《[C] Putera Kayangan》Bab 8 : Range Rover atau Over!
Advertisement
Hari ni aku shift petang lagi. Biasanya team 1 dan team 2 akan bertukar-tukar jadual shift. Aku dalam team 1 bersama Yana, Najla dan Laila.
Oh ya tentang mereka bertiga ni, dorang ni memang tak boleh berpisah langsung tau. Dah macam adik beradik aku tengok. Tak sah kalau tak bertiga.
Macam sekarang, tiga tiga urus bahagian dapur. Aku sajalah sorang perempuan yang uruskan pelanggan, staff lain semua lelaki. Aku tak ngam sangat dengan lelaki dalam team aku ni. Satu satunya lelaki yang aku rapat kat cafe ni Encik Aydan sorang je.
Cakap pasal dia, hari ni dia duduk dalam office dia. Pandai pun nak masuk office, kalau tak asyik duduk kat balik dinding tu je. Office dia tu punyalah cantik, royal blue sana sini tapi nak juga duduk dekat luar.
"Hi cik adik manis," aku yang tengah lap meja terhenti. Mata aku dikerlingkan ke tepi. Malas nak layan, aku sambung kerja aku, lap meja.
Dia duduk dekat kerusi dan menongkat dagu seraya memandang wajah aku yang dingin ni.
Aku tak selesa tau tak?
Kau fikir, kau tu siapa nak renung muka aku macam tu? Encik Aydan?
Tuii
Tak mahu lama lama, aku pun beredar dan dia ikut aku! Eeee Ya Allah. Aku pukul ni sia sia je nanti.
Mulut dia tak habis habis panggil nama aku, mungkin tau nama aku dari uniform yang aku pakai ni. Aku biarkan saja.
Tiba tiba aku rasa badan aku ditarik ke belakang. Sapa lagi kalau bukan mamat yang terlebih berguna ni kan?
"Ish nak apa?" ujarku dengan nada yang keras tapi dalam keadaan berbisik, tak nak mengganggu ketenteraman pelanggan yang sedang menjamu selera.
"I just want to say that.. I love you so much, Anayra Zaara," ujarnya bersungguh sungguh.
"Eee habat!" ujarku dengan muka jijik. Habat ialah pengotor dalam loghat Pahang. Sumpah nak terkeluar balik apa aku makan tadi. Tak kenal, tiba tiba I love you ?
"Saya tau, hebat kan?"
Hebat?! Sah laki ni pekak! Aku cakap habatlah! Habat! Pengotor! Ayat tu kotor okay, I tak suka.
"Eee pekak ke? Saya cakap habat!"
"Habat bukan sama ke dengan hebat?" katanya dengan yakin dengan senyuman nakal. Kalau aku lempang ni, bengkak bibir tu. Dapat pemegang rekod bibir terbesar didunia nanti.
Advertisement
"Habat tu, pengotor.. dah! Bla sana!" aku tolak dada flat dia tu dan beredar. Dia pula terpinga-pinga kat situ. Pergi balik lah eee!
×××××
Finally waktu balik! Aku harap hari ni tak ribut macam malam semalam. Untung saja Encik Aydan ada semalam, kalau tak. Entah entah aku tibai tidur dekat hotel je, itu pun kalau tak ada mamat gangster kacau aku.
Ha! Cakap pasal 'mamat'. Rasanya lelaki habat tadi dah balik lepas aku tolak dia. Lega hati aku. Baguslah kalau dia faham yang aku ni tak berkenan dengan dia. Semoga lepas ni dia tak kacau aku lagi.
Aku melangkah keluar dari cafe dan memulakan perjalanan aku untuk pulang ke rumah. Otak aku sekarang dah bayangkan katil empuk aku tu. Tak sabar nak lompat atas katil tu dan hilangkan lenguh lenguh badan aku ni.
Tengah aku merenggangkan tangan aku, tiba-tiba aku dengar orang panggil aku dari belakang. Aku pun menoleh.
Mamat habat tu lagi!
Ini lagi menyeramkan dari ribut petir semalam. Ya Allah, dia ikut aku dari aku mula keluar cafe tadi ke? scary.
Aku cuba untuk lari tapi dia tarik lengan aku dengan kuat sehingga badan aku terpusing menghadapnya. Kami bertentang mata.
Ekspresi wajah aku dah semestinya sedingin air batu.
Aku dah mula naik malu bila ada ornag yang lalu lalang memandang kami. Yelah, dia pegang aku kut! Mesti orang fikir kami ni pasangan bercinta. No, okay!
Dia hanya berdiri kaku, aku cuba untuk tarik lengan aku dari terus dipegang oleh dia. Tapi dia semakin memperkemaskan.
