《Akad Kedua - Ana Eimaya》Akad Kedua - Bab 5
Advertisement
jerit Fiqa sambil mendepakan kedua belah tangannya sebaik sahaja Dhia keluar daripada perut kereta. Mereka sama-sama berpelukan. Melepaskan rindu yang sekian lama bertapuk.
"Rindunya kat kau... Wah, makin cantik kau sekarang ye?" puji Dhia setelah melihat penampilan sahabatnya yang telah banyak berubah. Tidak sepertimana dia kenali di universiti dahulu.
"Well, sekarang kan aku peramugari... Mestilah kena jaga penampilan," balas Fiqa dengan senyuman.
Dhia hanya tersenyum. Memang dia sudah sedia maklum akan pekerjaan Fiqa yang tinggi di awan itu. Lain bidang yang dia belajar, lain pula jenis kerjayanya.
"Ni kereta kau ke... kereta pinjam?" soal Fiqa ingin tahu. Kereta kecil itu dibeleknya sampai ke dalam.
"Kereta aku la. Siapa la yang baik hati sangat nak bagi aku pinjam, kan?" kata Dhia.
"Mahal siut kereta ni! Selalu aku tengok orang-orang kaya aje pakai kereta macam ni. Hebat betul kau," ujar Fiqa. Masih tidak lekang matanya membelek keseluruhan kereta Mini Cooper S itu.
"Ayah aku ada hulur sikit, sebab tu la boleh dapat kereta ni," beritahu Dhia sambil membuka bonet kereta dan mengeluarkan dua beg bagasi yang bersaiz besar.
"Banyak ke barang kau? Meh sini aku tolong bawakkan?" Fiqa menawarkan diri untuk membantu. Satu bagasi terus diambil dan diheret masuk ke dalam rumah.
"Takde la banyak sangat. Aku bawak yang mana perlu aje dulu," balas Dhia sambil mengikuti langkah Fiqa.
Bagasi diletakkan di sisi sofa. Sambil mencekak pinggang, Dhia melihat keadaan sekitar dalam rumah itu. "Wah... besar jugak rumah ni. Kita berdua aje ke tinggal sini nanti?" tanya Dhia.
"Erm... kita berdua aje," jawab Fiqa yang sudah duduk di sofa.
"Kalau kau nak tahu, rumah ni mak saudara aku yang punya. Sudah dua bulan dia ikut suami dia yang kerja di UK tu. Dia tak nak rumah ni jadi usang, jadi dia bagi la aku duduk sini."
Dhia membesarkan matanya, lalu mengambil tempat di sebelah Fiqa. "Jadi, selama ni kau tinggal sorang ajelah kat sini?! Tak takut ke?" tanyanya sedikit terperanjat. Tidak sangka berani juga sahabatnya ini tinggal di rumah teres dua tingkat ini berseorangan.
"Baru dua hari aku duduk sini. Sejak kau beritahu aku nak datang KL, aku pun apa lagi angkut la pakaian dari rumah parents aku bawak sumbat kat dalam rumah ni," beritahu Fiqa, lalu ketawa sendiri.
"Yeke? Ala, terima kasih tau kau bagi aku tinggal sini. Eh! Sebelum tu, takpe ke aku sewa sini?" tanya Dhia yang masih ragu-ragu.
Fiqa ketawa lagi setelah mendengar pertanyaan Dhia. "Apa punya pelik soalan kau tanya ni? Dah tentu la boleh. Aku dah tanya mak saudara aku dan dia tak kisah. At least, aku ada kawan untuk tinggal sini. Takdelah bosan sangat. Tapi, kau aje yang aku sewakan. Tak ada orang lain lagi dah," beritahu Fiqa.
"Owh, yeke. Terima kasih, Fiqa..." Tersenyum lega Dhia mendengarnya, sehinggakan tubuh tinggi lampai Fiqa itu dipeluk gembira.
"Sama-sama kasih." bahu Dhia ditepuk lembut. Dia juga gembira dapat rapatkan kembali hubungan persahabatan diantara mereka dengan cara begini. Tinggal di rumah yang sama. Pasti banyak cerita yang bakal dipersembangkan nanti.
"Eh! Ralik menyembang aje ni. Aku sampai lupa nak tunjukkan kau bilik. Jom? kita naik atas, bawa beg kau ni sekali," ajak Fiqa.
