《[C] Putera Kayangan》Bab 18 : White and Red
Advertisement
Aku melangkah dengan pantas meninggalkan Ayan di belakang. Sibuk panggil panggil nama aku. Kuat pula tu.
Elok sangat lah tu, biar satu Cameron ni tahu nama aku Anayra. Huh.
"Anayra!"
Eee bisinglah dia ni!
Elok saja aku pusing kebelakang, dia panggil aku 'sayang'.
Ayan sengih senget, "panggil sayang baru nak pusing eh kau," Ayan memasukkan tangan dia ke dalam poket baju sejuk berwarna merah yang dia sengaja tidak zip kan tu. Boleh nampak baju T yang dipakainya berwarna hitam.
"Mana ada! Saya pusing dulu baru awak sebut sayang tu,"
"Eleh... Tak mahu kalah lah tu,"
Ayan menghapuskan jarak antara aku dan dia. Aku memandangnya tajam dengan muka garang aku ni. Tangan juga turut digenggam kemas.
Hati aku sakit sangat. Mengapa dia tak berlaku jujur masa dalam kereta tu? Bagitahu sajalah yang aku dah salah. Kenapa mesti diam?
"I'm sorry, Nayra," ujarnya lembut dengan suara garaunya itu. Memang kalau dengar, auto terpujuk hati perempuan aku ni.
Aku pun satu, bodoh. Macam manalah aku boleh tak perasan perbezaan suara mereka berdua ni? Ketara sangat. Telinga aku lah ni, pantang dia tengok lelaki kacak, lunak atau tidak, dia pekakkan saja.
Ayan berhenti menghayunkan kakinya. Jarak yang ada diantara kami hanya 6 kaki. Akibat aku lebih pendek dari dia, aku terpaksa sedikit mendongak untuk memandang wajah bersih Ayan.
Lagi bersih dari Aydan.
"Comelnya dia marah," ujarnya dalam senyuman manis. Anak mata hazel dia memandang tepat ke dalam anak mata aku.
Ah, nampaknya kedudukan Minggu SEVENTY dalam hati aku dah mula terganggu. Tengah gempa bumi istana si Minggu dalam hati aku ni agaknya.
"Jom jalan sama-sama dengan aku,"
"Apa?"
"Jalan sama-sama dengan aku,"
"Kalau saya jawab tak nak?"
"Aku ada bagi kau pilih antara nak atau tak nak ke?" kening kanan dia dinaikkan memandang aku atas dan bawah.
"Jom,"
Ayan meneruskan langkahnya. Tanpa membuang masa aku memusingkan tubuh dan mengejar langkah si Ayan tu. Disebabkan jalan tidak terlalu luas, aku hanya mengikut Ayan dari belakang.
Bila angin bertiup dari depan, hidung aku dapat hidu bau yang lembut. Sedap je bau dia.
Advertisement
Bau Ayan ke eh?
"Aduh! Eee kenapa awak berhenti tiba-tiba ni!" aku sapu hidung aku yang sakit akibat terlanggar belakang badan Ayan ni. Mana taknya? Dia berhenti mengejut tau!
Ayan memusingkan badannya ke belah kanan, "Aku dah cakap yang aku nak berhenti. Telinga letak mana?" mata dia dikerling ke arah aku sebelum kembali melihat daun-daun teh yang menghijau.
"Yeke?"
"Ye,"
"Hehe... Sorry" aku dah tersimpul malu. Aku memusingkan badan ke arah yang dipandang oleh Ayan.
Ada beberapa orang pekerja warga asing sedang memetik daun teh dan dimasukkan ke dalam bakul rotan di belakang mereka. Bila dah penuh, mereka akan kumpulkan di satu tempat kemudian membungkus daun itu di dalam guni sebelum membawa ke kilang untuk diproses.
Bagi perkerja Islam, mesti kerja ini amat mencabar pada bulan Ramadhan. Tapi mujurlah Cameron Highlands ni sejuk. Jadi tak terasa sangat panas terik pada waktu tengah hari.
"Kau suka warna putih ke?"
Aku menoleh ke kiri, Ayan masih memandang hadapan ke arah pokok-pokok teh dan kawan-kawan yang sedang sibuk bergambar.
"Taklah," aku kembali memandang ke hadapan. Melihat sikap Haikal dan Afiq yang suka membuli Aiman.
Sian si Aiman tu.
"Kenapa?" tanya aku apabila Ayan tidak kembali bersuara.
"Tiap kali aku jumpa kau, mesti warna putih tu ada. Tak kiralah kadang kasut, tudung, baju,"
Aku mengangguk-angguk. Tak sangka dia perhatikan pakaian aku selama ni sampai perasan benda-benda ringan macam tu. Aku sendiri pun tak perasan. Main pakai je apa ada.
