《Akad Kedua - Ana Eimaya》Akad Kedua - Bab 9
Advertisement
"TAKPE ke saya ikut Datin sekali ni?" tanya
Dhia yang jalan beriringan bersama Datin Azizah memasuki
sebuah hotel ternama. "Maksud saya, Datin kan nak jumpa
anak kawan baik Datin. Saya tak nak ganggu. Saya boleh aje
balik pejabat naik teksi," ujar Dhia yang terasa segan apabila
diajak oleh Datin Azizah untuk mengikutnya berjumpa
dengan seseorang yang tiada kaitan dengan urusan syarikat.
Datin Azizah mengukir senyum.
"Janganlah risau Dhia. Awak tak mengganggu pun.
Kita nak lunch aje dengan dia. Sambil-sambil tu, bolehlah
saya kenalkan awak dengan CEO Green Holdings."
Dhia memberhentikan langkahnya. Timbul
persoalan dalam diri.
"Kenapa?" tanya Datin Azizah yang turut sama
berhenti.
"CEO Green Holdings?" Dhia seolah-olah sedang
memikirkan sesuatu. "Kalau tak silap saya, Green Holdings
merupakan salah sebuah syarikat dalam top company group
yang bekerjasama dengan Citra Holdings, kan?" soal Dhia
meminta kepastian.
"Tepat sekali! Satu-satunya syarikat yang dari dulu
sampai sekarang bekerjasama baik dengan syarikat kita," balas
Datin Azizah. Kagum dengan kekuatan ingatan setiausahanya
itu biarpun baru sahaja seminggu bekerja.
Dhia menganggukkan kepalanya. Perasaan tidak
sabar mahu berjumpa dengan CEO Green Holdings mula
bercambah. Dari apa yang dia tahu, Green Holdings
merupakan salah satu syarikat pembinaan yang terbesar
di Malaysia. Empayarnya begitu teguh kerana mempunyai
pengurusan yang terbaik dengan pimpinan ketua yang
mempunyai daya pemikiran yang begitu strategik.
Belum sempat mereka berdua melangkah masuk
ke dalam restoran yang terdapat di hotel tersebut, telefon
bimbit Dhia berbunyi. Setelah mengeluarkan telefon dari tas
tangannya, Dhia memandang Datin Azizah.
"Maafkan saya, Datin."
"Takpe. Saya masuk dulu. Kita jumpa kat dalam,"
ujar Datin Azizah seraya melangkah memasuki restoran
tersebut.
Seberapa segera, Dhia menjawab panggilan yang
diterimanya itu.
"Assalamualaikum, ayah."
DENGAN SEBARIS senyuman, Datin Azizah meletakkan beg
tangannya di kerusi sebelah dan duduk berhadapan dengan
Khuz.
"Dah lama tunggu ke Khuz?" soal Datin Azizah.
"Saya pun baru aje sampai, auntie. Baru nak pesan
makanan ni," balas Khuz lalu membelek buku menu yang
baru sahaja diberikan oleh pelayan lelaki yang berdiri di
sebelah meja mereka.
"Beef steak and green apple juice," pesan Khuz tanpa
mengambil masa yang lama, dia sedia membuat pesanan.
"Bagi saya spaghetti aglio olio dan jus oren," pesan
Datin Azizah pula, lalu menyerahkan buku menu kepada
pelayan itu.
"Auntie dari mana sebenarnya ni?" tanya Khuz.
"Auntie baru lepas jumpa klien. Habis, terus ke sini
dengan Dhia," beritahu Datin Azizah.
"Dhia tu siapa? Mana dia?" Khuz melihat sekeliling.
Rasanya, tidak ada sesiapa pun yang mengekori Datin Azizah
tadi.
"Dhia tu setiausaha baru auntie. Ada kat luar.
Tengah on call. Nanti, Khuz boleh kenal-kenal dengan Dhia.