"Jom?! Tak sabar nak tengok bilik," ujar Dhia yang begitu teruja. Dia membontoti Fiqa dari belakang. Tapi, kali ini mereka menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
Advertisement
*****
bersila di atas katil yang empuk itu, satu-persatu pakaian dikeluarkan dari bagasi dan diletakkan di atas katil. Fiqa yang juga berada di dalam bilik itu turut menghulurkan tangan dengan membantu sahabatnya mengemas apa yang perlu.
Dalam asyik mengeluarkan barang-barang dari dalam beg, Fiqa terjumpa sebuah nota kecil yang permukaan kulitnya merupakan gambar Dhia dan juga Saiful. Sebuah nota yang sangat dia kenali.
"Kau masih usung lagi buku nota buruk ni?" soal Fiqa sambil menayangkan buku nota itu kepada Dhia.
Hanya sekali pandang, Dhia kembali menunduk menyambung kerja mengemas. "Buruk-buruk pun bermakna tau!" balasnya laju.
Fiqa mengkerutkan dahi. "Bermakna? Maksud kau?"
"Kau jangan salah faham pulak. Aku usung buku nota tu bukan sebab gambar aku dengan Epol, tapi sebab kata-kata motivasi yang berlambak tertulis di dalam tu. Semua tu dapat mengembalikan semangat aku ketika aku rasa down," jawab Dhia bersahaja.
Fiqa memanjat katil dan dia meniarap di sebelah Dhia sambil membaca sekali lagi isi nota itu. Dulu, masa di universiti dia selalu melihat Dhia membawa nota itu kemana-mana sahaja. Tiada apa rahsia, sebab Dhia tidak lokek untuk berkongsi apa yang terkandung di dalam buku nota itu.
"Yelah... Aku tahu tu. Tapi, aku mushkil sikit la. Kau ni ada apa-apa dengan dia ke? Aku tengok kau macam serius aje dengan dengan sepupu kau tu?" soal Fiqa.
Semenjak dia mengenali Dhia, hanya nama Saiful yang sering meniti di bibir sahabatnya itu. Saiful itu, Saiful ini. Sampaikan dia sendiri sudah tahu segalanya tentang lelaki itu. Banyak kali juga semasa mereka di UM, Saiful datang menjenguk dan dialah yang menjadi orang ketiga untuk menemani Dhia melepak dan keluar bersama dengan Saiful.
"Ada apa-apa tu... maksud kau, bercinta?" Dhia pula menyoal meminta kepastian. Dia dapat rasakan, itulah perkara sebenar yang mahu dikatakan oleh Fiqa.
Fiqa pantas menoleh. Riak wajahnya seperti terkejut. "Jadi, betullah kau bercinta dengan dia?!" tanya Fiqa.
"Aku tak cakap pun betul. Aku dengan Epol macam biasa aje. Sepupu tetap sepupu, okey? Not more than that," balas Dhia. Rasanya, jawapan yang sama diberikan untuk soalan yang sama diajukan beberapa tahun yang lepas.
Lebar sahaja senyuman Fiqa mendengar jawapan yang still maintain macam dulu.
"Kalau macam tu... ada peluang la untuk aku kan? Apa kata kau ejas dia untuk aku. Boleh?" Pinta Fiqa bersungguh-sungguh.
"Habis tenaga aku aje ejaskan untuk kau. Aku kenal sangat la dia tu. Dia... kalau boleh nak isteri yang sentiasa mendampingi diri dia. Ini kau? Terbang sana sini dua tiga hari baru nak balik. Memang tak la..." Jawapan yang keluar sudah pasti menghampakan Fiqa.
"Lagipun, dia dah bertunang dua minggu lepas," tambah Dhia lagi.
"Ha?! Bertunang?!" Hancur dan berderai hati Fiqa. Dhia pula hanya mengulum senyum.
"Mohon bersedih ye?" usik Dhia.
"Erm... Melepas seorang jejaka idaman," keluh Fiqa. Dia bangun dengan perasaan kecewa dan merebah tubuhnya bersama buku nota milik Dhia. Gambar Saiful di nota itu ditatap dan digosok perlahan.
Selamat tinggal calon husbandku. Huhu
Beberapa saat kemudian, terdengar suara Fiqa menanyakan soalan cepumas. "Kau bila lagi?"