Tapi cara dia buat aku rasa macam... Entahlah, terharu? Di hargai? Tapi, aku tersentuh. Tak pernah orang perhatikan aku sampai cam apa yang aku suka pakai atau tak.
"Saya tak suka putih. Tapi, barangan yang berwarna putih tarik perhatian saya untuk beli,"
Giliran Ayan pula mengangguk-anggukan kepala.
"You know what? Red goes really well with white," Ayan tersenyum. Tapi matanya masih memandang ke hadapan.
Erm? Dia dah kenapa tiba-tiba cakap tu? Bukan putih dengan hitam sama ke? Masuk dengan semua warna. Podaahhh.
Mesti buaya ni.
"Woi pasangan sejoli! Jom bergambar!"
"Haah, dah dah lah tu dating berdua!"
Ish Ikmal dan Kak Mira ni. Bila masa pula aku dengan Ayan dating.
Advertisement
Aku dapat dengan gelakan halus si Ayan. Walaupun perlahan, telinga aku masih dapat dengar. Yelah, sebelah aku je.
"Jom sayang," dia pandang aku sekilas sebelum beredar. Tak banyak cakap, aku turut saja langkah si Ayan ni.
×××××
Dulang yang diatasnya ada sebuah teko dan dua cawan teh menjadi tatapan aku. Ayan membelinya tadi. Memandangkan meja panjang yang sepatutnya muat untuk kami semua tu penuh. Tah apalah sebab boleh penuh pun tak tahulah.
Sesekali aku pandang ke arah meja tu. Semua senyum kambing tengok aku dengan Ayan yang duduk berhadapan ni. Aku terus pandang Ayan balik.
Tenang je wajah Ayan sambil tuang air teh dari teko ke dalam cawan teh kami berdua.
Kami duduk di koridor. Jadi sebelah kiri kami terbentang luas ladang teh yang kehijauan. Tenang saja bila dapat melihat pemandangan itu.
Rasa macam tak nak balik.
"Nak susu atau gula?"
"Nak gula,"
Padangan aku beralih kepada Ayan. Lincah tangan dia menjalankan tugasnya. Malu pula aku, sepatutnya aku yang perempuan tolong buat semua ni, haih.
"Nah, minum," Ayan menolak perlahan piring yang diatasnya ada cawan di dalamnya terdapat teh panas.
"Thanks," jari jemari aku melingkar pada pemegang cawan itu. Teh dihirup sedikit demi sedikit.
Jaranglah kedai di Cameron akan buat air tu suam sebab nanti air tu akan cepat sejuk. Jadi, baik mereka buat panas panas saja lepas tu biarkan seketika, suamlah air tu nanti.
Mata aku sempat memandang Ayan ketika dia fokus minum. Jari kelingking dia terangkat macam puteri-puteri minum. Cakap orang, kau pun sama je Nayra!
Macam dating pula aku rasa sekarang ni. Meja belakang atau lebih tepat meja yang kawan-kawan lain sedang duduk tu riuh dengan gelak tawa. Bahagia betul. Borak pasal apa pun aku tak tahulah.
"Ayan,"
Mata lelaki itu dikerlingkan ke arah aku. Muka serius betul. Nak makan aku ke apa?
"Garangnya... Cubalah senyum sikit, barulah handsome" aku menghadiahkan Ayan sebuah senyuman ikhlas. Berharap dia membalas senyuman aku ni.
Ayan meletakkan telefon di atas meja. Tunduk main telefon rupanya, aku ingat tengah kira berapa ekor semut yang lalu-lalang.
Kedua tangannya diletakkan ke atas meja. Dia memandang aku lalu dia tersenyum paksa.
Allahuakbar... Aku dah salah minta ke? Jantung aku dah berdegup kencang sekarang ni tengok senyuman paksadia. Senyum paksa pun dah buat iman aku gugur. HALAH! Rambut dia yang seakan menari akibat ditiup angin tu menambahkan aura kekacakannya.
Aku dapat rasa pipi aku membahang. Jangan kata yang aku tengah blushing!
"Sayang saya ni cair eh," senyuman paksa Ayan tadi dah berubah ke senyuman mengejek.
Okay, aku tak patut minta dia untuk senyum tadi. Salah step.
"M... Mana ada," tepis ku laju. Air teh diambil dan diminum laju.
Malangnya, aku lupa yang teh tu panas dia tahap neraka. Hampir masak lidah aku ni kena air teh tu!
