja niat itu.
"Urgent! Boleh tak kita jumpa sekejap?" dari nada suara Ayan, aku dapat agak yang dia dalam kesusahan. Cemas betul bunyinya.
"Boleh juga, saya pun..."
"Bagus, aku jemput. Dalam 5 minit lagi aku sampai," Ayan terus memutuskan talian. Aku pula terpinga-pinga. Boleh dia potong ayat aku? Tengoklah, aku nak merajuk seminggu.
Aku kembali ke sofa yang aku duduk tadi. Telefon aku simpan semula ke dalam beg tangan. Aku duduk seketika, teh dalam cawan yang masih tersisa tadi kembali dihirup oleh aku.
"Sweetlah boyfriend akak buat ringtone khas untuk akak," sekali lagi teh aku hampir tersembur keluar. Boyfriend?! Bila masa pula Ayan naik pangkat jadi teman lelaki aku ni?
"Mesti akak susah nak angkat call kan? Sebab tu dia buat ringtone macam tu," teka Aima sambil tersenyum kambing. Aku memberikan pandangan maut, tapi dia langsung tak gerun dengan pandangan aku ni.
Adik dengan abang sama je.
"Dia bukan boyfriend akak lah," nafiku jujur. Aku juga mempamerkan riak wajah yang tenang. Biar nampak diri ni matang sikit. Uhuk.
"Ouh... TTM eh?"
"TTM? Apa tu?"
"Teman Tapi Mesra,"
"Ya Allah, tak lah! Kawan biasa je. Biasalah kawan gurau gurau macam tu,"
Aima menganggukkan kepala beberapa kali. Tapi bibirnya masih ada tersisa senyuman mengejek.
Tanpa berlengah, aku meminta diri untuk beredar. Aima membawaku ke pintu utama. Sempat aku melambai gadis yang baru memasuki era 20an itu sebelum turun ke parking lot.
Butang lift aku tekan tapi langsung tak ada tanda-tanda ia berfungsi. Rosak ke? Tekan banyak kali pun masih tak ada tanda-tanda ia akan terbuka.
Advertisement
"Huh! Penat gila!" Aku toleh ke belakang. Aiman rupanya. Dia keluar dari pintu kecemasan, mesti dia naik tangga ni.
"Nayra, tekanlah banyak kali pun, lift tu rosak," ujar Aiman dalam lelah. Aku dah melopong. Tadi elok je, boleh pula dia nak rosak sekarang. Jam tangan aku dikerling, dah 5 minit berlalu. Haih.
Aiman yang sedang membongkok didepan pintu kecemasan itu ditolak oleh aku. "Eh eh kau ni!" Aku buat muak tak bersalah saja. Siapa suruh berdiri dekat situ? Memang aku tolaklah.
Laju saja aku turun. Sesekali tu nyaris saja aku terjatuh. Ada juga aku berselisih dengan jiran yang naik tangga. Lagi gilanya, ada 3 lelaki sedang gigih angkat peti ais. Mesti ada orang beli ni.
Seksanya, Ya Allah.
"Cik, sekarang tingkat berapa?" tanya salah seorang dari lelaki tadi. Peluh pada dahinya diusap dengan lengan baju. "Tingkat 3,".
Terbutang mata mereka, "tingkat 3? Ya Allah, ada lagi 5 tingkat nak kena naik," masing-masing dah mula cekak pinggang. "Tuan dia ni pun terus cau, tak nak tolong kita pun!" Rungut salah seorang dari mereka.
Lagi 5 tingkat? Maknanya mereka nak pergi ke tingkat 8. Mesti nak pergi rumah Aiman ni. Ish ish Aiman, tau nak selamatkan diri dia je. Aku pun terus beredar setelah memberi kata kata semangat kepada 3 lelaki tu.
Sampai di parking lot, aku boleh nampak kereta Range Rover hitam milik Ayan elok terparkir di salah satu petak yang tersusun diparking bawah tanah ni. Aku terus masuk ke dalam keretanya. Berpeluh-peluh aku sekarang ni.
"10 minit aku tunggu. Lambat betul lift kau bergerak," perli Ayan. Dia memulakan pemanduannya keluar dari kondominium ni.
Kau cakap senanglah, kau tak tahu susah payah aku turun tangga tadi. Nafas aku pun tak betul lagi ni. Tambah pula aku bagi sokongan moral dengan 3 lelaki tu. Fuh.
"Apa yang 'urgent' sangat tu?" aku langsung tak pandang muka dia. Pandangan aku hanya dicampak ke luar tingkap.
"Dah sampai tempat aku nak bawak kau ni nanti aku bagitahu,"
Aku hanya membisu. Dia ni perasan tak aku tengah merajuk? Kalau dia perasan pun dia apa dia nak kisah pula kan? Aku bukan siapa-siapa.
Lama mendiamkan diri. Aku masih kekal memandang ke luar tingkap. Dia tak nak panggil ke? Panggillah aku..
Panggillah aku..
"Sayang,"
Dengan pantas aku menoleh. Eh, bodoh Nayra asal kau toleh masa dia panggil sayang ni?! Mesti dia fikir kau gatal nanti. Haih kenapa aku pusing!