"Aku tunggu jodoh aku sampai aje." Selamba saja jawapan yang keluar daripada mulut Dhia.
"Sampai mana? Sampai dari bulan?" perli Fiqa.
"Mana-mana aje... Semua tu aku serah pada Allah, dan segala keputusan aku dah bagi kat mak dengan ayah aku untuk tentukan," ujar Dhia. Biarpun kedengaran kolot bagi zaman sekarang, tapi itulah keputusannya.
Advertisement
"Ish... biar betul kau ni? Buatnya mak dengan ayah kau pilih lelaki tua kerepot, kepala botak, gigi tinggal sekuntum ke... Kau tak kisah?" tanya Fiqa. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Dhia menoleh memandang wajah milik sekujur tubuh yang sedang enak berbaring di sebelahnya. "Amboi mulut... Bukan main lancang kau sebut ye? Kau ingat mak dengan ayah aku takde taste ke? Taste diorang lagi hebat dari taste kau tau?" bidas Dhia.
"Kau asyik sibuk tanya aku, yang kau tu sendiri belum berkahwin apa hal? Macam-macam negara kau menjelajah, jumpa macam-macam jenis orang, jenis warna kulit. Mustahil tak ada yang tersangkut." Kini giliran Dhia pula mencari tahu.
"Macam kau cakap la. Aku ni ada taste yang tersendiri. Kalau hensem, tapi poket tak tebal aku reject. Poket tebal, tapi tak hensem pun aku reject," jelas Fiqa.
Dhia menggelengkan kepalanya. Ada juga dia terfikir. Ada ke lelaki yang kaya sekaligus pakej rupa yang kacak? Erm... mungkin dua dalam sejuta.
"Demandnya kau ni... Tak sangka betul aku."
'Takde la demand sangat. Dah nama pun taste. Mesti la semuanya nak perfect. Aku pun macam kau, serah urusan tu kepada Sang Pencipta. Tapi, soal serah segala keputusan kepada mak bapakk aku, hu'ish... Mustahil. Sebabnya, aku nak cari buah hati aku sendiri," ujar Fiqa. Perkara yang tidak mungkin dia buat. Dia rela bujang sampai ke tua.
"Apa-apa ajelah. Aku doakan, semoga kau berjumpa dengan buah hati mengikut taste kau tu ye?" doa Dhia.
"Amin...." Sahut Fiqa, lalu menyapu tangan yang ditadahnya ke muka.
"Ini apesal kau berbaring kat sini? Kata nak tolong aku kemas," kata Dhia. Hampir sahaja dia terlupa apa yang sedang dia dan Fiqa sibuk melakukan di dalam bilik itu.
"Kalau aku tolong tengok aje tak boleh ek?" tanya Fiqa perlahan sambil menayangkan giginya yang putih. Matanya dilirikkan ke arah Dhia yang sedang duduk di sebelah.
Dhia diam sejenak. Ada sesuatu yang menyengah di kotak fikirannya. "Eh, kau belum beritahu aku pasal harga rumah sewa ni kan?"
Fiqa menepuk dahinya dengan buku nota milik Dhia yang dipegang. "Ha'ah la. Aku lupa. Sekejap ek." Matanya memandang syiling bilik sambil berpeluk tubuh. Gayanya seperti mengira sesuatu.
"Memandangkan rumah ni tidak mahu kelihatan usang, aku perlukan teman, dan kau pulak kawan lama aku yang baik... Jadi harganya dua ratus ringgit sebulan. Okey?" Fiqa meminta persetujuan.
Segera Dhia memusingkan sikit duduknya supaya dekat dengan Fiqa. "Murahnya! Aku ingatkan dalam empat ke lima ratus ringgit. Maklumlah, rumah besar dah tu kat KL pulak."
"Erm... Kalau macam tu aku tukar ke lima ratuslah," ujar Fiqa, sengaja mahu mengenakan Dhia.
"Ala... janganlah. Kereta comel aku nanti nak bayar pakai apa? Kebulur la aku," rayu Dhia.
"Aku gurau ajelah... Kalau kereta bukan main tinggi taste kau ye. Hal kahwin serah kat parents. Pelik aku," kata Fiqa masih merasa hairan.
Dhia menjuihkan mulutnya. Tak habis lagi fikir pasal kahwin?!
"Kau tu yang pelik. Apa kena mengena kereta idaman aku dengan kahwin pulak?"