Tertumpah teh tu pada bahagian muka aku masa aku nak jauhkan cawan dari bibir. Ya Allah, panas!
"Ya Allah Nayra. Elok elok lah, kejap aku ambilkan tisu," Ayan bergegas ke kaunter demi mendapatkan tisu. Aku pula hanya kaku di situ.
Nak buat apa? Kain sapu tangan pun tak ada ni. Tunggu jelah si Ayan tu bawakan aku tisu.
Ayan berlari anak menuju ke arah aku dengan beberapa helai tisu berwarna merah jambu. Rambut dia tu ikut sama bergerak setiap kali kaki dia menghentak lantai. Kacaknya.
Dia berdiri didepan aku dan meletakkan tisu ke atas meja. Tisu di tangan kanannya di dekatkan ke muka aku. Dia nak lapkan muka aku untuk ke?!
Namun, tindakannya terhenti, "tak sah lagi," ujarnya perlahan tapi telinga aku masih dapat mendengar kata-katanya dengan jelas.
Tak sah lagi?
Aku menyambut tisu yang dipegang Ayan tadi kepada aku dan segera lap muka aku yang dah rasa sedikit melekit ni. Aku rasa, aku perlu ke tandas. Aku berdiri dan meminta diri untuk ke tandas. Ayan hanya mengangguk.
Aku pun beredar ke tandas. Sampai sahaja berdekatan meja panjang yang diduduki kawan lain tu. Terus aku dapat dengar ejekkan dan perlian mereka atas kejadian aku dan Ayan tadi.
Ya Allah malunya aku.
"Ayan dan Nayra ni suspicious betul!"
Mereka kembali gelak.
Dan aku dapat rasakan mulai hari ini, hidup aku di cafe tak akan aman lagi.
Nasib kaulah, Nayra.
bersambung
Ehek
Advertisement
- In Serial90 Chapters
My Secret Marriage : Meet With The Best One
Liu Qiao Xin has been in a toxic relationship with her boyfriend Chen Jia Min, a temperamental man who constantly asks her for money.
8 771 - In Serial33 Chapters
Raison d'etre
Amidst a creeping threat, the King of the Sagitta Kingdom has summoned his children and vassals to the Royal Capital to make an announcement. Some suspect he has chosen his heir, some believe there is a war to prepare for and those who believe there is a conspiracy afoot. Alexandria Terramanz the third princess of the Sagitta Kingdom accompanied by her two friends and subordinates Brigette her stewardess and Sir Foltest one of the strongest knights in the Kingdom. Ronald a city guard that people cannot help but like, yet is hiding secrets from everyone. Oberon Flamberge once a prodigal swordsman now wheelchair-bound after a duel taken too far. Accompanied by his personal attendant Valeria. All these people and more converge at the royal capital with their own goals in mind. ( Most Pov chapters will be from the characters mentioned above though there may be others sprinkled in. This is my first story, all feedback and critique are welcomed.)
8 110 - In Serial26 Chapters
OBSSESSED [2019 WATTYS ENTRY]
The story of a CIA agent. A ruthless and merciless assassin. A man who kill first and think later without any regret, who is rock hard like a mountain had his stone heart melted and he was fallen.
8 197 - In Serial23 Chapters
Prince Demonia
Prince Demonia Black is the demon prince of The Shadow Lands, he leaves blood behind him wherever he goes, wicked and cruel but blessed with devilish good looks and charm, he is feared and adored by his people.He is the first of his kind to be mated to a werewolf, the innocent, caring, and lovely Lady Lilian Du Mont, the daughter of a powerful Lord within The Vale, who has no idea what she's getting herself into.(18+)* Book 3 of the Alpha series *
8 184 - In Serial33 Chapters
The Devil Wears Gucci {Taehyung X Reader FF}
Y/n is a photographer at a modeling agency, she enjoys working with all her models, except Kim Taehyung. As soon as Taehyung remembers Y/n from high school, he decides to turn her life into a living hell and she hates going to work everyday having to see his face."I remember you, creep."Model AUStarted: 15/1/2020Ended: 19/6/2022
8 205 - In Serial24 Chapters
Toothless. YOU'RE A GIRL?!
Drago Bludvist has obtained an item called a dragon stone. With this stone he can transform humans into dragons and vice versa. While trying to stop Drago from building his army of dragons toothless gets hit with its power and what he turns into no one expected. Now with the new turn of events will all toothless secrets be reviled? Will Hiccup abandon toothless or will their relationship grow? Will toothless ever get back to normal or will something happen to Hiccup? You will just have to wait and see.(this takes place during the events of the 2nd movie and contains info from dreamworks dragons may contain spoilers you have been warned)COMPLETED
8 87

