《[C] Putera Kayangan》Bab 12 : Cameron 2
Advertisement
Selesai solat Asar, kami pun berkumpul di lobby katanya nak bersiar-siar. Memandangkan kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 10:00 pagi dan tiba pada pukul 1:15 petang. Sekarang dah pukul 5:30 petang. Sekejap je masa berlalu.
Tapi sekarang, baru yang perempuan je yang ada dekat lobby. Yang lelaki batang hidung pun tak nampak. Manalah mereka ni, Ya Allah.
"Lambat betul dorang ni," Kak Mira membelek jam tangannya kuning terangnya. Kaca mata petaknya dibetulkan.
"Entahlah. Bebelkan kita jangan lambat bukan main. Tapi, sekarang dorang yang lambat!" ujar Najla sambil membetulkan eyeliner si Laila.
Pap!
"Eee duduk diam!" marah Najla. Dia sempat menampar si Laila tu sebab tak reti nak duduk diam. Macam manalah eyeliner tu nak balance kalau si Laila tu tak reti nak duduk diam.
Najla memang, dia akan bertukar jadi singa bila make up orang. Tak boleh jadi Mak Amdam dia ni. Confirm pipi pengantin tak payah pakai blusher sebab pipi dah merah kena tampar.
"Ya Allah!" kami semua tengok Yana. Muka dia macam terkejut. Dia nampak hantu siang siang hari ni ke? Kami menoleh ke arah yang Yana sedang lihat sekarang.
Kelihatan kelibat tujuh orang lelaki sedang berjalan dalam kumpulan. Eh, Pakcik driver bas pun ada? Mereka mengenakan jersi ungu gelap yang sama persis. Tak lupa juga cermin mata hitam mereka.
Siapa lagi kalau bukan Aiman, Aydan, Haikal, Afiq, Ikmal, Fahmi serta Rayyan. Berapa lama dah agaknya mereka prepare ni? Siap ada baju sama pula tu. Dahlah tak bagi kat team perempuan sekali!
"Seriuslah kawan-kawan aku kekacak ni?" Hessa dah ternganga tengok tujuh jejaka tampan yang sedang melangkah ke arah kami dengan bergaya tu.
Mata aku fokus pada Aydan. Rambut berkilat tu disikat kebelakang menampakkan dahinya. Lemah betul aku tengok rambut lelaki macam ni. Lagi lagi yang nampak dahi.
Aura Aydan memang lain macam hari ni. Biasa rambut dia dibiarkan menutupi dahi. Paling tak pun, dia belah tengah.
"Ehem," Aydan berdehem. Dia betul betul berdiri depan aku sekarang. Aku pun tak sedar bila masa dia dah sampai depan aku.
"Okay tak rupa saya hari ni?" tangan kekar milik Aydan dimasukkan ke dalam poket seluar track Adidas.
Aku memandang kaca mata hitamnya untuk mencari anak matanya namun gagal. Aku hanya nampak pantulan diri aku saja pada cermin itu.
Advertisement
Eh alamak! Tudung aku senget!
Dengan segara aku membetulkan tudung aku. Bagus juga spek dia ni, boleh aku pinjam buat cermin.
Aydan tergelak perlahan dan menggelengkan kepala. Tangan aku dengan pantas pukul lengan dia, "janganlah gerak!" mata aku merenung dia tajam dan menyambung membetulkan tudung aku. Aydan pula cemberut.
"Cantik dah tu." Aiman mencelah. Senyuman tak lekang dari bibirnya membuatkan lesung pipit dipipi kirinya kelihatan.
Aku hanya pandang Aiman sekilas. Tak sanggup aku nak pandang lama lama. Aku risau aku jatuh dalam lesung pipit dia tu, dahlah dalam. Lemas nanti siapa nak selamatkan?
×××××
Kini kami tiba pasar malam. Baru je aku turun bas, hidung aku dah dapat tangkap bau makanan yang sedap sedap tu!
Pasar malam dekat Cameron ni memang terkenal. Jadi tak heranlah ramai orang dekat sini. Nak pula pasar ni terletak diatas jalan raya diantara dua bangunan.
Tempat parking memang semestinya penuh dan jalan pula akan sesak dengan kereta yang keluar masuk. Namun keadaan ni masih tak mematahkan semangat kami untuk shopping dekat pasar malam ni.