Kau tau dosa tak, bang?
"Lepaslah!" bentakku seraya menarik tangan aku dengan kuat dari genggaman dia.
Malangnya genggamannya semakin kuat sehingga menyebabkan aku mula merasai kesakitan pada lengan aku tu. Aku merenung tajam anak mata dia. Berharap dia akan takut.
"Terima lah saya," pintanya.
Aku tercengang. Dia masih nak aku? Baru kenal kut! Mereng betul dia ni.
"Kita baru kenal," jawabku
"Sokay, kita boleh kenal dari sekarang. Saya Amir," nak saja aku bagi dia ni makan kasut tumit 2 inci aku yang warna hitam ni.
"Awak ada Range Rover?" soalku.
Dia menggelengkan kepala. Aku pula tersenyum sinis.
"Tak ada Range Rover, kita Over !" aku tarik lengan aku dengan kuat. Kali ni usaha aku berjaya, aku dapat lepaskan lengan aku dari genggaman dia.
Advertisement
"A-anayra! Please, kita couple. Tak pun tunang terus" dia menghalang laluan aku dan merayu. Sebak pula aku tengok si Amir ni. Tapi Amir, lagi menyakitkan kalau aku terima kau atas sebab kesian.
Aku pernah rasa perasaan tu. Aku tak nak orang yang tak bersalah macam kau pula rasa.
Tiba tiba kereta Range Rover berwarna hitam berhenti berhampiran kami di tepi jalan. Aku kenal tuan kereta ni, mesti Encik Aydan.
Aku memandang kereta Encik Aydan lalu memandang Amir. Kemudian aku tersenyum sinis, "I don't want be in a relationship, I want to be in a Range Rover,"
Dengan selamba aku masuk ke dalam kereta Encik Aydan.
Terkejut beruk Encik Aydan yang tengah jawab panggilan telefon tu.
"Eh jap lagi aku call kau balik," Encik Aydan mematikan panggilan telefonnya dan memandang aku dengan muka kerut seribu.
"Tolong saya, ada lelaki pelik asyik suruh saya terima dia," aku mencapai tangannya lalu di genggam erat. Aku tau dia nak marah aku sebab masuk kereta dia dan sekarang pegang tangan dia. Tapi aku terpaksa.
Si Amir tu tengah tengok aku dengan Encik Aydan!
"Haish," keluh Encik Aydan dan menarik tangannya dari aku. Dia turun dari kereta. Aku hanya memandangnya.
Sekarang dia tarik lelaki tu jauh dari kereta. Muka dia garang gila sambil tangan kiri dia mencekak pinggang. Mulut dia bergerak laju, tengah membebel kut.
Amir hanya menunduk dna aku dapat baca mulut dia sedang memohon maaf berkali kali. Muka dia nampak sedih dan kecewa. Hati aku juga terguris melihat wajahnya tu.
Maaf Amir.
Waduh, padahal baru je jumpa, tak sampai sehari pun. Semoga kau jumpa perempuan lagi cantik dari aku Amir.
Selesai berceramah, Encik Aydan bersalaman dengan Amir dan menepuk bahu lelaki tu. Kemudian, Encik Aydan mengatur langkahnya ke arah aku atau lebih tepat, kereta.
Amir masih berdiri di situ memandang ke arah kami dengan pandangan redup. Haish, janganlah buat aku rasa bersalah Amir.
Bencilah bila jadi jenis yang mudah kesian dengan orang ni.
Encik Aydan memulakan pemanduannya. Muka dia dingin je. Aku nak sangat tau apa yang dia kata pada si Amir tu. Tapi aku rasa, lebih baik aku berdiam diri.
"boyfriend kau ke?" soal Encik Aydan tiba tiba.
Aku menggeleng laju, "tak,"
"Fuh," Encik Aydan melepaskan keluhan lega sambil memegang dada bidangnya. Kenapa dia nak lega pula?
"Encik Aydan kenapa?"
Dia menggelengkan kepala sambil tersenyum.
"Mana lah tau sayang saya ni tak ada taste," jawab dia dengan tersengih nakal. Eee aku sabar jelah.
"Tapi tak sangka,"
Aku pandang Encik Aydan.
"I don't want be in a relationship, I want to be in a Range Rover,"
Ya Allah, pipi aku dah merah sekarang. Mana dia tau ayat aku tu?!
"Suka kereta aku eh?" Dia dah tersenyum kambing. Nak ejek aku lah tu!! Pastu, kejap saya, kejap aku. Dua dua dia nak guna.
"Tapi, suka kereta atau...
Tuan kereta?"