"Banyak kena mengenanya. Kereta mahal macam tu, kau ada usaha pulak nak beli. Tapi, lelaki idaman ada kau usaha nak cari?" balas Fiqa.
Dhia diam tidak berjawab. Ya, memang jika apa yang dia mahukan, pasti akan diusahakan sampai dapat. Tapi, bukan lelaki. Dalam mengejar cita-cita dan kerjaya, langsung dia tidak pernah terfikir soal itu. Mungkin silap dia juga yang telah banyak melukakan hati dengan menolak lelaki-lelaki yang mahu cuba untuk mendekati dirinya tanpa mahu memberi peluang untuk mengenali. Biarpun sekali.
Deringan telefon yang melalak memanggil Dhia untuk menjawab. Segera telefon bimbitnya yang berada di belakang diambil. "Alamak..." Dhia menggigit bibir sebaik sahaja terpandangkan nama yang muncul di kaca skrin. Tanpa berlengah lagi, panggilan itu terus disambut.
"Waalaikumussalam. Epol, sorry aku lupa nak beritahu kau yang aku dah sampai KL," kata Dhia, laju.
"Epol?!" Fiqa terus bangun dari perbaringan. Telinganya dilekapkan dengan kepala Dhia.
"Erm, yelah. Nanti apa-apa aku beritahu kau ye? Terima kasih, Epol. Assalammualaikum?" ucap Dhia sebelum menamatkan perbualan.
Fiqa mengjungkit-jungkitkan keningnya kepada Dhia dengan senyuman yang mempunyai maksud yang pelbagai.
"Apa? Dia tak boleh telefon aku malam-malam? Sudah, jangan kau nak fikir yang bukan-bukan. Epol dah bertunang, aku dengan dia akan tetap jadi sepupu dan kawan sampai mati," beritahu Dhia bersungguh-sungguh.
"Beb, aku tak cakap apa pun. Beria betul kau nak yakinkan aku kan?" Fiqa mengulum senyum. Rasa kelakar melihat sikap tidak keruan sahabatnya itu.
"Nah, kau ambil balik nota sepupu kesayangan kau ni. Aku nak pergi dapur buat air," ujar Fiqa dengan menekankan ayat 'sepupu kesayangan'. Buku nota itu diletakkan di hadapan Dhia sebelum dia turun dari katil.
Dhia seakan tidak senang duduk. Kata-kata Fiqa itu seperti tidak percayakan kata-katanya. "Beb, betul. Aku dengan Epol mem..."
"Takpe-takpe. Aku tahu..." cantas Fiqa sebelum Dhia sempat menghabiskan ayatnya. Bahu Dhia ditepuk-tepuk.
"Epol tu..."
"Jus oren?" tanya Fiqa. Sekali lagi Dhia tidak dapat meneruskan kata-katanya.
"Okey, jus oren. Fiqa, Epol dah bertunang dan aku..."
"Letak ais batu?" Sekali lagi Fiqa memintas. Dhia menarik nafas menahan sabar.
"Ye, pastikan kurang manis," pesan Dhia kepada Fiqa yang sudah berada di muka pintu bilik.
"Siap!" balas Fiqa dan terus keluar.
"Apa yang siap? Belum buat dah cakap siap?" tanya Dhia sendiri.
Bantal diambil dan terus direbahkan tubuhnya. "Betul la, aku takde apa-apa dengan Epol. Dia dah bertunang dan aku tetap akan jadi sepupu dia sampai bila-bila," Dhia bercakap sendiri. Tangannya digerakkan ke sana dan kemari. Gaya seperti sedang menjelaskan kepada seseorang. Sebenarnya, itulah yang mahu diperkatakan oleh Dhia kepada Fiqa sebentar tadi.
*****
luar bilik, Fiqa memegang perut dan tangannya ditekupkan ke mulut. Ketawa yang ditahan sejak tadi meletus juga akhirnya. Suka dapat kenakan sahabatnya. Sengaja dia buat macam tu. Pasti Dhia berasap kerana tidak dapat meneruskan kata-katanya.
"Aku dengan Epol memang takde apa-apa. Dia tu sepupu aku dan akan tetap macam tu." Fiqa mengejek. Dia sudah tahu apa yang akan dicakap oleh Dhia. Setiap kali dia bertanyakan soal Saiful, pasti itu yang bakal keluar daripada mulut Dhia.