Pakcik Husin mengarahkan kami untuk turun ditepi jalan terlebih dahulu sementara dia ingin mencari tempat letak bas yang sesuai.
Kami semua membuat keputusan untuk tunggu Pakcik Husin di tempat yang sama dia turunkan kami tadi. Nak jalan berkumpulan kata si Aydan.
"Aku laparlah!" Hessa dah menghentak-hentak kaki dia. Hessa ni dari dalam bas lagi dah melalak kata lapar.
Aydan pun memberi kebenaran untuk Hessa pergi dulu. Bukan main seronok dia dapat kebenaran tu. Tapi aku tau, dia tak mahu pergi seorang diri punyalah. Siapalah agaknya dia bakal tarik.
"Nayra! Jom!!" terkejut aku masa tangan aku ditarik oleh Hessa ni. Aku sabar jelah. Memandangkan aku pun lapar gila dah sekarang, aku pun ikut dia.
Haikal pun turut membuntuti kami atas arahan Aydan. Dia tak mahu lah kami berdua saja pergi tanpa ada lelaki yang temankan.
Mengada je dia tu, aku ada ilmu silat tau!
Ehem... Silaturrahim.
Tapi bagus juga si Haikal ni ikut. Muka dia yang dingin dan badan sasa dia tu membuatkan aku rasa yang aku ni ada bodyguard. Dia dengan sabar ikut kaki aku dengan Hessa yang tak ada hala tuju yang tetap ni.
"Haikal! Mana okay? Hitam atau putih?" soal aku kepada Haikal. Pada tangan kanan aku ada baju sejuk yang berwarna hitam manakala tangan kiri aku pula baju sejuk berwarna putih.
Advertisement
"Aku rasa better warna hitam,"
"Kenapa?"
"Taklah cepat kotor. Kalau warna putih nanti cepat kotor kalau tak jaga betul betul," terang Haikal.
"Ouhh... Tapi aku suka putih," baju sejuk hitam tadi aku sangkut kembali di tempat yang aku ambil. Haikal pula dah tepuk dahi.
"Apa function kau tanya aku?"
"Saja nak dengar pendapat kau. Bukan senang nak dengar kau bersuara." Haikal merenung anak mata aku tajam. Aku tersengih kekok. Serius muka Haikal seram gila sekarang ni.
Selesai bayar, kami pun pergi ke gerai lain. Hessa memang membisu jelah dia bila dah dapat makanan. Mulut busy mengunyah. Sesekali dia offer aku dengan Haikal makanan dia tu. Kami pun ambil sajalah. Rezeki jangan di tolak.
"Eh eh, macam kenal,"
"Eh... Siapa je tak kenal aku? Artis paling terkenal dekat dunia ni." jawab Hessa selamba.
"Eee... Menyesal tegur!" Laila cemberut. Hessa hanya ketawa. Haikal pula masih dengan muka beku dia tu. Laila pun terus beredar ke arah bertentangan dengan kami bersama Aydan.
Eh, bersama Aydan?!
Aku terus memusingkan badan aku ke belakang untuk memastikan yang aku sebenarnya salah tengok je tadi tu. Tapi malangnya tidak, memang itu Aydan.
Laila dengan Aydan sedang berbual sambil menilik keychain yang bergayut di sebuah kedai yang menjual barang perhiasan dan cenderahati. Jelas aku nampak Laila mengambil keychain berbentuk hati berwarna biru.
Bila ingat semula, Aydan suka sangat warna biru. Ya Allah, boleh pula mereka bertepuk tampar. Fikiran aku dah fikir macam macam pasal mereka sekarang ni.
"Nayra," aku segera menoleh. Terus aku nampak muka Haikal yang beku tu.
"Kau tengok apa?"
aku tengok apa? Oh ya! Aku tengok Aydan dan Laila tadi. Tapi, bila aku lihat ke kedai tu semula, mereka dah tiada. Cepatnya mereka hilang. Banyak sangat berfikir, sampai aku hilang jejak mereka. Haish!
"Jomlah Nayra, kau tak beli makanan lagikan?" soal Hessa prihatin.
Betul juga, aku sibuk beli baju sejuk ni sampai lupa nak beli makanan. Kami bertiga pun mengatur langkah ke gerai makanan.
×××××
Aku keluar dari tandas selepas membuang apa yang patut. Mata aku melihat ke arah Najla dan Yana yang sudah tertidur lena tu. Mesti mereka penat. Macam yang aku jangka, kipas dinding tu memang tak ada siapa pun nak buka.
