《SOLAR INSTAFAMOUS !》006 | tag
Advertisement
Okay gaes! Kita kembali lagi ke jurnal si hensem gaes!
Buat pengetahuan korang, jurnal aku sekarang akan jadi yang serius punya. Means, jurnal kali ni dan seterusnya takkan ada lawak hambar macam sebelumnya. Kata arwah Tok Aba, hidup ini tak boleh dibuat main. Kena sentiasa serius. Contohnya, dalam beribadah takkanlah nak main-main an? Kang tak sah solat tu kena qada' berkali-kali.
Sebenarnya tu alasan saja. Asbab sebenar, aku letih jadi manusia humor sepanjang masa. Letih lihat orang gelak sampai terkencing dalam seluar. Letih lihat orang ketawa sampai masuk kubur. Letih.
Sebab itulah, aku tak sanggup pikul tanggungjawab bersihkan najis mereka. Baik aku main ig je.
Sementara aku menunggu barang delivery aku sampai, aku sempat tonton kisah dongeng Rapunzel kat darkweb yang halal lagi toyyiban.
Jalan ceritanya mengisahkan tentang seorang puteri raja yang sering disanjung rakyat. Suatu malam, heboh satu istana sebaik semua keturunan diraja telah mati dibunuh. Rupanya, Rapunzel telah meratah daging keturunannya atas sebab ingin mempercepatkan pertumbuhan rambutnya. Kisah dongeng ini diakhiri dengan happy ending iaitu Rapunzel telah menderita penyakit kulit dan akhirnya mati dengan kulit mengelupas.
Serious, cerita ni cool gila. Selama aku baca cerita puteri-puteri kayangan dari Marikh tu, tak pernah aku jumpa cerita secool ni. Kenapa buku cerita kanak-kanak tak pernah ada kisah ni?
''Delivery sampai. Delivery sampai.''
Aku toleh tingkap. Kelihatan nenek kebayan sedang bertenggek di tingkap melihatku. Di tangannya ada bungkus karipap berwarna hijau macam toyol. Nampak sedap.
Oh, barang aku dah sampai!
''Nek, karipap hijau ni inti apa?'' Aku segera menghampiri nenek tu dengan senyuman tampan. Macam biasa.
''Oh, ini intinya oksigen nak. Nak mau ini ini, kan?'' Nenek kebayan dengan jujurnya menjawab.
''Haah! Beli satu paket!'' pintaku.
Dengan gerakan perlahan, tangan nenek itu menggeletar mencapai plastik berisi karipap di dalamnya. Lambat betul. Nasib tua lagi dari aku, kalau tak sudah ku lamar nenek ini.
Advertisement
''Nah, nak. Bayar cash ke credit?''
''Bukan saya dah bank in kah, nek?'' ujarku sambil tunjuk bukti bertulis di telefonku. Nenek kebayan ku lihat sekadar tersenyum.
''Thanks nak. Kalau nak beli karipap ni lagi, telefon nombor ni ya.'' Tiba-tiba nenek tu bagi kad pengenalannya.
''Ugh perlu ke?'' soalku dengan senyum meleret. Ah sudah. Nenek ni jual karipap pun kat darkweb. Kenapa tiba-tiba nak aku telefon dia?
Dengan malu-malu ayamnya, nenek kebayan berkata, ''Mesti la perlu. Alang-alang telefon tu, kita kahwin la terus. Boleh awak makan karipap free tiap-tiap hari. Lepas tu saya akan cabut uban awak dan awak cari kutu saya, seperti mana suami isteri buat. Ah bahagiany-''
Zup!
Pintu tingkap terus ditutup rapat. Uh, ngeri betul. Nenek tua berkedut pun tertawan dengan aku? Seram.
Hmm apa-apalah. Kasihan nenek. Jodohnya masih belum sampai, ada hati nak menggatal dengan lelaki muda tampan macam aku. Aku terus capai dan melahap karipap yang dibeli sebelum kedua mataku membulat.
Tingkap dibuka sekali lagi. Kelihatan nenek kebayan itu sudah berura-ura nak cabut dari situ.
Aku ambik bola dan terus baling ke nenek tu. Nenek kebayan yang terkena headshot terus bergolek dengan wajah minta simpati.
''Apa salah saya, wak?'' Sayu suara itu bertanya.