Manis orangnya," ujar Datin Azizah. Sempat lagi dia memuji
setiausahanya itu.
Khuz hanya mengangkat kening. Tidak minat mahu
mengambil tahu.
"Owh, ya... abi Khuz macam mana? Sihat?" tanya
Datin Azizah.
"Alhamdulillah, sekarang nampaknya sihat. Tapi, tak
tentulah. Kadang-kadang okey, kadang-kadang tak," jawab
Khuz.
"Hmm, dah lama rasanya auntie tak ke Ipoh melawat
abi kamu tu. Kamu pun sama. Semenjak Syad di UK, jarang
datang rumah auntie. Sibuk betul kamu sekarang ni ya?"
kata Datin Azizah. Memang payah betul untuk dia berjumpa
dengan anak muda yang bernama Hasbi Khuzairy ini.
Sentiasa sibuk menguruskan legasi keluarganya.
Ada ketika, dia terfikir. Alangkah beruntung dirinya
Advertisement
jika Irsyad mahu mengambil alih Citra Holdings. Bolehlah
dia bersara dan berehat. Dalam usianya yang sudah setengah
abad ini, entah berapa tahun lagi dia mampu menguruskan
syarikat itu.
"Dah single macam ni, memang fokus pada kerja
ajelah auntie. Nak buat apa pun dah tak tahu," ujar Khuz
ringkas.
Makanan dan minuman yang dipesan telah sampai
dan dihidangkan. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka
meneruskan perbualan.
"Yalah. Auntie tahu, kamu sengaja sibukkan diri
sebab nak lupakan kisah yang lepas, kan?" teka Datin Azizah.
Khuz mengangkat bahu. Seolah-olah tidak pasti.
"Mungkin. Tapi, tak sesenang macam tu aje
nak lupakan semuanya." Selamba Khuz membalas. Jika
diceritakan pun, memang tiada yang akan tahu betapa
beratnya sakit yang ditanggung.
"Syad ada beritahu auntie tak bila dia nak balik sini?"
"Takde pulak. Tahun ni, sekali tu ajelah dia balik
ke Malaysia. Dah berbuih-buih mulut auntie pujuk dia
balik kerja sini. Suruh kahwin, tak mahu. Ambil alih Citra
Holdings, tak mahu. Entah apa yang dia mahu, auntie sendiri
tak tahulah. Tak faham."
"Mungkin sebab auntie asyik desak dia suruh
kahwin. Sebab tulah dia lari kerja kat sana. Kalau saya kat
tempat Syad, saya pun akan buat benda yang sama auntie.
Soal Citra Holdings tu, Khuz yakin... insya-Allah suatu hari
nanti dia akan gantikan tempat auntie. Janganlah risau," ujar
Khuz yang berpihak kepada Irsyad, sahabat baiknya.
"Macam mana auntie tak desak, Khuz... umur dia
tu semakin bertambah, bukan berkurang. Auntie ingatkan,
bila kamu kahwin, dia pulak yang akan menyusul. Tapi,
tengoklah sekarang, dia di mana? Lari kerja di UK sebab nak
lari daripada auntie," balas Datin Azizah kecewa dengan sikap
satu-satunya anak lelaki yang dia ada.
"Tak kahwin pun takpe auntie, daripada kahwin tapi
tak tahan lama," kata Khuz yang masih menyesal dengan
perkahwinannya dulu.
Datin Azizah berhenti menyuap dan memandang
wajah Khuz yang sentiasa kelihatan tenang itu. Tapi, siapa
tahu dalam hati lelaki itu penuh dengan penyesalan.
"Mana kita tahu Khuz. Semua tu kan ketentuan
Allah. Khuz tak boleh serik dengan perkahwinan tau? Auntie
yakin, Khuz akan dapat yang lebih baik daripada Daliya."
Datin Azizah memberi nasihat dan jaminan.
Khuz tersenyum senget.