Berpelukkan tidur tu ha...
Jam dah menunjukkan pukul 1 pagi, tapi Laila masih belum masuk ke bilik. Lepas Isyak tadi, dia terus keluar dengan hanya membawa purse. Dia pergi mana pun aku tak pasti.
Biarlah dia.
Beg tangan aku yang tadi berada di atas katil sekarang sudah bertukar tempat ke sebelah beg tangan Laila. Mata aku menangkap sesuatu berbentuk hati dan berwarna biru. Ni mesti keychain yang aku nampak dia pegang di pasar malam tadi.
Kenapa aku dihuni rasa tidak puas hati pula ni?
Knock Knock
Aku dengan segera berlari anak ke arah pintu masuk. Mata aku didekatkan ke lubang kecil berbentuk bulat pada pintu tu.
Laila rupanya.
Aku membuka pintu untuk membenarkan dia masuk. Laila tersenyum memandang aku sebelum mengucapkan terima kasih.
"Nasib baiklah kau belum tidur Nayra. Kalau tak, tidur dekat luar jelah aku." ujarnya.
Aku hanya membalas kata katanya dengan senyuman. Aku tak ada mood nak bercakap sekarang ni. Aku pun tak pasti apa puncanya.
Tudung hitamnya dilepaskan lalu dia menghempaskan diri ke atas katil yang sedang aku duduk. Nampaknya kami bakal berkongsi katil malam ni.
"Betul kata kau Nayra. Malam malam ni sejuk gila." Laila tersenyum manis.
Dan aku masih sama. Membalas dengan senyuman.
Dalam masa 5 minit, Laila sudah pun dibuai mimpi. Aku pula memandang wajah polosnya itu.
Apa hubungan Laila dengan Aydan?
Mereka akan sorokkan sesuatu?
Bagaimana pula dengan tunang kesayangan Laila tu?
Tak akan gadis sepolos Laila ni pandai nak curang dengan pasangan sendiri. Tapi melihat dia dengan Aydan tadi, aku dapat rasakan mereka ada hubungan antara satu sama lain.
Tapi, hubungan apa?
Cinta?
Arghh, sudahlah Nayra. Kau datang kesini untuk berehat bukan untuk serabutkan kepala otak kau.
Aku pun merebahkan diri. Mata dipejamkan dan dalam beberapa minit, aku sudah pun masuk ke alam mimpi.
bersambung
vote and komen.. thank you 🥺
Advertisement
- In Serial53 Chapters
Dear Mr.CEO {COMPLETED}
What is he doing?"Embre." I'm still pressed up against him, my breath quickening by the second."Yes?" I ask breathlessly, he placed his hand in my hair. "Do you honestly think I give a fuck about what's professional or not?" I shake my head this must be a dream I has to be. "Mr. Hal-." I start but he cuts me off. "Landon."I take a deep breath. "L-Landon." I stutter out, knowing he wants to be called his name.He presses me closer if even possible, a sign of approval. "So do you understand what I'm asking you?" "I-I don't know." I stutter out again. His hand still in my hair, he pulls it,but not painfully, for me to look at him.His eyes are dark filled with an emotion I didn't understand. His eyes locked in on my full lips.My inner self is chanting Kiss Me! KISS ME!But my inner thoughts are shouting: Don't do it, DON'T.I'm torn between two things I need to make a decision but it doesn't come quick enough. He slowly leans in and everything just seems to disconnect. My eyes flutter close. I can feel his lips hovering over my lips, waiting for something? My approval? I don't know but right before his lips could be sealed with mine...A knock interrupts us. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~||Embre Daniels.||Is on the look out for a job but it seems useless at this point, she doesn't think she has much going for herself until she meets him.. her life could change forever. For better or worse.••||Landon Hale.||Is a successful millionaire , but nobody knows what goes on behind closed doors, his past follows him no matter how hard he tries to get rid of it... he's not sure if he's capable of love until he stumbles upon her.Ranked #1 in Romance. 12/19/17
8 364 - In Serial42 Chapters
The Broken Mafia Trampled into Her World
Elsie Miller, just an ordinary girl with a simple life. Her life turned chaotic when she accidentally bumped into a little girl that attached to her immediately after the incident. Little that she know, the little girl brought her closer into the mafia world.Dexter Anderson, the mafia king that lost his family and it turned him into a cold-hearted, ruthless and heartless, and broken mafia. The only family left was his niece, Andrea Smith. He devoted all his love to his niece and willing to do anything to create a smile on her face and she was the cause he trampled into Elsie's world."You can't reject me. Once I decided what I want, no one can say no to me, and you are included. I will make sure you come to me and say yes to my face. Mark my words.""Haha. Very funny mister whatever you are. Let's see how you are going to make me say yes!""Well, challenge accepted." He cut off the line afterward without giving me any chance to argue back. Arrogant and rude. Now, it convinced me more that this was the right decision ever for rejected his offer.