"Dhia, Dhia..." Fiqa mengelengkan kepalanya, lalu turun ke tingkat bawah.
Advertisement
- In Serial19 Chapters
Requiem
What makes us human? Is it that we are concerned about the future? Is it that the past frequently haunts us? What drives us? What makes us do the things we do?What does it take to push us over the edge? What would we do after we have been broken and left for dead by the demons of the society? We fight back, tooth and nail, until there can only be one.This is the story of a man filled with sorrow. He was tested over and over, until he broke. He vowed revenge, and bathed in blood. He changed the course of entire nations. His life was the tree that held up the skies. His life was like the trunk, birthing forth infinite branches, each of them a future, a possibility, as he guided the course of entire nations. All the while, carrying a heavy burden on his shoulders, his soul seeking an end to his pain. Watch as he defies all odds and rises up to bathe in the blood of the world.This is a story about the human condition. There will be pain and intense suffering. This story about the tenacity of the human soul. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------This will not contain any VR or Game elements. I would say this would be a typical work of High/Dark Fantasy.Criticism, no matter how brutal, is greatly welcomed. I only ask that you judge me fairly.Note:Artwork belongs to its owner and all credit goes to him/her alone. I claim no credit whatsoever.Edit1: The mature tag was added since a little swear language was used. For Now. Will see how the story progresses and warn about possible gore etc later on.
8 137 - In Serial40 Chapters
The CEO. (W|W)
"I don't understand what else you want from me." I hissed. She smirked, rolling her ice blue eyes that were filled with nothing but her ego and it made me want to choke her. "How about you come find out, hm?"Cover by @herparamour
8 193 - In Serial23 Chapters
Big Blue Eyes
AlphaXomegaIvory is an omega. He is scared and alone, enduring abuse from his stepdad at home and bullying from Xavier at school. Ivory knows no other way of life, believing he is not worthy of love.Tyler is an alpha. Tall, strong, and handsome like any typical alpha he is trying not to cause a stir at his new school. Tyler plans to live like normal, with basketball, good grades, and friends. Both boys get their lives flipped upside down when they meet each other on Tyler's first day. The alpha falls for the omega, but will Ivory have the courage to ask for help?(TRIGGER WARNING this book contains abuse, strong language, and bxb content)
8 90 - In Serial36 Chapters
Even In Pieces [bxb]
-KIND OF MATURE-"I wouldn't fuck you if you paid me." Well, at least my question is answered. He can get more punchable. We glare at each other, I am surprised neither of us have raised our fists yet. It wouldn't be the first time. "Who says you'll be the one fucking?" I snap back. _______________________________________Zachary Alvarez has always hidden his broken parts behind his charm, sarcasm and arrogance. He is a complete asshole to most, especially one man in particular who he occasionally wants to lick all over or shoot in the head (He isn't picky). Nothing in Zach's life is constant. All he has ever cared for is himself since nobody else did. A lot of drinks, one-night stands, relationships that he never put effort into and people always leaving, that's all he has ever known. And Everett absolutely hates Zach's guts and hates how his smirk makes him feel triggered. Everett has always been this or that for people, always an image. Most times he doesn't even care, but sometimes it gets irritating. But somewhere both Everett and Zach starts to see each other. All that hate gets a bit too exhilarating. In so many ways... _________________________________________If you guys are looking for an enemies to lovers with a lot of sexual tension... #1st in lovers #1st in homosexual#1st in bxb#1st in university #2nd in drama #4th in Lgbt#8th in mxm#19th in romance
8 108 - In Serial23 Chapters
Salvatore
I've always known I was going to have an arranged marriage. It's tradition. My parents' marriage was arranged, and so is everyone else's. Its how we do things here. It's common in crime families and expected in ours. And as the daughter of one of the most prominent West Coast Italian families, I knew I was destined to marry into the familia. I just didn't know it would be to the boss.
8 338 - In Serial55 Chapters
Mr. Boss | ✓
"Let me simplify this for you, Y/N-shi," Jungkook says getting dangerously close, while he continues to ignore your eyes that shoot dangers. "You do as I say. I am your boss!"START : 01/09/2018FINISH: 31/12/2018Highest Ranking:#1 K-pop#1 jeonjungkook#4 kimtaehyung #7 Fanfiction
8 195