"Kalau dapat yang lebih baik, auntie. Kalau yang
lebih teruk, macam mana?"
Datin Azizah tidak menjawab. Dia sekadar
menggeleng kecil. Dalam hati, dia hanya berdoa agar lelaki di
hadapannya ini dianugerahkan seorang isteri yang sebetulnya
layak berdampingan dengan Khuz. Seorang lelaki yang baik
dan bertanggungjawab. Sama seperti abinya yang dulu
bahagia bersama arwah isterinya, Aliya.
"YA... DHIA janji akan balik hujung minggu ni," kata Dhia
yang telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung.
Entah apalah yang dikalutkan oleh ayahnya itu.
"Ayah... nanti malam, Dhia telefon balik ya? Dhia
dengan bos sekarang ni. Jangan lupa kirim salam rindu pada
mak dan Wana tau," pesan Dhia sebelum memberi salam dan
mematikan talian.
Pintu restoran ditarik dan Dhia melangkah masuk.
Ke sana ke mari bebola matanya mencari kelibat Datin Azizah
di ruang restoran yang luas dan mewah itu. Dhia tersenyum
sendiri setelah ternampak Datin Azizah yang sedang menjamu
selera dan berbual dengan seorang lelaki.
'Mungkin itu CEO Green Holdings yang dikatakan
oleh Datin. Tak nampak pulak muka dia.' Dhia berbicara
dalam hati. Tuntas, tubuh dipusingkan untuk berjalan ke
Advertisement
arah meja Datin Azizah berada. Tiba-tiba...
'Alamak!' Tudungnya yang basah disapu pantas.
"Maafkan saya cik," ujar pelayan lelaki itu penuh rasa
bersalah.
Dhia mengangkat tangan.
"Takpe-takpe. Saya yang salah, tak nampak awak.
Maaf ya?"
Dhia kemudian menoleh kiri dan kanan seperti
mencari sesuatu.
"Erm... tandas di mana?" soalnya.
"Di belakang. Cik terus aje. Lepas tu belok kiri,"
beritahu pelayan lelaki itu sambil menunjukkan arah kepada
Dhia.
"Terima kasih," ucap Dhia lalu berjalan menuju
ke tandas. Dari jauh, Datin Azizah sudah dapat menangkap
kelibat Dhia yang sedang berjalan menuju ke satu ruang dan
terus hilang.
"Dhia? Mana pulak dia nak pergi tu?" soal Datin
Azizah sendiri. Matanya masih difokuskan ke arah tempat
Dhia berdiri tadi.
Bunyi telefon bimbit milik Khuz mengalihkan
semula pandangan Datin Azizah kepada Khuz.
"Helo. Ya, Myra. Saya ada dengan Datin Azizah ni.
Kenapa?" tanya Khuz sebaik sahaja menjawab panggilan
daripada setiausahanya.
"Owh, ya ke? Erm, yalah. Suruh Tan Sri tunggu
sekejap. Sepuluh minit saya sampai pejabat," ujar Khuz lalu
mematikan talian. Tangannya diangkat memanggil pelayan
yang berada berdekatan dengan mereka.
"Bil," minta Khuz kepada pelayan yang datang.
"Kenapa ni Khuz?" soal Datin Azizah.
"Abi ada kat pejabat," beritahu Khuz. "I'm so sorry.
I have to go. Tak dapat nak berbual panjang dengan auntie."
Beberapa saat kemudian, pelayan itu datang semula
dengan membawa bil dan ditunjukkan kepada Khuz. Segera
Khuz mengeluarkan sehelai not RM100 dan beberapa keping
not RM10 dan diberikan kepada pelayan tersebut.
"Takpe, auntie faham. Pergilah cepat dan terima kasih
belanja auntie lunch," ucap Datin Azizah lalu tersenyum.
"My pleasure," balas Khuz sebelum dia bangun dan
melangkah pergi.