''Penipu! Scammer! Kau kata karipap ni inti oksigen! Kenapa intinya hidrogen haa?!'' Aku terus maki hamun dengan suara ditahan-tahan.
Seperti sedar dah kantoi, nenek itu tiba-tiba ghaib macam tu je. Hmm, ini pasal aku tak suka berurusan jual beli dengan hantu. Dah la scam, pengecut pulak tu. Apa punya hantulah. Tak macho betul.
Karipap yang aku pegang dicampak ke luar tingkap sebaik sedar ada ulat memenuhi karipap tu. Tak sangka yang nenek tu bukan saja tukar ini karipap, malahan ditambahnya perisa tambahan. Patut la sedap semacam je aku makan karipap tadi.
Telefon yang berada di atas meja dilihat. Oh, apa kata aku tengok ig dulu? Mana tahu keajaiban notifikasi aku seratus.
Advertisement
Sendu betul aku. Ni dah nak dekat setahun aku buat ig, tapi hanya Ais sorang je follow aku. Tu pun dia unfollow aku balik. Hampeh.
Tak! Aku tak boleh berputus asa sekarang! Masih ada masa untuk aku kumpul followers sampai 1 billion sebelum tahun depan! Semangat, Solar!
Aku tepuk kedua pipiku dengan kuat. Auch, sakit.
Tapi kalau nak popular, kena ada seseorang untuk dijadikan inspirasi, kan? Ligat aku fikir nak stalk akaun instagram selebriti negara mana, tapi aku matikan niat aku sebab takut terlihat yang bukan-bukan. Yalah, selebriti luar negara bukannya boleh percaya sangat. Selebriti Malaysia pun main lilit tudung atas dada, tutup aurat apa tu.
Langkah selamat : stalk ig siblings sendiri.
Tapi gi dorang bosan nak mampus...
Gempa = asyik cakap fasal bubur Mak Yah.
Hali = 3 post je. Dah la bosan.
Taufan = Syok diri
Ais = x dep post
Duri = :D :D :D
Oh, jadi aku terlepas stalk ig seseorang! Siapa tu?
Lupa pulak aku nak stalk dia ni... dah la femes, hensem pulak tu...
Ceh aku gurau je. Aku lupak nak stalk akaun mamat api ni. Mesti ig dia penuh dengan gambar ayam.
@chickendinner
Posts 912 Followers 9 m Following 5
-ayam baek-
Solatlah kamu sebelum
kamu disolatkan.
Mandilah kamu sebelum
kamu dimandikan.
Sayanglah saya sebelum
kamu disepakkan.
#donation lope
See Translation
www.nakdonatesilakelinkni.com.my
Following ^ Message ^
Aip? Apa fasal ada hashtag donation kat bawah bio dia? Dia ada buat amal kebajikan ke kat ig?
Jari aku terus scroll post newest dia. Gambar ayam yang tengah dipanggang atas pemanggang.
'chickendinner Aku lupa nak baca bismillah sebelum sembelih ayam ni. Kiranya halal tak aku dermakan ke organisasi ayam-ayam bersatu?'
Kapsyen dia lawa dey. Tak sangka dia dermakan ayam-ayam yang dia ternak tu kat organisasi laman web halal lagi toyyiban. Aku ingatkan dia saja bela dan jadikan bangkai ayam tu sebagai hiasan rumah.
Tapi itulah. Takde apa yang dapat diinspirasikan dari budak ayam ni. Semua barang kat dalam bilik aku tak boleh diderma sebab aku benci barang-barang tu semua. Kata ayam, kita hendaklah derma barang yang kita sayang.
''Hmm... kalau aku tag orang, orang tu akan pergi ke akaun aku, kan? Mana tahu dia follow aku!''
Itu dia! Mental otak aku tiba-tiba menyala, memancarkan sebuah idea bernas lagi pandai. Macam tuannya. Heh.
Okeh! Itu rancangannya! Aku akan tag semua orang kat ig ni!
Selesai tag semua makhluk yang berkelana di instagram...
Aku tunggu kejaplah sampai esok. Harapnya beribu noti masuk.
Esoknya...
POOMM!! (ayam yang berkokok tu dah disembelih jadi digantikan dengan bunyi hon penjual roti)
Bersemangatnya hati ini! Aku terus tekan noti instagram yang tak henti-henti masuk, memanggil diri ini~
Namun, harapan aku terasa punah. Berkecai macam berkecainya hati korang kena reject aku.
