《Misteri Tuala Wanita》BAB 16
Advertisement
Pada malam bulan mengambang, kebiasaan anak muda memanggilnya super moon. Bermakna malam bulan yang penuh dan malam itulah penduduk kampung bersepakat untuk membunuh makhluk itu. Isteri dan anak-anak dara tinggal di rumah. Hanya lelaki sahaja yang berada di luar rumah untuk selesaikan perkara tersebut. Mereka diketuai oleh Nek Salmah dan beberapa orang penduduk.
"Kenapa Nek Salmah ada bersama? bukankah dia perempuan?" soal Pak John yang turut serta.
"Dialah yang memberitahu segalanya pasal ni. Kalau tidak, kita tidak tahu yang Waknong masih wujud dan juga membela makhluk berbulu itu. Yang selalu meragut nyawa anak dara ketika mereka datang bulan" jelas kawannya, Ali.
"Assalamualaikum semua, harini kita akan bertentangan dengan makluk itu. Aku nak separuh daripada kita mengawal kawasan kampung dan siapa yang tidak lemah. Ikut kami bertentangan dengan makhluk itu" jelas Pak Hamid. Dia penolong ketua kampung. Selama ini, dia juga bertanggungjawab cuma kerjanya selalu diperlekehkan oleh Tok Ketua. Jadi, kali ni dia menunjulkan diri untuk menyelamatkan kampung itu.
Laungan 'Allahuakhbar' menusuk ke telinga Waknong. Seperti terkena panahan api!
"Orang kampung dah bersatu! aku tidak boleh diamkan diri!" dendamnya terhadap kampung ini masih bebal di dalam hatinya. Kalau bukan orang kampung ini, pasti penjaganya masih hidup.
Pok Bong munculkan diri depannya. Kali ini muncul sebagai manusia tetapi berhatikan syaitan. Dia terpegun dengan tubuh badan tuannya. Terus dia menghampiri...
"Engkau perempuan yang rohnya tersekat di tengah langit dan engkau juga seperti ku" bisik makhluk itu di telinga Waknong.
"Aku hidupkan kau! jangan cari pasal dengan aku"
"Kita tiada keturunan. Bolehkah kita mewujudkannya?"
"Apa kau cakap ni?!"gertak Waknong kepada makhluk itu.
"Kau juga seorang manusia dan darah haid kau juga perlu dirembeskan dalam badan aku"
Waknong tidak keteruan. Di bengang apa yang diperkatakan dengan makhluk itu.
"Aku sumpah kau menjadi sang harimau!" jerit Waknong. Maka, makhluk tadi bertukar menjadi sang harimau. Dia membawa sahaja tuannya ke mana-mana sepantas kilat.
Advertisement
'Engkau cari pasal, terimalah padahnya'
Malam itu mereka terus ke Bukit Ambarning. Seram sejuk mereka setelah tibanya di sana. Tiada apa hendak diperkatakan lagi. Mereka terus sahaja memasuki kawasan bukit itu. Sambil berjalan, mereka membaca ayat kursi di dalam hati untuk perlindungan.
Waknong berpaling kebelakang. Seolah-olah dia tahu kehadiran orang yang mencemarkan tempatnya. Dia mendengus kasar. Huh
'Jika sudah masuk, tunggulah bala dari seorang pendendam'
"Nek, kenapa makhluk itu menggangu kami?" soal pemuda yang berjalan beriringan dengan Nek Salmah.
"Penduduk kampung mencari masalah. Sepatutnya meminta bantuan daripada Allah. Bukannya daripada makhluk itu seperti diperkatakan dalam...
Ayat 36, Surah Fushshilat
"Dan jika syaitan menggangumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahuai"
Mereka tunduk malu. Selama ni, mereka hanya meminta pertolongan daripada bomoh-bomoh supaya menyelamatkan kampung mereka tanpa langsung mendengar nasihat daripada yang tentera dalam Al-Quran. Setiap dalamnya mempunyai penawar dan ubat...
Mereka kepenatan. Sudah lama mereka meredahi bukit itu. Tetapi langsung tidak berjumpa dengan makhluk tersebut. Mereka berputus asa dan ingin berpatah balik tetapi dihalang oleh Nek Salmah. Katanya, jika diteruskan maka teruskan juga. Sabar dan Allah akan lindunginya. Insya-Allah selamat!
Tiba-tiba Nek Salmah terpandang sesuatu. Makhluk yang besar muncul di depan. Bertaring tajam, mata berwarna merah kemerahan. Seakan-akan marah mereka muncul di depannya... Yang lain sudah ketakutan!
"Berani engkau munculkan diri. Tidak takutkah dengan kuasa-Nya?" soal Nek Salmah seperti menaikkan lagi kemarahan makhluk itu.
Makhluk itu merengus kasar dan mengaum sekuat hati. Tiba-tiba disebalik makhluk itu munculnya lembaga besar. Waknong!
"Engkau datang tanpa khabar, muncul seraca tiba-tiba. Adakah mahu mencari bala?"
*Persis pantun lah pulak! hahaha! okay-okay continue!
"Kembalilah ke tempat asalmu, kalau tidak aku membunuhmu" balas Nek Salmah. Walaupun dia sendiri berasa gerun dengan makhluk itu tapi dia kuatkan semangat. Dia tahu, Allah bersamanya. Dalam hati, dia berzikir.
Advertisement
'Lailahaillallah.. laillahailallah'
Ayat yang paling digeruni syaitan.
Waknong mengilai seperti memperejekkan kata-kata Nek Salmah.
"Aku tidak akan sekali pergi, jika yang mewujudkan aku membunuh dirinya sendiri"
Kini ketahuai lah oleh Nek Salmah, siapa yang mewujudkan Waknong. Dia beristighfar panjang. Sanggup sekali dia meracuni penduduk kampung dengan menduakan Allah...