Dhia berjalan laju menuju ke arah Datin. Tanpa
sedar, dia telah berselisih dengan Khuz.
"Sorry sangat-sangat Datin. Tadi tak pasal-pasal
terlanggar pelayan yang tengah bawak air. Saya pergi tandas
cuci tudung ni sikit," jelas Dhia yang sudah duduk berhadapan
dengan Datin Azizah.
"Patutlah lama. Hairan saya tadi tengok kamu
berjalan ke sana," kata Datin Azizah.
"Owh ya, mana CEO Green Holdings tu?" tanya Dhia.
"Dia baru aje pergi. Ada hal. Rugi kamu tak dapat
berkenalan dengan dia," balas Datin Azizah.
"Ya ke? Nampaknya, takde rezekilah saya nak
berkenalan dengan dia, kan?"
"Rezeki tu ada, cuma bukan hari ni." Datin Azizah
mengukir senyum.
MYRA MASUK ke ruang pejabat Khuz dengan membawa
secawan kopi dan diletakkan di atas meja yang terdapat di
hadapan Tan Sri Junaidi.
"Kopi, Tan Sri."
Tan Sri Junaidi membalasnya dengan senyuman.
"Lambat lagi ke Khuz nak sampai pejabat?" tanya
Tan Sri Junaidi kepada Myra.
"On the way agaknya Tan Sri. Sekejap lagi." Belum
sempat Myra menghabiskan ayatnya, terpacul Khuz di pintu
dengan senyuman.
"Urm... saya keluar dulu, Tan Sri... Encik Khuz,"
pinta Myra sopan sebelum melangkah keluar meninggalkan
dua beranak di dalam ruangan pejabat itu.
Khuz menghampiri abinya dan menghulurkan
tangan untuk bersalaman.
"Abi... kenapa tak beritahu nak datang sini?" soalnya.
"Abi tak rancang pun nak datang ke pejabat
sebenarnya. Ingat, bila sampai rumah kita di Damansara
tu, baru nak telefon kamu. Tapi bila lalu depan bangunan
ni, Green Holdings macam melambai-lambai abi pulak. Ha,
tadi Myra beritahu abi yang kamu berjumpa dengan Datin
Azizah," beritahu Tan Sri Junaidi.
"Saja nak lunch sekali. Lama tak jumpa. Auntie
ada tanya pasal abi. Katanya dah lama tak melawat abi di
Ipoh," jelas Khuz. "Owh ya, abi nak tidur dekat rumah kita di
Damansara tu ke?" tanya Khuz.
"Haah. Satu atau dua malam. Rindu abi dengan
rumah kita tu," balas Tan Sri Junaidi. "Abi sebenarnya nak
jumpa kamu sekejap aje. Ada sesuatu abi nak beritahu kamu,"
tambahnya lagi membuatkan Khuz menoleh memandang abi
yang duduk di sebelah. Kelihatan wajah abi begitu serius.
"Beritahu apa? Dengar macam serius aje ni?" kata
Khuz yang sudah mulai cuak.
"Memang serius pun, sebab melibatkan masa depan
kamu sendiri." Kata Tan Sri Junaidi.
"Masa depan?" Khuz tidak mengerti. Kenapa dengan
masa depan dia? Fikirnya sambil mengerutkan dahi.
"Ya, masa depan. Abi sebenarnya nak jodohkan kamu
dengan anak kawan abi. Kawan abi dah pun setuju, cuma
tunggu kata putus daripada anak dia aje. Nama anak dia
Dhia Irdina. Kalau Dhia setuju, minggu depan abi akan terus
hantar rombongan meminang. Titik. Sebarang bantahan tak
diterima." Tan Sri Junaidi mengutarakan hasratnya.
Kelu sekejap lidah Khuz mahu membalas. Dia
menyandarkan belakangnya ke sofa. Cuba menerima hasrat
murni abi dengan tenang.