Aku memandangnya tajam, "jangan nak ejek saya, ya. Saya cuma nak elak dari dia je! Tak maksudkan awak pun, tapi kebetulan awak parking situ, saya masuk jelah." jawab aku dengan pantas.
Encik Aydan tergelak, "Aku nak angkat call... Itu pasal aku parking. Tapikan, cuba bayangkan kalau aku kunci pintu? Mesti kau malu gilakan,"
Aku dah cemberut membayangkan jika perkara itu berlaku, mesti aku dah macam tomato depan si Amir tu.
"Cuba cerita dari A sampai Z." pinta Encik Aydan.
Aku pun terus buka cerita dari Amir try aku dalam cafe tadi sampailah aku masuk dalam kereta dia ni.
Suasana kami dipenuhi dengan gelak tawa. Encik Aydan ni pula tak habis habis nak sakat aku. Aku menangis nanti baru tau!
Apa yang aku boleh simpulkan sekarang ni, aku rasa selesa kongsi cerita kehidupan aku dengan dia.
Tapi kita tak digalakkan mempercayai seseorang dengan mudah. Jadi, aku tak nak menampakkan yang aku dah selesa dengan dia.
Risau dia bahan aku kalau dia sedar pasal hal tu.
"Habislah nanti dia masuk dalam mimpi kau, peluk kau kemas kemas tak nak lepas."
"AYDAN!"
"Aku bukan Aydan!"
"Whatever."
bersambung
Advertisement
- In Serial164 Chapters
DeLuca's Home for Mentally Disturbed Boys (BxB Fantasy Polyamory)
*Unedited*-"If you have a son who believes he's a unicorn, a dragon, a werewolf, or even a faerie, and you don't know what to do with him...Then you need to send him to DeLuca's Home for Mentally Disturbed Boys. Call the number below if you wish to draw an application form. If you are accepted, your son will be safely in this home within twenty-four hours. - Alexandre DeLucaHeadmaster of the Home (No girls allowed.)" ----When I saw that flyer on my mom's countertop, I realized that she was serious. And I realized I had no way to tell her that I really did have a pair of ears on top of my head, and I really did have a fluffy tail. My mom had never believed me. Never, not even when I was a little kid. It was like only I could see them. I loved my add-ons, even if no one else believed me. Now, fifteen years after my discovery of them at age three, and my inability to be smart enough to get into college or my lack of social acceptance to allow me to have a job, my mom couldn't take it anymore despite the fact that I cook the meals and clean the house for her. She promised to throw me out, so I guess technically she has already done so by tossing my things at me, giving me an address to my new home and just enough money for a cab to take me there, and then slamming the door in my face. At least I won't be living on the streets.-____-Includes major triggers:RapeSexual assaultChild abuseAbuse (in general)Mentions of suicide attemptsFamily love (aka consensual incest)(Most of the darker stuff is because of the characters' pasts. Please pay attention when reading, otherwise you might miss some important keys in the story). ALSO, THIS IS NOT AN INSTITUTION/BOARDING SCHOOL NOVEL! Please don't label it as such. It does not fit in that category. _____The cover has been drawn by me, WingedKelpie. Please don't take it. That's just not cool. 3:
7.24 13816 - In Serial8 Chapters
Black Apocalypse
Years after Paradise Lost. The world came to an end. God had released the apocalypse. An angel walked into a bar full of devil-blooded creatures, and asked for something unusual.
8 157 - In Serial24 Chapters
Goodnight Kiss (Brahms x Reader)
A Brahms Heelshire fanfic, written in 2016 by HeelshireBoi.TW: violence, blood, abuse, mature content, attempted rape, profanity[18+ Readers ONLY]
8 171 - In Serial48 Chapters
The Silver Ninja (A Lego Ninjago fanfic)
Brielle Manders. She's just your average 22 year old girl with a small temper. She's also a gymnastics instructor who lives in a small apartment in Ninjago city with her roommate.Little did she know, on one lazy Saturday, that the arrival of four guys in ninja suits would change her life forever.
8 203 - In Serial59 Chapters
You Were Mine [ Billionaire Series #3 ]
"You were once mine and you have no choice but to be mine again." - Diego Brix RiveraCrizia Aguilar and Diego Brix Rivera was married. They get annulled because of a competition between Diego and his cousin. Yes. Diego left Crizia hanging after he fucked her for months. He chose to compete with his cousin and to break up with his wife.Until they meet again. Will Diego win her back again? Or let her look for someone who can truly love her and the one who will never break her heart?WARNING : R-18 | Mature Content | SPG• 021821
8 144 - In Serial9 Chapters
My Little Book of Sexy Smutty Poems
Sexy Erotic Poems. Mature audiences only.
8 205