8 138 - In Serial67 Chapters
The Unexpected Fairytale
"Just say the words and I would be millions of miles away from you by tomorrow," I said casually, clicking my nails on his desk.I jumped a little when he trapped me into the chair, my breath constricted in my throat when he smirked passionately at me."My sweet baby, if you're what you said, then we need to stop you from whoring around. I'll make sure I'm the only one getting inside that tight little p*ssy of yours and you'll make sure to spread your legs wide open for me." I wasn't breathing when he was explaining his twisted plan for me."You are a fool to think I would let you go. I'll use you until I'm bored with you and then I'll discard you out of my life." He finished eyeing my lips, I opened my mouth cautiously."And how do you think you'll stop me from running away from you. I'm quite good at it.""I could think of quite a lot of ways,"• • • • •What happens when you take the most important person in your life on an amazing trip...let's find out, shall we?• • • • • Shana Drishtya Rajput, the girl with an ordinary life, an amazing family and an excellent degree in business...but what about her past? Is that ordinary?Xavier Damon King, typical billionaire playboy type. blessed with ethereal looks of that of a Greek God, women swoon over him..cold, ruthless, stone-hearted CEO of KING INC. And let's not forget the wealthiest man on the planet. What will happen when these two meet?Will sparks will be generated or will they end up eradicating and hurting each other? Will they form their fairy tale or will it go down for every single one of them? Join them in their quest of finding love. Or maybe hatred...#2 in puresoul 27-12-2020#1 onenightstand 7-03-2021#1 culture 20-06-2021#1 interracial 29-11-2021#7 drama 7-07-2021#9 hate 7-07-2021#4 love-hate relationship 10-11-2021#2 possessive 9-01-2022#3 businessman 9-01-2022
8 239 - In Serial15 Chapters
Is It safe to say im in love? (laurenzside x dangthatsalongname)
((I will have you back))
8 98 - In Serial64 Chapters
Her Darkness, His Light (Book 1)
"Come here" he said motioning for me to step closer.I knew that I had to obey his every word. It was just that my body decided not to move. "I will not repeat this again. Come. Here. Now!" he commanded me this time. That's when my legs decided to wobble themselves towards my biggest nightmare. I stopped when I was about a feet away from where he was sitting. I had to keep my hands together to prevent them from shaking too much. To make things worse, there was only this dead silence that surrounded us. Then, before I could even prosses what was happening, he grabbed my hand and brought my wrist up to his lips.I whimpered, waiting for the pain to come."You have every right to fear me. This is going to be painful."Without warning, I felt an excruciating pain all over my body. A sharp cry escaped my mouth as his fangs ripped through my tender skin. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ She A simple girl forcefully taken from her home and separated from her small family to serve the Royal Pure Bloods. Him The Dark Prince, the most powerful hybrid on earth. Known to the world as a monster, an abomination. A creature unable to control his powers and is trapped within his own darkness.
8 98 - In Serial43 Chapters
Now You Know ✅
✖ 4th Place in the Monthly Elimination Awards; August 2017 ✖ Highest rank: #38 in Teen Fiction ✖ Highest rank: #1 in coming-outFor Pelham Nixon, self-discovery isn't only about coming to terms with his sexual orientation. Driven by fear of facing reality, he has developed issues at acknowledging his feelings, as he is far too deep in his own realm.Reality just has to come and greet him once he decides to step out of his comfort-yet-confining zone, tired of self-condemnation. The universe is simply too vast as it is large, too many secrets behind too many stories. What does he know about his parents, his geek of a best friend, his charismatic girlfriend, or an attractive Hispanic boy whose presence he has just taken notice of? What he knows is that there are still far too many things for him to discover; himself, as well as the people around him. Though, that doesn't mean he has to discover them all by himself ...Copyright © A. Zah 2016
8 191