"Tapi abi... kenapa tak tanya Khuz dulu pasal hal ni?"
soal Khuz kecewa. Wajah abi dipandang lama dengan harapan
dia mendapat penjelasan sejelas-jelasnya.
"Sebab abi tahu, Khuz tak akan pernah setuju untuk
berkahwin lagi. Tunggu kamu cari? Jangan haraplah. Ini
keputusan muktamad abi dan ingat... Khuz tak boleh kata
tidak." Tan Sri Junaidi memberi amaran.
Khuz tertunduk. Terpancar riak akur dalam
keterpaksaan pada wajahnya. Ya, memang dia akui, dia tidak
akan setuju untuk berkahwin buat kali yang kedua. Sungguh!
Hatinya terlalu sakit. Terlalu banyak luka yang ditinggalkan
oleh Daliya.
"Khuz tak berani nak ambil risiko buat kali kedua,
abi. Khuz dah serik," luah Khuz. Masih mengharap abi
memahami situasinya.
Tan Sri Junaidi mengerti akan perasaan anaknya itu.
Tapi sampai bila Khuz akan berterusan begitu? Sedikit pun
dia tidak pernah berbicara soal kahwin semenjak berpisah
dengan Daliya. Bukannya dia mahu memaksa. Fikirnya,
dengan cara ini mungkin akan membawa sinar baru dalam
hidup anak tunggalnya. Dia mahu Khuz mempunyai isteri
dan membina keluarga seperti orang lain.
"Abi tahu, Khuz. Tapi, percayalah dengan pilihan abi.
Abi jamin, ini yang terbaik dan jauh berbeza daripada Daliya."
Tan Sri Junaidi bangun dari sofa dengan bantuan tongkatnya.
Sekali lagi, wajah Khuz dipandang. "Dan tolong... untuk kali
ni dengar dan terima pilihan abi," pinta Tan Sri Junaidi lalu
perlahan mengatur langkah keluar dari bilik itu.
Khuz menghantar keluar abi dengan ekor mata.
Setelah bayangan abi hilang, dia menyandarkan kembali
tubuhnya ke sofa. Siling bilik itu ditenung. Terkebil-kebil
matanya yang kuyu itu. Otaknya mula bekerja keras
memikirkan segala apa yang didengarinya tadi.
"Kahwin? Dhia Irdina? Isy, siapa dia ni?" Pelbagai
persoalan timbul. Khuz memejamkan mata dan memicit
kepalanya. Tiada apa lagi yang boleh dia lakukan apabila abi
sendiri sudah menetapkan pilihan dan memberi amaran.
Tapi...
"Hah, jangan-jangan abi sengaja gertak aku kut?"
Terus ditegakkan badannya. Tersungging senyuman di bibir.
"Yes! Harap-haraplah ini satu gurauan yang langsung tak
lawak."
Advertisement
- In Serial16 Chapters
A Magical Life: Ink Swan
What life would you live after you wake up in a foreign room and world? After Lisa fell asleep in her classroom, she suddenly found herself in a different body and a different world. Easy-going as she is and experienced with some otherworldly drama, she quickly adjusts. Her aspiration has been for a long to just live a peaceful and passive life observing others. Yet, with a princess visiting her every other day after she saved her, the passive day seem so far away. Faced with the turmoil surrounding the princess, Lisa has to come to terms with her own insecurities and past, or she'll risk what she loves.Of course, in between she won't forget to learn some long-desired magic! This is in the end a story about a girl leaving the stagnation of her own world, her own life and going into a world moving on its own without her intervention, and she'll have to deal with the consequences, should she stay still. Love and Life can be fleeting, after all.
8 216 - In Serial31 Chapters
Delusion
Pieces, Poetries and Songs, straight out of my heart - from a girl who lives in delusion...