(author: bukan kau selalu kena reject ke?)
AKU KENA KECAM LAGI!! Tak-tak sanggup aku nak baca komen-komen dorang tu.
Tapi baca jelah.
akuanakayamhahahahahah kenapa tag rami2 ni? *emot fikiq* attention seeker ke?
sobadboy tak lama dah budak ni. *hanya memerhati kau kena kecam* *makan popcorn*
__lahahahahaha siblings boboiboy ni buat hal lagi . Memalukan keluarga ja :)
akuanakayamhahahahahah @__lahahahahaha dia satu hari mmg takleh tak jadi attention seeker :) kesian tak femes macam abang2 dia
loveloveloveheyy hai ! kenapa tag saya ? kita kenal ke?
Erk nak kata GAGAL ke tak ni ek? Dah la aku nak berhibernasi dulu *sepak Ais*
____________________
Advertisement
- In Serial48 Chapters
Icefall
When detective Eli Valenz is captured by the very criminal he's hunting, he thinks he's a dead man- until the master thief makes him an unusual offer.
8 175 - In Serial16 Chapters
Codex Administratum
After dying in his sleep, Marcus awakens and finds out he has been selected to become an Administrator. A being who stands amongst the gods and whose job is to raise worlds from nothing and help life flourish across the universe. But on top of helping life flourish, they must be willing to defend it from those who want to destroy it. Will Marcus rise to the top, or will a cold universe break him down and wash him away? Authors notes: Hey guys! This is the rewrite of A.C! If you are an original reader, I've tried to keep some of the things that made A.C unique. There will only be a handful of original characters, the rest will be unique. Anyways enjoy :)
8 190 - In Serial7 Chapters
Sent Adrift
He was a normal man living a normal life. A bright future ahead with a promise of happiness and fulfillment few are lucky enough to receive. That all changed one cold winter night. Now, forced from the world he knew and the woman he loved, he must battle against forces he never knew existed. Reality itself is not what it once was. Will he be able to survive this new brutal playing field he's found himself in filled with suffering, mystery, magic, and more? Or can he do more than survive, and take a hold of his fate with an iron grip, while creating his own path that may or may not lead home. Only time will tell. "HAL 2011 iPhone Background" by Patrick Hoesly is marked with CC BY 2.0.
8 146 - In Serial177 Chapters
The Eightfold Fist
[RoyalRoad April 2022 Writathon Winner] 200 years ago, man attempted to play God and unleashed the mysterious energy field known as the Rddhi, inadvertently ushering in two centuries of warfare in the process. In the present, the successors of the former United States once again spiral into war. Included among the vast resources necessary for the growing war machines are those students of the next generation who can freely manipulate the Rddhi, granting them psychic abilities. Enter Isaac, a student attending the New England Confederation's Rddhi development program to avenge his father's death in the First American War. A chance encounter after school gives him the opportunity of a lifetime. Storm clouds darken over the world. The approaching Second American War will just be one theater in humanity's final conflict. Join Isaac as he ascends the path of the Eightfold Fist and seeks its ultimate prize - Godhood and enlightenment - against a backdrop of technological rediscovery and feuding ideologies. In sum, a progression fantasy-inspired story set in a post-post-post apocalyptic 1930s-esque world. Interlude chapters on August 14th and 29th, then returns in September! Chapters will be between 1500-3500 words. Also publishing on ScribbleHub, where a glossary with a character sheet is currently under-construction. Season 1 - “The Great American Japanimation” (Chapters 1-) Isaac of the New England Confederation unlocks the ability to manipulate the Rddhi, bringing him into the wider world of colorful characters, psychic powers, and political intrigue. Along the way, he and his friends will battle enemies and threats including, but not limited to: spies, smugglers, revolutionaries, serial killers, state security forces, ambitious elites, estranged family members, old flames, mobsters, gangsters, hallucinations, mental health, recreational drug use, a particularly long shojo interlude, lab experiments, international politics, love dodecahedrons, creative differences, overdue VHS tapes, and...Piper.
8 211 - In Serial15 Chapters
Eulalia's Adventure
A bullied person died on an alleyway and was resurrected as a girl who grew up in the slums.Well, I think that sentence explains the entire prologue and chapter 1... LOL
8 175 - In Serial17 Chapters
Omniscient daily research
A fantastic story like any other.Warning: the author does not know English.
8 120