Ayan tersenyum sinis, "laju pusing eh... Aku ingat kau nak terus tenung lelaki dekat sebelah tu," bibir Ayan menjuih ke belakang aku. Aku pun kembali menoleh ke arah tadi. Ada kereta Mazda merah yang tidak bergerak. Sama sama berhenti kerana lampu isyarat sekarang berwarna merah.
Tiba-tiba cermin tingkap bahagian aku ni turun secara automatik, kepala aku dipusingkan memandang Ayan yang sedang tersenyum sinis.
Mangkuk ni dah kenapa?!
Aku cuba untuk rendahkan penyadar kerusi aku ni, tapi aku langsung tak jumpa mana tempat penarik dia. Dalam hati aku ni dah macam macam jenis sumpahan aku hadiahkan untuk Ayan ni.
Akhirnya, aku hanya terkup muka aku menggunakan kedua-dua belah tangan. Telinga aku dapat dengar siulan siulan sekumpulan lelaki dari kiri aku, mesti dari kereta Mazda merah tu. Terketar-ketar bibir Ayan tahan gelak.
Aku benci kau, Ayan!
×××××
"Nayra, kita dah sampai. Jom turun,"
Aku pandang ke luar, muka aku dah kerut seribu. Sumpah aku malu sangat pasal kejadian tadi. Sampai hati dia tu kenakan aku macam tu. Apa salah aku?
"Ala Nayra sayang, janganlah marah... Aku gurau je," ujarnya meleret. Aku hanya membeku.
"Sayangku Nayra, please maafkan Ayan yang comel ni," bibir aku mencebik, tak mahu cair dengan muka dia yang jelas aku nampak dari pantulan cermin.
"Bagitahu benda urgent tu dulu,"
"Oh tu, aku nak mintak tolong kau," Ayan membetulkan kedudukannya. Badannya dipusingkan menghadap aku yang berada disebelahnya.
"Tolong apa?" aku menoleh. Tangan aku disilangkan ke dada. Dia pula hanya tersenyum memandang aku.
"Pura-pura jadi kekasih aku,"
"Untuk apa?"
"Please Nayra," soalan aku langsung tidak dijawabnya. Aku memandang kosong muka dia sedihnya itu. Entah lakonan, entah betul betul. Aku pun tak tahulah.
Aku mengeluh perlahan, "sampai bila?"
"Sampai kau lupa yang kau sedang berpura-pura."
"Ha?!"
what the...
bersambung
Sorry lambat update 😭
Terlupe sebab syok terbaring kat katil..demam punye pasal
Hiksss🥺
Advertisement
- In Serial1438 Chapters
The Problem with Marrying Rich: Out of the Way, Ex
Married rich for three years with no child born. Just when she was finally cured of infertility and ready to give him a child, he brought home his pregnant mistress in high profile.
8 2150 - In Serial39 Chapters
Frigid Flora
Flora Montgomery - more commonly known as Frigid Flo - has a secret fear of touching and being touched. When a certain incident brings her face to face with Parker Heywood, the school's infamous flirt, her life begins spiralling downhill. What's worse, he can't seem to keep his hands off her.// beautiful cover created by the talented @MuchMoreMuchier //
8 154 - In Serial15 Chapters
Crush X Reader one shots
Just a couple of one shots for you and your crush(・ω -) ~ Have Funnn ❤️
8 75 - In Serial52 Chapters
LoveSick || Pennywise X Reader ||
||UNDER EDITING|| IFFY WRITING-THIS STORY IS DARK. NOT FLUFF-A few long years after moving away from Derry to live with her Father, eighteen year old, Y/n returns for her Mother and young brother's funeral and to inherit the old house she used to live in, along with a few more valuables.With the suspense of how her Family really died, Y/n can't help but be afraid.So naturally...IT can't resist.|| Book One ||
8 188 - In Serial16 Chapters
landslide, neil perry
❝ mirror in the sky, what is love? ❞dead poets society (1989)🕯 ˗ˏˋ gentlemen, what are the four pillars? ˎˊ˗₊˚.༄ travesty, horror, decadence, excrement ! 🎞𝘪𝘯 𝘸𝘩𝘪𝘤𝘩 𝘵𝘩𝘦 𝘢𝘳𝘵𝘪𝘴𝘵𝘧𝘢𝘭𝘭𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘱𝘰𝘦𝘵lowercase intended© hollywillow-
8 219 - In Serial16 Chapters
The Pet
10 years ago everything changed. 10 years ago something came and took over lives. After we lost The Blood War, a war between humans and vampires. Yes, vampires the creatures that could drain every drop of blood in your body. They took over and changed everything. Now the land of Illia is split into three groups. RoyalsServants PetsRoyals were obviously the vampires, they ruled all of Illia.Men were given the job as servants. Servants had it pretty good . Well not good but they had food and decent places to live. Servants get to live in the castle due to them helping royals in day to day life. The women however were the pets. Pets are the lowest of the three. You basically had all your freedom ripped away from you. From the moment the war ended women were thrown into cages with collars around your neck waiting for the dreadful day to be bought. Once bought you were the vampires personal blood bag. I was 8 years old when I was torn away from my family and thrown into a cage. I haven't seen the outside world since. My family was killed right on sight so I have been alone for 10 years in the very same cage. Until today, when he walked in.
8 154