8 143 - In Serial11 Chapters
The COMPOUND
A weapon shot awry launches the start of World War Three, leaving the nation formerly known as the United States in devastation. From the ashes, a society arises unlike any other. The COMPOUND: a community built on division and silencing opposition. Here, individuals are subject to a highly stratified class system, with the elite politician class ruling the masses living on the outer edges of society. Women are considered dangerous and violent, and are washed of their independence. Profound poverty plagues any outside the highest classes of people.When three young people attempt a dangerous escape, only two survive. Fifteen years pass, and Lessi has raised her young companion, Christian, in the quadrants outside, teaching her all of the necessary tools to survive. Meanwhile, Evrynn, the son a of prominent politician is forced to flee his upper-class society and seek after the rebellion leadership for his own safety. As both of their lives are thrown into chaos, the two much search harder than ever to find the rebellion. But is the rebellion everything they hope? And when danger arises, will they even survive?
8 160 - In Serial36 Chapters
I Reincarnated As The Villainess✓
Jadie had lived a pathetic life where she never truly got to know happiness, her parents ignored her existence, her siblings hated her and her "friends" at school bullied her. So when she falls off the bridge into the cold water she doesn't even bother to swim up, she simply thinks..'Ah.. So this is how my life will end. How pathetic..'But it seems life has more in store for Jadie than she thought, when she wakes up and notices that she is in the world of her all time favorite novel 'A Roses Thorns' 'To get a second chance at life, maybe this time it can go better?'Is what she thinks until she notices just which character she reincarnated as..Rosaline Vladenburg, the main villainess and the one who will get killed off by the end of the novel. Seems like life won't let Jadie get to have it easy just yet...Story and cover was made by me.Highest ranking#1 in blackgirl#1 in bwbm#1 in duke#3 fantasy-romance#5 in femaleprotagonist.Started: 2021/10/29Completed: 2021/12/17
8 188 - In Serial38 Chapters
PRANKS and KISSES | 1 ✔️
Skylar Davies has always been a proud member of the "Invisibles", you know, those people at school whom everyone seems to NOT know about? But when she accidentally sent her not-a-love-letter e-mail to her longtime crush, Kenji, she knew that her life is about to take a hundred and eighty degree turn for the worse. Desperate to save her reputation, or rather lack of it, Skylar has no other choice but to ask for the help of the school's most notorious prankster and hacker extra-ordinaire, Hunter Cole. Now Hunter expects her to be his partner-in-crime in exchange for his help. Fanfreakingtastic. Will Skylar be able to pull off being the devil's assistant? Or will she eventually finds out that the prank's on her when she realizes that she's falling in love with the prankster?#1 romcom#2 funny#2 pranks#4 humor#7 friendshipTHIS BOOK IS CURRENTLY UNDERGOING EDITS. IN LINE COMMENTS WILL BE AFFECTED.
8 219 - In Serial45 Chapters
Chasing Rain ✓
Rain Carter unintentionally brought her little heaven to hell.Damien Black intentionally brought his hell upon the little heaven.But as we know hell and heaven can't stick together for long and when the underworld is involved, well happiness is a mirage and the only thing that is destined to come is death. ~*~Damien had scars on his body but his past was forgotten and Rain had scars in her heart with a past to relive. ~*~Meet Rain Carter, a caring single mother to her beautiful mute daughter Amber. She already has a fiancé whom she plans to marry maybe not out of love but for her daughter. But all her plans came crashing down when her daughter is in the operation chamber and the father's bone marrow is required.Meet Damien Black also known as a beast of a man, a ruthless billionaire tycoon and the king of underworld. He has no plans of settling down. But when the same woman who he had slapped four years ago comes back to his office, on her knees, begging to give her daughter his bone marrow. All his plans come crashing down. Now Damien is more than shocked when his DNA matches with Amber's. Now wanting his woman and daughter back. We need to see how far the beast can go. ~*~When you think the story has ended that is the place it will all start again from.
8 240