Nek Salmah tahu agenda syaitan itu untuk memperdayakannya. Terus dia menyuruh mereka di situ membaca ayat kursi di dalam hati. Dengan itu, mereka memberi perlindungan oleh Allah. Mereka membaca tanpa henti... Sungguh takut sekali!
"Baca! jangan henti! kalau takut pejamkan mata!" jerit Nek Salmah.
Mereka membaca sambil memejam mata. Pegang sesama sendiri. Tiba-tiba, makhluk seperti harimau jadian muncul di depan mereka.
"Baca! jangan berhenti aku kata" tegas Nek Salmah memberi arahan. Walaupun dia tidak berdaya, dengan kuasa Allah. Dia dapat berlawan ilusi yang diperdayakan oleh makhluk itu.
"Bismillahirahmahnirrahim, dengan nama Allah yang maha besar lagi penyayang. Akan aku singkirkan ia daripada rohnya. Dengan kekuasaanmu ya Allah aku memohon. Hapuskanlah ia daripada duniamu ini Ya Allah. Bakarkanlah ia kerana melanggar perintah mu Ya Allah. Aku memohon kepadamu!"
"Apa kau merepek tu setan? Hahahahahaha"
"Allahuakhbar!" Nek Salmah meniup ke hadapan dan terkena Waknong. Dengan tiupan itu, badan Waknong tercedera dan terkeluar darah.
"Itu sahaja kau mampu buat? Hahahaha!" Walaupun terkena seperti disengat. Dia sempat lagi memperbodohkan manusia. Itulah syaitan, ada sahaja agenda-agenda nak diperuntukkan.
"Dengan nama Allah, kami berada di dunia ini dengan nama Allah Yang tiada sesuatu pun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang tidak bisa dikalahkan dan direndahkan. Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Mencegah, kami berlindung, dan dengan seluruh nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan iblis-iblis dan dari kejahatan setan-setan, baik dari golongan manusia maupun jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan menyembunyikan diri, dari kejahatan segala sesuatu yang keluar di malam hari dan bersembunyi di siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri di siang hari dan bersembunyi di malam hari.dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan Iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku selalu menunjukkan jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang dimohonkan oleh Musa, 'Isa dan Ibrahim yang memenuhi janji, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan Iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang membangkang. Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, dari kejahatan setan yang terkutuk! (Surah As-Shaffat)"
Sambung Nek Salmah kembali dan terus berlari ke arah Waknong dan meletakkan ibu jarinya di umbun kepala. Waknong terkaku dan tetap melawan orang tua itu. Terus dia mencekik leher Nek Salmah, dan akhirnya dia tidak berdaya dan cekikannya itu terlerai. Dia menjadi lemah...
"Pulanglah ke tempat asalmu. Itulah akibatnya, engkau berdendam ternyata memakan diri kau sendiri" kata Nek Salmah. Sesungguhnya, amalan berdendam bukanlah amalan yang elok dibanggakan kerana nasib yang sama akan memakin diri kita sendiri.
Waknong menjerit kesakitan, rohnya melayang ke atas dan harimau jadiannya hilang dari pandangan mata kasar.
Nek Salmah terduduk. Dia menangis. Merintih sayu kerana segalanya sudah berakhir... Nama yang bernama Waknong masih terngiang-ngiang di kepalanya.
'Selamatlah engkau di sana wahai ibundaku'
Advertisement
- In Serial32 Chapters
Alteration
Years change a man. Blake wanted to relax, enjoy the holidays with his friends and play with his sister in a new game. It should have been a break… Though when you take into consideration what followed, the time in the game may very well have been the calm before a storm.With the game gone and all pretences dead follow Blake as he discovers a world he didn’t know existed. In it war begins to stir and shackled forces beyond anyone’s understanding slowly break free, unleashing their powers upon a world that missed them for so long and reminding the inhabitants of the nightmares their ancestors had.
8 150 - In Serial10 Chapters
Fate/Reverse
A Greater Holy Grail War descends into chaos, half of its participants slain in one night. It’s up to the handful of survivors to pick up the pieces, determine who (or what) attacked them, then restore the crumbled arc of human history. The bereaved swordsman Aimon and the inexperienced magus Magdalena must summon forth their heroes and muster the will to fight before a foe of mythic proportions overwhelms our world once and for all. Inspired by Fate/Apocrypha and Fate/Grand order, with an all-new retinue of Heroic Spirits from myth and history. Unlikely heroes and infamous legends alike will clash on the field of battle. Who will history side with?
8 157 - In Serial30 Chapters
Kookv oneshots
Once he reached the top there was a lot of wind and it smelt better "Who are you?" A masculine voice asks, Taehyung jumps up standing, He sees a black haired male sitting down while looking at him- Seperate worlds-------Top KookBottomTae-------Mentions of anything serious that can trigger people will be mentioned inside the stories
8 139 - In Serial34 Chapters
(Discontinued) Aevitas - Not an NPC [unfinished]
A discontinued story. I don't advise people to read this story, but it is the basis for my new one: Aevitas — I am not an NPC [R] New remodelled version may not yet be out, but if it isn't it should be 'soon'.
8 69 - In Serial14 Chapters
The Second's Second Chance
People often forget that Hiraishin is a space time technique. It can affect time alongside space. What awaits Tobirama Senju as he is sent fifty years into the future by a misfired Hiraishin?
8 83 - In Serial42 Chapters
Atama ✓ tk
In Jungkook's case the ♥︎ is smarter than the💡Taehyung and his gardener Jungkook meet each other between rose petals & tea parties for stuffies.jjk ⤊ kth ⤋✰ cover made by @tzuwinkle ✰
8 215

