《Koleksi Seram》Menantu

Advertisement

Setelah berkahwin aku sering balik ke rumah mak mertua, memanglah kena balik. Nak menjadi menantu ter-top kang!

Suami aku tak galakkan balik sangat ke rumah bondanya. Aku pun tak tahu kenapa... tapi diri aku rasa nak balik rumah bonda. Taktiknya aku goda suami aku, akhirnya dia tergoda juga. Senang pun senang, biasalah lelaki kalau dah nafsunya memang teratas okay!

Hari-hari aku balik ke rumah bonda, kejadian pelik pula selalu berlaku. Kau tahu tak? Setiap kali aku bersalam tangan dengan bonda. Dia selalu muncungkan mulutnya untuk mencium bibir aku. Aku apa lagi, kenalah mengelak. Kalau tak.... dara aku tergadai! eh, jadi lesbian lah aku. Gila ah bodoh!

Aku ingat itu lah last aku bersalam dengan bonda. Hari tu, aku anggap gurauan sahaja tapi sejak dua menjak ni. Bonda selalu macam tu... setiap kali salam. Dia akan nak cium aku! naik stress tahu tak!

"Abang, saya nak salam dengan bonda. Awak kena tengok okay!" kata aku. Mungkin bila suaminya tengok, boleh lah dapat pendapat sikit dari situ.

Aku mula melangkah ke arah bonda, bonda senyum. Naik seriau badan aku! senyuman yang gerun.

Aku hulurkan tanganku, dan macam biasa selepas bersalam. Bonda ingin mencium bibir aku... aku mengelak.

"Bonda, kenapa nak cium menantu ibu sendiri?" sergah suamiku. Dia terkesima dengan kelakuan tak senonoh bondanya.

"Kamu jangan cari pasal dengan aku!" marah bonda. Aik? marah anak sendiri? tiba-tiba laktu!

"Bonda, bonda sedar tak apa yang bonda buat?" tanya suamiku lembut.

Bonda bangun dan terus berlalu. Kami saling berpandangan. Apa dah jadi?

***

"Selena, tolong bonda masakkan kacang ni. Boleh tak sayang?" bonda hulurkan kacang kepadaku. Aku mengganguk perlahan. Haih...

Aku ke dapur sambil menjinjing kacang. Sebelum aku basuh kacang... kakak sulung kepada suamiku menepis tangan. Aku memandangnya hairan

"kenapa kak long?" soal aku. Naik sebelah bulu keningku melihat kak long. Kenapa?

Advertisement

"Biarlah kak long yang buat..." kak long mengambil kacang dan membasuhnya. Eh, kalau dah orang tolong. Biarkanlah wops!

Aku biarkan kak long melakukannya. Kalau membantah nanti dia marah pula. Tanpa membuang masa, aku berlalu ke ruang tamu. Tolong apa yang patut....

Aku berselisih dengan bonda. Terus dia menyoalku "kenapa tak masak kacang?" aku memberitahu ibu yang anak sulungnya yang masak. Raut mukanya berubah. Uih!

"Kenapa kau masak kacang tu?"

"Biarlah... apa salahnya"

"Aku suruh Selena, jadi Selena lah!"

"Apa salahnya kalau saya masak bonda!"

Aku terkaku melihat bonda dan kak long bertikam lidah. Kenapa bonda marah sangat?!

***

Kak long sibuk memasak kacang, sambil mengacau air untuk keluarganya yang bersembang gelak tawa di ruang tamu.

Dia pandang sekilas bondanya yang baru keluar dari tandas. Sejak bergaduh tadi, bondanya jarang bertegur sapa.

'Bila bonda masuk tandas?' hatinya mula berdebar. Eh!

Dia berhenti mengacau air, dan berlari ke bilik untuk melihat bondanya. Dia menyelak langsir bilik dan mulutnya terlopong luas.

'Bonda tidur dalam bilik? jadi tadi siapa?'

Kak long kembali ke dapur dengan perasaan yang pelik. Bulu romanya naik... aduhai!

"Masak elok-elok ya kacang aku tu" bisik bonda di telinga.

Ini gila! bila masa bonda ikut kak long dari belakang? sedangkan dia lena tidur dalam bilik!

Kak long diam tidak terkata. Dia berhenti memasak kacang, dan hanya memandang ke arah tingkap dan bondanya masih dibelakang. Sumpah bodoh! Bonda ada bela sesuatu ke?! Ya Allah!

    people are reading<Koleksi Seram>
      Close message
      Advertisement
      You may like
      You can access <East Tale> through any of the following apps you have installed
      5800Coins for Signup,580 Coins daily.
      Update the hottest novels in time! Subscribe to push to read! Accurate recommendation from massive library!
      2 Then Click【Add To Home Screen】
      1Click